Bantuan Guaman

Bantuan Guaman Attorney and General Practice Attorney

BEYOND REASONABLE DOUBTDalam kes-kes jenayah seperti tuduhan pecah amanah, mencuri, dan membunuh, pihak pendakwaan perlu...
15/12/2021

BEYOND REASONABLE DOUBT

Dalam kes-kes jenayah seperti tuduhan pecah amanah, mencuri, dan membunuh, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan tersebut sememangnya dilakukan oleh tertuduh.

Bukti-bukti yang dikemukakan ini perlulah menunjukkan yang tertuduh melakukan perkara jenayah tersebut dengan melangkau keraguan yang munasabah atau 'beyond reasonable doubt'.

Dengan kata lain, hukuman bersalah hanya boleh disabitkan dalam keadaan hampir tiada keraguan yang tertuduh memang melakukan jenayah tersebut.

Pendakwaan juga perlu membuktikan dengan melangkau keraguan munasabah yang tertuduh berniat melakukan jenayah itu.

Niat boleh dibuktikan melalui pengakuan oleh tertuduh. Jika tiada pengakuan, maka pendakwaan perlu membuktikan bahawa tindakan-tindakan tertuduh menunjukkan dengan hampir tiada keraguan bahawa tertuduh memang berniat melakukan jenayah tersebut. Adalah lebih sukar untuk mencari bukti yang menunjukkan niat, daripada hanya perlu membuktikan niat melalui pengakuan.

Sebab itu jika pihak pendakwaan tidak ada bukti kukuh untuk menunjukkan niat, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pengakuan (confession) daripada tertuduh untuk memudahkan kerja mereka. Jika mereka gagal membuktikan niat ini, kes mereka akan gagal.

Beban pembuktian melangkau keraguan yang munasabah atau 'beyond reasonable doubt' juga adalah berat dengan standard yang tinggi untuk mengelakkan penganiayaan terhadap tertuduh yang tidak bersalah tetapi disabitkan bersalah.

Namun begitu, tafsiran 'beyond reasonable doubt' ini adalah subjektif dan bergantung kepada tafsiran hakim yang menjatuhkan hukuman. Hakim juga adalah manusia, jika hakim dari awal sudah yakin seseorang itu bersalah, prejudis ini akan menyebabkan tidak sukar untuk dia berpihak kepada pihak pendakwaan untuk mensabitkan hukuman bersalah walaupun bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah lemah atau tidak kukuh. Tafsiran 'beyond reasonable doubt' atau melangkau keraguan munasabah ini selalu dicemari oleh prejudis manusia atau hakim seperti di atas.

Andaian-andaian juga tidak boleh diterima sebagai bukti melangkau keraguan munasabah atau 'beyond reasonable doubt'. Ini kerana setiap orang atau semua pihak mempunyai andaian yang berbeza-beza. Andaian-andaian biasanya dibuat berdasarkan prejudis yang menyebabkan hakim terkhilaf.

Hakim-hakim perlu 'accountable' atau bertanggungjawab terhadap hukuman mereka, walaupun tiada hukuman ke atas hakim yang membuat keputusan yang salah atau zalim. Namun untuk mengelakkan penganiayaan ke atas tertuduh yang dihukumi hakim yang prejudis atau terkhilaf, sistem kehakiman membenarkan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi untuk mengurangkan kesilapan mensabitkan kesalahan kepada orang yang tidak bersalah oleh hakim yang prejudis atau terkhilaf di atas.

Namun demikian, peratusan kes-kes rayuan jenayah yang berjaya adalah kecil. Di Malaysia, saya lihat tidak ada statistik dikeluarkan kepada umum berkenaan peratus kes rayuan yang berjaya, namun pada hemat saya peratusannya adalah rendah sepertimana juga di negara-negara lain.

Di Amerika Syarikat contohnya, hanya 7% kes rayuan yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan (Supreme Court) berjaya mengubah keputusan mahkamah sebelumnya.

