Xpand Space

Xpand Space DIRECT DGN OWNER GAISS! Kami menyediakan kediaman idaman yang moden untuk anda. Rasai sendiri pengalaman kediaman yang indah. Alami Kenakjuban Kediaman.

Cyberjaya Lake
22/08/2020

Cyberjaya Lake


Condo Cyberjaya
22/08/2020

Condo Cyberjaya


The Valley Residences @ Setiawangsa
22/08/2020

The Valley Residences @ Setiawangsa



Tanah lot banglo Semenyih Baranang
22/08/2020

Tanah lot banglo Semenyih Baranang



Bangi Lake Homes
22/08/2020

Bangi Lake Homes


Lokasi: Bangi - New landed project
22/08/2020

Lokasi: Bangi - New landed project


16/08/2020
7 TIPS PELABURAN HARTANAH SEMPOI UNTUK NEWBIETengah mencari rumah untuk tujuan pelaburan?Tahniah Sir Hafiz ucapkan sebab...
10/03/2020

7 TIPS PELABURAN HARTANAH SEMPOI UNTUK NEWBIE
Tengah mencari rumah untuk tujuan pelaburan?
Tahniah Sir Hafiz ucapkan sebab korang dah mulakan tindakan. Kalau tunggu lagi, memang lambat la nak kaut untung, kan?
Tak salah beli rumah kecil dulu. Sampai masa nanti, korang boleh upgrade lepas dah dapat p**angan. Slow-slow, bak kata orang.
Sebelum korang buat keputusan membeli tu, Sir Hafiz nak korang hadamkan perkongsian Sir Hafiz yang awesome ni.
Nasihat ni boleh elakkan duit korang hangus tanpa belas kasihan. Jemput hadam.
Tip #1: Beli masa orang lain tengah rancak menjual
Bagi seorang pelabur yg awesome, situasi ni dianggap sebagai peluang terbaik untuk beli rumah. Dalam keadaan ekonomi yg tak menentu, ramai yg jual rumah untuk kurangkan kerugian.
Masa ni la peluang terbaik untuk korang beli rumah daripada golongan ini. Sebab tu, dalam dunia pelaburan hartanah, hard cash adalah salah satu perkara penting yg pelabur kena jaga.
Masa orang sibuk nak jual, kita p**ak sibuk nak membeli. Lagipun, golongan ni adalah lubuk untuk dapatkan rumah below market value. Sebab mereka tengah terdesak nak jual. Gunakan peluang ini sebaiknya.
Tip #2 : Jual masa orang tengah sibuk membeli
Lebih kurang sama macam poin #1 tadi. Simple economics, bak kata orang. Sentiasa sediakan bekalan (supply) kalau ada permintaan (demand).
Kalau korang jaga benda ni, korang pasti senang nak berjaya dan buat banyak untung dalam pelaburan ini.
Bila ada banyak prospek yg bersaing untuk membeli, senang2 je korang boleh dapatkan pembeli yg akan bersetuju dgn harga jualan yg korang tetapkan.
Lagi syok, mungkin mereka sendiri yg tawarkan tawaran yg lebih baik daripada apa yg korang mintak. Siapa tau, kan?
Tip #3 : Pelan jangka masa panjang, atau pendek?
Satu kesilapan yg pelabur baru buat adalah gagal untuk merancang pelan jangka masa panjang dalam pelaburan ini.
