Tuan Mohamad Azlin

Tuan Mohamad Azlin Berkongsi ilmu guaman syarie, info, panduan dan tips untuk bantu orang awam menyelesaikan isu dan masalah mereka. Peguam Syarie. Selangor

Pemilik firma guaman syarie Mohamad Azlin & Suriati Associates yang terletak di Bukit Indah, Ampang.

24/04/2026

Simple tips untuk orang hang datang le Mahkamah Syariah. Cara untuk pastikan di mana kedudukan dewan anda.

Moga ada manfaat.

30/03/2026

Jaga anak dah lama, bertahun. Tapi takde langsung mohon perintah jagaan anak.
Bila bekas pasangan nak berebut untuk jaga, barulah nak start buat perintah jagaan. Masa tu keadaan dah jadi rumit.

Masa anak dah tinggal lama dengan kita, guna lah peluang tu untuk dapatkan perintah jagaan.

Moga ada manfaat.

TUNTUTAN NAFKAH TERTUNGGAK ANAK DILULUSKAN........................................................................Kes ni...
10/03/2026

TUNTUTAN NAFKAH TERTUNGGAK ANAK DILULUSKAN........................................................................

Kes ni asalnya dimulakan sendiri oleh client. Client menuntut nafkah anak yang telah tertunggak selama setahun lebih dengan jumlah 15k.

Pihak- pihak ada Perintah nafkah anak tahun 2018 secara persetujuan yang memerintahkan nafkah anak 1000 untuk 4 orang anak.

Pembayaran nafkah berjalan mengikut perintah untuk beberapa tempoh sebelum bayaran mula berkurang jumlahnya dan kemudiannya tidak ada pembayaran nafkah tahun hingga 2022 dan 2023.

Puan ni hadir je mahkamah dan menuntut nafkah tertunggak tersebut. Kes berjalan dalam separuh prosiding sebelum kami berjumpa dan beliau mohon saya bantu beliau terutamanya bagi part perbicraan.

Saya hanya menyambung kes ini diperingkat Defendan awal tahun 2025 dan habis hingga keputusan pada tarikh semalam.

Alhamdulillah dari jumlah tuntutan sebanyak 15k, mahkamah luluskan 11k sebagai nafkah tertunggak yang perlu dibayar dalam tempoh tertentu. Happy client dengan keputusan.

Ini rezeki Ramadhan.

Saya kongsikan sedikit ilmu dan prosiding berkaitan nafkah anak tertunggak.

1. Mesti ada perintah pembayaran nafkah anak dahulu baru boleh tuntut yang tertunggak. Jika tiada perintah, kena mohon perintah pembaharan nafkah dulu.

2. Buat kiraan ringkas berapa bulan dan berapa RM yang tertunggak. Buat dalam jadual lagi mudah.

3. Bawa bank statement yang menunjukkan ada kemasukan atau tiada kemasukan wang nafkah dalam anak.

Moga ada manfaat.

Tuan Mohamad Azlin
Peguam Syarie
Mohamad Azlin &Suriati Associates
Ampang, Selangor

Salam Nuzul Quran.
07/03/2026

Salam Nuzul Quran.

NIKAH DAH LAMA TAPI MASIH TAK BERDAFTAR.Ramai yang betul- betul bagi effort masa nak nikah sampai sanggup ke luar sempad...
26/02/2026

NIKAH DAH LAMA TAPI MASIH TAK BERDAFTAR.

Ramai yang betul- betul bagi effort masa nak nikah sampai sanggup ke luar sempadan atau cari sindiket untuk bernikah.

Tapi tak ramai yang berani nak daftar segera bila balik ke Malaysia. Macam-macam alasan antaranya takut isteri pertama tahu, takut kena denda ada juga sengaja tak nak daftar sebab faktor pekerjaan.

Lagi lama didiamkan lagi berat masalah tu nanti.

Meh saya kongsikan apa yang perlu di sediakan untuk buat pengesahan. Tips ni untuk yang berani dan bertanggungjawab nak daftarkan nikah mereka di Malaysia.

1. Pastikan dokumen cukup dan lengkap.

>IC
>Surat Nikah
> Pasport
> Surat konsulat (Thailand)
>Kartu keluarga (Indonesia)
>Gambar atau video

2. Pastikan maklumat dan fakta pernikahan cukup.

> Fakta pernikahan dari segi tarikh, tempat, pengantin lelaki dan perempuan, wali, saksi, status pengantin.

>Fakta perjalanan dari Malaysia ke sana( jika nikah sempadan)

3. Saksi yang boleh menyokong atau yang tahu tentang perkahwinan tu.

Ini secara ringkas apa yang diperlukan. Kalau uruskan sendiri pun sama, peguam yang uruskan pun sama juga. Bezanya susunan fakta dan dokumen yang difailkan.

