28/08/2026
Pengurusan Pusaka boleh jadi sangat kompleks jika aset-aset simati pelbagai.
Contoh klasik adalah Hartanah ( Rumah/Tanah ).
Isu-isu asas seperti :
1. Penama Geran sudah meninggal
2. Sempadan luas bahagian simati
3. Tuntutan pemilikan akibat jualbeli/hibah yang tidak jelas
4. Bahagian rumah melebihi luas bahagian
5. Perlanggaran/Penamatan kontrak sewaan/pajakan
6. Pertikaian pembahagian terdahulu/semasa akibat Perwarisan tak jelas
7. Khilaf cetakan Geran terdahulu yang tidak disedari
8. Pemalsuan/tipudaya dokumen hingga pemindahan pemilikan dilakukan dengan niat salah.
9. Geran hilang
10. Hartanah baharu dikenalpasti
11. Sorok Waris
12. Sorok Aset
13. Waris tak dapat dikesan
14. Jualbeli Pihak Ketiga tanpa persetujuan Waris-waris
Semua diatas adalah isu yang boleh terjadi pada mana-mana pemilik hartanah.
Oleh itu, penyelesaian tuntas diperlukan untuk memudahkan pengurusan hartanah dan Waris dapat semula hak masing-masing seperti yang sepatutnya.
Salam Jumaat Al Barakah
Ariffin Hj Haron
Peguam Litigation
Penang