Syahid Yusup

Directions Website Contact the practice

Syahid Yusup SYAHID YUSUP & ASSOCIATES
202303002542(MA0295626-K)

PEGUAM SYARIE | SYARIE COUNSEL

PERUNDING KELUARGA ISLAM
HIBAH | WASIAT | PUSAKA | FARAID

28/10/2026

NAFKAH ISTERI BUKAN PILIHAN, TETAPI TANGGUNGJAWAB SUAMI. ⚖️

Dalam Islam, nafkah isteri bukan sekadar makan dan minum.

Ia merangkumi keperluan asas kehidupan seperti pakaian, tempat tinggal dan keperluan diri yang munasabah, mengikut keadaan serta kemampuan suami.

📌 Apa yang isteri berhak tahu?

✅ Nafkah zahir dan nafkah batin mempunyai pengertian yang berbeza.

✅ Kadar nafkah mengambil kira kemampuan suami dan keperluan isteri.

✅ Nusyuz boleh memberi kesan terhadap hak nafkah tertakluk kepada hukum syarak dan undang-undang yang berkenaan.

✅ Nafkah yang tidak dibayar boleh menjadi hutang, tertakluk kepada keadaan dan peruntukan undang-undang yang terpakai.

Jangan biarkan ketidakfahaman tentang hak dan tanggungjawab.

Seorang suami mungkin mampu menyediakan segala-galanya untuk dirinya, tetapi jangan sampai keperluan isteri sendiri terabai.

Nafkah isteri bukan sekadar tanda kasih sayang, tetapi tanggungjawab yang ditetapkan oleh syarak.

Jangan tunggu isteri meminta berkali-kali, apatah lagi sehingga dia terpaksa mengadu ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan haknya.

Suami yang bertanggungjawab bukan hanya memimpin keluarga, tetapi juga memastikan hak isteri ditunaikan.

07/10/2026

TANGGUNGJAWAB BAPA TERHADAP NAFKAH ANAK

Walaupun ibu dan bapa sudah berpisah, tanggungjawab seorang bapa terhadap anak tidak terputus.

Nafkah anak bukan sekadar memberi makan dan minum. Ia boleh merangkumi keperluan asas anak seperti:

• 🍚 Makanan dan minuman;
• 👕 Pakaian;
• 🏠 Tempat tinggal;
• 📚 Pendidikan dan keperluan persekolahan;
• 🩺 Rawatan dan perubatan;
• 🚌 Keperluan pengangkutan; dan
• 🧼 Keperluan harian.

Dan yang paling penting, nafkah anak adalah hak anak, bukannya “duit untuk bekas isteri”.

Jadi, alasan seperti “anak duduk dengan ibu, jadi ibu yang tanggung” tidak dengan sendirinya menggugurkan tanggungjawab bapa.

Jika bapa culas, mengabaikan atau sengaja tidak membayar nafkah yang sepatutnya, ibu boleh mendapatkan nasihat dan mengambil tindakan melalui Mahkamah Syariah.

Anak tidak sepatutnya menjadi mangsa hanya kerana ibu dan bapa sudah tidak lagi bersama.

📌 Bercerai dengan isteri tidak bermaksud bercerai daripada tanggungjawab sebagai seorang bapa.

06/10/2026

Mut’ah adalah hak isteri namum ianya bukanlah suatu tuntutan ganti rugi kerana diceraikan oleh suami.

Ramai yang masih keliru antara mut’ah dengan nafkah iddah, nafkah anak, harta sepencarian dan tunggakan nafkah.

Mut’ah mempunyai konsep dan asas yang tersendiri. Jumlahnya p**a bukan automatik sama untuk semua bekas isteri kerana setiap kes mempunyai fakta dan keadaan yang berbeza.

Kalau anda telah bercerai dan tidak pasti sama ada anda mempunyai hak untuk menuntut mut’ah atau tuntutan lain selepas perceraian, dapatkan nasihat berdasarkan fakta kes anda.

Hak anda jangan dibiarkan hanya kerana anda tidak tahu ia wujud.

Perceraian bukan bermaksud semua hak seorang isteri berakhir pada hari lafaz talak dibuat.

Ada hak yang masih boleh dituntut selepas perceraian, tetapi setiap tuntutan mempunyai asas, syarat dan pertimbangannya yang tersendiri.

25/09/2026

NAFKAH ISTERI: AMANAH & TANGGUNGJAWAB

Ramai yang masih anggap bila isteri bekerja dan ada pendapatan sendiri, maka tanggungjawab nafkah suami sudah gugur.

Status isteri bekerja tidak secara automatik menggugurkan kewajipan suami memberi nafkah.

Nafkah bukan sekadar memberi duit belanja. Ia merangkumi keperluan asas isteri seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan keperluan-keperluan lain yang sewajarnya, tertakluk kepada keadaan dan kemampuan suami.

Jangan jadikan alasan “isteri bekerja”, “isteri ada gaji sendiri” atau “isteri lebih banyak duit” sebagai sebab untuk melepaskan tanggungjawab.

