Adi Zhaf & Associates

Call Directions Website Contact the practice

Adi Zhaf & Associates Adi Zhaf & Associates (RA0136011-M). Khidmat Peguam Syarie. Perunding Syariah. Perkhidmatan Pengurusan Kekeluargaan. Nikah Cerai Rujuk. Hak-Hak selepas Perceraian.

Wasiat. Hibah. Harta Pusaka. Jenayah Syariah dll berkaitan.

Bukan Anak Kandung, Tapi Nafkahnya Siapa Yang Tanggung?Apabila seorang kanak-kanak telah diterima dan dibesarkan sebagai...
21/09/2026

Bukan Anak Kandung, Tapi Nafkahnya Siapa Yang Tanggung?

Apabila seorang kanak-kanak telah diterima dan dibesarkan sebagai sebahagian daripada keluarga, kebajikannya tidak seharusnya dipandang ringan.

Tanggungjawab terhadap anak bukan hanya tentang
tempat tinggal dan kasih sayang, tetapi juga keperluan asas serta nafkah yang diperlukan untuk membesar dengan baik.

Menjadi kewajipan bapa angkat untuk untuk
menanggung nafkah bagi anak angkat itu setelah
diterima sebagai ahli keluarga (bukti sijil pengangkatan) meskipun pihak-pihak dah bercerai.

Mahkamah juga boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi memastikan kebajikan anak tersebut terpelihara.

Tidak semua kes yang melibatkan hak-hak selepas perceraian wajib diselesaikan dengan perbicaraan. Walaupun di peringkat ...
03/08/2026

Tidak semua kes yang melibatkan hak-hak selepas perceraian wajib diselesaikan dengan perbicaraan. Walaupun di peringkat awal sesetengah kes yang melibatkan sulh tidak berjaya, ruang perbincangan masih terbuka selagi mana perbicaraan belum berakhir. Dan tidak semestinya semua terma perlu dipersetujui untuk memastikan sesuatu penyelesaian dapat dicapai.

Jika pihak-pihak dapat membuat penyelesaian bersama secara menyeluruh adalah lebih baik kerana kes dapat diselesaikan dengan harmoni tanpa perlu persengketaan yang berlanjutan. Sekiranya penyelesaian tidak dapat dibuat dengan menyeluruh, terma-terma yang dipersetujui secara bersama selesaikan terlebih dahulu manakala terma-terma selebihnya yang masih dalam pertikaian boleh diteruskan dengan perbicaraan. Dengan cara ini juga dapat menjimatkan sedikit sebanyak masa, kos dan tenaga dalam menyelesaikan kes.

31/07/2026

Hak Suami Dituntut, Tetapi Tanggungjawab Suami Diabaikan

đźš© Beristeri tiga, tetapi nafkah asas ditanggung isteri? Adakah itu menepati tujuan poligami?

Keadilan dalam poligami bukan diukur pada bilangan isteri, tetapi pada kemampuan menunaikan hak dan tanggungjawab kepada setiap seorang daripada mereka.

Malah, keadilan bukan hanya pada giliran bermalam, tetapi juga pada tanggungjawab hak dan nafkah setiap isteri. Sebelum menuntut hak sebagai suami, tunaikan terlebih dahulu tanggungjawab yang diwajibkan.

Apabila hak dan nafkah tidak ditunaikan, keadilan yang menjadi asas sesebuah perkahwinan akan terjejas dan boleh menimbulkan konflik dalam rumah tangga.

Hakikat bahawa isteri bekerja atau menanggung perbelanjaannya sendiri tidak secara automatik menggugurkan kewajipan nafkah suami. Sekiranya suami gagal menyediakan nafkah tanpa alasan yang syarie, perkara tersebut boleh menimbulkan isu pengabaian nafkah yang boleh dibawa untuk pertimbangan Mahkamah Syariah.

Tahniah atas inisiatif baru dari MSWP 👍🏻
30/07/2026

Tahniah atas inisiatif baru dari MSWP 👍🏻

Tak mahu teruskan kes? Jangan hilang begitu sahaja.Sekiranya pihak-pihak telah berdamai atau Plaintif tidak lagi berhasr...
29/07/2026

Tak mahu teruskan kes? Jangan hilang begitu sahaja.

Sekiranya pihak-pihak telah berdamai atau Plaintif tidak lagi berhasrat untuk meneruskan kes, Plaintif boleh memfailkan notis penarikan balik dan memaklumkan hasrat tersebut kepada Hakim pada tarikh sebutan atau perbicaraan yang telah ditetapkan.

Ini bermakna Plaintif masih perlu hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan bagi memaklumkan perkara tersebut dan mendapatkan arahan lanjut daripada Mahkamah. Setelah meneliti notis dan keadaan kes, Mahkamah boleh mempertimbangkan sama ada untuk meluluskan penarikan balik atau penyelesaian tindakan tersebut.

