Rijal Raihan & Co - Cawangan Bachok

Rijal Raihan & Co - Cawangan Bachok Rijal Raihan & Co (cawangan Bachok) adalah sebuah firma guaman yang menyediakan pelbagai khidmat syariah kepada semua pelanggan berlandaskan hukum syarak.

Dokumentasi, Pengurusan, dan Wakili kes Di Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah Rayuan Syariah..Urusan Pusaka & JPN

Alhamdulillah selesai Pengesahan Perkahwinan.Terima kasih menggunakan perkhidmatan kami sebagai pemudahcara.Pengesahan P...
20/07/2026

Alhamdulillah selesai Pengesahan Perkahwinan.

Terima kasih menggunakan perkhidmatan kami sebagai pemudahcara.

Pengesahan Perkahwinan untuk dapatkan sijil nikah Malaysia bagi urusan pendaftaran sijil kelahiran anak di Jabatan Pendaftaran Negara.




19/07/2026
Apabila suami isteri bercerai, fokus utama biasanya bukan “siapa menang”, tetapi apa yang paling terbaik untuk anak-anak...
23/06/2026

Apabila suami isteri bercerai, fokus utama biasanya bukan “siapa menang”, tetapi apa yang paling terbaik untuk anak-anak.

1. Jangan jadikan anak sebagai perantara atau alat tekanan.

2. Elakkan suruh anak pilih ibu atau ayah, tanya siapa lebih sayang, atau sampaikan mesej melalui anak.

3. Jaga rutin dan kestabilan anak. Waktu sekolah, makan, tidur dan hubungan dengan kedua-dua pihak penting untuk rasa selamat & rasa kasih sayang.

4. Pisahkan konflik pasangan dengan peranan ibu bapa. Walaupun hubungan suami isteri berakhir, peranan sebagai ibu dan ayah tetap berjalan.

5. Bercakap berdasarkan keperluan anak, bukan dendam lama. Jadual penjagaan, pendidikan, perubatan, perbelanjaan, masa bersama.

6. Jangan bercakap buruk tentang pasangan di depan anak. Anak biasanya tetap sayang kedua-duanya. Konflik terbuka boleh beri kesan emosi.





Isteri : "Puan, saya & suami bersepakat untuk buat perjanjian hitam putih bahawa kami berdua tidak akan tuntut pusaka ji...
21/06/2026

Isteri : "Puan, saya & suami bersepakat untuk buat perjanjian hitam putih bahawa kami berdua tidak akan tuntut pusaka jika salah seorang dari kami meninggal dunia" .

RR : "Jadi kemana hala tuju harta pusaka tu nanti" ?

Isteri : "Saya bercadang harta tu nanti untuk anak-anak saya saja".

RR : "Jika begitu saya sarankan puan buat dokumen hibah".

"ANAK IKUT IBU, ADAKAH AYAH HILANG HAK?"Ramai yang salah faham.Apabila Mahkamah memberikan hak jagaan anak kepada ibu, i...
19/06/2026

"ANAK IKUT IBU, ADAKAH AYAH HILANG HAK?"

Ramai yang salah faham.

Apabila Mahkamah memberikan hak jagaan anak kepada ibu, itu TIDAK bermaksud ayah hilang hak terhadap anak.

Kebiasaannya, Mahkamah juga akan menetapkan hak lawatan dan akses kepada ayah.

Tujuan utama adalah memastikan anak terus mendapat kasih sayang daripada kedua-dua ibu dan ayah.

Mahkamah akan melihat kepada kebajikan anak sebagai pertimbangan utama.

Persoalannya...
Patutkah seorang ibu atau ayah sengaja menghalang pertemuan anak dengan seorang lagi ibu bapa?

Kongsikan pandangan anda.

Assalamualaikum selamat pagi. Hari ni pejabat Rijal Raihan & Co tutup sempena awal Muharam dan kembali beroperasi pada h...
16/06/2026

Assalamualaikum selamat pagi. Hari ni pejabat Rijal Raihan & Co tutup sempena awal Muharam dan kembali beroperasi pada hari Khamis.

Alhamdulillah selesai hari ini kes Permohonan Pengesahan Perkahwinan.Terdapat implikasi jika tidak membuat pengesahan pe...
08/04/2026

Alhamdulillah selesai hari ini kes Permohonan Pengesahan Perkahwinan.

Terdapat implikasi jika tidak membuat pengesahan perkahwinan :

1. Perkahwinan tidak diiktiraf atau perlu disahkan semula.

2. Dikenakan denda atau tindakan undang-undang.

3. Masalah ketika pendaftaran nikah, status anak, tuntutan nafkah & harta pusaka.

02/04/2026

Buat Keputusan, Pikul Tanggungjawab

Address

Lot 610, Sebelah SK Kemudi (Bangunan Lama AADK), Jalan Kg Teluk-Kemudi
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+60145144776

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rijal Raihan & Co - Cawangan Bachok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Rijal Raihan & Co - Cawangan Bachok:

Shortcuts

Share