Sebab teruja sangat nak kaut untung cepat, ramai yg pilih untuk gunakan strategi flipping. Tak dinafikan yg banyak je hartanah boleh dapat capital appreciation dgn cepat, kalau rumah tu berada dalam kawasan hot atau maju.
Cuma, strategi tu tak sesuai korang gunakan kat kawasan yg belum capai tahap matang, tapi punya potensi yg sangat besar.
Tip #4 : ‘2’ lebih baik daripada ‘1’?
Pelabur hartanah yg bijak tau perkara ini. Untuk kurangkan risiko, mereka akan pelbagaikan portfolio hartanah.
Maksudnya?
Takde la korang kena tumpukan 100% perhatian untuk melabur dalam satu kategori hartanah je.
Katakan, mungkin sekarang korang sedang melabur dalam kategori hartanah low cost. Mungkin pada masa depan, korang boleh merancang untuk melabur dalam kategori medium cost atau komersial p**ak.
Tip #5 : Mantra ‘lokasi, lokasi, lokasi,’ masih relevan lagi?
Mesti korang selalu dengar nasihat rata2 pakar hartanah. Lokasi adalah salah satu elemen penting dalam pelaburan ini.
Tak nafi, yg lokasi memang salah satu faktor utama yg perlu kita pertimbangkan (kalau beli rumah untuk tujuan pelaburan).
Tapi, ada lagi yg lebih penting. Korang tau tak apa?
“Siapa yang nak sewa rumah tu?” Atau dalam bahasa mat salehnya, tenantabiity.
Tenantability ni, adalah kebolehan sesebuah hartanah untuk dapatkan dan mengekalkan penyewa.
Tak guna kalau korang beli hartanah mahal2, tapi takde seorang pun yg berminat (atau mampu) nak menyewa. Kalau takde penyewa, takde la cash flow (aliran tunai).
Kita nak orang bayarkan ansuran bulanan rumah tu untuk kita, bukan pakai duit poket sendiri. hehe.
Tip #6 : Sebelum beli, tanya dulu.
Ini lagi satu perkara yg penting.
Sebelum korang buat keputusan membeli, buat berbincang dulu dgn perunding hartanah yg sah dan berdaftar.
Golongan ni tau selok-belok tentang hartanah kat kawasan yg mereka jual tu. Jadi kalau korang nak tau lebih lanjut, ringankan mulut bertanya.
Jangan dah beli, baru terhegeh2 nak tanya. Yg ni, memang saja cari pasal.
Tip #7 : Terus-menerus belajar dan mengkaji pasaran.
Ini adalah nasihat no brainer. Senang semua orang nak hadam dan faham. Teruskan belajar dan mengkaji kawasan mana yg sesuai untuk laburkan duit korang tu.
Kalau semua tempat confirm buat duit, korang boleh abaikan nasihat ni. Tapi, dah tentu itu bukan satu realiti, kan? Korang semua cerdik belaka. Pasti dah sedia maklum tentang ini.
Salah satu yg best untuk korang buat adalah menambah rangkaian kenalan antara pelabur. Dgn networking yg bagus, banyak yg korang boleh belajar.
Sambil tu, tambah la bahan bacaan. Dah tentu korang pakai smartphone. Jadikan tu sebagai medium korang untuk hadamkan banyak2 ilmu pelaburan hartanah yg ada.

