05/06/2025
Apa undang-undang boleh buat untuk orang yang kejar hutang?
*********************************************************************
Dalam undang2 ada mekanisma yang dinamakan sebagai Saman Penghutang Penghakiman. Saman ini menyelesaikan satu masalah utama orang yang kejar hutang iaitu apa harta Penghutang yang kita boleh ambil untuk selesaikan hutang dia?
Bila kita kejar hutang, selalu kita ditinggalkan dengan alasan demi alasan dari Penghutang untuk elak dari kena bayar hutang kita. Hati makin panas sebab berapa lama lagi kita nak tunggu. Dalam sesetengah situasi kita boleh nampak Penghutang buat perbelanjaan orang berduit. Ada bawa keluarga pergi bercuti. Ada bagi hadiah pada isteri. Ada tambah aksesori kereta. Pergi trip memancing. Tapi hutang kita tak boleh bayar sebab katanya belum ada duit.
Saman Penghutang Penghakiman akan paksa Penghutang datang Mahkamah untuk disoal jawab mengenai kewangan dia. Soalan macam, samaada ada siapa-siapa yang berhutang dengan dia dan samaada dia ada apa-apa harta lain yang boleh digunakan untuk selesaikan hutang dia.
Saman Penghutang Penghakiman ni adalah prosiding di bawah Akta Penghutang 1957 yang membuat peruntukan untuk pemulihan hutang dari Penghutang. Dalam Saman jenis ni, ada peruntukan untuk panggil Penghutang untuk pemeriksaan, ada peruntukan untuk tangkap Penghutang yang tak mahu datang, ada peruntukan untuk sita harta Penghutang, dan ada juga peruntukan untuk sita bahagian dari gaji Penghutang kalau gaji dia lebih dari RM200.00.
Semasa Pemeriksaan Penghutang, dia mesti bentangkan penyata akaun bank dia supaya kita boleh tengok transaksi yang dia buat. Jadi kita boleh tahu apa yang dia bayar dan lebih penting kita boleh tahu kedudukan kewangan dia.
Hubungi kami jika anda perlukan Peguam. Firma kami wujud untuk uruskan masalah anda.