Siti Munira & Co

Siti Munira & Co URUSAN JUALBELI HARTANAH I PENTADBIRAN PUSAKA I TUNTUTAN SIVIL I KORPORAT I NASIHAT GUAMAN.

22/04/2025

“Ya Allah, jadikanlah kami daripada
golongan yang berjaya dan
cemerlang di dunia dan akhirat.”

21/04/2025

ANDA DITIPU ATAU KENA 'SCAM'!

Jenayah penipuan kian berleluasa di Negara ini namun tahukan anda kesalahan menipu sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan harta kepada sipenipu merupakan satu kesalahan dibawah seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Seksyen 420 Kanun Keseksaan Menyatakan bahawa;

Barang siapa menipu dan dengan jalan demikian itu mendorong secara tidak jujur orang yang terpedaya, sama ada atau tidak perdayaan yang diamalkan itu ialah dorongan tunggal atau utama, supaya menyerahkan apa-apa harta kepada mana-mana orang, atau supaya membuat, mengubah, atau membinasakan kesemua atau apa-apa bahagian sesuatu cagaran berharga, atau apa-apa yang bertandatangan atau bermeteri, dan yang boleh dijadikan suatu cagaran berharga, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari sepuluh tahun, dan dengan sebat, dan hendaklah juga dikenakan denda.

TEMPOH REMAN DIBAWAH SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN

Sekiranya anda ditanggkap dibawah seksyen ini, pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan anda selama 24 jam. Kemudianya, sekiranya siasatan tidak boleh dilengkapkan dalam tempoh 24 jam, maka pihak polis boleh memohon kepada Majistret untuk penahanan reman selama 4 hari bagi permohonan pertama dan 3 hari bagi permohonan sambung reman.

PERTUDUHAN DAN JAMINAN

Selepas siasatan selesai dan pihak polis akan mengemukakan kertas siasatan kepada pihak Pendakwaan untuk arahan lanjut dan sekiranya pihak Pendakwaan bersetuju untuk mendakwa anda dibawah seksyen ini, maka anda akan dikemukakan ke Mahkamah dan pertuduhan akan dibacakan.

Selepas pertuduhan dibacakan, anda akan diberikan peluang sama ada untuk mengaku bersalah atau untuk merekodkan pengakuan salah. Sekiranya anda memilih untuk mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, anda akan ditawarkan jaminan memandangkan kesalahan ini merupakan kesalahan yang boleh dijamin namun jumlah jaminan adalah tertakluk kepada Mahkamah.

HUKUMAN DIBAWAH SEKSYEN 420 KANUN KESEKSAAN

Namun, sekiranya anda memilih untuk mengaku bersalah atau disabitkan kesalahan selepas tamat perbicaraan, anda boleh dihukum dengan satu tempoh pemenjaraan tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun, sebat dan denda.

APA YANG PIHAK PENDAKWAAN PERLU BUKTIKAN KEPADA MAHKAMAH SEBELUM SABITAN DAN HUKUMAN BOLEH DIKENAKAN TERHADAP TERTUDUH

Tiga elemen penting yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan kepada Mahkamah adalah;

Tertuduh telah mempedayakan pengadu/mangsa;
Pengadu/mangsa telah menyerahkan harta kepada seseorang kerana perdayaan itu; dan
Tertuduh dengan niat memperdaya pengadu dengan curang.
(Yang Arif Hassan Abdul Ghani di dalam kes Tengku Azlita Binti Tengku Ismail lwn Pendakwa Raya dan satu lagi rayuan [2017] MLJU 2359).

Sekiranya anda tidak bersalah, anda perlu membuktikan bahawa anda tidak memperdayakan mana-mana orang dan/atau anda tidak pernah menerima apa-apa harta daripada mangsa/pengadu.

APA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SEKIRANYA ANDA MANGSA PENIPUAN

Sekiranya anda adalah mangsa kepada penipuan (scammer) anda perlu segera membuat laporan polis dan untuk mendapatkan semula wang anda, anda perlu memfailkan saman terhadap “scammer” tersebut.

