31/03/2026
Alhamdulillah selesai kes Faraid client saya hari ni..tersenyum gembira dia.. Moga dipermudahkan urusannya selepas ini..
Kesian client saya ni.. Bila saya minta dokumen² dari bapa simati yang merupakan ahli waris.. Client saya kata saya dapatkan dengan airmata puan😭
Perkara yang mudah bila disusahkan macam ini lah jadinya..banyak je kes macam ni yang sengaja tak nak bagi kerjasama bagi dokumen sebab takut harta jatuh ke tangan pihak satu lagi..sedangkan bukan semudah itu ya.. Akhirnya memang terpaksa sepina pihak berautoriti untuk kemukakan dokumen atau keterangan semata-mata nak dptkan satu² dokumen. Ragu² tu boleh tapi jangan biarkan keraguan tu tiada tindakan, pergilah bertanya dengan pihak yang lebih tahu supaya tiada pihak yang teraniaya disebabkan sikap kita yang tak tau tapi tak nak tanya..