Salah satu sebab perkara ini berlaku ialah hakim-hakim mahkamah rayuan mungkin cenderung untuk mengikut dan bersetuju dengan keputusan hakim di mahkamah perbicaraan. Ini kerana ianya adalah lebih mudah untuk bersetuju dengan keputusan rakan-rakan hakim mereka di mahkamah perbicaraan dan mengambil dan mengulang semula sebab musabab penghakiman yang sama daripada perlu mencari sebab musabab yang lain untuk menjadi asas untuk mereka menyangkal dan tidak bersetuju dengan penghakiman yang dibuat oleh rakan hakim mereka. Walaupun mereka arif, namun hakim-hakim bukanlah maksum. Keputusan mereka tidaklah betul dan tepat setiap masa. Mereka juga manusia yang kerap terkhilaf.

Dalam banyak kes, sentimen dan tekanan politik semasa banyak mempengaruhi keputusan hakim terutama dalam kes berprofil tinggi.

Sebab itu dalam sistem kehakiman di dunia, ada banyak kes hukuman mati ke atas tertuduh yang tidak bersalah tetapi dijatuhi hukuman mati oleh beberapa orang hakim di pelbagai peringkat mahkamah yang mana ianya hanya diketahui bahawa tertuduh sebenarnya tidak bersalah selepas banyak tahun dia telah dihukum dan dibunuh mati oleh keputusan hakim.

Secara amnya sistem kehakiman di Malaysia adalah baik walaupun ianya tidak sempurna sebagaimana juga sistem kehakiman di negara-negara lain di dunia. Masih banyak reform dan penambahbaikan perlu dibuat.

Perbincangan di atas adalah secara umum dan dalam bahasa mudah dari perspektif dasar awam berkenaan sistem kehakiman di seluruh dunia. Ia adalah ulasan am untuk pengetahuan awam. Segala kritikan adalah bertujuan untuk menambah baik dasar awam dan sistem kehakiman ke arah mencapai keadilan sejagat.

Saya memegang sarjana dasar awam dalam bidang politik, ekonomi dan undang-undang dari Harvard University, di samping mempunyai 20 tahun pengalaman dalam kerajaan dan syarikat berkenaan kerajaan dalam pentadbiran, pengurusan, perlaksanaan dan pembuatan dasar. Dan saya juga mempunyai sedikit sebanyak pengetahuan dan pengalaman dalam undang-undang korporat, undang-undang jenayah dan perlembagaan.

Dalam Part 2, saya akan mengulas secara spesifik berkenaan kes SRC Dato' Sri Najib secara ringkas dan mudah difahami berdasarkan kepada beratus-ratus mukasurat penghakiman ke atas kes ini. Kes ini melibatkan undang-undang korporat dan undang-undang jenayah serta pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan syarikat berkenaan kerajaan.
.......

PART 2: KES SRC DATO' SRI NAJIB

Dalam kes SRC Dato' Sri Najib, saya telah membaca beratus-ratus mukasurat penghakiman oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Saya juga berada dalam kamar mahkamah semasa penghakiman kes ini dibacakan di Mahkamah Tinggi.

Dua perkara asas dalam kes ini adalah pertama, pendakwaan perlu membuktikan bahawa Dato' Sri Najib mengetahui dan mengarahkan dana dari SRC untuk masuk ke dalam akaun peribadinya.

Jika dia tidak arah atau tidak tahu bahawa dana itu adalah dari SRC dan timbul keraguan tentang hal ini, maka pendakwaan (dan hakim) tidak boleh sabitkan kesalahan kepadanya.

Kedua, pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa Dato' Sri Najib berniat untuk mengambil rasuah (dana RM42 juta ke dalam akaun peribadinya) semasa beliau sebagai Perdana Menteri meluluskan dana pinjaman RM4 billion oleh KWAP kepada SRC.

Dalam perkara pertama, apa yang dikatakan oleh pihak pendakwaan dan dipersetujui oleh hakim ialah oleh kerana Dato' Sri Najib kenal dan mempunyai hubungan dengan CEO SRC Nik Faisal dan Pengarah SRC Dato' Suboh yang menguruskan akaun-akaun SRC, maka mereka (pendakwaan) mengandaikan 'sudah tentu' Dato' Sri Najib tahu (dan arah) supaya dana ini dimasukkan ke dalam akaunnya.