Namun begitu, dalam kebanyakkan masa, adalah sukar untuk mendapatkan kembali wang anda kerana kesukaran untuk mengesan “scammer” tersebut dan sekiranya “scammer” tersebut ditahan, kemungkinan wang anda yang ditipu tersebut telah habis digunakan.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, berhati-hatilah daripada ditipu dan setiasalah berwaspada dengan sesiapa sahaja walaupun kita mengenali individu tersebut. Ingatlah ramai yang ingin mengambil kesempatan teehadap orang lain dan menyebabkan mangsa ditipu serta diperdaya akhirnya menanghung kerugian wang serta harta benda.Semoga bermanfaat

Kredit : Alif Tarmizi

SEMOGA ALLAH MENJAGA KITA SEMUA DARIPADA DITIPU DAYA OLEH IRANG YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.

Sekian,

SITI MUNIRA ABDUL RAHMAN
Peguambela&Peguamcara
SITI MUNIRA &CO

16/04/2025

[DOKUMEN-DOKUMEN YANG PENTING BAGI URUSAN JUALBELI HARTANAH ]
Ramai yang masih kurang tahu tentang jualbeli Hartanah. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sedikit sebanyak mengenai dokumen-dokumen yang terlibat di dalam urusan Jual-beli Hartanah.

Dokumen Utama untuk Pembeli
1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
• Diperlukan untuk pengesahan identiti.
2. Surat Tawaran (Letter of Offer)
• Dokumen awal yang menyatakan hasrat membeli dan terma asas seperti harga dan deposit.
3. Perjanjian Jual Beli (Sales and Purchase Agreement - SPA)
• Kontrak rasmi yang mengikat antara pembeli dan penjual, mengandungi butiran transaksi seperti harga, tarikh penyerahan, dan tanggungjawab kedua-dua pihak. [cth : Offer to Purchase]
4. Perjanjian Pinjaman Perumahan (Facility Agreement)
• Dokumen antara pembeli dan institusi kewangan yang memperincikan terma pinjaman.
5. Memorandum Pemindahan (Memorandum of Transfer - MOT)
• Dokumen rasmi yang memindahkan hak milik hartanah daripada penjual kepada pembeli. 
6. Surat Hak Milik (Title Deed)
• Dokumen yang membuktikan status pemilikan hartanah.
7. Dokumen Sokongan Kewangan
• Penyata gaji terkini (3–6 bulan), penyata akaun bank, penyata KWSP, dan dokumen lain yang menunjukkan kestabilan kewangan. 



Dokumen Utama untuk Penjual
1. Salinan Kad Pengenalan (MyKad)
• Untuk pengesahan identiti.
2. Surat Hak Milik (Title Deed)
• Membuktikan pemilikan sah hartanah yang ingin dijual.
3. Perjanjian Jual Beli (SPA)
• Kontrak yang mengikat antara penjual dan pembeli, menetapkan syarat-syarat jualan. 
4. Surat Pelepasan Gadaian (jika hartanah masih dalam cagaran)
• Diperlukan untuk membuktikan bahawa hartanah bebas daripada sebarang bebanan atau gadaian.
5. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT/RPGT)
• Penyata cukai yang menunjukkan pembayaran cukai atas keuntungan daripada penjualan hartanah. 

Semoga dapat memberi sedikit pencerahan dan manfaat kepada Tuan/Puan.

Sekian,

SITI MUNIRA BINTI ABDUL RAHMAN
Peguam Hartanah
SITI MUNIRA & CO

16/04/2025

YA ALLAH,
LANCARKAN PEKERJAAN KAMI HARI INI DAN LIMPAHKANLAH REZEKI YG MELIMPAH RUAH BUAT KAMI SEMUA.Amin.

08/04/2025

[[Pindahmilik Kasih Sayang]]

Apakah pindahmilik kasih sayang?

