17/08/2026
Throwback the journey. Bila tengok pic ini, sebenarnya rindu dengan kerjaya sebagai legal private practice kerana journey yang mengajar saya survive hidup dengan elaun chambering rm500 untuk menjadi Peguam Syarie.
Realitinya jadi Peguam Syarie tidak kaya dan tidak hidup mewah tetapi ada kepuasan dan kemanisan apabila aplikasi ilmu yang dipelajari dalam court. Barulah dikatakan alumni University Malaya mempunyai kebolehpasaran graduan sebab bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan degree yang diambil selama bertahun-tahun.
Adakalanya rasa hari ini juga nak submit resignation letter sebagai pensyarah kanan dan tidak lagi mahu berada dalam dunia akademia memandangkan saya telah melalui situasi dan pengalaman sebagai pensyarah part time di IPTS hingga ke full time di IPTA sejak tahun 2019. Dan saya boleh meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
But then diri ini perlu be rasional & be realistic apabila memikirkan team kaunseling hanya ada 4 orang pensyarah, makanya diri ini tidak boleh pentingkan diri sendiri. Impactnya lebih besar nanti boleh memberikan kemudaratan kepada team. Saya perlu mengutamakan prinsip maslahah untuk mencegah kemudaratan yang lebih besar. Aplikasi ilmu qawaid fiqh yang tok guru ajar suatu masa dahulu.
Saya tidak kesian pada pelajar di bawah seliaan saya kerana mereka pelajar dewasa boleh mencari dan memilih penyelia akademik yang lain. Plus pelajar yang perlu bertanggungjawab dengan pengajian mereka. Effort perlu datang daripada pelajar. Sejak tahun 2019 hingga ke hari ini, saya sudah tahu trick, trend & pattern pelajar taught course & research. Malah, saya pun dah banyak kali kena scam dengan tricks students sama ada sebagai Penyelia Akademik mahupun Penyelia Lapangan. Konsepnya sabar itu indah biarpun tahap kesabaran senipis kulit bawang.
Tetapi walau bagaimana pun, saya empati pada rakan pensyarah yang masing-masing mempunyai beban komitmen kerja, beban pengajaran dan beban penyeliaan yang berat apabila bilangan students postgraduate counseling semakin bertambah. The struggle is real and it's not easy journey. Analoginya seperti menaiki roller coaster full with ups and down situation. Bila usia semakin meningkat memang terasa penat seluruh tubuh badan.
Then memikirkan sejauh ini Nur Azmina Paslan telah berjuang dalam kerjaya sepanjang pra dan pasca PhD Journey, prosesnya yang bertahun-tahun bukan mudah. Analoginya seperti mountain climbing setiap hari. Ada masa bertenaga, ada masa bermotivasi, ada masa kepenatan dan ada masa kesakitan. The journey seperti iklim dunia. Ada masa cerah panas terik, ada masa hujan lebat tanpa henti, ada masa mendung kegelapan, ada masa ada warna warni pelangi, ada masa ribut puting beliung badai melanda, ada masa banjir dengan perubahan monsun.
Itulah lumrah kehidupan.