Namun demikian, tidak ada apa-apa bukti nyata yang menunjukkan bahawa Dato' Sri Najib mengarahkan waima mempengaruhi Nik Faisal untuk memasukkan dana tersebut ke dalam akaunnya. Pihak pendakwaan juga gagal membawa saksi utama ini (Nik Faisal) ke mahkamah untuk memberi keterangan. Apa yang ada adalah andaian-andaian pendakwaan seperti di atas iaitu sebab Nik Faisal ini kenal dan kononnya ada hubungan rapat ("close associate and link") dengan Najib oleh itu 'tentunya' Najib tahu atau arah dana ini masuk ke dalam akaunnya. Asas sabitan ini adalah amat lemah.

Sebab itu banyak pihak musykil bagaimana pihak pendakwaan boleh mendapat sabitan bersalah. Adakah andaian-andaian mereka ini cukup membuktikan kesalahan dengan hampir tiada keraguan 'beyond reasonable doubt' langsung?

Sebab itu juga saya tidak bersetuju dengan asas penghakiman ini. Hubungan seseorang (termasuk Perdana Menteri) dengan seseorang yang lain tidak semestinya menunjukkan malah jauh sekali membuktikan yang orang itu (atau Perdana Menteri itu) tahu atau arah apa yang orang lain itu buat. Di Jabatan Perdana Menteri dahulu, saya pernah lihat ramai sahaja orang petik nama Perdana Menteri untuk membuat sesuatu yang sebenarnya Perdana Menteri tidak pernah arah. Sebab itu asas berdasarkan andaian-andaian bahawa 'hubungan membuktikan arahan atau pengetahuan' ini bukanlah asas melangkau keraguan munasabah 'beyond reasonable doubt' untuk sabitan, jauh sekali bersalah dengan hampir tiada keraguan. Pada hemat saya, asas dan hujah pendakwaan ini adalah lebih kepada hanyalah prejudis dan syak wasangka.

Pendakwaan juga berkata bahawa oleh kerana Dato' Sri Najib telah menggunakan dana RM42 juta tersebut maka 'tentunya' dia tahu dana itu adalah dari SRC.

Ini juga adalah suatu asas sabitan yang lemah. Menggunakan dana dari sesuatu akaun tidak semestinya membuktikan pengetahuan tentang sumber sebenar dana tersebut.

Jika seseorang menggunakan dana daripada sesuatu akaun yang pada hematnya dana tersebut datang dari suatu sumber yang baik (legit), adakah betul untuk mensabitkan kesalahan ke atasnya apabila dana tersebut sebenarnya datang dari sumber lain yang haram?

Contohnya, jika rakan kita berjanji untuk memasukkan duit ke dalam akaun kita lalu kita lihat ada duit dalam akaun tersebut dan kita guna duit itu, adakah ia keadilan jika kita disabitkan kesalahan apabila duit itu sebenarnya bukan dari rakan kita tetapi adalah dari sumber yang haram yang kita tidak tahu?

Bagaimana p**a jika rakan kita tersebut yang ingin menganiaya kita dan memasukkan duit dari sumber haram ke dalam akaun kita? Adakah kita bersalah?

Dalam kes SRC ini, perkara-perkara seperti ini yang menimbulkan keraguan kerana apabila dana SRC tersebut masuk ke akaun Dato' Sri Najib, pada masa yang sama terdapat sumbangan dana politik daripada Arab Saudi yang dijanjikan untuk dimasukkan ke dalam akaunnya.

Pendakwaan berkata, jika betul dana ini dari Arab Saudi, mengapa ia masuk ke dalam akaun SRC? Namun ini adalah soalan yang tersasar. Sebab dana yang dikeluarkan oleh Dato' Sri Najib bukanlah terus dari akaun SRC. Dana SRC tersebut telah ke beberapa akaun yang lain dahulu sebelum ia masuk ke akaun peribadi Najib. Tidak mustahil dan adalah munasabah yang pada hemat Najib dana yang digunakan olehnya tersebut adalah dari sumbangan Arab Saudi dan bukannya SRC.

Namun pihak pendakwaan tidak bersetuju tetapi masih berkeras dengan pendapat atau andaian bahawa Najib tentunya tahu dana ini adalah dari SRC lalu hakim mensabitkan kesalahan.