Tindakan ini lebih selamat berbanding tidak hadir ke Mahkamah tanpa sebarang notis.

Ketidakhadiran tanpa alasan yang munasabah boleh menyebabkan kes dibuang oleh Mahkamah, menyukarkan usaha untuk memfailkan semula kes pada masa hadapan sekiranya diperlukan, dan dalam keadaan tertentu boleh menyebabkan pihak berkenaan dikenakan kos.

27/07/2026

⚠️ Jika suami melafazkan talak ketika isteri dalam keadaan haid, dinamakan talaq bid’i. Hukumnya adalah haram dan berdosa. Walaupun talak yang dijatuhkan oleh suami semasa isteri haid itu berdosa, namun talak itu tetap jatuh jika menepati syarat dan rukun sah perceraian.

Talak yang dilafazkan ketika haid, tempoh iddah boleh menjadi lebih panjang berbanding jika talak dilafazkan ketika isteri berada dalam keadaan suci yang belum disetubuhi dalam tempoh suci tersebut.

Jika isteri sedang haid, kebiasaannya lafaz cerai tidak akan dilaksanakan pada hari tersebut dan Mahkamah boleh menetapkan satu tarikh lain selepas isteri suci untuk tujuan lafaz cerai.

Jadi, walaupun sedang haid, jangan abaikan tarikh Mahkamah. Hadir seperti yang diarahkan kerana Mahkamah masih boleh menjalankan proses kes dan memberi arahan selanjutnya.

26/07/2026

Jangan biarkan nafsu menguasai hati, jangan biarkan kedekut menutup tanggungjawab, dan jangan biarkan ego membutakan kebenaran.

Tiga perkara ini mampu meruntuhkan kebahagiaan yang dibina bertahun-tahun.

26/07/2026

Dalam urusan nikah, cerai dan rujuk, kepastian adalah lebih utama daripada sangkaan.

Ramai yang menyangka apabila bekas suami dan isteri bersetuju untuk kembali bersama, ada kala dengan hubungan suami isteri tanpa lafaz rujuk kembali, maka rujuk itu secara automatik menjadi sah.

Namun, hakikatnya:

âś… Rujuk bukan sekadar niat atau persetujuan kedua-dua pihak.

âś… Rujuk mempunyai syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi mengikut Hukum Syarak.

âś… Jika syarat tersebut tidak dipenuhi, Mahkamah boleh memutuskan bahawa rujuk itu tidak sah.

âś… Kadangkala niat untuk kembali bersama itu baik, namun perkara yang baik juga perlu dilakukan dengan cara yang betul.

Sebab itu, status perkahwinan perlu dipastikan melalui saluran yang betul bagi mengelakkan keraguan dan implikasi hukum dan status pada masa hadapan.

Dapatkan nasihat dan pengesahan yang sewajarnya supaya hubungan yang dibina kembali tidak dibelenggu kekeliruan.

25/07/2026

Bukan mudah membuat keputusan ketika luka masih ada dan amanah sedang dikandung.

Memberi peluang atau memilih untuk meneruskan kehidupan adalah keputusan yang besar. Anak adalah amanah, bukan alasan untuk memaksa atau dipaksa membuat sesuatu keputusan. Utamakan kebajikan semua pihak dengan hikmah dan pertimbangan yang baik.

Jika disahkan mengandung, tempoh iddah tidak lagi dikira seperti wanita yang tidak hamil, sebaliknya iddah akan menjadi tempoh yang panjang dan ianya berakhir apabila melahirkan kandungan.

Suami mempunyai hak rujuk sepanjang tempoh iddah mengikut hukum syarak, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

Namun, jika suami tidak merujuk sehingga iddah berakhir (iaitu selepas melahirkan anak), maka perkahwinan tersebut tamat.

Sekiranya ingin bersama semula selepas itu, akad nikah yang baharu diperlukan.

25/07/2026

Bercerai tanpa rela juga bukan bermaksud perlu melepaskan semua hak. Ketahuilah hak-hak suami dan isteri selepas perceraian agar masa depan lebih terjamin dan terpelihara.

Setiap kes perceraian mempunyai fakta kisah yang berbeza. Persetujuan bersama bukan semestinya bermaksud tiada luka, tetapi kadangkala ia adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak secara baik.

Dapatkan nasihat yang tepat agar lebih jelas tentang hak dan pilihan yang tersedia mengikut undang-undang. Jangan membuat keputusan hanya berdasarkan andaian atau maklumat yang tidak pasti.

Address

23-12, Revo @ Aurora Place, Persiaran Jalil 1
Bandar Bukit Jalil
57000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60177573135

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Adi Zhaf & Associates posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Adi Zhaf & Associates:

Shortcuts

Share