Law Chambers of Puteri Balqis

Directions Website

Law Chambers of Puteri Balqis Firma Peguam Hartanah Panel LPPSA
Firma Peguam Litigasi Sivil & Jenayah
Firma Peguam Syarie Firma Peguam Hartanah LPPSA
Firma Peguam Litigasi Sivil & Jenayah

Memahami aspek undang-undang berkaitan pemilikan dan pembiayaan hartanah adalah penting, khususnya bagi penjawat awam.Di...
27/08/2026

Memahami aspek undang-undang berkaitan pemilikan dan pembiayaan hartanah adalah penting, khususnya bagi penjawat awam.

Di Law Chambers of Puteri Balqis, kami memberi tumpuan kepada urusan pembiayaan LPPSA dan undang-undang hartanah di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan panduan yang disesuaikan mengikut keperluan anda.

Layari laman web kami https://pbcolegal.com/sudut-peguam-lppsa-1 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau berhubung dengan pasukan kami untuk mendapatkan panduan berkaitan urusan hartanah anda.

Urusan hartanah yang lebih yakin, teratur dan berlandaskan undang-undang.

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 🌙✨
25/08/2026

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇 | 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌 🌙✨

NAK BELI RUMAH SUBSALE DENGAN PEMBIAYAAN LPPSA?Sebelum terlalu jauh dalam proses pembelian, ada beberapa dokumen penting...
12/08/2026

NAK BELI RUMAH SUBSALE DENGAN PEMBIAYAAN LPPSA?

Sebelum terlalu jauh dalam proses pembelian, ada beberapa dokumen penting yang wajar disemak terlebih dahulu di awal proses.

Semakan dokumen-dokumen berkaitan adalah penting bagi memastikan proses permohonan Pembiayaan LPPSA dan transaksi Pindahmilik serta Gadaian berjalan dengan lancar.

5 dokumen yang perlu diberi perhatian:

1️⃣ 𝐆𝐞𝐫𝐚𝐧 / 𝐇𝐚𝐤𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐇𝐚𝐫𝐭𝐚𝐧𝐚𝐡
Semak maklumat pemilik berdaftar, jenis hakmilik, keluasan dan butiran hartanah. Semak sama ada Hartanah tersebut freehold atau leasehold. Semak juga sama ada Hartanah tersebut terikat dengan sekatan kepentingan di mana kebenaran pihak berkuasa negeri perlu diperolehi terlebih dahulu.

2️⃣ 𝐂𝐚𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐇𝐚𝐤𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤
Penting untuk mengetahui status semasa hartanah dan menjadi salah satu dokumen yang penting untuk dilampirkan bersama-sama Permohonan Pembiayaan LPPSA.

3️⃣ 𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐮𝐚𝐥
Pastikan identiti dan kapasiti penjual adalah selaras dengan pemilik berdaftar serta dokumen yang diperlukan untuk transaksi.

4️⃣ 𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐆𝐚𝐝𝐚𝐢𝐚𝐧 / 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐚 𝐀𝐝𝐚
Jika rumah masih mempunyai pinjaman bank, perkara berkaitan penyelesaian pinjaman dan pelepasan gadaian perlu diuruskan dalam proses jual beli.

Dan semasa proses permohonan Pembiayaan LPPSA, Penyata Baki Hutang penjual mestilah dilampirkan bersama-sama dengan Borang Permohonan pembeli/penjawat awam kepada LPPSA.

5️⃣ 𝐁𝐢𝐥-𝐁𝐢𝐥 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 & 𝐔𝐭𝐢𝐥𝐢𝐭𝐢
Dokumen seperti bil cukai tanah, cukai taksiran, bil air dan elektrik serta pembetungan adalah dokumen yang penting semasa proses pendaftaran dan serahan milikan kosong di mana segala tunggakan penjual perlu diselesaikan sebelum milikan kosong diberikan kepada Pembeli.

📌 Kenapa semakan ini penting?

Kerana pembelian rumah subsale bukan sekadar melihat rumah, bersetuju dengan harga dan menandatangani SPA.

Status hakmilik dan dokumen hartanah perlu diteliti supaya proses jual beli dan dokumentasi Pembiayaan LPPSA dapat berjalan dengan lebih teratur. Dan segala tunggakan penjual dapat direkodkan lebih awal dan diselesaikan sebelum penyerahan milikan kosong kepada Pembeli.

Selain itu, status Hartanah juga menentukan tempoh masa sesuatu transaksi itu selesai.

Simpan posting ini jika anda sedang mencari rumah subsale dengan Pembiayaan LPPSA supaya dapat menjadi rujukan anda sebelum membuat keputusan.