Dan urusan-urusan kemasukan dana-dana ini dilakukan oleh orang-orang di sekeliling Najib dengan pengetahuan orang-orang termasuklah oleh bekas Gabenor Bank Negara sendiri iaitu Tan Sri Zeti Aziz yang kini ada bukti baru yang menunjukkan syarikat berkaitan keluarganya mendapat duit berpuluh atau beratus juta ringgit dari Jho Low.

Laporan dan bukti baru juga menunjukkan yang Nik Faisal dan bekas Menteri Ekonomi Tan Sri Nor Mohamed Yakcop juga menerima duit berjuta ringgit dari sumber Jho Low atau 1MDB sama ada secara terus atau melalui proksi.

Adalah tidak susah jika mereka-mereka ini ingin berkomplot untuk mengenakan Dato' Sri Najib dalam keadaan ini. Sebab itu untuk mengelakkan keraguan dan penganiayaan atau sabitan yang salah, pendakwaan sepatutnya perlu mengemukakan bukti yang kukuh bahawa Najib sendiri yang mengarahkan dana SRC tersebut masuk ke akaunnya dan bukan hanya andaian-andaian seperti dalam hujah pendakwaan dan penghakiman.

Namun ini tidak berlaku, malah pendakwaan mendapati bahawa andaian-andaian ini adalah cukup dan bukti-bukti baru berkenaan Zeti dan Nor Yakcop adalah tidak relevan untuk kes SRC tetapi hanya relevan untuk kes 1MDB, walhal sebenarnya SRC itu adalah asalnya syarikat 1MDB sebelum ianya menjadi milik Kementerian Kewangan.

Pendakwaan (dan hakim) juga berkata bahawa kisah wang sumbangan Arab Saudi itu adalah kisah dongeng, walaupun di pihak yang lain sumbangan-sumbangan Arab Saudi ini telah dibuktikan kesahihannya dan telah p**a dikenakan cukai oleh kerajaan sebanyak berbillion ringgit ke atas Dato' Sri Najib.

Maka adakah tidak ada keraguan munasabah langsung kepada pihak pendakwaan dan hakim dalam hal ini? Atau adakah ada unsur-unsur prejudis yang telah mengaburi mata mereka menyebabkan mereka terkhilaf dan Dato' Sri Najib teraniaya?

Dalam Part 3, saya akan mengulas berkenaan perkara kedua asas sabitan kesalahan oleh pendakwaan ke atas Dato' Sri Najib iaitu tuduhan bahawa Dato' Sri Najib berniat untuk mengambil rasuah (dana RM42 juta ke dalam akaun peribadinya) semasa beliau sebagai Perdana Menteri meluluskan dana pinjaman RM4 billion oleh KWAP kepada SRC.

ISHAM JALIL
15 Disember 2021

BEYOND REASONABLE DOUBT

Dalam kes-kes jenayah seperti tuduhan pecah amanah, mencuri, dan membunuh, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa tuduhan-tuduhan yang dilemparkan tersebut sememangnya dilakukan oleh tertuduh.

Bukti-bukti yang dikemukakan ini perlulah menunjukkan yang tertuduh melakukan perkara jenayah tersebut dengan melangkau keraguan yang munasabah atau 'beyond reasonable doubt'.

Dengan kata lain, hukuman bersalah hanya boleh disabitkan dalam keadaan hampir tiada keraguan yang tertuduh memang melakukan jenayah tersebut.

Pendakwaan juga perlu membuktikan dengan melangkau keraguan munasabah yang tertuduh berniat melakukan jenayah itu.

Niat boleh dibuktikan melalui pengakuan oleh tertuduh. Jika tiada pengakuan, maka pendakwaan perlu membuktikan bahawa tindakan-tindakan tertuduh menunjukkan dengan hampir tiada keraguan bahawa tertuduh memang berniat melakukan jenayah tersebut. Adalah lebih sukar untuk mencari bukti yang menunjukkan niat, daripada hanya perlu membuktikan niat melalui pengakuan.

Sebab itu jika pihak pendakwaan tidak ada bukti kukuh untuk menunjukkan niat, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan pengakuan (confession) daripada tertuduh untuk memudahkan kerja mereka. Jika mereka gagal membuktikan niat ini, kes mereka akan gagal.

Beban pembuktian melangkau keraguan yang munasabah atau 'beyond reasonable doubt' juga adalah berat dengan standard yang tinggi untuk mengelakkan penganiayaan terhadap tertuduh yang tidak bersalah tetapi disabitkan bersalah.

