Khidmat Guaman Syarie

Khidmat Guaman Syarie Kami merupakan Peguam Syariah yang bertauliah dan juga merupakan Perunding Keluarga Islam dan Harta

TUNTUTAN NAFKAH WAKTU BILA? Nafkah Isteri dan nafkah anak boleh dituntut bukan sahaja selepas perceraian, tetapi juga ke...
25/01/2023

TUNTUTAN NAFKAH WAKTU BILA?

Nafkah Isteri dan nafkah anak boleh dituntut bukan sahaja selepas perceraian, tetapi juga ketika masih dalam tempoh perkahwinan. Kebanyakan para Isteri akan salah faham dan hanya berdiam diri apabila suami gagal atau cuai dalam menyediakan nafkah kepada Isteri dan anak. Akhirnya mengambil jalan untuk berpisah. Isteri merasakan tiada sebab lagi mempertahankan rumahtangga kerana isu kewangan keluarga yang hanya menjadi beban dan tanggungjawab isteri.

Pengalaman kami bagi kes telah selesai :

Kami wakili anakguam dengan memfailkan fasakh kerana suami dikatakan tidak bekerja dan hanya mengharapkan Isteri menanggung segala perbelanjaan keluarga. Puas Isteri ajak berbincang dan nasihat tapi keadaan tetap sama yang mana akhirnya hilang mawaddah dan rasa hormat dalam rumahtangga. Isteri nekad Fasakh!

Setelah menerima saman, kami nasihat dan cuba berunding dengan suami kerana kami rasakan perkahwinan masih boleh selamat jika suami faham akan tanggungjawab menafkahi keluarga. Rundingan demi rundingan di samping perjalanan kes fasakh tetap berjalan. Akhirnya suami setuju dan faham akan penat lelah Isteri dari segi emosi, dan tenaga. Suami setuju untuk bekerja dan sediakan nafkah kepada client kami dan anak mereka.

Alhamdulillah persetujuan dicapai, kami merekodkan persetujuan bersama antara suami dan client kami di Mahkamah untuk mendapatkan satu perintah bertulis tentang pembayaran nafkah tersebut. Kes fasakh? DITARIK SEMULA dan perkahwinan dapat diselamat kan.

Jadi ketahui hak anda sebagai Isteri dan penjaga kepada anak-anak. Nak minta nafkah, jangan tunggu nak brcerai sahaja.




27/12/2022
PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH Alhamdulillah, dua kes kami berkaitan permohonan Pengesahan Nikah telah selesai dengan baik ...
27/12/2022

PERMOHONAN PENGESAHAN NIKAH

Alhamdulillah, dua kes kami berkaitan permohonan Pengesahan Nikah telah selesai dengan baik dan berjalan lancar dari awal prosiding kes sehingga kepada Keputusan Kes. Salah satu dr kes kami yang mana sebelum nya mereka dah failkan kes tersebut, tetapi mahkamah putuskan tidak sah kerana jarak kedudukan wali nasab (bapa kandung) tidak melebihi dua marhalah. Bermaksud kedudukan kuasa wali masih di bawah tanggungjawab bapa kandung Isteri beliau dan jika ingin menggunakan wali hakim, mestilah ada lafaz wakil wali dari bapa kandung kepada wali hakim tersebut.

Mereka suami Isteri menangis jumpa dengan kami tanyakan apa solusi boleh dibuat memandangkan mereka ada anak hasil dari pernikahan tersebut. Pada awal saya nasihat tentang Permohonan Sah Taraf Anak, tetapi bila difahamkan semula fakta kes pernikahan mereka, rupanya mereka tersalah fakta dan tidak memaklumkan kepada Mahkamah bahawa wali hakim di negara tersebut telah membawa mereka bernikah di masjid yang lebih jauh bagi mencukupkan dua marhalah tersebut. Mereka maklum pada hakim hanya berpandu kepada dokumen nikah yang hanya tulis tempat pernikahan di Majlis Agama Islam sahaja. Mereka agak gugup dan tidak biasa dengan suasana Mahkamah, jadi banyak perkara di lepas pandang dalam memberi jawapan semasa perbicaraan berlangsung.

Jadi kami ambil pendekatan memfailkan semula, dan fakta2 di lengkapkan dengan sebaiknya bagi memudahkan proses keterangan suami Isteri dan juga memudahkan urusan Mahkamah untuk membuat keputusan. Perjalanan kes kurang dari 1 bulan , Alhamdulillah selesai dengan baik dan pernikahan suami Isteri tadi adalah SAH mengikut hukum syarak.

Selain dari kedudukan wali yang perlu melebihi dua marhalah, mana-mana pihak juga perlu memastikan jangan berlaku “langkau” turutan wali. Sebagai contoh, ayah kandung masih hidup, tetapi meminta abang kandung lafaz wakil wali kepada wali hakim sebab ayah taknak beri kerjasama atau ayah hilang entah ke mana. Dalam keadaan begini jika nak nikah juga, pastikan kedudukan wali hendaklah melebihi 2 marhalah dari tempat pernikahan. Fahami betul2 rukun dan syarat sah nikah berkaitan isu WALI sebelum bernikah ye !


ANAK DIKATEGORI TIDAK SAH TARAF KERANA PERNIKAHAN TANPA KEBENARAN? Alhamdulillah, amanah yang kami terima dari anakguam ...
20/06/2022

ANAK DIKATEGORI TIDAK SAH TARAF KERANA PERNIKAHAN TANPA KEBENARAN?

Alhamdulillah, amanah yang kami terima dari anakguam dapat diselesaikan dengan baik.

Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berkaitan kes Pengesahan Sah Taraf Anak diluluskan sebagaimana yang dipohon. Sebelum ini kedua2 anakguam (pasangan suami dan Isteri) telah bernikah tanpa kebenaran iaitu bernikah di luar negara. Kemudian, setelah didapati Isteri mengandung, mereka putuskan untuk dapatkan Pengesahan pernikahan mereka yang telah berlangsung sebelum ini di Mahkamah Syariah berbidangkuasa. Bagaimanapun, kedua2 anakguam kami amat terkejut dengan keputusan yang Arif Hakim sebelum ini bahawa hakikatnya pernikahan mereka sebelum ini adalah tidak sah dan fasiq (cacat) ekoran dari penggunaaan wali di sana tidak mengikut kepada Hukum Syarak.

Oleh demikian, pernikahan tersebut hendaklah difaraqkan (dipisahkan). Jadi, bagaimana dengan status anak tersebut? Kesannya, mereka tidak dapat menasabkan anak tersebut dengan bapa biologi (anakguam kami) di Jabatan Pendaftaran Negara. Anak tersebut hanya boleh dinasabkan kepada bapa tersebut setelah mendapat suatu perintah pengesahan dan/atau kebenaran dari Mahkamah Syariah. Setelah dokumentasi, pliding2, perbicaraan dan penghujahan dimasukkan, alhamdulillah Mahkamah berpuas hati bahawa anak yang dilahirkan tersebut adalah hasil dari pernikahan syubhah (keraguan), maka boleh lah dinasabkan dan dibin atau dibintikan kepada bapa tersebut. Anakguam amat berpuas hati dan tidak henti mengungkapkan lafaz syukur.

Pengajaran buat anakguam kami dan mana2 orang awam di luar sana, jangan terlalu mudah atau terlalu yakin untuk melangsungkan sebuah pernikahan itu tanpa ilmu dan panduan yang betul. Mohon lah kebenaran untuk bernikah, janganlah terlalu ambil mudah.

Peguam Syarie



LAFAZ TAKLIK.Baru2 ini viral isu suami lafazkan taklik pada isteri semata-mata untuk menghalang isteri mengambil vaksin ...
03/09/2021

LAFAZ TAKLIK.
Baru2 ini viral isu suami lafazkan taklik pada isteri semata-mata untuk menghalang isteri mengambil vaksin ! Kata suami “ jangan amek vaksin, kalau amek jugak jatuh talak “.

Menjadi persoalan ramai JATUH ATAU TIDAK?
Jom dengarkan kupasan dan penjelasan lebih lanjut bersama saya dan rakan peguam saya di Facebook live pada :

SABTU, 04.09.2021
Jam 3.00-4.00 petang




“DILEMA DALAM MENUNTUT PERCERAIAN”Isu dan tajuk yang agak mudah, namun kami percaya masih ramai di luar sana yang keliru...
26/02/2021

“DILEMA DALAM MENUNTUT PERCERAIAN”

Isu dan tajuk yang agak mudah, namun kami percaya masih ramai di luar sana yang keliru dan susah untuk fahami atau sesuaikan proses/kaedah perceraian mana yang bersesesuaian dengan permasalahan dan konflik rumahtangga. Setiap konflik dalam rumahtangga sesebuah perkahwinan itu pasti berbeza.

Sebagai contoh, “Cerai kaedah Fasakh hanya buat Isteri sahaja, suami tidak boleh mohon fasakh”. Tidak ! Suami juga boleh layak dan boleh mohon fasakh sebagamana Isteri. Ketahuinya lebih lanjut dalam siaran live kami pada 27.02.2021 , hari Sabtu jam 10 pagi.

Jemput tonton live kami, dan boleh juga terlebih dahulu meninggalkan apa-apa persoalan mengenai isu-isu perceraian pada ruangan komen di bawah. InshaAllah kami akan menjawab nya pada sesi live tersebut.

Kongsikan kepada semua. Moga ilmu yang bakal dikongsikan memberikan manfaat buat semua. InshaAllah..




GUGUR HADHINAH TERHADAP SEORANG IBU KANDUNG! Walaupun seseorang itu merupakan ibu kandung yang melahirkan anak tersebut,...
31/01/2021

GUGUR HADHINAH TERHADAP SEORANG IBU KANDUNG!

Walaupun seseorang itu merupakan ibu kandung yang melahirkan anak tersebut, namun seseorang ibu itu boleh hilang kelayakan sebagai hadhinah(hak jagaan kekal) terhadap anak tersebut sekiranya berlaku kemudharatan yang membawa kecelakaan terhadap fizikal anak tersebut sehingga membawa maut. Allahuakbar..

Ianya jelas termaktub di dalam Hukum Syarak dan juga disebut dalam perundangan islam (Syariah) yang memperuntukkan di bawah Seksyen 83 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Sesulit mana keadaan dan kehidupan kamu wahai ibu atau bapa, balik lah kepada Allah SWT. Cari lah ketenangan kamu dengan berpandukan dari AlQuran dan AsSunnah. Janganlah jadikan seseorang anak itu sebagai mangsa kamu bagi melepaskan kekusutan kehidupan kamu.

Semua yang bergelar anak layak memiliki ibu dan bapa. Namun tidak semua ibu dan bapa layak memiliki seorang anak.

AlFatihah buat Adik Amir .



Address

Ampang
55100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khidmat Guaman Syarie posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Khidmat Guaman Syarie:

Share