Farhan Shaira & Associates

Directions Website Contact the practice

Farhan Shaira & Associates Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Farhan Shaira & Associates, Lawyer & Law Firm, No. 36-B, Jalan SG 1/2, Taman Sri Gombak, Batu Caves.

We offer a full range of corporate and
commercial legal services including
comprehensive consulting services
not limited to dispute resolution,
mediation, employment, civil/criminal
litigations, real estate and property, probate and shariah advisory.

Tahniah kami ucapkan buat Nur Aisyah Insyirah Binti Edwar atas diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara selepas ...
26/09/2026

Tahniah kami ucapkan buat Nur Aisyah Insyirah Binti Edwar atas diterima masuk sebagai peguambela dan peguamcara selepas menjalani 9 bulan chambering di firma Farhan Shaira & Associates, semoga berjaya atas segala bidang yang diceburi selepas ini

“AYAH DAH MENINGGAL 12 TAHUN, TAPI GERAN TANAH MASIH ATAS NAMA AYAH.”Perkara macam ini sebenarnya sangat biasa berlaku.P...
18/09/2026

“AYAH DAH MENINGGAL 12 TAHUN, TAPI GERAN TANAH MASIH ATAS NAMA AYAH.”

Perkara macam ini sebenarnya sangat biasa berlaku.

Pada awalnya, semua adik-beradik kata:

“Tak apa, tanah tu tak pergi mana pun.”

Tetapi apabila dibiarkan terlalu lama, masalah mula timbul.

Ada waris asal yang meninggal dunia.
Anak-anak mereka p**a masuk sebagai waris baharu.
Dokumen lama semakin susah dicari.
Ada yang mahu menjual, ada yang mahu menyimpan.
Akhirnya, perbincangan yang sepatutnya mudah menjadi semakin rumit.

Ramai tidak sedar bahawa kematian seorang waris tidak menghapuskan bahagiannya. Hak tersebut mungkin turun p**a kepada warisnya dan menyebabkan bilangan pihak yang terlibat semakin bertambah.

Sebab itu pengurusan pusaka elok dimulakan secepat mungkin.

Langkah awal yang boleh dibuat:

1. Senaraikan semua harta si mati.
2. Kenal pasti hutang dan tanggungan.
3. Dapatkan maklumat lengkap semua waris.
4. Kumpulkan geran, penyata bank dan dokumen pemilikan.
5. Tentukan saluran pentadbiran pusaka yang sesuai.

Tak semestinya terus menjual atau membahagikan harta. Yang penting, mulakan dahulu proses pentadbiran supaya urusan tidak menjadi lebih sukar kepada generasi seterusnya.

Dalam keluarga anda, masih ada tanah atau rumah atas nama orang yang telah lama meninggal dunia?

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia! Semoga negara kita kekal aman, makmur, dan bersatu padu di bawah naungan kibaran Jalur...
31/08/2026

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia!
Semoga negara kita kekal aman, makmur, dan bersatu padu di bawah naungan kibaran Jalur Gemilang.

​Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!

Mari kita pertahankan warisan kebebasan ini dengan penuh rasa bangga dan cinta akan tanah air.

​69 tahun Kemerdekaan!

Semangat jiwa merdeka terus membara, menyatukan kita pelbagai kaum demi masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.

Alhamdulillah satu pengalaman yang baru, Syabas dan Terima kasih buat Mahkamah Syariah Willayah Persekutuan KL atas inis...
28/08/2026

Alhamdulillah satu pengalaman yang baru, Syabas dan Terima kasih buat Mahkamah Syariah Willayah Persekutuan KL atas inisiatif dan kesudian mengadakan prosiding khas di rumah Pemohon. Ini adalah tanda & usaha pihak Mahkamah bagi membantu menyelesaikan dan meringankan bebanan bagi mereka yang memerlukan.

Peguam Nik Farhan - FSA yang mengendalikan kes ini.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Salam Maulidur Rasul 1448H
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H

EMPAT PERKARA SEBELUM HARTA DIBAHAGIKAN SECARA FARAIDRamai menyangka apabila seseorang meninggal dunia, semua harta teru...
19/08/2026

EMPAT PERKARA SEBELUM HARTA DIBAHAGIKAN SECARA FARAID

Ramai menyangka apabila seseorang meninggal dunia, semua harta terus boleh dikira dan dibahagikan mengikut faraid. Sebenarnya, faraid bukan langkah pertama.

Sebelum baki pusaka dibahagikan:

1. Kenal pasti harta yang benar-benar milik si mati.

2. Selesaikan kos pengurusan jenazah yang munasabah.

3. Selesaikan hutang si mati — termasuk tanggungan kepada Allah dan manusia.

4. Laksanakan wasiat yang sah, tertakluk kepada syarat dan hadnya.

Selepas perkara-perkara ini diselesaikan, barulah baki bersih pusaka dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut faraid.

Sebab itu waris tidak sepatutnya terus mengambil, memindah milik atau menjual harta sebelum kedudukan aset, hutang, wasiat dan waris disemak.

Simpan dan kongsikan posting ini supaya keluarga kita memahami turutan yang betul.

Nota: Perkongsian ini ialah penerangan umum. Kedudukan sebenar bergantung pada fakta, dokumen dan undang-undang yang berkenaan.

HARTA PUSAKA BUKAN SEKADAR RUMAH DAN TANAH.Apabila seseorang meninggal dunia, semua harta dan kepentingan yang masih men...
19/08/2026

HARTA PUSAKA BUKAN SEKADAR RUMAH DAN TANAH.

Apabila seseorang meninggal dunia, semua harta dan kepentingan yang masih menjadi miliknya boleh menjadi sebahagian daripada harta pusaka.

Antaranya:
• rumah dan tanah;
• wang dalam akaun bank;
• saham dan pelaburan;
• kenderaan; dan
• hak atau kepentingan lain yang masih dimiliki.

Tetapi sebelum terus mengira faraid, beberapa perkara perlu dikenal pasti terlebih dahulu:

1. Adakah harta itu benar-benar milik si mati?
2. Adakah ia harta milik bersama atau tertakluk kepada tuntutan harta sepencarian?
3. Adakah harta tersebut pernah dihibahkan dengan sempurna?
4. Apakah hutang dan tanggungan yang masih belum diselesaikan?

Jadi, langkah pertama dalam pengurusan pusaka bukan terus membahagikan harta.

Mulakan dengan menyediakan tiga senarai:
âś… aset;
âś… hutang; dan
âś… dokumen pemilikan.

Simpan dan kongsikan posting ini supaya lebih ramai keluarga dapat membuat persediaan awal.

Nota: Perkongsian ini ialah penerangan umum. Kedudukan sebenar bergantung pada fakta, dokumen dan undang-undang yang berkenaan.

Alhamdulillah seorang lagi pelatih dalam kamar telah selesai chamberingnya bersama Tetuan Farhan Shaira & Associates. Se...
17/07/2026

Alhamdulillah seorang lagi pelatih dalam kamar telah selesai chamberingnya bersama Tetuan Farhan Shaira & Associates. Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Bismillah
01/01/2026

Bismillah

Address

No. 36-B, Jalan SG 1/2, Taman Sri Gombak
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Farhan Shaira & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Farhan Shaira & Associates:

Share