Namun begitu, tafsiran 'beyond reasonable doubt' ini adalah subjektif dan bergantung kepada tafsiran hakim yang menjatuhkan hukuman. Hakim juga adalah manusia, jika hakim dari awal sudah yakin seseorang itu bersalah, prejudis ini akan menyebabkan tidak sukar untuk dia berpihak kepada pihak pendakwaan untuk mensabitkan hukuman bersalah walaupun bukti yang dikemukakan oleh pendakwaan adalah lemah atau tidak kukuh. Tafsiran 'beyond reasonable doubt' atau melangkau keraguan munasabah ini selalu dicemari oleh prejudis manusia atau hakim seperti di atas.

Andaian-andaian juga tidak boleh diterima sebagai bukti melangkau keraguan munasabah atau 'beyond reasonable doubt'. Ini kerana setiap orang atau semua pihak mempunyai andaian yang berbeza-beza. Andaian-andaian biasanya dibuat berdasarkan prejudis yang menyebabkan hakim terkhilaf.

Hakim-hakim perlu 'accountable' atau bertanggungjawab terhadap hukuman mereka, walaupun tiada hukuman ke atas hakim yang membuat keputusan yang salah atau zalim. Namun untuk mengelakkan penganiayaan ke atas tertuduh yang dihukumi hakim yang prejudis atau terkhilaf, sistem kehakiman membenarkan rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi untuk mengurangkan kesilapan mensabitkan kesalahan kepada orang yang tidak bersalah oleh hakim yang prejudis atau terkhilaf di atas.

Namun demikian, peratusan kes-kes rayuan jenayah yang berjaya adalah kecil. Di Malaysia, saya lihat tidak ada statistik dikeluarkan kepada umum berkenaan peratus kes rayuan yang berjaya, namun pada hemat saya peratusannya adalah rendah sepertimana juga di negara-negara lain.

Di Amerika Syarikat contohnya, hanya 7% kes rayuan yang dibawa ke Mahkamah Persekutuan (Supreme Court) berjaya mengubah keputusan mahkamah sebelumnya.

Salah satu sebab perkara ini berlaku ialah hakim-hakim mahkamah rayuan mungkin cenderung untuk mengikut dan bersetuju dengan keputusan hakim di mahkamah perbicaraan. Ini kerana ianya adalah lebih mudah untuk bersetuju dengan keputusan rakan-rakan hakim mereka di mahkamah perbicaraan dan mengambil dan mengulang semula sebab musabab penghakiman yang sama daripada perlu mencari sebab musabab yang lain untuk menjadi asas untuk mereka menyangkal dan tidak bersetuju dengan penghakiman yang dibuat oleh rakan hakim mereka. Walaupun mereka arif, namun hakim-hakim bukanlah maksum. Keputusan mereka tidaklah betul dan tepat setiap masa. Mereka juga manusia yang kerap terkhilaf.

Dalam banyak kes, sentimen dan tekanan politik semasa banyak mempengaruhi keputusan hakim terutama dalam kes berprofil tinggi.

Sebab itu dalam sistem kehakiman di dunia, ada banyak kes hukuman mati ke atas tertuduh yang tidak bersalah tetapi dijatuhi hukuman mati oleh beberapa orang hakim di pelbagai peringkat mahkamah yang mana ianya hanya diketahui bahawa tertuduh sebenarnya tidak bersalah selepas banyak tahun dia telah dihukum dan dibunuh mati oleh keputusan hakim.

Secara amnya sistem kehakiman di Malaysia adalah baik walaupun ianya tidak sempurna sebagaimana juga sistem kehakiman di negara-negara lain di dunia. Masih banyak reform dan penambahbaikan perlu dibuat.

Perbincangan di atas adalah secara umum dan dalam bahasa mudah dari perspektif dasar awam berkenaan sistem kehakiman di seluruh dunia. Ia adalah ulasan am untuk pengetahuan awam. Segala kritikan adalah bertujuan untuk menambah baik dasar awam dan sistem kehakiman ke arah mencapai keadilan sejagat.