LAW CHAMBERS OF PUTERI BALQIS
Firma Peguam Hartanah Alor Setar
Firma Peguam Panel LPPSA Malaysia

𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐋𝐏𝐏𝐒𝐀 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐫𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐋𝐏𝐏𝐒𝐀Bagi memastikan setiap urusan Pembiayaan LPPSA be...
06/08/2026

𝐃𝐨𝐤𝐮𝐦𝐞𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐋𝐏𝐏𝐒𝐀 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐫𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐚𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐤𝐢𝐥 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐋𝐏𝐏𝐒𝐀

Bagi memastikan setiap urusan Pembiayaan LPPSA berjalan dengan lancar dan cepat, Puan Puteri Balqis telah hadir sendiri ke ibu pejabat LPPSA untuk menyerahkan dokumen pembiayaan bagi tujuan tandatangan oleh wakil kuasa LPPSA.

Ini merupakan salah satu proses penting dalam penyempurnaan urusan guaman Pembiayaan LPPSA sebelum transaksi diteruskan ke peringkat seterusnya.

Di Law Chambers of Puteri Balqis, setiap fail Pembiayaan LPPSA diuruskan dengan teliti, profesional dan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kepentingan pelanggan sentiasa terpelihara.

Walaupun pejabat kami berpusat di Kedah, namun kami menguruskan urusan guaman Pembiayaan LPPSA bagi pembelian rumah dan tanah di 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐒𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

07/07/2026

Walaupun hartanah yang terlibat dalam transaksi jual beli dengan Pembiayaan LPPSA ini terletak di luar kawasan Alor Setar, Pengurus Eksekutif firma kami, Tuan Hafiz tetap hadir sendiri ke Pejabat Daerah & Tanah Batang Padang, Perak bagi mengurus dan menyelaras urusan perserahan dan pendaftaran dokumen yang berkaitan.

Kehadiran secara fizikal bagi urusan tertentu adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk memastikan setiap proses dilaksanakan dengan teratur serta mematuhi prosedur dan keperluan undang-undang yang berkuatkuasa.

LAW CHAMBERS OF PUTERI BALQIS
Firma Peguam Hartanah Alor Setar
Firma Peguam Panel LPPSA

30/06/2026

Ramai fikir ada satu jawapan yang betul.

Hakikatnya, bina rumah dan beli rumah siap masing-masing ada kelebihan dan kekurangannya.

Pilihan terbaik bergantung pada keperluan, bajet dan perancangan anda.

Kalau anda diberi pilihan hari ini...

🏡 Bina rumah sendiri
atau
🏠 Beli rumah siap?

Kongsikan pilihan anda di ruangan komen. 👇
LAW CHAMBERS OF PUTERI BALQIS
Firma Peguam Hartanah Alor Setar
Firma Peguam Panel LPPSA SEMENANJUNG

Please be informed that our legal firm will be closed on 25th June 2026. Normal operations will resume on 28th June 2026...
25/06/2026

Please be informed that our legal firm will be closed on 25th June 2026.

Normal operations will resume on 28th June 2026.

Thank you for your understanding.

-Puan Puteri Balqis-

𝐁𝐞𝐥𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐋𝐏𝐏𝐒𝐀? 𝐇𝐚𝐭𝐢-𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤!Pembiayaan yang ditawarkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sek...
22/06/2026

𝐁𝐞𝐥𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐆𝐮𝐧𝐚 𝐋𝐏𝐏𝐒𝐀? 𝐇𝐚𝐭𝐢-𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐬𝐮𝐤!

Pembiayaan yang ditawarkan oleh Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan tertentu yang perlu dipatuhi oleh setiap pemohon.

Selain menilai kelayakan pemohon, LPPSA turut menitikberatkan aspek berkaitan hartanah yang ingin dibiayai bagi memastikan hartanah tersebut memenuhi kriteria yang ditetapkan dan tidak menimbulkan sebarang risiko dari sudut perundangan, keselamatan serta kebolehgunaan pada masa hadapan.

Kegagalan mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan boleh menyebabkan sesuatu permohonan pembiayaan ditolak. Antara isu yang sering menjadi punca penolakan permohonan pembiayaan ialah ketiadaan akses jalan masuk yang sah ke tanah atau hartanah yang ingin dibeli.

Isu Tiada Akses Jalan Masuk Yang Sah

Dalam proses menilai sesuatu permohonan, LPPSA akan mengambil kira pelbagai faktor bagi memastikan hartanah yang ingin dibiayai adalah sesuai dan mempunyai nilai yang jelas dari sudut keselamatan, akses dan kebolehgunaan. Antara faktor ketidakpatuhan syarat dan garis panduan yang boleh menyebabkan permohonan pembiayaan ditolak termasuklah ketiadaan akses jalan masuk ke tanah tersebut.

