Kacang Wanys Sedap Beranang

Kacang Wanys Sedap Beranang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kacang Wanys Sedap Beranang, Beranang.

19/08/2021
30/06/2020

Really be like! Worth reading material..Tersentuh hati dengan perkongsian ini..berhentilah mengadili dan menghukum..stop playing GOD..moga bermanafaat buat yang membaca..

Teringat saya pada satu kisah.

Pada suatu malam, rumah seorang lelaki kaya dimasuki perompak. Banyak hartanya yang hilang dan ahli keluarganya dicederakan, namun masih selamat.

Keesokan hari, seorang 'ustaz' datang menziarahinya. "Mungkin ini adalah balasan atas dosa-dosa kamu. Orang berharta sering lalai dengan hartanya, tidak membayar zakat, tidak mahu bersedekah, tidak memandang mereka yang fakir, kedekut dan asyik mengejar kekayaan. Tuhan mahu membersihkan harta-harta kamu. Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Orang kaya yang sedang bersedih itu bertambah sedih. Dia hanya mendiamkan diri dan tidak henti beristghfar sesungguh hati.

Apa yang si 'ustaz' tidak tahu ialah si kaya itu seorang yang dermawan, cuma dia tidak menghebahkannya. Dia membantu dan membangunkan sebuah perkampungan yang para penduduknya lebih dhaif dan susah. Dia juga membinakan masjid untuk mereka. Banyak lagi kebaikan dan ibadah lain yang dilakukan oleh si kaya tanpa memberitahu sesiapa mengenai aktivitinya itu termasuk kepada pembantu dan rakan-rakannya.

Si kaya hanya memberitahu beberapa aktiviti kebajikan dan sedekah yang dilakukannya kepada penduduk kampungnya sendiri. Penduduk kampungnya p**a tidak sedhaif penduduk kampung yang dibantunya. Masjid di kampungnya besar dan dibangunkan atas derma ramai orang kaya di kampungnya juga. Ya, dia menderma sedikit sahaja. Itu pun kerana mahu menjaga hubungan baik dengan penduduk kampungnya.

Selesai men-tazkirah-kan si kaya, si 'ustaz' p**ang ke rumah dengan perasaan 'tenang' kerana sudah menjalankan 'tanggungjawabnya untuk berdakwah' dan 'menyampaikan'.

Beberapa hari selepas itu, perompak yang merompak rumah si kaya berjaya ditangkap. Semua harta yang dirompak berjaya ditemui semula dan dikembalikan kepada si kaya. Ahli keluarganya juga sudah semakin sihat.

Si kaya meraikan kesyukurannya dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan menjemput semua penduduk kampung. Dia juga mengadakan jamuan di perkampungan yang dibantunya.

"Syukurlah kamu sudah insaf," kata si 'ustaz' kepada si kaya.

"Terima kasih, ustaz, kerana mengingatkan aku," kata si kaya sambil tersenyum.

"Tak apa. Sudah menjadi tugas aku untuk 'berdakwah'," jawab si 'ustaz'.

Malam itu, rumah si 'ustaz' terbakar ketika mereka sekeluarga sedang tidur. Rumahnya habis hangus menjadi abu. Dia tinggal sehelai sepinggang dan seorang diri. Semua ahli keluarganya meninggal dunia.

Si 'ustaz' merintih. "Ya Tuhan, aku tahu ini ujian-Mu terhadap aku. Aku mahu redha, namun ujian ini terlalu berat untukku. Mengapa aku yang Kau pilih untuk menerima ujian ini?"

Tidak lama kemudian, si kaya menziarahi si alim.

"Aku tahu kau sedang bersedih dan aku tidak akan menambahkan kesedihanmu," kata si kaya. "Aku hanya mahu menyampaikan berita gembira kepadamu."

"Bagaimana p**a kau boleh menyampaikan berita gembira ketika aku sedang bersedih?" kata si 'ustaz', jengkel.

"Aku akan membinakan rumah baru untukmu. Buat sementara waktu ini, kau tinggal sahaja di salah satu rumah sewa aku secara percuma sehingga rumah barumu siap. Aku juga sudah mengarahkan pembantuku untuk membawamu menyelesaikan banyak urusan terutama berkaitan dokumen yang sudah hangus. Dia juga akan membawamu membeli semua barang keperluanmu termasuk pakaianmu. Semua belanja itu dan perbelanjaanmu yang lain, akan aku tanggung," kata si kaya.

Si 'ustaz' terkejut dan terus memeluk si kaya. Dia tidak mampu berkata apa-apa kerana terlalu sedih dan terharu.

Pada masa yang sama, seorang 'alim' yang lain datang menziarahinya. Si kaya pun meminta diri dan meninggalkan mereka berdua.

Selepas bersalaman dan menyampaikan takziah, si 'alim' berkata, "Dosa apa yang sudah kamu lakukan sehingga Tuhan membalasmu begini sekali? Bertaubatlah dan berhentilah melakukan dosa itu."