Isteri bukan meminta sedekah daripada suami.
Dia menuntut hak yang berkaitan dengan tanggungjawab dalam perkahwinan.

Kadar nafkah bergantung kepada kemampuan suami serta keperluan isteri dan keadaan kehidupan mereka.

Yang penting, jangan sampai tanggungjawab yang sepatutnya dipikul suami akhirnya terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh isteri.

Kerana dalam rumah tangga, nafkah bukan tentang siapa lebih banyak memberi tetapi tentang amanah yang perlu ditunaikan.

Sebab bila akad sudah dilafazkan, datang bersama akad itu amanah dan tanggungjawab.


“Dah ada perempuan lain, tapi kenapa masih tak mahu lepaskan isteri?”Dalam rumah tangga, keputusan untuk meneruskan atau...
24/09/2026

“Dah ada perempuan lain, tapi kenapa masih tak mahu lepaskan isteri?”

Dalam rumah tangga, keputusan untuk meneruskan atau menamatkan perkahwinan bukan sesuatu yang wajar dibuat sambil menggantung perasaan dan masa depan pasangan.

Kalau masih mahu mempertahankan rumah tangga, pertahankan dengan usaha dan tanggungjawab.
Kalau sudah tidak mampu meneruskan, selesaikan dengan cara yang baik dan tidak menzalimi mana-mana pihak.

Kerana yang paling menyakitkan bukan semata-mata perceraian.

Kadang-kadang, yang lebih menyakitkan ialah hidup dalam perkahwinan yang sudah tiada kepastian.

Alhamdulillah , keputusan kes memihak kepada klien.Mahkamah telah mensabitkan perceraian secara Fasakh dengan alasan:• D...
23/09/2026

Alhamdulillah , keputusan kes memihak kepada klien.

Mahkamah telah mensabitkan perceraian secara Fasakh dengan alasan:

• Defendan cuai & gagal memperuntukkan nafkah zahir lebih daripada 3 bulan

•Defendan bertindak lazim menyakiti dengan kelakuan aniaya terhadap Plaintif


22/09/2026

Solat memang wajib.
Menjaga hubungan dengan Allah memang penting.

Tetapi dalam masa yang sama, jangan kita lupa bahawa Allah juga memberikan amanah dan tanggungjawab terhadap manusia yang berada di bawah tanggungan kita.

Seorang suami bukan hanya dituntut untuk menjaga solatnya, tetapi dia juga mempunyai tanggungjawab untuk menunaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak mengikut kemampuan serta keperluan yang sewajarnya.

Jangan sampai anak-anak terpaksa berkira untuk makan.
Isteri terpaksa meminta-minta untuk keperluan asas.
Bil rumah tertunggak.
Keperluan persekolahan anak tidak dipedulikan.

Sedangkan di luar, kita masih mampu berbelanja untuk perkara lain.

Nafkah bukan hadiah. Nafkah bukan sedekah. Nafkah adalah tanggungjawab.

Dan apabila tanggungjawab itu diabaikan, ia bukan sekadar masalah kewangan. Ia boleh menjadi persoalan amanah yang akan dipertanggungjawabkan.

Solat jangan ditinggalkan.
Tetapi hak manusia juga jangan dinafikan.

Kerana menjadi orang yang rajin beribadah bukan alasan untuk mengabaikan amanah yang Allah letakkan di bahu kita.

Tunaikan apa yang wajib.
Jaga apa yang diamanahkan.
Jangan sampai kita mencari pahala, tetapi pada masa yang sama meninggalkan hak orang yang menjadi tanggungjawab kita.

Jika anda mempunyai masalah berkaitan nafkah isteri atau nafkah anak, dapatkan nasihat daripada Peguam Syarie mengenai hak dan pilihan yang tersedia berdasarkan keadaan kes anda.

30/07/2026

Jangan kerana isteri terlalu baik, suami rasa bebas untuk mengkhianati.

Hati seorang isteri yang sentiasa memaafkan bukan bermakna dia tidak terluka.

Kesabarannya bukan lesen untuk suami mengulangi kesilapan yang sama, apatah lagi mengambil kesempatan atas kasih sayang yang masih dia pertahankan.

Ingatlah, kepercayaan yang dibina selama bertahun-tahun boleh hancur hanya kerana satu pengkhianatan.

Luka akibat dikhianati bukan sekadar hilang dengan ucapan maaf.

Ada kesakitan yang kekal di hati, ada trauma yang dibawa sehingga bertahun-tahun.

Hargailah isteri yang masih memilih untuk setia, masih menghormati suaminya dan masih berusaha mempertahankan rumah tangga.

Jangan tunggu dia penat, kecewa dan memilih untuk melepaskan semuanya.

Ketika itu, mungkin penyesalan sudah tidak mampu mengembalikan apa yang telah hilang.

Kesetiaan seorang isteri adalah amanah.

Jangan sesekali membalasnya dengan pengkhianatan.

Address

NO. 20-1, Jalan TU 40, TAMAN TASEK UTAMA
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syahid Yusup posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Syahid Yusup:

Shortcuts

Share

Nearby law practices