Hibah Wasiat Pusaka Islam

Hibah Wasiat Pusaka Islam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hibah Wasiat Pusaka Islam, Legal, ampang, Ampang.

[ AL-WASITAH/KHAIRAT PUSAKA]SATU2 NYA PAKEJ PENGURUSAN PUSAKA PALING HEBAT DALAM MALAYSIA!!..HANYA DI WASIYYAH BERHAD‼️A...
28/11/2025

[ AL-WASITAH/KHAIRAT PUSAKA]

SATU2 NYA PAKEJ PENGURUSAN PUSAKA PALING HEBAT DALAM MALAYSIA!!..
HANYA DI WASIYYAH BERHAD‼️
Apakah AL-WASITAH ini??
1 kaedah inovatif di mana waris tidak perlu membayar fi khidmat pengurusan pusaka bg pelanggan al-wasitah melalui tabung tabarru’..
Bagaimana??
AL-WASITAH memudahkan waris menerima pusaka tanpa kos yg tinggi, malah PERCUMA..YA!!..PERCUMA‼️
😱😱
Bukan itu saja, dgn menabung bulanan serendah RM65/80 (terma & syarat) selama 180 bulan, anda dpt 2 manfaat iaitu:-
SEMASA HIDUP 😃...
1️⃣ PERCUMA Dokumen Perlantikan WASI
WASI adalah perantara atr harta pusaka & badan ber authority. WASI juga sbg pentadbir dikalangan waris yg dipercayai utk uruskan harta anda selepas kematian nnt.
2️⃣ PERCUMA Dokumen Wasiat 1/3
Setelah meninggal, hanya 3 yg akan di bawa masuk ke dlm kubur iaitu:-
- Ilmu yg bermanfaat
- Doa anak2 yg soleh & solehah serta
- Amal jariah yg berpanjangan
Jadi, dgn adanya dokumen wasiat 1/3 kpd bkn waris boleh lah anda sediakan portion utk amal jariah setelah meninggal nnt agar waris sng utk melaksanakan. Cth wakaf ke masjid @ pusat tahfiz.
3️⃣ PERCUMA Konsultansi Perancangan Harta- hibah, harta sepencarian,wasiat 1/3 dan faraid.
Semestinya perunding spt saya akan memberikan khidmat nasihat dgn solusi2 yg tepat & holistik kpd semua hasrat anda ke atas harta yg anda miliki. Anda juga akan diberukan mock up sijil faraid yg di dlm nya mengandungi senarai waris2 yg berhak serta bahagian2 mereka.. NAK KE NAAKKK‼️😃
4️⃣ PERCUMA Bilik KEBAL RM600
Wasiyyah Shoppe Berhad menyediakan bilik kebal utk menyimpan dokumen perancangan anda, juga 1 salinan utk anda simpan sbg rujukan.
SELEPAS KEMATIAN 😞...
1️⃣ PERCUMA Khutbah Pusaka kepada Waris
Apabila kematian berlaku kelak, waris hanya perlu membuat panggilan pd nombor yg tertera di kad LEGASI keahlian AL-WASITAH, & pihak Wasiyyah Shoppe Berhad akan datang pd waktu yg dikehendaki waris pd bila2 masa. Legal akan membacakan pesanan, wasiat, hibah & kesemua hasrat yg anda tinggalkan kpd waris. Selepas itu, legal akan terangkan apa yg patut wasi & waris buat seterusnya agar pengurusan harta pusaka berjalan lancar & cepat.

2️⃣ PERCUMA Pengurusan Harta Pusaka
Utk mencairkan harta pusaka perlu melalui 3 proces di mana setiap proces memerlukan kos tersendiri. Sbg pencarum AL-WASITAH, anda telah pun menyediakan sejumlah wang kpd waris anda utk pembayaran setiap proces sehingga harta pusaka dpt dicairkan. Waris tidak perlu mengeluarkan modal sesen pun.