Si 'ustaz' yang sedang kesedihan tersentak dan tersentap. Serta merta dia menoleh ke arah si kaya yang sedang berjalan p**ang ke rumahnya. Dia teringat semula soalan yang ditanyanya kepada si kaya itu tempoh hari.

Si 'ustaz' menangis keinsafan apabila menyedari keterlanjuran kata-katanya kepada si kaya. Dalam keterlanjuran itu pun, Allah masih memelihara aibnya dengan mengilhamkan si kaya membantunya, tanpa si 'ustaz' perlu meminta-minta.

"Ya Allah, aku mohon ampun... Ketika aku sangka yang aku sedang berdakwah, rupa-rupanya aku sedang mengadili dan 'menghukum'nya. Ketika dakwahku seharusnya membawa berita gembira kepadanya yang sedang bersedih, ternyata aku hanya menambahkan kesedihannya. Aku sudah faham sekarang. Ampunkanlah aku. Jika ini adalah balasan-Mu terhadap keterlanjuranku, aku redha. Semoga Engkau mengizinkan aku kembali bertemu keluargaku di syurga."

Kawan-kawan.

Kesempitan, kesulitan, musibah, ujian atau apa sahaja kesusahan yang kita lihat sedang dilalui oleh seseorang itu, boleh jadi ujian ataupun balasan Tuhan kepadanya.

Boleh jadi itu ujian yang Allah beri kepadanya bagi menguatkan lagi iman dan pergantungannya kepada Allah.

Boleh jadi juga itu balasan yang Allah berikan kepadanya atas banyak kelalaian dan kesilapan dia kepada Allah.

Tidak perlu kita mengingatkannya yang itu adalah balasan Tuhan atas dosa-dosanya. Tidak perlu juga kita mengingatkannya tentang dosa-dosanya. Tuhan sendiri yang akan 'memberikan' ingatan itu kepadanya. Setiap hati manusia yang beriman pasti akan terdetik sendiri, selagi hatinya masih bersyahadah walaupun secebis.

Sebaliknya, kita pujuk dan senangkan hati mereka dengan mengingatkan mereka tentang kasih sayang Tuhan, yang Tuhan itu Maha Pengampun dan sentiasa akan 'mengejutkan' hamba-hamba-Nya untuk kembali kepada-Nya melalui apa juga cara.

Ingatkan dia yang Tuhan sentiasa akan melepaskan hamba-hamba-Nya daripada apa saja kesulitan selagi kita kembali bergantung kepada-Nya, malah dikeluarkan kita daripada kesusahan melalui jalan yang tidak kita sangka, jika kita bertakwa.

Kita ini sama sahaja dengan mereka. Tidak ada beza langsung.

Lalu, siapa kita mahu menjatuhkan hukum dengan mengatakan 'itu balasan untuk kamu', sedangkan kita sendiri pun punya ujian sendiri yang kita juga tidak tahu apakah itu benar-benar ujian atau balasan Tuhan atas dosa-dosa kita?

Sama ada ujian ataupun balasan, semua itu adalah tanda kasih Allah kepada kita kerana Dia Maha Penyayang, Maha Mengasihani, Maha Menyintai.

Allah Maha Belas terhadap setiap makhluk-Nya walaupun dalam keadaan si makhluk yang kerap melupakan-Nya. Allah juga Maha Menghukum jika hamba-hamba-Nya masih berdegil dan tetap lalai serta berterusan melanggar setiap larangan-Nya supaya kita kembali mengingatinya.

Jika mahu mengingatkan juga, kita usaha pilih dan guna perkataan dan ayat-ayat yang lebih lembut dan tidak menghukum-hukum. Kita sendiri tidak s**a diadili dan dihukum-hukum hanya berdasarkan apa yang orang nampak sedangkan banyak yang mereka tidak tahu tentang kita.

Tegur menegur. Ingat mengingati. Bukan mengadili dan bukan menghukum.

Hanya Allah yang memberi hidayah. Kita menyampaikan sahaja.

'Dakwah' itu ada pada akhlak dan kata-kata kita. Bukan pada hukuman dan amaran yang kita berikan kepada mereka.

Credit to Rina Zulkifli for sharing this a few years back

NASI GORENG MAKAN DENGAN KACANG DHAL SALUT TEPUNG??Korang pernah rasa tak kacang dhal salut tepung ni?? Yelah biasanya k...
30/06/2020

NASI GORENG MAKAN DENGAN KACANG DHAL SALUT TEPUNG??
Korang pernah rasa tak kacang dhal salut tepung ni?? Yelah biasanya kalau kacang dhal ni orang selalu masak Dalca.. Lepas tu, kuah kacang dhal makan dengan roti canai kan..
Yang ni uniknyaa, kacang dhal salut tepung… fuuuuhhh.. rasa dia memang penuh dengan kerangupan dan yang best lagikan bila kerangupan tu dimakan dengan nasi goreng panas panas..
Memang mengancam weeehhh!
Nota KEJUTAN : kami ada sesuatu istimewa untuk anda PETANG ESOK! Nantikan LIVE pukul 3 PTG okay? Komen ‘saya’ kalau korang tak sabar kejutan esok..
“Yang Dinanti, Meriah Dirai”