Selepas BN kalah pilihanraya pada tahun 2018, sebagai seorang aktivis dan ahli politik, saya juga banyak pengalaman turun naik mahkamah dan dipanggil polis untuk menjawab pelbagai tuduhan termasuklah tuduhan-tuduhan liar. Oleh itu dalam perjuangan ini saya terpaksa hadamkan selok belok prosidur undang-undang jenayah dan sivil di Malaysia melalui pengalaman dan pembacaan untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut bagi pihak diri saya sendiri walaupun bukan sebagai peguam yang membela orang lain. Apabila kita perlu membela dan mempertahankan diri sendiri, lebih banyak motivasi untuk kita mengetahui sesuatu perkara berkenaan undang-undang berbanding jika kita tidak pernah berhadapan dengan apa-apa tuduhan, risiko perundangan atau penjara.

Saya juga memegang sarjana dasar awam dalam bidang politik, ekonomi dan undang-undang dari Harvard University, di samping mempunyai 20 tahun pengalaman dalam kerajaan dan syarikat berkenaan kerajaan dalam pentadbiran, pengurusan, perlaksanaan dan pembuatan dasar. Dan saya juga mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam undang-undang korporat, undang-undang jenayah dan perlembagaan.

Dalam Part 2, saya akan mengulas secara spesifik berkenaan kes SRC Dato' Sri Najib secara ringkas dan mudah difahami berdasarkan kepada beratus-ratus mukasurat penghakiman ke atas kes ini. Kes ini melibatkan undang-undang korporat dan undang-undang jenayah serta pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan syarikat berkenaan kerajaan.
.......

PART 2: KES SRC DATO' SRI NAJIB

Dalam kes SRC Dato' Sri Najib, saya telah membaca beratus-ratus mukasurat penghakiman oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Saya juga berada dalam kamar mahkamah semasa penghakiman kes ini dibacakan di Mahkamah Tinggi.

Dua perkara asas dalam kes ini adalah pertama, pendakwaan perlu membuktikan bahawa Dato' Sri Najib mengetahui dan mengarahkan dana dari SRC untuk masuk ke dalam akaun peribadinya.

Jika dia tidak arah atau tidak tahu bahawa dana itu adalah dari SRC dan timbul keraguan tentang hal ini, maka pendakwaan (dan hakim) tidak boleh sabitkan kesalahan kepadanya.

Kedua, pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa Dato' Sri Najib berniat untuk mengambil rasuah (dana RM42 juta ke dalam akaun peribadinya) semasa beliau sebagai Perdana Menteri meluluskan dana pinjaman RM4 billion oleh KWAP kepada SRC.

Dalam perkara pertama, apa yang dikatakan oleh pihak pendakwaan dan dipersetujui oleh hakim ialah oleh kerana Dato' Sri Najib kenal dan mempunyai hubungan dengan CEO SRC Nik Faisal dan Pengarah SRC Dato' Suboh yang menguruskan akaun-akaun SRC, maka mereka (pendakwaan) mengandaikan 'sudah tentu' Dato' Sri Najib tahu (dan arah) supaya dana ini dimasukkan ke dalam akaunnya.

Namun demikian, tidak ada apa-apa bukti nyata yang menunjukkan bahawa Dato' Sri Najib mengarahkan waima mempengaruhi Nik Faisal untuk memasukkan dana tersebut ke dalam akaunnya. Pihak pendakwaan juga gagal membawa saksi utama ini (Nik Faisal) ke mahkamah untuk memberi keterangan. Apa yang ada adalah andaian-andaian pendakwaan seperti di atas iaitu sebab Nik Faisal ini kenal dan kononnya ada hubungan rapat ("close associate and link") dengan Najib oleh itu 'tentunya' Najib tahu atau arah dana ini masuk ke dalam akaunnya. Asas sabitan ini adalah amat lemah.

Sebab itu banyak pihak musykil bagaimana pihak pendakwaan boleh mendapat sabitan bersalah. Adakah andaian-andaian mereka ini cukup membuktikan kesalahan dengan hampir tiada keraguan 'beyond reasonable doubt' langsung?

