Islamic DJ 4u

Islamic DJ 4u Ts. Norhardi bin Sabri (P.J.K.) MSc(CS)(USM), BSK(KP)(UPM), CPRE-FL, DSK(UPM), EDP-COTI(Korea), ICTYLP-JICA(Japan) "Lagumu Dakwahku..."

Islamic DJ 4u
*****************
Perkhidmatan DJ, MC dan Sistem Audio profesional,
berpengalaman, eksklusif yang beridentitikan
Islamik dan gaya hidup Islam dengan tagline
'Islamic DJ 4u, Lagumu Dakwahku!' menyiarkan
lagu-lagu nasyid, Islamik dan bersesuaian untuk
kenduri-kendara (keutamaan), birthday party,
majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi tertentu dan
sebagainya... Telah bertugas dan mengendal

ikan lebih
dari 200 buah majlis walimatulurus dan majlis-majlis lain
sejak tahun 2009.

::[ TAGLINE ]::. Merupakan tagline Islamic DJ 4u yang memberi
perkhidmatan sambil berdakwah melalui mesej
lagu-lagu islamik yang didendangkan untuk
mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT
dan Rasulullah SAW di samping mengajak kepada amal
makruf nahi mungkar.

::[ MISI ]::. Menyediakan perkhidmatan DJ dan Audio Sistem
dengan harga yang berpatutan dan profesional yang
dapat memuaskan hati pelanggan. Menjalin ikatan ukhwah, tali persaudaraan sesama
muslim dan bukan muslim untuk menikmati keindahan
Islam dan mengeratkan silaturahim serta perpaduan
sesama pelanggan, orang ramai, tetamu dan
masyarakat sebelum, semasa dan berterusan selepas
majlis berlangsung.

::[ VISI ]::. Menjadi perkhidmatan DJ dan audio sistem yang
bercirikan dan beridentitikan Islamik yang dapat
dikembangkan ke seluruh tanah air lebih-lebih lagi
di Negeri Pulau Mutiara tercinta. Maklumat lanjut, sila lawati:-
www.islamicdj4u.kedainet.com
facebook.com/islamicdj4u

::[ CAJ PERKHIDMATAN ]::.

1) Tempahan Islamic DJ 4u untuk majlis yang di
adakan di sebelah Seberang Perai (SPT, SPU & SPS)=RM480.

2) Tempahan Islamic DJ 4u untuk majlis yang di
adakan di sebelah pulau, Pulau Pinang=RM550.

3) Tempahan Islamic DJ 4u untuk majlis yang di
adakan di luar negeri Pulau Pinang. RM550
duit minyak kereta tol (jika ada) (sekiranya
perlu bermalam, caj penginapan akan dikira kecuali
pihak pengajur menyediakan penginapan).

::[ PENGISIAN DAN KANDUNGAN PERKHIDMATAN ]::.
1)Majlis akan didendangkan dengan lagu-lagu nasyid,
selawat, qasidah, lagu perkahwinan yang sesuai, keluarga,
suami/isteri, memberi mesej yang baik, memberi
kesedaran dan keinsafan yang membawa kepada
mendekatkan diri dan mengingati Allah SWT dan
Rasulullah SAW.

2)Bacaan Do'a (jika perlu, jika tiada wakil bacaan
do'a).

3)Pengumuman umum, pengumuman khas, pengumuman
ketibaan dan/atau pengumuman kehadiran tetamu dan
sebagainya.

4)Tuju lagu, pantun, sajak, puisi, gurindam dan
sebagainya oleh tetamu dan ahli keluarga kepada
pengantin (setiap yang menyertai aktiviti ini akan
diberikan cenderahati oleh Islamic DJ 4u).

5)Sesi ucapan, kata-kata aluan, nasihat, pedoman
oleh ahli keluarga dan tetamu kepada
pengantin/orang yang diraikan secara live oleh
ahli keluarga/tetamu atau melalui borang
ucapan/WhatApps/SMS. (setiap individu yang
menyertai aktiviti ini akan diberikan cenderahati
oleh Islamic DJ 4u).

6)Sesi temuramah rawak dan terbuka dengan para
tetamu dan ahli keluarga (setiap individu yang
ditemuramah akan diberikan cenderahati oleh
Islamic DJ 4u)- Jika perlu.

7)Selitan dan selingan maksud Hadith, ayat-ayat
Al-Quran, sedutan ceramah yang berkaitan - Jika bersesuaian.

8)Pengumuman waktu solat dan audio azan - jika bersesuaian.

9)Sesi Uji Minda - Islamic DJ 4u akan mengemukakan
soalan berkenaan majlis atau berkenaan pengantin
atau orang yang diraikan dan tetamu/ahli keluarga
lain akan menjawab secara live berkenaan soalan
yang telah dikemukakan. (setiap yang menyertai
aktiviti ini akan diberikan cenderahati oleh
Islamic DJ 4u) (jika perlu).

10)..dan lain-lain idea atas permintaan tuan rumah /
pengantin / dan sebagainya setelah ditapis
bersesuaian dengan Islamik.


