Khairul Azwan & Co.

Khairul Azwan & Co. The legal firm that you can rely on.

19/08/2026

Sedikit pesanan kepada semua. Tidak semua perkara boleh dicop atau disahkan oleh seorang Pesuruhjaya Sumpah. Antaranya:-

1. Pesuruhjaya Sumpah TIDAK boleh @ dilarang untuk mengesahkan sesuatu dokumen itu sebagai SAH. Dalam erti kata lain, perakuan sah sesuatu dokumen bukan dalam skop kerja Pesuruhjaya Sumpah. Sebaliknya dapatkan pengesahan begini dari mana-mana pegawai kerajaan Gred A, pengerusi persatuan penduduk, ketua kampung, penghulu dan lain2. Ada juga dokumen boleh disahkan oleh seoorang peguambela dan peguamcara.

2. Pesuruhjaya Sumpah TIDAK boleh menjadi saksi kepada suatu perjanjian. Tidak kira apa jua perjanjian bertulis.

Terlalu ramai yang menganggap Pesuruhjaya Sumpah boleh cop semua dokumen. Ini suatu tanggapan yang silap. Ada had kepada kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya Sumpah.

12/08/2026
12/08/2026

Kami sentiasa bersedia memberikan khidmat guaman, khidmat Notari Awam dan khidmat Pesuruhjaya Sumpah kepada semua.

Sepagi di Mahkamah Kuala Lumpur. Hari ni hadir bagi permohonan Surat Kuasa Mentadbir bagi salah seorang jiran yang menin...
14/05/2026

Sepagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

Hari ni hadir bagi permohonan Surat Kuasa Mentadbir bagi salah seorang jiran yang meninggal dunia awal tahun ini.

Apa itu Surat Kuasa Mentadbir?

Apabila seseorang meninggal dunia, harta2 dan hutang piutang SiMati mesti diuruskan. Oleh demikian, seorang Pentadbir perlu dilantik bagi tujuan tersebut.

Bagi siMati yg hartanya tidak banyak, permohonan ini boleh dibuat di Pejabat Tanah di bawah unit Pusaka Kecil. Apabila nilaian harta siMati banyak, lebih spesifik melebihi nilai RM2 juta, permohonan Surat Kuasa Mentadbir hendaklah dipohon di Mahkamah Tinggi.

Satu pemahaman orang awam yg perlu diperbetulkan, tidak semua urusan pusaka siMati perlu melalui Amanah Raya. Waris2 ada kebebasan memilih cara perlantikan Pentadbir masing2.

Alhamdulillah. Mahkamah membenarkan permohonan anakguam hari ni.

Sekiranya ada urusan pusaka yang perlukan khidmat guaman, boleh hubungi kami di nombor tertera di bio.

Selain menyediakan khidmat guaman bagi kes-kes Mahkamah dan juga pembelian/penjualan hartanah, firma kami juga menyediak...
08/05/2026

Selain menyediakan khidmat guaman bagi kes-kes Mahkamah dan juga pembelian/penjualan hartanah, firma kami juga menyediakan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah (Commissioner for Oaths) dan juga Notari Awam (Notary Public).

Jemput hadir ke pejabat kami untuk mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut.

Boleh hubungi kami di talian 03-9171 7098 dan secara Whatsapp di nombor 011-20620603.

Kami komited membantu kakitangan awam merealisasikan impian untuk memiliki rumah idaman masing-masing. Ingat LPPSA, inga...
08/05/2026

Kami komited membantu kakitangan awam merealisasikan impian untuk memiliki rumah idaman masing-masing.

Ingat LPPSA, ingat kami.

Boleh hubungi kami melalui nombor di bio untuk sebarang pertanyaan mengenai pinjaman perumahan LPPSA.

Dokumen-dokumen pinjaman perumahan LPPSA yang diuruskan oleh firma kami. Berminat untuk membuat pinjaman perumahan LPPSA...
20/04/2026

Dokumen-dokumen pinjaman perumahan LPPSA yang diuruskan oleh firma kami.

Berminat untuk membuat pinjaman perumahan LPPSA? Sila hubungi kami di nombor tertera di bio.

Hari ni ada collection Dokumen Hakmilik Tanah yang baru (selalu dipanggil sebagai geran tanah) untuk salah seorang anakg...
16/04/2026

Hari ni ada collection Dokumen Hakmilik Tanah yang baru (selalu dipanggil sebagai geran tanah) untuk salah seorang anakguam yang kami uruskan pembelian hartanahnya sebelum ini.

Alhamdulillah selesai urusan kami dan anakguam.

Biarpun firma kami di Kuala Lumpur, kami mengendalikan proses jual beli hartanah di seluruh Semenanjung Malaysia.

Berminat mendapatkan khidmat kami? Boleh hubungi nombor yang tertera di bio.

15/04/2026

Ulangtahun ke-12 Tetuan Khairul Azwan & Co.

Ditubuhkan sejak 15 April 2014, hari ni genap 12 tahun penubuhan Tetuan Khairul Azwan & Co.

Terima kasih atas sokongan anda semua dan teruskan sokongan anda kepada kami.

Selain menyediakan khidmat guaman, firma kani juga menyediakan khidmat Notari Awam dan Pesuruhjaya Sumpah. Bagi sesiapa ...
14/04/2026

Selain menyediakan khidmat guaman, firma kani juga menyediakan khidmat Notari Awam dan Pesuruhjaya Sumpah.

Bagi sesiapa yg berdekatan dan perlukan khidmat2 berikut, jemput hadir ke pejabat kami. Sila hubungi 03-91717098 sebelum hadir.

Gambar adalah review salah seorang yang telah hadir mendapatkan khidmat pesuruhjaya sumpah dan berpuashati dgn khidmat yang diberikan.

Address

9-2, Jalan Danau Lumayan, Pusat Perniagaan Danau Lumayan, Cheras
Cheras, Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60391717098

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khairul Azwan & Co. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Khairul Azwan & Co.:

Shortcuts

Share

Category