Sebab itu juga saya tidak bersetuju dengan asas penghakiman ini. Hubungan seseorang (termasuk Perdana Menteri) dengan seseorang yang lain tidak semestinya menunjukkan malah jauh sekali membuktikan yang orang itu (atau Perdana Menteri itu) tahu atau arah apa yang orang lain itu buat. Di Jabatan Perdana Menteri dahulu, saya pernah lihat ramai sahaja orang petik nama Perdana Menteri untuk membuat sesuatu yang sebenarnya Perdana Menteri tidak pernah arah. Sebab itu asas berdasarkan andaian-andaian bahawa 'hubungan membuktikan arahan atau pengetahuan' ini bukanlah asas melangkau keraguan munasabah 'beyond reasonable doubt' untuk sabitan, jauh sekali bersalah dengan hampir tiada keraguan. Pada hemat saya, asas dan hujah pendakwaan ini adalah lebih kepada hanyalah prejudis dan syak wasangka.

Pendakwaan juga berkata bahawa oleh kerana Dato' Sri Najib telah menggunakan dana RM42 juta tersebut maka 'tentunya' dia tahu dana itu adalah dari SRC.

Ini juga adalah suatu asas sabitan yang lemah. Menggunakan dana dari sesuatu akaun tidak semestinya membuktikan pengetahuan tentang sumber sebenar dana tersebut.

Jika seseorang menggunakan dana daripada sesuatu akaun yang pada hematnya dana tersebut datang dari suatu sumber yang baik (legit), adakah betul untuk mensabitkan kesalahan ke atasnya apabila dana tersebut sebenarnya datang dari sumber lain yang haram?

Contohnya, jika rakan kita berjanji untuk memasukkan duit ke dalam akaun kita lalu kita lihat ada duit dalam akaun tersebut dan kita guna duit itu, adakah ia keadilan jika kita disabitkan kesalahan apabila duit itu sebenarnya bukan dari rakan kita tetapi adalah dari sumber yang haram yang kita tidak tahu?

Bagaimana p**a jika rakan kita tersebut yang ingin menganiaya kita dan memasukkan duit dari sumber haram ke dalam akaun kita? Adakah kita bersalah?

Dalam kes SRC ini, perkara-perkara seperti ini yang menimbulkan keraguan kerana apabila dana SRC tersebut masuk ke akaun Dato' Sri Najib, pada masa yang sama terdapat sumbangan dana politik daripada Arab Saudi yang dijanjikan untuk dimasukkan ke dalam akaunnya.

Pendakwaan berkata, jika betul dana ini dari Arab Saudi, mengapa ia masuk ke dalam akaun SRC? Namun ini adalah soalan yang tersasar. Sebab dana yang dikeluarkan oleh Dato' Sri Najib bukanlah terus dari akaun SRC. Dana SRC tersebut telah ke beberapa akaun yang lain dahulu sebelum ia masuk ke akaun peribadi Najib. Tidak mustahil dan adalah munasabah yang pada hemat Najib dana yang digunakan olehnya tersebut adalah dari sumbangan Arab Saudi dan bukannya SRC.

Namun pihak pendakwaan tidak bersetuju tetapi masih berkeras dengan pendapat atau andaian bahawa Najib tentunya tahu dana ini adalah dari SRC lalu hakim mensabitkan kesalahan.

Dan urusan-urusan kemasukan dana-dana ini dilakukan oleh orang-orang di sekeliling Najib dengan pengetahuan orang-orang termasuklah oleh bekas Gabenor Bank Negara sendiri iaitu Tan Sri Zeti Aziz yang kini ada bukti baru yang menunjukkan syarikat berkaitan keluarganya (Zeti) mendapat duit berpuluh atau beratus juta ringgit dari Jho Low.

Laporan dan bukti baru juga menunjukkan yang Nik Faisal dan bekas Menteri Ekonomi Tan Sri Nor Mohamed Yakcop juga menerima duit berjuta ringgit dari sumber Jho Low atau 1MDB sama ada secara terus atau melalui proksi.

Adalah tidak susah jika mereka-mereka ini ingin berkomplot untuk mengenakan Dato' Sri Najib dalam keadaan ini. Sebab itu untuk mengelakkan keraguan dan penganiayaan atau sabitan yang salah, pendakwaan sepatutnya perlu mengemukakan bukti yang kukuh bahawa Najib sendiri yang mengarahkan dana SRC tersebut masuk ke akaunnya dan bukan hanya andaian-andaian seperti dalam hujah pendakwaan dan penghakiman.