Jangan biar lama sangat sampai anak nak kahwin pun sangkut nanti.

Moga ada mafaat.

Tuan Mohamad Azlin
Peguam Syarie
Mohamad Azlin & Suriati Associates
Ampang, Selangor

Hari ni di Mahkamah Syariah Ipoh. Naik ETS puk 8 sampai puk 11, bicara jam 1 abis jam 3. Balik kl jam 3.50. Mudah naik t...
25/02/2026

Hari ni di Mahkamah Syariah Ipoh.

Naik ETS puk 8 sampai puk 11, bicara jam 1 abis jam 3. Balik kl jam 3.50. Mudah naik train ni.

SALAH FAHAM ORANG AWAM: ISTERI ANGGAP DAH BERCERAI BILA DITINGGALKAN SUAMI DALAM TEMPOH LAMA.Ini isu yang selalu saya sa...
23/02/2026

SALAH FAHAM ORANG AWAM: ISTERI ANGGAP DAH BERCERAI BILA DITINGGALKAN SUAMI DALAM TEMPOH LAMA.

Ini isu yang selalu saya saya jumpa.

Isteri anggap perkahwinan dah terbubar atau senang cerita anggap dah bercerai sebab suami dah hilang tak tahu ke mana dalam tempoh yang lama.

Isu ni bukan sikit ye malah banyak kali saya jumpa. Tinggal lagi dapat diperbetulkan atau tak je.

Saya nak kongsi ilmu sikit, perkahwinan tidak terbubar hanya dengan sebab suami hilang tanpa jejak atau kena tinggal tanpa berita.

Perceraian ni berlaku dengan lafaz dari suami atau perintah bubar dari mahkamah melalui Fasakh atau secara taklik, atau mahkamah putuskan melalui anggapan kematian.

Bila sudah ditinggalkan lama mungkin dan bertahun tanpa nafkah zahir, tanpa nafkah batin. Istilah orang melayu cakap "Gantung tak bertali"

So isteri kena laporkan atau adukan pada mahkamah melalui fasakh untuk mahkamah syariah siasat dan putuskan. berdasarkan alasan. Jika mahkamah dapati alasan cukup, bukti pun cukup. Mahkamah akan istiharkan bahawa perkahwinan ini dibubarkan.

Barulah status perkahwinan tu bertukar. Pihak-pihak dikira sudah bercerai dengan perintah dari Mahkamah Syariah.Bukannya sendiri yang istiharkan dah bercerai sebab suami dah hilang. Salah tu.

Lebih malang lagi bila dia anggap dah bercerai, dia berkahwin p**a dengan orang lain di luar tanpa kebenaran pejabat agama. Bertambah la masalah. Nikah yang baru berisiko tidak sah sebab pengantin perempuan mungkin berstatus isteri orang.

Kalau ada anak p**ak lepas tu macamana? Bertambah lagi masalah. Status anak pun akan ada masalah.

Bila datang kat saya masalah macam ni, mana yang boleh tolong kita tolong. Kadang terpaksa surrender juga.

Nikah bukan macam main pondok-pondok ye. Nikah cara betul ikut hukum syarak, ikut undang-undang.

Moga ada manfaat. Selamat berpuasa.
Ramadhan kareem.

Tuan Mohamad Azlin
Ampang, Selangor.




6 tahun perjuangan menuntut harta sepencarian. Dari mahkamah tinggi syariah hingga ke Mahkamah Rayuan. Prosesnya sangat ...
09/02/2026

6 tahun perjuangan menuntut harta sepencarian. Dari mahkamah tinggi syariah hingga ke Mahkamah Rayuan.

Prosesnya sangat mencabar. Syukur client sangat faham, sabar dan tenang.

Alhamdulillah, Allah ganjarkan 1/3 bahagian dari harta sepencarian.

Hari ni turun ke Kedutaan Bangladesh, uruskan isu pernikahan client dan warganegara Bangladesh. Sampai ke sini loyer ken...
21/01/2026

Hari ni turun ke Kedutaan Bangladesh, uruskan isu pernikahan client dan warganegara Bangladesh.

Sampai ke sini loyer kena turun. Takpelah asalkan urusan boleh dipermudahkan.

05/12/2025

Persetujuan dah ada, so macamana nak rekodkan untuk dijadikan perintah mahkamah?

Address

Tetuan Mohamad Azlin & Suriati Associates
Ampang
68000

Telephone

+60122773829

Website

https://azlinsuriati.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tuan Mohamad Azlin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tuan Mohamad Azlin:

Share