Beli rumah pelaburan, tak sama macam nak beli rumah untuk duduk sendiri. Banyak perkara yg perlu korang sediakan untuk pastikan korang buat untung. Lagipun, siapa yg nak melabur untuk rugi, kan?
Sir Hafiz yakin korang semua bijak2 belaka. Sebab tu korang baca artikel ni sampai habis. Korang serius power!

6 PANDUAN BELI RUMAH UNTUK DIDUDUKI PADA TAHUN 2020.Biasanya kita beli rumah kerana dua sebab. Sama ada untuk duduk atau...
09/03/2020

6 PANDUAN BELI RUMAH UNTUK DIDUDUKI PADA TAHUN 2020.
Biasanya kita beli rumah kerana dua sebab. Sama ada untuk duduk atau pun sebagai pelaburan. Mengetahui tujuan adalah penting kerana ia menentukan jenis rumah yg anda patut beli. Ramai yg buat kesilapan.
Mereka beli atas tujuan yg salah dan akhirnya terpaksa jual semula tidak lama selepas belian. Ada yg jual dan rugi besar selepas mengambil kira kos transaksi seperti yuran guaman, yuran agensi dan lain-lain.
Jika Beli Rumah Untuk Diduduki
Jika anda membeli sebuah rumah untuk diduduki, rumah anda mesti memenuhi keperluan anda dan keluarga. Itulah keutamaan yg jauh lebih penting daripada berapa harga rumah anda akan naik atau berapa sewa yg anda boleh dapat.
Jika rumah anda turut mempunyai prospek pelaburan yg baik, ianya suatu bonus. Bukan keutamaan.
Buat langkah di bawah kalau beli rumah untuk duduk:
1) Beli Ikut Kemampuan
Walaupun anda boleh pinjam RM1 juta untuk membeli rumah, tidak bermakna anda mampu untuk menanggung rumah tersebut.
Buat bajet bulanan terlebih dahulu. Semak pendapatan dan perbelanjaan. Kurangkan kos yang tidak perlu. Daripada bajet ini baru anda tahu, berapa banyak yg anda boleh peruntukkan untuk bayar ansuran rumah.
2) Beli Rumah Dekat Dgn Tempat Kerja.
Jika boleh, pilih rumah berhampiran dgn tempat kerja. Ini akan menjimatkan kos petrol, tol dan juga masa.
Untuk suami, belilah rumah lebih dekat ke tempat kerja isteri. Kita orang lelaki tak apa jauh sikit kerana mereka banyak berkorban untuk kita dan anak.
3) Kaji Persekitaran
Pastikan rumah dekat dgn kemudahan seperti balai polis, restoran dan kedai runcit. Ada klien saya beli sebuah rumah di lokasi yg jauh dari sekolah. Dia tak sedar masa buat belian. Akhirnya terpaksa memandu 20 kilometer ekstra setiap hari untuk menghantar anaknya ke sekolah dan ke tempat kerja.
Selain itu, pertimbangkan kualiti alam sekitar. Elakkan beli dekat dengan kilang atau stesen janakuasa.
4) Ambil Kira Kos Tambahan Hartanah Strata
Hartanah strata seperti pangsapuri dan kondominium ada kos tambahan seperti yuran penyelenggaraan dan insurans. Kos ini perlu untuk menyelenggara kemudahan bersama dan juga bangunan.
Anda perlu semak kos ini sebelum membeli. Ada tempat yuran penyelenggaraan boleh mencecah 50 sen untuk satu kaki persegi. Setelah anda semak, ambil kira kos ini dalam bajet bulanan anda untuk elakkan kejutan.
5) Jika Anda Memerlukan Privasi
Banglo, rumah berkembar dan kondominium berkepadatan rendah adalah pilihan baik jika anda perlukan privasi tetapi sudah tentulah harga hartanah sebegini lebih mahal.
6) Tiada Rumah Yg Sempurna
Akhir sekali saya nak tekankan, adalah hampir mustahil untuk cari rumah yg sempurna. Elakkan berharap rumah yg terbaik sehingga tak beli rumah pun. Tak mengapa berkompromi dgn ciri2 tertentu tetapi buatlah pilihan terbaik.

5 LANGKAH PILIH LOKASI PERNIAGAAN STRATEGIKTempat atau lokasi bagi sesebuah perniagaan cukup memberi pengaruh yg besar k...
05/03/2020

5 LANGKAH PILIH LOKASI PERNIAGAAN STRATEGIK
Tempat atau lokasi bagi sesebuah perniagaan cukup memberi pengaruh yg besar kpd usahawan. Lebih-lebih lagi jika perniagaan tersebut melibatkan kelompok pelanggan utk keluar masuk. Jadi perlulah memilih lokasi dgn betul kerana hal ini berkait rapat dgn keuntungan atau kerugian.
Berikut adalah 5 langkah utk pilih lokasi perniagaan strategik yg perlu diketahui:
1. SENANG NAMPAK
Pilihlah lokasi kedai yg tepat di kawasan org awam lalu lalang dan senang utk dilihat. Elakkan memilih di kawasan tersorok seperti lorong-lorong atau jalan yg kurang dilalui.
2. KADAR SEWA BERPATUTAN
Biasanya lokasi strategik pasti berkait rapat dgn jumlah kos sewa yg lebih mahal berbanding kedudukan kedai yg agak suram. Jika tidak mampu, buat usaha lebih sedikit dgn mengadakan tinjauan selama seminggu di lokasi kedai dgn kadar sewa lebih rendah.
3. PERSAINGAN
Elakkan memilih lokasi dimana ‘jiran-jiran’ kedai yg lain turut menjual produk yg sama dgn anda. Sebaik-baiknya, biarlah kedai anda mampu melengkapkan produk yg tiada di kedai2 berhampiran.
4. AKSES KELUAR MASUK
Pilih lokasi berdasarkan laluan yg mudah, tidak terlalu sibuk, ada kemudahan pengangkutan awam dan mempunyai tapak pakir yg banyak.
5. BERDEKATAN KELOMPOK SASARAN
Kenali dan kaji dulu penduduk di kawasan berhampiran dgn lokasi perniagaan anda. Adalah lebih bagus sekiranya produk atau jenama yg ingin anda niagakan bersesuaian dgn kelompok berdekatan. Sebagai contoh jika anda mahu membuka kedai peralatan tulis atau buku, lebih sesuai jika berdekatan institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti.

