Law Chambers of PuteriBalqis

Law Chambers of PuteriBalqis Firma Peguam Hartanah Panel LPPSA

27/08/2026
Memahami aspek undang-undang berkaitan pemilikan dan pembiayaan hartanah LPPSA adalah penting, khususnya bagi penjawat a...
27/08/2026

Memahami aspek undang-undang berkaitan pemilikan dan pembiayaan hartanah LPPSA adalah penting, khususnya bagi penjawat awam.

Di Law Chambers of Puteri Balqis, kami memberi tumpuan kepada urusan pembiayaan LPPSA dan undang-undang hartanah di seluruh Semenanjung Malaysia, dengan panduan yang disesuaikan mengikut keperluan anda.

Layari laman web kami https://pbcolegal.com/sudut-peguam-lppsa-1 untuk mendapatkan maklumat lanjut atau berhubung dengan pasukan kami untuk mendapatkan panduan berkaitan urusan hartanah anda.

Urusan hartanah yang lebih yakin, teratur dan berlandaskan undang-undang.

25/08/2026

๐’๐€๐‹๐€๐Œ ๐Œ๐€๐”๐‹๐ˆ๐ƒ๐”๐‘ ๐‘๐€๐’๐”๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ–๐‡ | ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Œ ๐ŸŒ™โœจ

Alhamdulillah.Baru-baru ini, firma kami telah menyelesaikan satu permohonan Kebenaran Pindahmilik Pihak Berkuasa Negeri ...
24/08/2026

Alhamdulillah.

Baru-baru ini, firma kami telah menyelesaikan satu permohonan Kebenaran Pindahmilik Pihak Berkuasa Negeri Perak dalam suatu tempoh yang singkat pernah kami uruskan setakat ini.

Kebiasaannya, proses permohonan ini akan mengambil masa kira-kira sebulan atau lebih. Namun untuk satu kes ini, masa yang diambil hanyalah dalam tempoh satu hari bekerja!

Ini bukan sahaja pencapaian yang membanggakan dalam pengendalian kes melibatkan permohonan Kebenaran Pindahmilik bagi pihak firma kami, ia juga merupakan berita gembira bagi pihak klien.

Kerja lebih cepat, klien lebih gembira.

Kami sentiasa bersyukur atas kepercayaan yang diberikan dan kerjasama semua pihak yang terlibat.

LAW CHAMBERS OF PUTERI BALQIS
Firma Peguam Hartanah Alor Setar
Firma Peguam Panel LPPSA


NAK BELI RUMAH SUBSALE DENGAN PEMBIAYAAN LPPSA?Sebelum terlalu jauh dalam proses pembelian, ada beberapa dokumen penting...
12/08/2026

NAK BELI RUMAH SUBSALE DENGAN PEMBIAYAAN LPPSA?

Sebelum terlalu jauh dalam proses pembelian, ada beberapa dokumen penting yang wajar disemak terlebih dahulu di awal proses.

Semakan dokumen-dokumen berkaitan adalah penting bagi memastikan proses permohonan Pembiayaan LPPSA dan transaksi Pindahmilik serta Gadaian berjalan dengan lancar.

5 dokumen yang perlu diberi perhatian:

1๏ธโƒฃ ๐†๐ž๐ซ๐š๐ง / ๐‡๐š๐ค๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค ๐‡๐š๐ซ๐ญ๐š๐ง๐š๐ก
Semak maklumat pemilik berdaftar, jenis hakmilik, keluasan dan butiran hartanah. Semak sama ada Hartanah tersebut freehold atau leasehold. Semak juga sama ada Hartanah tersebut terikat dengan sekatan kepentingan di mana kebenaran pihak berkuasa negeri perlu diperolehi terlebih dahulu.

2๏ธโƒฃ ๐‚๐š๐ซ๐ข๐š๐ง ๐‘๐š๐ฌ๐ฆ๐ข ๐‡๐š๐ค๐ฆ๐ข๐ฅ๐ข๐ค
Penting untuk mengetahui status semasa hartanah dan menjadi salah satu dokumen yang penting untuk dilampirkan bersama-sama Permohonan Pembiayaan LPPSA.

3๏ธโƒฃ ๐ƒ๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ž๐ง ๐๐ž๐ง๐ฃ๐ฎ๐š๐ฅ
Pastikan identiti dan kapasiti penjual adalah selaras dengan pemilik berdaftar serta dokumen yang diperlukan untuk transaksi.

4๏ธโƒฃ ๐Œ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐†๐š๐๐š๐ข๐š๐ง / ๐๐ข๐ง๐ฃ๐š๐ฆ๐š๐ง ๐’๐ž๐๐ข๐š ๐€๐๐š
Jika rumah masih mempunyai pinjaman bank, perkara berkaitan penyelesaian pinjaman dan pelepasan gadaian perlu diuruskan dalam proses jual beli.