3️⃣ PERCUMA Bantuan Professional sehingga mendapat Surat Kuasa Mentadbir/Perintah Pembahagian
Kami di Wasiyyah Shoppe Berhad akan membantu WASI bg mendapatkan Surat Kuasa Tadbir/Perintah Pembahagian di mana proses2 nya melibatkan kepakaran.

4️⃣ KHAIRAT KEMATIAN
Kpd pencarum wasitah delima, khairat kematian RM2000 akan diberikan kpd waris utk tujuan pengurusan jenazah.
Ada lagi...
✅ TIADA RISIKO untuk HARTA BEKU seperti yg anda tahu yg skrg lebih RM100 Billion harta org Islam beku‼️
✅ TIADA RISIKO untuk siapa waris yg akan menguruskan dan mengeluarkan wang
✅ TIADA RISIKO pergaduhan dalam mendapatkan HARTA PUSAKA
✅ TIADA RISIKO untuk termakan HARTA BATHIL
✅ TIADA RISIKO PENIPUAN dalam pembahagian HARTA PUSAKA kerana ia akan diagihkan mengikut FARAID atau MUAFAKAT
✅ TIADA bayaran sambungan kpd waris jika pencarum AL-WASITAH meninggal dunia sebelom cukup bayaran selama 180 bln
Apa lagi yg anda tunggu⁉️.. JOM menabung serendah bulanan RM65/80 utk melangsungkan kebertanggungjawaban di dunia juga sbg saham ukhrawi 😌😌
Rancang harta anda SEKARANG melalui pengurusan AL-WASITAH bg memudahkan waris & yg penting anda sudah pun menyelamatkan harta anda dr TERBEKU‼️
Jom realisasikan hasrat anda bersama Wasiyyah Shoppe Berhad Berhad😃😃
Untuk sesi konsultasi mengurus & merancang Pewarisan Harta Islam dgn solusi yg tepat & komprehensif secara PERCUMA, tekan link di bwh 👇🏻👇🏻

http://wasap.my/60139592321/KhairatPusaka

RANCANG HARTA & URUS PUSAKA..
KINI TEPAT DAN MUDAH!! 📝🗞

25/11/2025

Dengarkan apa kata Ustaz Elyas Ismail, seorang pendakwah bebas dan personaliti TV mengenai tanggungjawab pemilik harta untuk memastikan kebajikan yang tersayang.

Yang paling penting, ingat Hibah, ingat Wasiyyah ☺️

Dapatkan konsultasi PERCUMA dari saya...
Jom setkan appointment
JANGAN TANGGUH LAGI PERANCANGAN HARTA PUSAKA ANDA
Tekan link di bawah

https://www.wasap.my/60139592321/PewarisanPusakaIslam

https://www.dagangnews.com/article/kolumnis-terkini/wasiyyah-peroleh-pensijilan-patuh-syariah-pertama-di-dunia-54118?fbc...
18/11/2025

https://www.dagangnews.com/article/kolumnis-terkini/wasiyyah-peroleh-pensijilan-patuh-syariah-pertama-di-dunia-54118?fbclid=IwdGRjcAOI5L9jbGNrA4jkrGV4dG4DYWVtAjExAHNydGMGYXBwX2lkDDM1MDY4NTUzMTcyOAABHs65SIb2c8txOQC5sCROUYzRH1AyqWPrsWeREWLr33twK7HaD4E8dQUnJTA4_aem_uBY7QqWXvy0Gje_SIyU3YA

Beberapa minggu lalu, Wasiyyah Berhad memperoleh pensijilan Patuh Syariah daripada ADL Advisory, sebuah syarikat penasihat syariah yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia serta merupakan rakan latihan kepada Accounting and Auditing Organization for Islamic Fina

[ BICARA PUSAKA ]Alhamdulillah selesai bicara pusaka kematian bonda tersayang isteri tercinta...Keputusan baik anak bera...
04/11/2025

[ BICARA PUSAKA ]

Alhamdulillah selesai bicara pusaka kematian bonda tersayang isteri tercinta...
Keputusan baik anak beranak agihan sepakat.


[ 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐆𝐈 😱😱 ]Lebih RM 90 Billion harta terbeku di Malaysia, 90% adalah milik orang Islam.Ya...
24/09/2025

[ 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐃𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐑𝐔𝐆𝐈 😱😱 ]

Lebih RM 90 Billion harta terbeku di Malaysia, 90% adalah milik orang Islam.

Ya! Orang Islam. Bila harta terbeku bukan sahaja merugikan insan tersayang, malah rugi juga dari segi ekonomi umat islam.

Salah satu sebab utama berpunca dari kurangnya 𝙄𝙇𝙈𝙐 𝙐𝙍𝙐𝙎 𝙋𝙐𝙎𝘼𝙆𝘼.

Sertai 𝙏𝘼𝙆𝙇𝙄𝙈𝘼𝙏 𝙅𝘼𝙇𝘼𝙉 𝘽𝙄𝙅𝘼𝙆 𝙐𝙍𝙐𝙎 𝙋𝙐𝙎𝘼𝙆𝘼 agar harta yang dikumpul berpenat lelah semasa hidup dapat memberi manfaat kepada insan tersayang.

📅 Jumaat, 03 Oktober 2025
⏰ 8.00 PM - 9.30 PM
💻 Platform Zoom Meeting
🔑 Masuk 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔

Kenapa Anda Wajib Join?
🔹 Fahami perancangan harta pusaka semasa masih hidup.
🔹 Belajar cara mudah untuk urus harta pusaka.
🔹 Lindungi waris daripada masalah dan konflik pembahagian harta.
🔹 Berita baik!! Anda yang hadir berpeluang untuk mendapat RM500 Baucar Eksklusif! 🎁

Dengar perkongsian yang akan memberi pencerahan tentang cara urus pusaka dengan cara yang betul dan teratur.

💥 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗨𝗠𝗔!💥
Ini peluang emas untuk anda dapatkan ilmu yang bakal memudahkan urusan keluarga di masa hadapan.

📲 Daftar segera di sini:
🔗 https://www.wasap.my/60139592321/taklimatkerjayapewarisan

Pastikan anda hadir beramai-ramai dan belajar jalan bijak urus pusaka.
Senang Disini, Tenang Disana 👨‍👩‍👧‍👦

[ ADAKAH ANAK ANGKAT ANDA TERJAMIN HAK PEWARISAN ? ] ISU:1. Anak angkat anda mungkin tidak berhak menerima pewarisan har...
01/09/2025

[ ADAKAH ANAK ANGKAT ANDA TERJAMIN HAK PEWARISAN ? ]

ISU:
1. Anak angkat anda mungkin tidak berhak menerima pewarisan harta anda
2. Anak angkat yang anda pelihara dengan kasih sayang dan penuh pengorbanan terpinggir selepas ketiadaan anda
3. Anak angkat anda memerlukan jaminan masa depan yang lebih konkrit

Ini adalah isu yang sering diabaikan oleh ramai ibu bapa angkat, yang menganggap anak angkat akan secara automatik mendapat hak seperti anak kandung.

HAKIKAT PEWARISAN:
1. Pewarisan tidak memberikan hak automatik kepada anak angkat untuk mewarisi harta ibu bapa angkat mereka.
2. Anak angkat tidak termasuk dalam waris sah di bawah Hukum Syarak bagi umat Islam, dan untuk bukan Islam, anak angkat hanya boleh menerima harta melalui wasiat yang jelas.
3. Tanpa perancangan yang betul, anak angkat mungkin terpinggir dari hak pewarisan, walaupun telah menjadi sebahagian daripada keluarga selama bertahun-tahun.

Apakah langkah yang perlu diambil untuk memastikan hak anak angkat terjamin? Bagaimana kita boleh memastikan mereka tidak terpinggir selepas ketiadaan kita?

SOLUSI:
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk melindungi hak anak angkat dalam pewarisan.

1. Ibu bapa angkat perlu membuat wasiat yang jelas, menyenaraikan anak angkat dalam wasiat 1/3. Namun wasiat hanya maximum 1/3.
2. Ada cabaran dari segi pemilikkan rumah. Jika nak beri keseleruhan rumah, kaedah yang tepat adalah dengan menggunakan hibah harta. Kaedah ni merupakan cara yang sah untuk memastikan anak angkat mendapat bahagian yang adil.

Ini memerlukan perancangan yang teliti dan pemahaman mendalam tentang undang-undang pewarisan yang ada. Dengan melakukan langkah-langkah ini, kita dapat memberi jaminan kepada anak angkat bahawa mereka tidak akan terabai selepas ketiadaan kita.

Jangan biarkan anak angkat anda hidup dalam ketidakpastian. Mereka telah menjadi sebahagian daripada hidup anda, dan mereka berhak mendapat masa depan yang terjamin. Mulakan perancangan pewarisan anda hari ini!

Berbincanglah dengan pakar undang-undang pewarisan untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara melindungi hak anak angkat anda. Jangan tunggu sehingga terlambat. Masa depan anak angkat anda adalah tanggungjawab anda. Bertindaklah sekarang demi mereka!

Klik link untuk dapatkan konsultasi PERCUMA:
www.wasap.my/60139592321/PewarisanAnakAngkat





[ KISAH BENAR KWSP ]Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada s...
25/08/2025

[ KISAH BENAR KWSP ]
Ramai isteri fikir bila suami dah letak nama mereka sebagai penama KWSP, jika apa-apa berlaku pada suami semua duit dalam akaun KWSP adalah milik isteri.
Sebenarnya harta tadi perlu dibahagi mengikut kaedah faraid. Penama KWSP hanya sebagai pemegang amanah.
1) Ayah si mati - 1/6
2) Ibu si mati - 1/6
3) Isteri - 1/8
4) Baki akan dapat pada anak-anak. Anak lelaki dua bahagian dan anak perempuan satu bahagian.
5) Jika tiada anak lelaki, maka baki harta akan ke ayah. Dan sekiranya ayah tiada, makan adik beradik seibu sebapa atau sebapa turut layak dlm bahagian pusaka.
Contoh :
Suami tinggalkan RM100,000 duit KWSP. Ada seorang anak lelaki dan perempuan.
1) 1/6 Ayah = RM16,666
2) 1/6 Ibu = RM16,666
3) 1/8 Isteri = RM12,500
4) 1/2 Anak lelaki = RM36,112
5) 2/3Anak Perempuan = RM18,056
Jadi apa guna ada penama?
Penama KWSP ini akan bertindak menjadi wasi/pentadbir yang berkeupayaan untuk mengurus pengeluaran dan pembahagian KWSP. Pembahagian seharusnya mengikut faraid.
Mudah-mudahan selepas ini kita faham yang duit dalam KWSP bukan milik isteri atau pasangan kita sepenuhnya atau PENAMA KERANA fatwa JAKIM telah menetapkan bahawa kwsp Faraid.
Pahit Tp Benar. Ramai yang ingat benda nie tak akan berlaku. Tp realiti sebaliknya.
Jika nak simpan sendiri, RM 45 setiap bulan dalam bank, 500 tahun baru cukup RM350,000. Mustahil lah nak kumpul sendiri.
Daripada simpan semua duit dalam bank je kena faraid juga nanti. Rancang harta anda untuk tersayang.
Dengan Hibah simpanan, nak dapat sejuta kepada kita atau nak bagi sejuta kepada waris, tak perlu ada sejuta dalam bank.
Berminat buat Hibah Harta, "𝐭𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩" sahabat saya dibawah👇🏼.
www.wasap.my/60139592321/Hibahsimpanan

[ 5 Kelebihan Hibah Harta ]1. Harta Terus Milik Penerima***Hibah menjadikan harta yang diberi terus menjadi milik peneri...
25/08/2025

[ 5 Kelebihan Hibah Harta ]

1. Harta Terus Milik Penerima
***
Hibah menjadikan harta yang diberi terus menjadi milik penerima semasa pemberi masih hidup.

2. Elak Pertikaian Waris
****
Hibah dapat mengurangkan risiko perebutan harta dalam kalangan waris selepas kematian.

Waris jelas hak masing-masing sejak awal.

3. Cepat & Mudah
**
Harta yang dihibahkan boleh digunakan segera oleh penerima.

4. Boleh Dirancang Mengikut Keperluan
****
Pemberi hibah boleh tentukan siapa penerima dan jenis harta yang hendak diberi.

Sesuai untuk melindungi pasangan, anak-anak atau ibu bapa.

5. Selari Dengan Syariah & Undang-Undang
****
Hibah diiktiraf dalam Islam dan juga diterima di sisi undang-undang Malaysia.

Memberi ketenangan hati kepada pemberi harta.

https:/0139592321/Norjannah Mustapha




[ "10 Persediaan Suami untuk Menjamin Kesejahteraan Isteri Selepas Pemergian" ]Kehilangan suami tercinta adalah ujian be...
23/08/2025

[ "10 Persediaan Suami untuk Menjamin Kesejahteraan Isteri Selepas Pemergian" ]

Kehilangan suami tercinta adalah ujian berat bagi isteri, apatah lagi jika ditambah dengan isu perebutan harta dan kewangan. Untuk memastikan kebajikan isteri dan anak-anak terjamin, para suami boleh mengambil langkah-langkah berikut sementara masih ada kesempatan:

1️⃣ Sediakan Dana Hibah
- Pastikan isteri memiliki perlindungan kewangan melalui dana hibah yang mencukupi.

2️⃣ Didik Isteri Urus Kewangan
- Ajar isteri mengurus perbelanjaan keluarga dan ketahui aliran tunai bulanan.

3️⃣ Maklumkan Tentang Hutang
- Senaraikan semua komitmen hutang seperti rumah, kereta, dan pinjaman peribadi.

4️⃣ Kongsi Maklumat Simpanan & Pelaburan
- Beritahu isteri tentang jumlah dan lokasi simpanan seperti ASB, KWSP, Tabung Haji, dan pelaburan lain beserta penama masing-masing.

5️⃣ Wujudkan Dana Kecemasan
- Simpan dana kecemasan sekurang-kurangnya bersamaan 6 bulan gaji untuk kegunaan isteri jika berlaku perkara tidak diingini.

6️⃣ Ambil Takaful Perlindungan Pendapatan
- Dapatkan perlindungan takaful untuk memastikan sumber kewangan berterusan buat keluarga.

7️⃣ Sediakan Panduan 'Jika Saya Meninggal'
- Tulis panduan lengkap tentang langkah-langkah yang perlu diambil oleh isteri termasuk urusan pencen, KWSP, dan dokumen penting lain.

8️⃣ Rancang Dana Pendidikan Anak
- Pastikan masa depan pendidikan anak terjamin dengan menyimpan dalam tabung khusus atau pelaburan pendidikan.

9️⃣ Senaraikan Aset yang Dimiliki
- Buat inventori aset seperti hartanah, saham, dan kenderaan beserta butiran lengkap.

1️⃣0️⃣ Ajar Isteri Guna Perbankan Online
- Latih isteri mengendalikan urusan perbankan secara atas talian untuk memudahkan pengurusan kewangan harian.

🔸 Dengan persediaan rapi ini, suami dapat memastikan keluarga tersayang terus terjaga dan terhindar dari kesulitan selepas ketiadaan mereka. Ingatlah, perancangan awal adalah tanda kasih sayang dan tanggungjawab yang sebenar. ❤️

[ 4 SEBAB UTAMA KENAPA PEMILIK RUMAH PERLU HIBAHKAN RUMAH MEREKA ]'PEMILIK dalam pusara'. Itu situasi mengejutkan apabil...
22/08/2025

[ 4 SEBAB UTAMA KENAPA PEMILIK RUMAH PERLU HIBAHKAN RUMAH MEREKA ]

'PEMILIK dalam pusara'.
Itu situasi mengejutkan apabila dianggarkan lebih satu juta pemilik geran tanah sudah meninggal dunia, namun pemilikan harta berkenaan belum diselesaikan waris.