6 TIPS PENTING NAK BELI RUMAH SUBSALE SECONDHANDApa itu rumah subsale?Rumah subsale adalah rumah yg dibeli drpd pihak ke...
05/03/2020

6 TIPS PENTING NAK BELI RUMAH SUBSALE SECONDHAND
Apa itu rumah subsale?
Rumah subsale adalah rumah yg dibeli drpd pihak kedua atau ketiga selepas pihak pemaju asal. Dlm bahasa yg mudah, rumah subsale adalah rumah secondhand.
Apa yg best dgn beli rumah subsale?
1. Boleh periksa dulu keadaan rumah dan juga persekitaran.
2. Harga lebih murah
3. Boleh berunding harga dgn pemilik asal.
Bagaimana cara beli rumah subsale secondhand?
1) Cari rumah yg sesuai
2) Bayar booking atau deposit
3) Sediakan dokumen2 berkaitan
4) Menandatangani perjanjian jual beli
5) Mohon pembiayaan pinjaman perumahan
6) Selesaikan urusan2 pemindahan nama dan gadaian kpd peminjam
Tips beli rumah subsale secondhand
1. Dapatkan khidmat peguam hartanah
Pembelian rumah akan melibatkan b*k dokumen, perjanjian dan juga pindahan hakmilik rumah. Jadi, amat penting utk dptkan khidmat drpd peguam hartanah yg sah agar semua proses dpt berjalan dgn lancar.
2. Berurusan dengan agen/perunding hartanah yang sah
Jika anda sebagai pembeli berurusan dgn perunding hartanah, pastikan perunding hartanah tersebut adalah sah dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH). Dptkan juga maklumat berkaitan syarikat atau firma di mana perunding tersebut berkhidmat.
3. Lawat dan periksa rumah yang hendak dibeli
Periksa keadaan rumah, aksesori, kelengkapan elektrik, bekalan air dan semua ruang yg ada di rumah tersebut. Kalau ada sebarang kerosakan, minta dibaiki dahulu atau minta diskaun. Periksa juga kejiranan dan kawasan sekitarnya dari segi kemudahan, keselesaan, trafik, suasana dan keselamatan.
4. Buat kajian pasaran harga rumah
Tak semestinya rumah subsale dijual pada harga lebih murah drpd harga pasaran. Kadang2, tuan rumah mark-up harga sebab ambil kira kos pengubahsuaian yg telah dilakukan ataupun perunding hartanah yg mark-up harga utk tampung kos operasi mereka.
5. Semak dan sahkan semua dokumen berkaitan
Sebelum beli rumah subsale, dptkan semua dokumen berkaitan seperti geran atau dokumen hakmilik dan salinan kad pengenalan pemilik rumah. Periksa supaya nama pada dokumen hakmilik dan kad pengenalan adalah sama. Sahkan juga kesahihan dokumen tersebut dgn pihak berwajib seperti pejabat tanah.
6. Berhati-hati membuat sebarang bayaran
Jika dibuat bayaran terus kpd penjual atau wakilnya pun, pastikan disokong dgn dokumen yg sah seperti resit atau invois. Pastikan resit tersebut mempunyai maklumat yg lengkap seperti tarikh, jumlah bayaran, nama penerima, nama pemberi dan tandatangan. Dan lebih baik lagi jika ada saksi yg menyaksikan pembayaran tersebut.
Itulah tips kpd sesiapa saja yg nak beli rumah subsale. Pastikan dulu kita berurusan dgn ejen yg betul. Dpt berurusan dgn ejen yg betul, semestinya urusan utk dapatkan rumah lbh mudah.

