08/10/2026
Tahukah anda? melakukan khalwat atau perbuatan yang tidak bermoral merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi Rm3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Kebelakangan ini banyak serbuan operasi dilakukan oleh penguatkuasa JAINJ terhadap kes khalwat.
Tahukah anda? melakukan khalwat atau perbuatan yang tidak bermoral merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997. Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi Rm3000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Bahagian Penguatkuasaan JAINJ telah mengambil tindakan tegas atas aduan-aduan khalwat dari orang awam dengan melaksanakan operasi di seluruh negeri Johor melalui unit penguatkuasaan di daerah-daerah.
Jangan jadikan pergaulan tanpa batas sebagai perkara biasa. Khalwat bukan sekadar melanggar undang-undang, tetapi boleh membuka jalan kepada perbuatan yang dilarang oleh agama.
Aduan maksiat bagi seluruh negeri Johor boleh hubungi 07-2076429. Pemberi maklumat akan dirahsiakan.
"Jagalah maruah diri, keluarga dan agama.
Tinggalkan pergaulan yang melampaui batas, bertaubatlah dengan bersungguh-sungguh dan jadikan kesilapan ini sebagai pengajaran untuk berubah ke arah kehidupan yang lebih baik."