::[ POLISI, TERMA DAN SYARAT ]::.
1)Islamic DJ 4u akan hadir untuk pemasangan
peralatan sistem audio sebelum majlis bermula pada
hari yang sama sahaja. Ini untuk mengelakkan
kehilangan dan kecurian peralatan jika dipasang
dan ditinggalkan di lokasi majlis sehari sebelum
majlis.

2)Perkhidmatan Islamic DJ 4u akan hadir 1 ke 1 setengah jam
sebelum mula majlis seperti tertera pada kad/surat
jemputan majlis untuk pemasangan dan pengujian
peralatan (majlis di waktu siang)
sehingga masuk waktu Asar di kawasan tersebut atau waktu
tamat majlis sebelum waktu asar seperti dalam kad mana yang terdahulu
(waktu asar atau waktu tamat seperti dlm kad). Sekiranya majlis di waktu malam, sehingga jam 10.30 malam sahaja. Sekiranya majlis di adakan lebih dari 1 hari, ia akan dikira
sebagai caj baru untuk hari yang berikutnya. Tambahan RM50 utk keperluan PA sistem & pemasangan awal bagi majlis tahlil di tempat

majlis.

3)Pembayaran pendahuluan (deposit) sebanyak atau
RM100 dan ke atas dari bayaran keseluruhan
perlu dijelaskan sebagai tanda persetujuan untuk
tempahan diterima dan baki bayaran perlu
dijelaskan ketika selesai majlis berlangsung atau
pelanggan digalakkan membuat terus pembayaran
penuh dari awal tempahan.

4)Resit bayaran akan diisukan oleh Islamic DJ 4u
apabila selesai pembayaran keseluruhan dibuat
sebelum majlis tamat secara hardcopy atau
softcopy (whatsapp).

5)Wang pembayaran pendahuluan (deposit) TIDAK akan
dikembalikan sekiranya pelanggan membuat
PEMBATALAN tempahan dalam masa 2 minggu sebelum tarikh majlis
(14 hari termasuk hari cuti dan hari bekerja) atau
dalam tempoh 14 hari tersebut sebelum tarikh
majlis. Sekiranya bayaran penuh telah dibuat, maka
70% dari bayaran penuh akan dikembalikan
kepada pelanggan.

6)Polisi, terma dan syarat ini terpakai kepada
semua pelanggan yang akan dan telah membuat
tempahan dari Islamic DJ 4u.

7)Islamic DJ 4u HANYA AKAN MENERIMA permintaan dan
permohonan untuk menyiarkan lagu-lagu yang
berbentuk Islamik, nasihat, suami isteri, lagu perkahwinan yang sesuai,
lagu kekeluargaan, persaudaraan dan yang bersesuaian sahaja
semasa majlis berlangsung mengikut hukum syarak
dan garis panduan yang dikeluarkan oleh JAKIM, JAIPP dan
Pejabat M***i.

8)Bunyi-bunyian berbentuk kompang, rebana, tabla,
gendang, lagu silat boleh dipertimbangkan untuk
dimainkan. Jom tempah sekarang... Islamic DJ 4u, Lagumu Dakwahku!. www.islamicdj4u.kedainet.com
facebook.com/islamicdj4u

🌸 Cinta Yang Diredai Ilahi 🌸Dengan lafaz akad yang suci,bertemulah dua jiwa dalam ikatan yang diredai Ilahi.Tahniah diuc...
22/12/2025

🌸 Cinta Yang Diredai Ilahi 🌸

Dengan lafaz akad yang suci,
bertemulah dua jiwa dalam ikatan yang diredai Ilahi.
Tahniah diucapkan kepada
Nur Farizah Binti Shamsudin ❤️ Mohamad Safwan Arif Bin Azmi
Semoga cinta yang disemai berakar pada iman,
mekar dengan mawaddah,
dan dilindungi rahmah sepanjang perjalanan rumah tangga.
Moga setiap langkah dipimpin doa,
setiap ujian menguatkan,
dan setiap bahagia mendekatkan kalian kepada Jannah. 🤍

🤍 Tanda Syukur & Penghargaan 🤍

Setulus penghargaan buat tuan rumah yang dihormati,
Encik Shamsudin Bin Saad & Puan Siti Rohani Binti Mohd Noor,
atas jemputan yang penuh adab dan kasih.
Semoga majlis yang diraikan ini
menjadi saksi kebaikan,
dilimpahi keberkatan,
serta diganjari pahala yang berpanjangan oleh Allah SWT. 🌸

🎧 Dari Kami | Islamic DJ 4u 🎧

Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada hari yang bersejarah ini.
Moga setiap alunan,
setiap pengisian,
menjadi doa yang mengiringi cinta halal
dan menenangkan hati para hadirin.

✨ “Dan Dia jadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang…” (Ar-Rum: 21)

islamicdj4u.kedainet.com
012-299 1824

Address

Daerah SPT
Bukit Mertajam
14000

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:30
Tuesday 08:00 - 22:30
Wednesday 08:00 - 22:30
Thursday 08:00 - 22:30
Friday 08:00 - 22:30
Saturday 09:00 - 22:30
Sunday 09:00 - 22:30

Telephone

+60122991824

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islamic DJ 4u posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share