Pemindahan hak milik kasih sayang merujuk kepada pemindahan hak milik hartanah antara ahli keluarga tanpa sebarang bayaran pembelian. Ia biasanya dilakukan atas sebab-sebab berikut:

1) Pengurusan harta keluarga
2)Pemberian warisan awal
3)Penjagaan kebajikan ahli keluarga
Pemindahan ini dianggap sebagai satu bentuk pemberian yang tidak melibatkan keuntungan kewangan.
Kadar Duti Setem untuk Pindahmilik Kasih Sayang 2025
Berdasarkan garis panduan terbaru untuk 2025, kadar pengecualian dan pengurangan duti setem bagi pemindahan hak milik kasih sayang adalah seperti berikut:

a) Pengecualian penuh: Untuk nilai pasaran hartanah sehingga RM1 juta.
b)Pengurangan 50%: Untuk baki nilai hartanah yang melebihi RM1 juta.

Contoh Pengiraan Duti Setem
Jika nilai pasaran hartanah adalah RM1.5 juta, pengiraan duti setem adalah seperti berikut:
RM1 juta pertama: Pengecualian penuh.
RM500,000 berikutnya:
4% × RM500,000 = RM20,000

Pengurangan 50% = RM10,000
Jumlah duti setem yang perlu dibayar: RM10,000.
Syarat Pengecualian Duti Setem
Untuk layak mendapat pengecualian atau pengurangan duti setem, beberapa syarat perlu dipenuhi:
1) Pemindahan secara sukarela: Pemindahan mesti dilakukan tanpa paksaan (voluntary disposition inter vivos).
2) Penerima warganegara Malaysia: Hanya penerima yang merupakan warganegara Malaysia layak.
3) Dokumen pemindahan yang sah: Dokumen mesti disempurnakan selepas tarikh yang ditetapkan.
4) Hubungan keluarga yang sah: Pemindahan hanya sah untuk hubungan seperti berikut:
a) Ibu bapa kepada anak
b) Suami kepada isteri (atau sebaliknya)
c) Anak tiri atau anak angkat yang sah di sisi undang-undang
Pemindahan hak milik kasih sayang merupakan cara yang efektif untuk menguruskan harta keluarga. Walaupun tidak melibatkan pembelian hartanah, duti setem tetap perlu dibayar mengikut nilai pasaran hartanah. Memahami kadar duti setem, syarat pengecualian, dan proses pembayaran akan membantu memastikan pemindahan berjalan dengan lancar dan sah di sisi undang-undang.

Sekian.
Siti Munira Abdul Rahman
Peguambela&Peguamcara
SITI MUNIRA& CO.

[TIPS MENJUAL HARTANAH]1.CARI PEMBELI YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI TANAH ANDASelepas anda mengenalpasti harga pasaran bag...
07/04/2025

[TIPS MENJUAL HARTANAH]

1.CARI PEMBELI YANG BERMINAT UNTUK MEMBELI TANAH ANDA

Selepas anda mengenalpasti harga pasaran bagi hartanah, anda perlu cari pembeli dengan mengiklankan tanah anda di mana-mana medium pengiklanan atau melantik ejen hartanah untuk bertindak bagi pihak anda.

Jika ada pembeli yang berminat, kebiasaannya pembeli akan membuat lawatan tapak (site visit) untuk mengetahui adakah tanah anda strategik dan adakah harga yang anda tawarkan sesuai dengan lokasi tanah anda.

Pastikan juga anda filter atau tapis pembeli anda sebelum membawa pembeli untuk membuat lawatan tapak supaya anda tahu pembeli layak membuat pinjaman atau mempunyai cash untuk pembelian tanah itu nanti.

2.SEDIAKAN SEGALA DOKUMEN BERKAITAN

Jika pembeli dah setuju untuk meneruskan pembelian setelah lawatan tapak dilakukan, pembeli akan membayar wang deposit sebagai tanda jadi. Ketika ini, anda perlu menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan untuk meneruskan proses jualbeli tersebut. Berikut adalah dokumen-dokumen yang diperlukan, (berikan kepad ejen hartanah sekiranya ia melalui ejen) :

a) Dokumen hakmilik/ geran asal.
b) Dokumen carian hakmilik dari Pejabat Tanah.
c) Resit bayaran terkini Cukai Tanah.
d) Resit bayaran terkini Cukai Pintu/ Cukai Taksiran (jika ada rumah atas tanah)
e) Salinan kad pengenalan penjual dan pembeli.
f) Surat setuju jual yang ditandatangani oleh penjual dan pembeli.
g) Pastikan tanah yang anda nak jual tu bebas dari sebarang kaveat.

