07/02/2024
KESILAPAN KECIL MEMAKAN DIRI.
Harini ramai orang tak sedar mereka telah melakukan 1 kesilapan yang boleh memakan diri kemudian hari.
Dek kerana "KESIAN", ramai orang harini "SUKARELA" memberikan keizinan untuk menggunakan nama mereka untuk orang lain "BUAT LOAN".
Soalnya sekarang, berapa banyak dah anda rugi?
1. Duit pinjaman 100% anda 1 habuk tak dapat.
2. Nama anda secara automatik masuk didalam CTOS Bank.
3. Peminjam yang gunakan nama anda tak bayar hutang, dengan anda terpalit.
4. Anda nak buat pinjaman untuk rumah atau kereta memang confirm dot com SANGKUT erti kata lain, Bank REJECT MENTAH - MENTAH melainkan peminjam asal bayar semula.
Siapa ada pengalaman sebegini?
Pergilah buka mulut & paksa orang yang gunakan nama anda untuk selesaikan hutang segera & bersihkan nama anda segera.
Bila jadi begini, siapa yang PALING UNTUNG?
siapa yang PALING RUGI?
: