10/03/2022
๐๐๐ธ๐๐บ ๐ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฟ๐ถ ๐ง๐ฒ๐น๐๐ฟ ๐ฌ๐ฎ๐ป๐ด ๐ง๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐๐ถ๐ฏ๐ฎ๐๐๐ต
Dari segi kesihatan, kita dapat faham bahawa amalan membasuh telur sebelum menggunakannya adalah sangat digalakkan.
Namun, bagaimana p**a dengan makanan yang dimasak tanpa membasuh telur terlebih dahulu?
Menurut jawapan yang telah diberikan oleh M***i Wilayah, jika tiada najis atau kotoran pada telur tersebut, maka ia adalah halal dimakan.
Namun, jika ada isu terhadap kebersihan telur tersebut seperti ada kotoran atau najis dan tukang masak itu tidak membasuh tangannya terlebih dahulu, maka makanan itu sudah tidak menepati konsep halalan thayyiban kerana ia telah kotor.
Imam Fakhruddin al-Razi memberi makna al-Thayyib, iaitu:
Maksud: โDari segi bahasa ia adalah suci dan halal yang disifatkan dengan segala yang baik. Ini kerana, perkara yang haram disifatkan dengan segala kekotoran. Makna at-Thayyib pada asalnya ialah apa yang disukai dan didapati baik oleh cita rasa manusia selain disifatkan bersih dan halal dari segi perumpamaan. Ini kerana, najis itu sesuatu yang dibenci oleh jiwa.โ (Tafsir ar-Razi Mafatih al-Ghayb, 5/185)
Dalam penerangannya yang lain juga disebut:
Maksud: โSegala perkara yang dianggap kotor dan jijik oleh tabiat jiwa manusia yang membawa kepada kesakitan dan penyeksaan. Asal perkara yang memudaratkan adalah haram. Maka, setiap yang dihukumkan jijik oleh tabiat manusia pada asalnya adalah haram, melainkan terdapat dalil yang menyatakan hukum berbeza.โ (Tafsir Ar-Razi Mafatih al-Ghayb, 15/381)
Jadi, dapat kita faham bahawa kehalalan sesuatu makanan itu bukan sahaja bergantung kepada kenajisan, tetapi juga kepada kebersihan proses yang dijalani.
Oleh itu, jika telur itu mengandungi najis, maka hukumnya adalah tidak halal dimakan.
Dan disarankan juga untuk membasuh terlebih dahulu telur tersebut untuk mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Wallahu aโalam.