3.LANTIK PEGUAM.

Buat perlantikan Peguam hartanah bagi menguruskan urusan jualbeli hartanah anda. Peguam akan membuat urusan dokumentasi anda sehingga selesai nama dipindahmilik kepada nama pihak Pembeli.

4. Pastikan anda sentiasa di beri kemaskini tentang status kes (perjalanan kes) supaya anda sentiasa tahu perkembangan kes tersebut.

Sekian,

Siti Munira Abdul Rahman
Peguambela&Peguamcara
SITI MUNIRA&CO.

Berhati-hatilah selalu. Walaupun hanya sekejap keluar daripada kereta,kunci kereta. Ingatan untuk semua. Semoga dipermud...
07/04/2025

Berhati-hatilah selalu. Walaupun hanya sekejap keluar daripada kereta,kunci kereta. Ingatan untuk semua. Semoga dipermudahkan urusan mangsa.

26/03/2025

[Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan: Cara Merebut Keberkatan Lailatul Qadar]

Ramadan semakin hampir ke penghujungnya. 10 malam terakhir merupakan detik yang paling istimewa kerana di dalamnya terdapat Malam Lailatul Qadar, yang lebih baik daripada seribu bulan.

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah pada malam-malam ini untuk mendapatkan rahmat dan keampunan daripada Allah SWT. Berikut adalah amalan utama yang dianjurkan dalam 10 malam terakhir Ramadan.

1. Memperbanyakkan Solat Malam (Qiyamullail)
Solat malam adalah antara ibadah yang paling dianjurkan dalam 10 malam terakhir. Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)

Ambillah peluang ini untuk menunaikan solat tahajud, solat taubat, dan solat hajat.

2. Beriktikaf di Masjid
Iktikaf bermaksud berdiam diri di dalam masjid untuk memusatkan diri kepada ibadah dan menjauhkan diri dari urusan duniawi. Rasulullah SAW selalu beriktikaf dalam 10 malam terakhir Ramadan dan kita dianjurkan untuk mengikut sunnah ini.

3. Membaca dan Mentadabbur Al-Quran
Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar, maka membaca dan memahami maknanya sangat dianjurkan. Luangkan lebih banyak masa untuk tadarus dan menghayati makna Al-Quran.

4. Memperbanyakkan Doa & Zikir
Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Aisyah RA adalah:

“Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni.”
Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan Engkau menyukai keampunan, maka ampunilah aku.”

Banyakkan juga zikir Lailatul Qadar, tasbih, tahmid, dan istighfar.

5. Bersedekah dan Berinfaq
Sedekah pada 10 malam terakhir membawa ganjaran luar biasa. Manfaatkan malam-malam ini untuk memberi kepada fakir miskin, anak yatim, dan mereka yang memerlukan.

6. Memohon Keampunan dan Bertaubat
Gunakan malam-malam ini untuk memohon keampunan dengan penuh keikhlasan. Jadikan Ramadan sebagai titik perubahan untuk menjadi insan yang lebih baik.

Kesimpulan

10 malam terakhir Ramadan adalah peluang keemasan untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Isilah waktu ini dengan ibadah dan amalan yang mendekatkan kita kepada keampunan dan rahmat-Nya.

Jangan lepaskan peluang ini! Mari sama-sama merebut keberkatan Lailatul Qadar.

Kredit : Yayasan Ikhlas

24/03/2025

Ya Allah, permudahkanlah urusanku, berkati usaha dan tenagaku, dan jadikanlah pekerjaanku ini ikhlas kerana-Mu semata-mata. Amin.

Address

No. 97-1, Jalan Ara 2, Seksyen 5, Pusat Perdagangan Ara
Batang Kali
44300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Siti Munira & Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share