6 PROSEDUR BELI RUMAH DGN EJEN HARTANAH YG WAJIB KITA TAHU.Beli rumah dgn ejen hartanah adalah pilihan bijak lagi2 kita ...
04/03/2020

6 PROSEDUR BELI RUMAH DGN EJEN HARTANAH YG WAJIB KITA TAHU.
Beli rumah dgn ejen hartanah adalah pilihan bijak lagi2 kita yang tak arif selok-belok dlm urusan jual beli rumah. Namun kena pastikan kita sememangnya guna khidmat ejen hartanah yg berdaftar.
Tapi mcm mana nak kenal dgn ejen hartanah yg berdaftar?
1. Biasanya ejen hartanah mempunyai kad kuasa tag berwarna merah. Dlm kad tersebut mengandungi nama, No. K/P dan nombor ID REN.
2. Semak di web Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Harta Tanah Malaysia: http://lppeh.gov.my/. Klik “Search”.
Ok, dah tahu kan mcm mana nak kenal ejen yg berdaftar. Jadi kita pergi ke tajuk utama hari ni ye. Berikut adalah prosedur beli rumah dgn ejen hartanah yg wajib kita tahu:
1. VIEWING
Perlu lawat dulu hartanah utk pastikan ia dlm keadaan baik dan tiada kerosakan sebelum membeli. Sekiranya ada kerosakan pastikan penjual baiki kerosakan tersebut atau minta turunkan harga jualan supaya duit lebihan dpt digunakan utk baiki kerosakan yg ada.
2. TANDATANGAN BOOKING FORM
Sebelum bayar booking, pastikan ada perjanjian antara kita dgn penjual. Ia dikenali sebagai Letter of Offer To Purchase (OTP). OTP ni borang persetujuan hitam putih antara penjual dgn kita di atas harga jualan hartanah tersebut. Sebagai pembeli, kita pelu bayar earnest deposit kpd agensi. Ingat, bukan bayar pada akaun agen persendirian!
3. MOHON PEMBIAYAAN BANK
Dapatkan kepastian dgn ejen hartanah sekiranya pembiayaan perumahan tidak diluluskan. Perlu tahu apa jadi dengan duit booking tersebut sama ada dip**angkan atau hangus begitu sahaja. Biasanya jika pembiayaan perumahan oleh pihak bank tak lepas, deposit akan dpt balik. Jadi, kena tanya ejen betul2.
4. TANDATANGAN S&P/SPA
Setelah peguam menyiapkan SPA, penjual & pembeli akan menandatangani SPA ini. Sebagai pembeli kita perlu bayar baki 6.82%-7% sebagai baki wang deposit 10% kpd penjual. Baki 90% harga jualan rumah p**a perlu dibayar dlm masa 3 bulan drpd tarikh SPA ataupun mengikut tarikh yg dipersetujui.
5. FOLLOW UP
Proses siapkan SPA akan dilakukan oleh peguam. Namun kita perlu sentiasa “follow up” dgn peguam tersebut.
6. PENYERAHAN KUNCI
Peguam akan memastikan bahawa rumah yg dibeli tidak mempunyai tunggakan bil cukai pintu, cukai tanah, air, elektrik, penyelenggaraan dan sebagainya. Setelah selesai kesemuanya, peguam akan serahkan baki harga jualan 90% kpd penjual & dlm masa yg sama, penjual perlu menyerahkan kunci kpd peguam. Setelah itu, kunci p**a akan diserahkan kpd pembeli.
Ingat, buat persediaan awal. Semak dulu perkara yg diperlukan dlm urusan jual beli hartanah. Takde lah lepas byr booking, bank tolak permohonan loan kita.

Address

Lot No. A-07-2, Paragon Point, Seksyen 9, Pusat Bandar Baru Bangi
Bangi
43650

Telephone

+60143456785

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Xpand Space posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Xpand Space:

Share

Category