03/12/2016
Salam, minta tolong viralkan ye.Pasal pembeli scammer yg nyaris menipu aku.Harap jadi iktibar.
Aku ada iklan di mudah.my nak jual camera. Lepas iklan aku disahkan admin mudah.my,dalam setengah jam tu ada orang whatsapp nak berurusan beli camera. Katanya dari singapore, asal sabah. No dia +2349039534061 . Dia kata nak beli,tapi dia bayar online dan suruh aku pos je ke rumah dia kat sabah.
Name: Arief hassan
Address: Lot 12-0, Block b jalan lintas, millennium centre.
Postcode: 88200
City: Kota kinabalu
State: Sabah
Phone: 01131562106
Aku terima je ler,walaupun ada ragu2 sebab aku memang takde duit. Banyak lagi barang aku dah gadai. Dan coming soon motor bini aku pun mungkin digadai. Lepas dia minta detail bank untuk aku bank in ,dia kata dia nak bayar guna royal bank(kata dia sebab dia dari singapore,aku tak tahu pasal ni). Aku tunggulah,dekat sehari juga baru ada email dari customerservice@eurasian katanya bayaran dah proceed. Tapi dia minta aku hantar screenshot shipment tracking pos receipt(lebih kurang paypal). Sedangkan aku dah bagitahu akan pos bila duit dah confirm dalam account.
Dia cakap memang macam tu. Aku pun poslah barang pagi semalam(2/12/2016) guna gdex. Dan balik rumah aku tgkap gmbar send kat dia kata dah hantar. Dia suruh aku reply kat email royal bank bagitahu,aku cakap tak reti dan suruh dia yg inform royal bank. Dia kata ok. Tapi demi langkah keselamatan(kononnya), aku pun attach shipment receipt kat email. Lepas aku reply tu,dia bagitahu akan disemak sebelum pembayaran diluluskan. Dalam petang tu,aku nak whatsapp dia untuk follow up psal payment. Dia dah block aku. Rasa nak menangis gila. Aku rasa dah kena tipu. Habis anak bini aku maki lepas geram. Tapi aku buat keputusan pergi balik ke gdex nak minta balik barang. Alhamdulillah kebetulan lori belum jalan sebab hujan lebat. Mulanya dieorang tak nak bagi balik barang tu,tapi aku bawa resit semua dan tunjuk whatsapp dengan email tu baru dieorang percaya. Akak counter tu pun cerita pasal abang dia kena tipu rm1700,caranya lebih kurang macam cerita aku.Abang dia pergi ke alamat tu,tapi rumah tu kosong.
Jadi kesimpulan yg aku dapat :
1.Penipu akan kata dia kat luar negara,tapi pos kan pada keluarga dia di malaysia.
2.Penipu sanggup bayar lebih supaya mangsa akan cepat rambang mata.
3.Penipu akan minta kita pos guna gdex(contoh),sebab penipu yakin barang yg dihantar tak akan dipulangkan semula(bersyukur kes aku dikecualikan)
4.Aku pernah dengar(bukan hina sabah) kat sabah senang buat ic palsu dan mungkin nama tu palsu.
5.Mungkin penipu dia suruh pos ke alamat mana2 dan akan check trackking online bila barang dah smpai ke alamat tersebut. Kemudian mungkin mereka akan dtg dan minta brg tersebut kononnya tersilap hantar/alamat.
6.Ini yang aku nampak pada sistem pos malaysia. Bila nak pos barang , nama pengirim tu kita boleh tipu sebab tak perlu tunjuk ic. Dan bila barang sampai ke rumah,tak perlu minta ic cuma suruh penerima(sesiapa) menulis nama,no ic dan sign tanpa perlu tunjuk ic sedangkan org tu boleh menipu. Kalau kat kaunter pun,kita minta barang yg smpai,setakat bagi kertas lepastu balik walaupun dalam kertas ada tulis wajib tunjuk ic.Ianya sekadar undang2 atas kertas.
Jadi mohon kepada semua,kalau ada buat bisnes online sila berhati2. Pastikan guna bank dalam malaysia saja. Dan pastikan check account sebelum pos barang walaupun pembeli dah bagi resit bukti sebab zaman photoshop macam2 boleh jadi..
Tq