21/09/2022
BETUL KE EJEN HARTANAH MARKUP HARGA RUMAH? 🧐😊
1) Ada pembeli silap anggap, kalau beli rumah dengan ejen hartanah, harga rumah akan lagi tinggi.
Ini tak betul.
2) Fi ejen hartanah ni sebenarnya mereka tak mark-up. Tapi dikira berdasarkan peratusan daripada harga rumah. Kalau pemilik nak jual RM100,000, maka fi tu ialah tiga peratus atau RM3,000. Fi ni pun pemilik yang kena bayar dan Lembaga Penilai, Pentaksir Dan Ejen Hartanah kawal skala fi ni. Kalau caj atau markup sesuka hati, memang kena tindakan.
3) Kalau anda seorang pembeli dan anda guna khidmat ejen hartanah, anda dapat khidmat percuma. Mereka akan bantu anda untuk berunding, hubungkan anda dengan jurubank dan peguam.
Kerja ni bunyi mudah, tapi tak mudah kalau anda sibuk dan tak ada masa.
4) Perunding hartanah pun niat mereka ni nak jual rumah. Sebelum jual mereka semak harga pasaran dan juga pesaing.
5) Kalau pemilik letak harga terlalu tinggi, mereka akan nasihatkan harga yang betul supaya dapat tarik minat pembeli dan pembeli dapat pinjaman dengan margin yang cukup.
6) Kalau pemilik masih minta harga yang tinggi, sesetengah ejen mungkin ambil keputusan tak pasarkan hartanah tu. Dan mungkin juga ada pembeli yang beli rumah terus dengan pemilik, dengan harga yang tinggi tadi. Percayalah, ini selalu jadi.
7) Sebab tu, harga yang pembeli dapat daripada ejen atau perunding hartanah ni, ialah harga yang tepat dengan permintaan dan penawaran semasa. Ejen tidak mark-up harga rumah, bahkan pembeli sebenarnya dapat harga yang lebih baik melalui ejen hartanah😉