31/12/2025
Lapan tahun yang sangat padat. Daripada pejabat kecil ke memori-memori yang anda lihat dalam video ini, setiap wajah di sini adalah sebab kenapa HZAC wujud.
Terima kasih kepada semua yang pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan ini—team kami, klien kami, dan rakan industri. Tanpa anda, lapan tahun ini tidak akan bermakna.
Disember ini bukan sekadar penutup tahun bagi kami, tapi penutup kepada satu fasa yang sangat panjang. Ada sesuatu yang berbeza menanti di 1 Januari nanti.
Sesuatu yang lebih besar, insyaAllah.
Sampai kita jumpa lagi di lembaran seterusnya.
Hafiz Zubir & Co.
(1 Feb 2018 - 31 Dis 2025)