08/05/2026
Alhamdulillah 🤍
Hari ini sekali lagi pihak kami hadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi kes melibatkan urusan pusaka dan waris yang sebelum ini enggan memberi kerjasama.
Pada prosiding hari ini, responden telah hadir ke mahkamah dan menyatakan persetujuan untuk memberi kerjasama bagi melancarkan urusan pentadbiran harta pusaka si mati. Susulan itu, perintah seperti yang dipohon telah berjaya diperolehi.
Setiap urusan pusaka memerlukan kerjasama semua waris agar harta si mati dapat diuruskan dengan baik dan tidak terus tertangguh bertahun-tahun.
Sekiranya terdapat waris yang sukar memberi kerjasama atau timbul pertikaian dalam keluarga, dapatkan nasihat guaman lebih awal supaya tindakan yang betul dapat diambil.
📩 Hubungi kami untuk konsultasi berkaitan urusan pusaka, surat kuasa mentadbir dan tindakan mahkamah berkaitan waris.