Jannah Syarina & Associates

Call Directions Contact the practice

Jannah Syarina & Associates HIBAH HARTA || WASIAT 1/3 || PUSAKA ISLAM

𝟭. 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗧𝗟𝗔𝗞 - Hibah Mutlak ialah pemberian sesuatu harta oleh seseorang kepada orang lain secara sukarela semasa hid...
07/10/2026

𝟭. 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗧𝗟𝗔𝗞

- Hibah Mutlak ialah pemberian sesuatu harta oleh seseorang kepada orang lain secara sukarela semasa hidup, tanpa menggantungkan pemberian itu kepada suatu syarat atau balasan tertentu.

- Maksud mudahnya , seorang Ayah kata pada anak ,

“𝗔𝘆𝗮𝗵 𝗵𝗶𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗺𝘂𝘁𝗹𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁”

Jika hibah itu memenuhi rukun dan syarat hibah termasuk ijab, qabul dan berlaku qabd , maka pemberian itu adalah hibah yang tidak bersyarat.

Sekiranya si Anak meninggal dulu , maka harta itu dah jadi Harta Pusaka si Anak.

“Mutlak” di sini merujuk kepada bentuk pemberian, bukan bermaksud semua proses undang-undang ie undang-undang tanah berkaitan harta itu automatik selesai.

Cumanya adakah jika Si Ayah membuat Pindahmilik rumah guna Borang 14A di pejabat tanah, ia dianggap sebagai Hibah Mutlak?

Kita bincangkan di akhir tulisan nanti.

𝟮. 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧

Ini adalah Hibah yang mana pemberian itu digantungkan kepada peristiwa masa hadapan, seperti kematian pemberi hibah.

Contohnya:

“𝗦𝗮𝘆𝗮 𝗵𝗶𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝗶𝗻𝗶 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗮𝗺𝘂 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮.”

Jika dilihat, syarat berlaku nya hibah ni dimasukkan dalam akad ijab dari pemberi hibah.

Di sinilah timbul persoalan kerana hibah pada asasnya merupakan akad pemberian semasa hidup, bukan selepas kematian.

𝗙𝗮𝘁𝘄𝗮 𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗼𝗿 𝟴𝗵𝗯 𝗔𝗽𝗿𝗶𝗹 𝟮𝟬𝟮𝟭 ;

𝗙𝗮𝘁𝘄𝗮 𝗡𝗼 𝟮 - 𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 𝗸𝘂𝗮𝘁𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗸𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗵. 𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗪𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁 & 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗛𝘂𝗸𝘂𝗺 𝗪𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁 .

Lazimnya , HIbah bersyarat ini terpakai bagi Konsep Hibah di dalam Takaful yang dilindungi di bawah IFSA 2013.

𝟯. 𝗛𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧

Hibah dah berlaku melalui akad antara pemberi dan penerima. Cuma, dalam hibah tersebut boleh dipersetujui syarat atau terma tertentu yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak.

Nak mudah faham, kita boleh gunakan lafaz taklik selepas akad nikah sebagai analogi sahaja, bukan bermaksud hukum taklik nikah sama dengan syarat dalam akad hibah.

Dalam perkahwinan, selepas akad nikah selesai, terdapat lafaz taklik yang mengandungi beberapa perkara atau syarat tertentu.

Begitu juga dalam hibah, sesuatu hibah boleh disertakan dengan terma atau syarat tertentu yang dipersetujui oleh pemberi dan penerima.

Cuma, dalam hibah, kita perlu melihat sama ada syarat tersebut sah dan tidak bercanggah dengan Hukum Syarak serta apakah kesannya terhadap akad hibah.

Ini cara mudah untuk faham berkenaan Hibah harta dengan syarat .

Hibah beserta/dengan syarat dibahagikan kepada
- Hibah ‘Umra
- Hibah Ruqba
- Hibah dengan syarat balasan

Lazimnya yang selalu dibuat di Malaysia ialah Hibah Ruqba & Hibah dengan syarat balasan

𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗿𝘂𝗾𝗯𝗮 bermaksud pemberian hibah daripada seseorang kepada seseorang yang lain , kemudian harta itu kekal/dikembalikan kepada pihak yang masih hidup setelah satu pihak meninggal dunia.

𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗯𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 selalunya dibuat di mana Si Bapa hibahkan rumah kepada anak, tetapi meletakkan syarat si Anak membenarkan bapa tinggal di rumah tersebut atau syarat menjaga Bapa sehinggalah Bapa meninggal dunia .

Sekiranya kita baca syarat-syarat ini , si penerima hibah yang bersetuju dengan syarat-syarat ie membenarkan bapa tinggal dan menikmati manfaat atas harta yang di hibahkan memberi isyarat bahawa si Anak sudah menjadi pemilik harta .

𝗛𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 & 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 .

Jika harta belum jadi miliknya, tak ada keperluan pun anak membenarkan bapa masih tinggal di rumah tu selagi bapa masih hidup.

Ini selari dengan Fatwa Hibah Selangor

𝗙𝗮𝘁𝘄𝗮 𝗡𝗼 𝟯 : 𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗸𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗵𝗶𝗯𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻, 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗵𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻.

Berbalik semula pada soalan awal tadi ,

“𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗵𝗮𝗿𝘁𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗕𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝟭𝟰𝗔 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗼𝗸𝘂𝗺𝗲𝗻 𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗠𝘂𝘁𝗹𝗮𝗸?”

Jika di rujuk dalam Kes 𝗠𝗔𝗕𝗛 𝗹𝘄𝗻 𝗠𝗜𝗬, 𝗞𝗲𝘀 𝗠𝗮𝗹 𝗡𝗼. 𝟭𝟬𝟬𝟬𝟬-𝟬𝟰𝟰-𝟬𝟬𝟰𝟮-𝟮𝟬𝟭𝟱, Mahkamah Rayuan Syariah Selangor membincangkan secara khusus persoalan sama ada Borang 14A boleh dianggap sebagai dokumen transaksi hibah.

