20/06/2023
Anda mempunyai masalah dengan Perjanjian komersial anda?
Apabila berurusan dengan syarikat yang lebih besar untuk perjanjian komersial, anda tidak semestinya berhubung terus dengan peguam atau pasukan guaman dalaman mereka, kemungkinan anda akan berurusan dengan eksekutif kanan dan pengurus mereka, kerana mereka mungkin mempunyai beberapa bahagian pentadbiran dan organisasi yang perlu anda lalui yang menghalang, menyekat atau mengehadkan anda daripada menghubungi pasukan undang-undang mereka. Dalam situasi ini, kami ingin berkongsi beberapa poin untuk berkomunikasi secara berkesan bagi melindungi kepentingan undang-undang anda.
1. Nyatakan kebimbangan undang-undang anda. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan situasi yang ditunjukkan dalam mana-mana kes atau perkara yang dinyatakan dalam peruntukan undang-undang yang berkaitan dengan situasi anda. Ini akan menunjukkan betapa pentingnya perkara itu dan keperluan untuk berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai kepakaran dalam isu tersebut.
2. Sopan dan hormat. Fahami bahawa eksekutif dan pengurus tersebut mungkin mempunyai lebih banyak pengalaman dan telah berkhidmat lama dalam mengendalikan perniagaan dan perjanjian anda. Menjadi provokatif atau mendesak selalunya tidak membantu dalam memajukan kebimbangan anda dan mencari penyelesaian.
3. Sahkan permintaan anda. Jika anda masih berasa tidak didengari atau apabila perkara anda melibatkan teknikal, anda masih boleh bertegas dalam meminta untuk membincangkan perkara itu dengan pasukan undang-undang. Tanya dengan sopan dan terangkan secara ringkas isu undang-undang yang anda kendalikan.
4. Berkomunikasi secara ringkas dan padat. Elakkan menggunakan istilah-istilah perundangan yang rumit dalam berkomunikasi. Banyak istilah undang-undang boleh dijelaskan secara ringkas dan ia akan membantu pihak lain untuk melihat perkara dan penerangan anda dengan jelas.
5. Gunakan pertimbangan dan ilustrasi. Istilah teknikal seringkali digunakan seolah-olah pihak lain mempunyai pengetahuan tentang penggunaannya. Apabila berkomunikasi dengan pihak dari latar belakang yang berbeza, berilah kerjasama yang baik dalam memberikan alasan yang munasabah dan ilustrasi yang boleh dikaitkan dengan kebimbangan anda.
Kesimp**annya, berurusan dan bekerjasamalah dengan baik, jangan merasakan permintaan anda tidak penting apabila mereka enggan memberikan anda akses kepada pasukan undang-undang mereka. Kadangkala, hubungan dengan pasukan undang-undang di syarikat yang lebih besar mungkin mengambil masa yang lebih lama kerana beban kerja mereka yang lebih tinggi menyebabkan kadar tindak balas yang lebih perlahan. Selain itu, walaupun bercakap dengan peguam atau peguam dalaman, anda mungkin akan mendapat hasil yang serupa atau kadangkala lebih teruk. Fokus pada perkara yang melindungi pelanggan anda dan bukannya kebanggaan hierarki, organisasi dan teknikal.
*****************************************************************
Having trouble with your Commercial Agreement?
When dealing with a bigger corporation for a commercial deal, you may not necessarily be in contact with their lawyer or in-house legal team all the time. Sometimes, you will deal instead with senior executives and managers. They may have layers of administrative and organizational division that will bar, restrict or limit you from reaching out to their legal team. In this situation, we are sharing some tips on communicating effectively to protect your legal interests.
1. Highlight valid legal concerns. For example, you can include situations demonstrated in case laws or matters that are stated in legal provisions. This will show the urgency of the matter and the need to communicate with those who have expertise on the issue.
2. Be humble and respectful. Understand that those executives and managers may have more experience and longer years in handling the business and the subject matter of your deal. Being provocative or offensive often is not helpful in forwarding your concern and seeking a solution.
3. Affirm your request. If you still feel unheard or when your subject matter involves technicalities, you can still be affirmative in asking to discuss the matter with the legal team. Ask politely and explain briefly the legal issue that you are handling.
4. Communicate simply and concisely. Avoid using jargon to assert your authority in communicating. Many legal terms can be explained simply and it will help the other party to see your points and justifications clearly.
5. Use reasoning and illustration. You may realize that technical terms often assume the other party possesses the knowledge behind its use. When communicating instead with parties from different backgrounds be generous in providing sensible reasons and relatable illustrations.
In conclusion, make do with what you have and don't feel like you are not important when they refuse to give you access to their legal team. Sometimes, corresponding with the legal team in bigger corporations may take longer times because of their higher workload resulting in a slower response rate. Plus, even if talking with lawyers or an in-house counsel, you may end up with similar or sometimes worse outcomes. Focus on points that protect your client rather than hierarchical, organizational, and technical pride.
*image is from google