Jumlah itu dilihat semakin meningkat setiap tahun sehingga mencecah lebih RM70 bilion yang jumlah berkenaan mampu membangunkan ekonomi umat Islam jika diuruskan dengan betul oleh waris.

Ini 4 sebab kenapa perlu hibah rumah :

1. Rumah yang telah dihibah tidak menjadi harta pusaka dan tidak perlu difaraidkan.

Dengan melaksanakan hibah, rumah tersebut akan terus menjadi milik penerima hibah tanpa perlu melalui proses faraid. Ini memudahkan penerima hibah untuk mengelakkan perebutan dengan waris lain.

HIBAHKAN SAHAJA RUMAH ITU … penerima hibah tidak perlu bergelut dengan waris-waris faraid lain untuk mendapat hak ke atas rumah tersebut. Rumah itu sudah menjadi milik mereka sepenuhnya.

2. Rumah yang dibeli secara pinjaman LAGI PENTING dihibahkan.

Apabila kita meninggal dunia, seseorang perlu menyelesaikan baki pinjaman rumah yang masih tertunggak. Walaupun ada MRTT/MRTA, ia sering kali tidak mencukupi untuk menampung semua baki pinjaman.

Jadi, siapa yang perlu menanggung liabiliti ini? Biasanya pasangan dan anak-anak yang tinggal di rumah tersebut. Jika tidak dibayar, rumah itu mungkin akan dilelong.

Setelah membayar baki hutang, rumah itu perlu diagihkan kepada semua waris mengikut hukum faraid, termasuk ibu bapa dan mungkin juga adik-beradik si mati atau pihak lain.

HIBAHKAN SAHAJA RUMAH ITU … walaupun pasangan dan anak-anak masih perlu menanggung liabiliti, rumah itu sudahpun menjadi milik mereka.

3. Kita beli rumah untuk pasangan dan/atau anak-anak.

Selama 24 tahun dalam bidang ini, saya tidak pernah jumpa orang yang beli rumah untuk adik-beradik mereka. Biasanya kita beli rumah untuk pasangan dan/atau anak-anak, supaya mereka ada tempat berteduh jika sesuatu berlaku kepada kita, kerana mereka adalah tanggungan dan tanggungjawab kita.

HIBAHKAN SAHAJA RUMAH ITU … Menghibahkan rumah kita kepada mereka akan memastikan rumah tersebut menjadi milik pasangan dan anak-anak sepenuhnya.

4. Nilai rumah semakin tinggi.

Rumah yang kita beli hari ini pada harga RM 400,000 mungkin akan bernilai RM 1 juta 10 tahun akan datang apabila kita meninggal dunia.

Jika waris faraid termasuk adik-beradik, pasangan dan anak-anak kita mungkin perlu menebus bahagian mereka (jika mereka setuju untuk ditebus), dan mereka perlu membayar nilai bahagian tersebut.

Dengan peningkatan nilai rumah, bahagian yang perlu ditebus akan menjadi semakin mahal.

HIBAH SAHAJA RUMAH ITU... supaya pasangan dan anak-anak anda tidak perlu mengeluarkan belanja yang semakin banyak untuk menebus bahagian waris-waris faraid lain yang semakin mahal.

Ada banyak sebab lain tapi ini 4 yang utama.

ANDA SUDAH HIBAHKAN RUMAH ANDA?

Nak buat hibah rumah klik link
www.wasap.my/60139592321/HibahRumah




https://www.facebook.com/share/1E9VL3a1AQ/
07/03/2025

https://www.facebook.com/share/1E9VL3a1AQ/

Bila mak ayah meninggal, perkara yang selalu diperkatakan adalah harta pusaka yang ditinggalkan. Adik beradik mula bahagikan harta mengikut hukum yang telah ditetapkan supaya tidak ada perkara berbangkit kemudian hari.

Address

Ampang
Ampang
68000

Telephone

+60139592321

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hibah Wasiat Pusaka Islam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hibah Wasiat Pusaka Islam:

Share

Category