Namun ini tidak berlaku, malah pendakwaan mendapati bahawa andaian-andaian ini adalah cukup dan bukti-bukti baru berkenaan Zeti dan Nor Yakcop adalah tidak relevan untuk kes SRC tetapi hanya relevan untuk kes 1MDB, walhal sebenarnya SRC itu adalah asalnya syarikat 1MDB sebelum ianya menjadi milik Kementerian Kewangan.

Pendakwaan (dan hakim) juga berkata bahawa kisah wang sumbangan Arab Saudi itu adalah kisah dongeng, walaupun di pihak yang lain sumbangan-sumbangan Arab Saudi ini telah dibuktikan kesahihannya dan telah p**a dikenakan cukai oleh kerajaan sebanyak berbillion ringgit ke atas Dato' Sri Najib.

Maka adakah tidak ada keraguan munasabah langsung kepada pihak pendakwaan dan hakim dalam hal ini? Atau adakah ada unsur-unsur prejudis yang telah mengaburi mata mereka menyebabkan mereka terkhilaf dan Dato' Sri Najib teraniaya?

Dalam Part 3, saya akan mengulas berkenaan perkara kedua asas sabitan kesalahan oleh pendakwaan ke atas Dato' Sri Najib iaitu tuduhan bahawa Dato' Sri Najib berniat untuk mengambil rasuah (dana RM42 juta ke dalam akaun peribadinya) semasa beliau sebagai Perdana Menteri meluluskan dana pinjaman RM4 billion oleh KWAP kepada SRC.

ISHAM JALIL
15 Disember 2021

24/06/2021

***
DONT FIGHT IN THE STREET, YOU,LL NEVER WIN.
FIGHT IN COURT AND GET PAID
*wat do u think!!!

15/06/2021

JANGAN BERANGAN ANGAN DENGAN TINDAKAN SENDIRI, AMAT BAHAYA MENGIKUT NAFSU AMARAH, SILA GUNA SALURAN YANG BETUL MELALUI TINDAKAN UNDANG2 ...
JIKA ANDA BENAR ANDA MENANG DAN MUNGKIN ADA GANJARAN KEMENANGAN.

Kelayakan untuk mendapat Bantuan GuamanKategori ISumber kewangan tahunan yang berjumlah RM30,000 dan ke bawah;Kategori I...
24/04/2021

Kelayakan untuk mendapat Bantuan Guaman

Kategori I

Sumber kewangan tahunan yang berjumlah RM30,000 dan ke bawah;

Kategori II

Sumber kewangan tahunan melebihi RM30,000 tetapi tidak melebihi RM50,000

Attorney and General Practice Attorney

*Tatacara Mendapatkan Bantuan Guaman (Tindakan Sivil)*- Pemohon mendaftar- Pemohon dikehendaki mengisi borang ujian kema...
24/04/2021

*Tatacara Mendapatkan Bantuan Guaman (Tindakan Sivil)*

- Pemohon mendaftar
- Pemohon dikehendaki mengisi borang ujian kemampuan dan borang akuan berkanun
- Ujian kemampuan dijalankan
- Temuduga dijalankan untuk mengenal pasti isu, remedi dan keperluan pemohon
- Permohonan diproses (tidak lebih 3 hari)
- Jika permohonan diluluskan, terma bantuan guaman akan ditawarkan
- Pemohon dikehendaki membayar fi pendaftaran RM10.00 dan sumbangan (jika terpakai) jika dia setuju menerima terma tersebut
- Bantuan guaman diberikan
- Fail tindakan dibuka dan didaftarkan
- Fail tindakan difailkan ke mahkamah

Kami memberi dan menyediakan perkhidmatan nasihat guaman kepada semua warganegara Malaysia. Berdasarkan kepada Jadual Ke...
24/04/2021

Kami memberi dan menyediakan perkhidmatan nasihat guaman kepada semua warganegara Malaysia. Berdasarkan kepada Jadual Keempat Akta Bantuan Guaman 1971, nasihat guaman boleh diberikan di dalam semua perkara. Nasihat guaman merupakan nasihat yang diberikan secara lisan di dalam semua soal undang-undang di Malaysia

Address

Bukit Mertajam
14000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bantuan Guaman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share