02/07/2026
๐ ๐ฒ๐บ๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ป๐ด๐ถ ๐ฃ๐น๐ฎ๐๐๐ถ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฒ๐ป๐ด๐ต๐ถ๐ท๐ฎ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐๐ถ๐๐ถ๐ฟ ๐ฃ๐ฎ๐ป๐๐ฎ๐ถ
๐๐๐ก๐๐๐๐ช๐, ๐ฎ๐ฑ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ - Sempena sambutan World Environment Day (WED) 2026, Property Services Department (PSD), TGBS, TNB dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertemakan Memerangi Plastik dan Menghijaukan Pesisir Pantai di Pulau Selat Bagan Nyior, Langkawi sebagai usaha memperkukuhkan komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin.
Program ini memberi fokus kepada usaha mengurangkan pencemaran plastik melalui aktiviti pembersihan kawasan pesisir pantai serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pengurusan sisa secara bertanggungjawab. Selain itu, aktiviti penanaman pokok turut dilaksanakan bagi menyokong pemuliharaan alam semula jadi serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, hijau dan mampan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran Puan Sharifah Zakiah Binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Kedah, En. Rozailan Bin Maion, Head Project Management & Control, Puan Siti Hajar binti Zakaria, Lead Strategic Planning & Portfolio, PSD, TGBS, TNB, En. Akram bin Gimin, Pegawai Hutan Daerah Kedah Barat, Langkawi, En. Mohd Rosli bin Mohd Nor, Ketua Cawangan Jabatan Alam Sekitar Langkawi, Miss Wong Pei Fuen, Head of Engineering, Pembinaan Mitrajaya, serta wakil daripada Majlis Perbandaran Langkawi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), E-IDAMAN, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan wakil komuniti setempat.
Penyertaan pelbagai pihak ini mencerminkan semangat kerjasama dan sinergi strategik antara agensi kerajaan, organisasi korporat, pihak kontraktor serta komuniti dalam menjayakan usaha pemeliharaan alam sekitar.
Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen kesemua agensi yang terlibat, di samping memperkukuhkan tanggungjawab sosial korporat melalui inisiatif yang memberi impak positif kepada alam sekitar dan masyarakat.
Melalui program ini, diharapkan kesedaran terhadap kepentingan menjaga kebersihan pesisir pantai, mengurangkan pencemaran plastik serta memelihara keindahan Pulau Selat Bagan Nyior, Langkawi dapat terus diperkasakan demi kelestarian alam untuk generasi akan datang.
Oleh: Farith Faidzi (PMC)
๐ฒ Jangan lupa untuk:
โค๏ธ ๐๐ถ๐ธ๐ฒ, ๐๐ต๐ฎ๐ฟ๐ฒ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ณ๐ผ๐น๐น๐ผ๐ media sosial rasmi Property Services Department (PSD), TGBS:
๐ PSD Portal: http://psd.tnb.com.my/
๐ TikTok: https://www.tiktok.com/
๐ Instagram: https://www.instagram.com/tnb_psdfc