BEREBUTKAN MADU!! .Korang kalau dengar cerita bab MADU ni memang sesitif lagi lagi orang perempuan.. Boleh berdesing tel...
30/06/2020

BEREBUTKAN MADU!! .
Korang kalau dengar cerita bab MADU ni memang sesitif lagi lagi orang perempuan.. Boleh berdesing telinga kan.. lagi lagi yang bercakap tu si suami p**ak..
Nasiblah berebutkan Wanys Kacang Licin Sweet Honey yang semanis madu tu.. Bukan MADU ehem ehem tau.. tapi Kacang Madu..
Macam pelanggan kami ni haaa.. ANAK BERANAK duk berebutkan Kacang Licin Sweet Honey ni.. dari anak sampailah ke mak bapak gemarkan kacang ni..
Sebab tu kalau beli yang botol biasa gerenti TAKKAN PERNAH CUKUP.. kan best kan kalau ada YANG LEBIH BANYAK tapi LEBIH JIMAT.. kalau korang nak.. komen 'NAK' kat bawah cecepat okay!
"YANG DINANTI, MERIAH DIRAI"
Berminat pm wasap.my/60194168894/wanys












Fuuuhhhh, bila digigit dagingnyaa yang lembut,disaluti p**a dengan kuah dendengyang LAZAT.. 😋Pastinya membangkitkan sele...
26/06/2020

Fuuuhhhh,
bila digigit dagingnyaa yang lembut,
disaluti p**a dengan kuah dendeng
yang LAZAT.. 😋
Pastinya membangkitkan selera makan anda
itulah dia DAGING DENDENG WANY’S 😍
Semudah 1,2,SIAP!

www.wasap.my/60194168894/dagingdendeng


TAK CUKUP CUKUP JUGAK??Pening kepala min guys, bila korang cakap..Beli BOTOL JUMBO pun masih TAK CUKUP CUKUP..Ada yang k...
26/06/2020

TAK CUKUP CUKUP JUGAK??
Pening kepala min guys, bila korang cakap..
Beli BOTOL JUMBO pun masih TAK CUKUP CUKUP..
Ada yang kata macam ketagih,
Bukak je tak leh nak TUTUP DAH..
Dasyat sungguh penangan kacang ORIGINAL wanys ni ek..
nota ketagih : BIASA TAK CUKUP, JUMBO pun TAK CUKUP..



Kibaslah tempat tidur, walaupun ia nampak bersih dan kemas. Sebabnya, kita membersihkan sesuatu yg kita tak nampak... Da...
26/06/2020

Kibaslah tempat tidur, walaupun ia nampak bersih dan kemas. Sebabnya, kita membersihkan sesuatu yg kita tak nampak... Dan ia juga sunnah.

(takde pic sebab private tempat tidur kan? ☺️)

Insya Allah, ia tabiat biasa, kerana teringat kecik2 di kampung, ada je serangga kerumun kat lampu.. Sekarang takdela macam tu, sekadar berjaga2.
Kibas sambil juga baca "A'uzubillahi minas syaitanir rajim.." Fahamlah kenapa, moga dijauh mimpi buruk, kena tindih dsbg. Masa dlm haid paling kena jaga. Selain baca surah 3 qul. Itu usaha saya.

Rajinkan diri. Biarpun ah, rasanya takde apa...

Di dalam riwayat lain datang dengan lafaz :

إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ عَنْ فِرَاشِهِ ثُمَّ رَجَعَ إِلَيْهِ فَلْيَنْفُضْهُ بِصَنِفَةِ إِزَارِهِ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ

Maksudnya : “Apabila salah seorang daripada kamu bangun dari tempat tidurnya, kemudian dia kembali kepadanya, maka hendaklah dia mengibaskannya dengan hujung kainnya sebanyak tiga kali.” Riwayat al-Tirmizi (3401)

Rujukan hadis :

Soalan : Assalamualaikum w.b.t Saya ada satu pertanyaan. Isteri saya sering kali meminta saya untuk mengibas tempat tidur setiap kali kami hendak tidur, katanya ia adalah sunnah. Benarkah? Kalau benar, ada tak di sana doa atau bacaan khusus ketika mengibas tu? Mohon pencerahan Datuk M***i. Jawapan :...

25/06/2020

Ya Allah, jadikanlah aku dan sahabat sahabatku orang yang tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada-Mu atas semua nikmat dan anugerah-Mu. Aamiin.

KENAPA ABANG 10 niiiii!!!!!!Abang nak pesan,Pada yang memandu memalam nipastikan mata terbukakKalau tak de yang menemann...
25/06/2020

KENAPA ABANG 10 niiiii!!!!!!
Abang nak pesan,
Pada yang memandu memalam ni
pastikan mata terbukak
Kalau tak de yang meneman
ni abang bagi kacang rangup
Halus bukan SEBARANG HALUS
Halus penuh KERANGUPAN..


Address

Beranang

Telephone

+60194168894

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kacang Wanys Sedap Beranang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share