15/12/2025
Bapa nak bayar duit nafkah anak RM 50 sebulan sahaja!!!
Ada satu kes di Mahkamah Rendah Syariah sebelum ini, yang mana seorang lelaki memfailkan permohonan perceraian untuk menceraikan isterinya dan perlu memfailkan nafkah anak atas sebab mempunyai seorang anak.
Tetapi agak mengejutkan ramai orang di dalam Mahkamah ketika itu apabila bapa telah di tanya oleh Hakim berkaitan dengan berapa nafkah anak yang hendak dibayar oleh bapa.
π¨π»ββοΈ (Hakim) : Berapa nafkah bulanan yang kamu nak bayar utk seorang anak ini?
π±π»ββοΈ (Bapa) : Saya nak bayar RM50 sebulan sahaja.
π¨π»ββοΈ (Hakim) : Kenapa nak bayar RM50 sahaja?
π±π»ββοΈ (Bapa) : Saya bersetuju untuk anak tinggal dengan bekas isteri saya selepas kami bercerai dan bekas isteri saya yang kena tanggung nafkah anak itu jika tidak cukup.
π¨π»ββοΈ (Hakim) : Kenapa p**a bekas isteri kamu yang kena tanggung nafkah anak kamu jika tidak cukup?
π±π»ββοΈ (Bapa) : Sebab bekas isteri saya berpendapatan sebulan RM7000.
π¨π»ββοΈ (Hakim) : Kamu sebagai bapa yang perlu tanggung nafkah anak itu walaupun anak itu tinggal dengan bekas isteri kamu bukan dengan kamu, bekas isteri kamu tidak dipertanggungjawabkan untuk membayar nafkah anak itu walaupuan dia ada kemampuan.
Dalam kes itu, Hakim akan meminta bekas isteri lelaki itu untuk membuktikan berkaitan dengan perbelanjaan bulanan dan tahunan anak itu dan bapa tersebut perlu membuktikan berkaitan dengan pendapatannya dan kemampuannya untuk membayar nafkah anak.
Oleh itu, Mahkamah akan meminta justifikasi terhadap bapa tersebut berkaitan dengan nafkah bulanan anak itu sebanyak RM50 dan jika Mahkamah berpuashati dengan pembuktian berkaitan dengan perbelanjaan anak setiap bulan & tahun dan kemampuan bapa itu untuk membayar nafkah anak itu.
Mahkamah yang akan menentukan berapa yang sepatutnya bapa itu perlu membayar nafkah bulanan & tahunan bagi kegunaan anak itu.