02/04/2026
“Ingat boleh tunggu”
Seorang client hubungi saya.
Rumah dah siap lama.
Dah duduk hampir 5 tahun.
Bayaran pun hampir selesai.
Tapi satu benda masih belum dibuat —
geran masih belum ditukar ke atas nama beliau.
Bila disemak, baru tahu pemaju projek tersebut telah bankrap.
Dari situ, dia mula risau:
“Kenapa lama sangat?”
“Kalau nak jual nanti macam mana?”
Lebih terkesan bila dia cakap:
“Saya ingat benda ni boleh tunggu…”
Proses yang sepatutnya boleh dibuat lebih awal, kini perlu melalui langkah tambahan —
melibatkan pihak lain, dokumen lama, dan semakan yang lebih teliti.
Ramai owner tak sedar, walaupun rumah dah siap dan diduduki,
selagi geran belum ditukar ke atas nama sendiri,
urusan hartanah masih belum sempurna.
Lebih lama ditangguhkan, lebih banyak perkara perlu disusun semula.
Kadang-kadang kita sangka masih ada masa… tapi bila sampai masa nak urus,
semuanya jadi lebih rumit daripada yang dijangka.
Situasi seperti ini masih boleh diuruskan, cuma memerlukan semakan yang betul dan langkah yang sesuai berdasarkan keadaan projek tersebut.
Jika rumah sudah siap tetapi geran masih belum ditukar ke atas nama sendiri,
mungkin ini masa yang sesuai untuk semak statusnya.
Sekiranya perlukan penerangan lanjut, boleh hubungi untuk mendapatkan gambaran awal berdasarkan situasi semasa.
Perkongsian ini adalah untuk maklumat umum sahaja dan bukan nasihat undang-undang khusus.
Noorshida M Rejab
The Chambers of Shida Rejab
https://wa.me/0104523164