Berdasarkan Garis Panduan LPPSA di bawah Perkara 7.4.2 (Jenis 2), Perkara 7.4.4 (Jenis 4) dan Perkara 7.4.6 (Jenis 6), permohonan pembiayaan boleh ditolak sekiranya tanah yang ingin dibeli tidak mempunyai akses jalan masuk yang sah. Akses jalan masuk yang sah bermaksud terdapat laluan yang diiktiraf secara undang-undang atau direkodkan secara rasmi yang membolehkan pemilik tanah tersebut masuk ke tanah tersebut dari jalan utama atau jalan awam. Sekiranya tanah tersebut hanya boleh diakses melalui tanah milik pihak lain tanpa sebarang hak laluan yang didaftarkan atau diiktiraf, maka tanah tersebut dianggap tidak mempunyai akses yang sah. Situasi ini sering berlaku apabila sesuatu tanah berada di bahagian tengah atau belakang lot lain dan tiada laluan rasmi yang membolehkan kenderaan atau pemilik tanah masuk ke kawasan tersebut.

Dari sudut penilaian hartanah, keadaan ini boleh menjejaskan nilai dan kegunaan tanah tersebut. Oleh sebab itu, pihak LPPSA akan mengambil pendekatan berhati-hati bagi mengelakkan pembiayaan diberikan kepada hartanah yang mempunyai risiko dari segi akses dan penggunaan pada masa hadapan.

Pihak LPPSA akan mengeluarkan surat penolakan (rejection letter) dan memaklumkan punca penolakan secara terperinci kepada pemohon.

Kesimpulannya, pembiayaan LPPSA merupakan satu kemudahan penting yang membantu penjawat awam memiliki hartanah. Namun begitu, setiap permohonan tetap tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan bagi memastikan hartanah yang dibiayai mempunyai nilai dan kegunaan yang jelas. Justeru, pemohon pembiayaan LPPSA dinasihatkan untuk memastikan terlebih dahulu bahawa tanah yang ingin dibeli mempunyai akses jalan masuk yang jelas dan sah dari segi undang-undang sebelum membuat permohonan pembiayaan bagi mengelakkan permohonan tersebut ditolak.

Maklumat dan perkongsian lanjut berkaitan pembiayaan LPPSA serta transaksi hartanah boleh dirujuk melalui laman sesawang kami di https://pbcolegal.com/sudut-peguam-lppsa-1

LAW CHAMBERS OF PUTERI BALQIS
Firma Peguam Hartanah Alor Setar
Firma Peguam Panel LPPSA
𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒅𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒌𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒓𝒖𝒏𝒅𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒂𝒊𝒕𝒂𝒏 𝒕𝒓𝒂𝒏𝒔𝒂𝒌𝒔𝒊 𝒋𝒖𝒂𝒍 𝒃𝒆𝒍𝒊 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂𝒏𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂 𝒅𝒐𝒌𝒖𝒎𝒆𝒏𝒕𝒂𝒔𝒊 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒊𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝑳𝑷𝑷𝑺𝑨 𝒅𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒎𝒃𝒊𝒂𝒚𝒂𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒏𝒌 𝒃𝒂𝒈𝒊 𝒉𝒂𝒓𝒕𝒂𝒏𝒂𝒉 𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒖𝒓𝒖𝒉 𝑺𝒆𝒎𝒆𝒏𝒂𝒏𝒋𝒖𝒏𝒈 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂.

Sebelum serahkan wang deposit atau memulakan kerja renovasi, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu. Ramai pemili...
19/06/2026

Sebelum serahkan wang deposit atau memulakan kerja renovasi, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu. Ramai pemilik rumah menjadi mangsa apabila terlalu percaya tanpa mendapatkan perlindungan yang sewajarnya.

⚠️ Antara tanda amaran yang perlu diberi perhatian:

✔️ Deposit terlalu tinggi dan tidak mengikut perjanjian
✔️ Tiada dokumen perjanjian hitam putih
✔️ Tiada timeline kerja yang jelas
✔️ Harga quotation terlalu murah berbanding harga pasaran
✔️ Mengelak apabila diminta menandatangani perjanjian

Jangan hanya bergantung kepada janji lisan. Pastikan semua terma dan syarat direkodkan secara bertulis bagi melindungi hak anda sekiranya berlaku pertikaian di kemudian hari.

Perjanjian yang jelas boleh membantu mengelakkan masalah seperti kelewatan kerja, pertikaian pembayaran dan kegagalan menyiapkan projek.

Law Chambers of Puteri Balqis
Firma Peguam Hartanah
Firma Peguam Bina Rumah
Firma Peguam Panel LPPSA

Address

No. 8B, Tingkat 1, Rumah Kedai Peremba, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Law Chambers of Puteri Balqis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share