16/12/2025
Salam dan Selamat Sejahtera warga Get MY Hartanah!🕴🏼
KICKSTART 2026! “2026 Dreams Come True”
Telah berlangsunglah sudah satu hari yang penuh brmakna, tenaga dan semangat luar biasa buat keluarga besar Skyprop Real Estate dan buat kami Get MY Hartanah.
Di pagi hari dimulakan dengan Leadership Training khas buat barisan Leader. Pagi itu bukan sekadar aktiviti, tetapi ruang untuk berfikir, menyusun hala tuju dan menguatkan iltizam sebagai pemimpin yang bersedia membawa pasukan melangkah lebih jauh.
Menjelang petang, suasana bertukar menjadi lebih meriah apabila seluruh rakanniaga Skyprop berkumpul dalam sesi KICKSTART 2026. Inilah saat untuk menyatukan visi, membina momentum dan menyemarakkan keyakinan bahawa tahun 2026 adalah tahun untuk bergerak lebih laju dan lebih berani.
Saat yg paling dinantikn pastinya perkongsian daripada Tuan Ahyat Ishak, Ikon Hartanah & Pejuang Hartanah menerusi tajuk “2026 Dreams Come True”. Perkongsian yang jujur, penuh realiti dan sangat membakar semangat mengingatkan kami bahawa impian hanya menjadi kenyataan apabila disertai tindakan dan disiplin.
Terima kasih kepada semua warga Skyprop atas komitmen, sokongan dan kebersamaan yang luar biasa. InsyaAllah, apa yang dirancang dan diimpikan untuk 2026 akan kita capai bersama!
SKYPROP, LUAR BIASE!
GET MY HARTANAH, BUKAN BIASE BIASE!
kickstart2026 pejuanghartanah