Mahkamah memutuskan bahawa Borang 14A ialah instrumen untuk melaksanakan pindah milik, termasuk pindah milik melalui hibah, tetapi bukan dokumen hibah per se.

Maksudnya:

Borang 14A sahaja tidak semestinya membuktikan bahawa sesuatu pindah milik itu ialah hibah.

Mahkamah menyatakan bahawa perlu ada keterangan lain yang menunjukkan transaksi pindah milik tersebut memang dibuat sebagai hibah.

𝗔𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗽𝗶𝗻𝗱𝗮𝗵𝗺𝗶𝗹𝗶𝗸 𝟭𝟰𝗔 𝗶𝘁𝘂 𝘀𝘂𝗮𝘁𝘂 𝗛𝗶𝗯𝗮𝗵 𝗠𝘂𝘁𝗹𝗮𝗸 (𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁)

Dalam kes , 𝗞𝗮𝘀𝘀𝗶𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗢𝘁𝗵𝗺𝗮𝗻 & 𝗙𝗮𝘁𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗦𝗮𝗹𝗹𝗲𝗵 𝗹𝘄𝗻 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗦𝘂𝘇𝗮𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗞𝗮𝘀𝘀𝗶𝗺 & 𝗭𝘂𝗹𝗮𝘇𝗹𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗛𝗮𝘀𝗵𝗶𝗺 di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban, Negeri Sembilan

Pada tahun 2002, bapa, Kassim Othman, telah memindahkan hak milik tanah kepada anak perempuan dan menantunya.

Menurut laporan kes, pemindahan itu dibuat selepas anak dan menantu berjanji antara lain untuk:

- menanggung nafkah ibu bapa sepanjang hayat

- membenarkan ibu bapa terus tinggal di rumah tersebut

- menjaga kebajikan mereka.

Kemudian timbul pertikaian apabila ibu bapa mendakwa janji tersebut tidak ditunaikan dan mereka telah diusir daripada rumah berkenaan.

Pada April 2007, mereka memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗸𝗮𝗺𝗮𝗵

Pada 4 November 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Seremban memerintahkan anak perempuan tersebut dan suaminya memenuhi beberapa tuntutan.

Antara perintah yang dilaporkan:

𝟭. 𝗡𝗮𝗳𝗸𝗮𝗵 𝗥𝗠𝟱𝟬𝟬 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻

𝗥𝗮𝗷𝗮 𝗦𝘂𝘇𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿:
- 𝗥𝗠𝟮𝟱𝟬 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗽𝗮𝗻𝘆𝗮, 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗶𝗹 𝘂𝘁𝗶𝗹𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗼𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵; 𝗱𝗮𝗻
- 𝗥𝗠𝟮𝟱𝟬 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗯𝘂𝗻𝘆𝗮, 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻.

𝗕𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗱𝗶𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮𝗻𝘆𝗮.

𝟮. 𝗜𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮𝗹 𝗱𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗲𝗯𝘂𝘁 𝘀𝗲𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗵𝗮𝘆𝗮𝘁.

𝟯. 𝗠𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗶 𝗿𝘂𝗺𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮.

𝟰. 𝗔𝗻𝗮𝗸-𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮.

𝟱. 𝗗𝗲𝗳𝗲𝗻𝗱𝗮𝗻 𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗴𝗮 𝗸𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗶𝗯𝘂 𝗯𝗮𝗽𝗮.

𝟲. 𝗧𝘂𝗿𝘂𝘁 𝗮𝗱𝗮 𝘁𝘂𝗻𝘁𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗶𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗵𝗮𝗷𝗶.

Jadi di sini , kita boleh fahami yang andaikata lah Pindahmilik Tanah itu disahkan sebagai Hibah , akan tetapi ia boleh di masukkan dengan syarat-syarat balasan justeru ia bukan semata-mata Hibah yang mutlak .

Harap penerangan di atas ni dapat fahamkan Tuan Puan yang masih keliru beza antara Hibah Mutlak , Hibah Bersyarat & Hibah beserta dengan Syarat. Semoga bermanfaat.

Perunding Pewarisan Harta Islam
Norjannah Mustapha


_“Serahkan amanah kepada yang berhak.”_ *(An-Nisa’ 4:58)*Ramai ingat pusaka hanya urusan selepas mati, sedangkan tindaka...
08/12/2025

_“Serahkan amanah kepada yang berhak.”_ *(An-Nisa’ 4:58)*

Ramai ingat pusaka hanya urusan selepas mati, sedangkan tindakan *semasa hidup* yang tentukan semuanya.

_PUSAKA UNLOCK: SIRI 1_
_RANCANG HARTA, CIPTA LEGASI_
🗓️ _*23 Dis 2025*_
🕗 _*8.00 malam*_
🎤 _*En. Khamarul Azhar Hashim*_
💻 _*Zoom Online*_

Sesuai untuk anda yang ada:
✅ Rumah pemilikan bersama
✅ Anak perempuan sahaja
✅ Anak angkat / istimewa
✅ Isu pusaka / belum diuruskan
✅ Rakan kongsi perniagaan
✅ Nak elak keluarga bergaduh

*1 jam yang boleh selamatkan harta & masa bertahun-tahun.*

📩 Hubungi perunding/daie anda untuk masuk sesi ini.
https://www.wasap.my/60139592321/pusakaunlock

Address

Damansara

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+601110751440

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jannah Syarina & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Jannah Syarina & Associates:

Shortcuts

Share