Dan semasa proses permohonan Pembiayaan LPPSA, Penyata Baki Hutang penjual mestilah dilampirkan bersama-sama dengan Borang Permohonan pembeli/penjawat awam kepada LPPSA.

5๏ธโƒฃ ๐๐ข๐ฅ-๐๐ข๐ฅ ๐‚๐ฎ๐ค๐š๐ข & ๐”๐ญ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข
Dokumen seperti bil cukai tanah, cukai taksiran, bil air dan elektrik serta pembetungan adalah dokumen yang penting semasa proses pendaftaran dan serahan milikan kosong di mana segala tunggakan penjual perlu diselesaikan sebelum milikan kosong diberikan kepada Pembeli.

๐Ÿ“Œ Kenapa semakan ini penting?

Kerana pembelian rumah subsale bukan sekadar melihat rumah, bersetuju dengan harga dan menandatangani SPA.

Status hakmilik dan dokumen hartanah perlu diteliti supaya proses jual beli dan dokumentasi Pembiayaan LPPSA dapat berjalan dengan lebih teratur. Dan segala tunggakan penjual dapat direkodkan lebih awal dan diselesaikan sebelum penyerahan milikan kosong kepada Pembeli.

Selain itu, status Hartanah juga menentukan tempoh masa sesuatu transaksi itu selesai.

Simpan posting ini jika anda sedang mencari rumah subsale dengan Pembiayaan LPPSA supaya dapat menjadi rujukan anda sebelum membuat keputusan.

LAW CHAMBERS OF PUTERI BALQIS
Firma Peguam Hartanah Alor Setar
Firma Peguam Panel LPPSA Malaysia

Di sebalik setiap kelulusan Pembiayaan LPPSA, terdapat proses guaman yang perlu diuruskan dengan teliti.Hari ini, Puan P...
06/08/2026

Di sebalik setiap kelulusan Pembiayaan LPPSA, terdapat proses guaman yang perlu diuruskan dengan teliti.

Hari ini, Puan Puteri Balqis hadir sendiri ke ibu pejabat LPPSA bagi menyerahkan dokumen Pembiayaan LPPSA untuk ditandatangani oleh wakil kuasa LPPSA sebagai sebahagian daripada proses penyempurnaan pembiayaan.

Komitmen kami adalah memastikan setiap urusan guaman Pembiayaan LPPSA dikendalikan secara profesional, teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan.

๐Ÿ“ Law Chambers of Puteri Balqis menguruskan urusan guaman Pembiayaan LPPSA untuk pembelian Hartanah di seluruh Semenanjung Malaysia.

๐ƒ๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ž๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐ข๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐‹๐๐๐’๐€ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ซ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐š๐ง๐๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐–๐š๐ค๐ข๐ฅ ๐Š๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐‹๐๐๐’๐€Bagi memastikan setiap urusan Pembiayaan LPPSA be...
06/08/2026

๐ƒ๐จ๐ค๐ฎ๐ฆ๐ž๐ง ๐๐ž๐ฆ๐›๐ข๐š๐ฒ๐š๐š๐ง ๐‹๐๐๐’๐€ ๐ƒ๐ข๐ฌ๐ž๐ซ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐“๐š๐ง๐๐š๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐–๐š๐ค๐ข๐ฅ ๐Š๐ฎ๐š๐ฌ๐š ๐‹๐๐๐’๐€

Bagi memastikan setiap urusan Pembiayaan LPPSA berjalan dengan lancar dan cepat, Puan Puteri Balqis telah hadir sendiri ke ibu pejabat LPPSA untuk menyerahkan dokumen pembiayaan bagi tujuan tandatangan oleh wakil kuasa LPPSA.

Ini merupakan salah satu proses penting dalam penyempurnaan urusan guaman Pembiayaan LPPSA sebelum transaksi diteruskan ke peringkat seterusnya.

Di Law Chambers of Puteri Balqis, setiap fail Pembiayaan LPPSA diuruskan dengan teliti, profesional dan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kepentingan pelanggan sentiasa terpelihara.

Walaupun pejabat kami berpusat di Kedah, namun kami menguruskan urusan guaman Pembiayaan LPPSA bagi pembelian rumah dan tanah di ๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก ๐’๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ง๐  ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š.

12/07/2026

Nak bina rumah dengan Pembiayaan LPPSA? Tahukah anda ada 2 jenis pembiayaan yang berbeza?

Ramai penjawat awam tidak sedar bahawa Pembiayaan LPPSA untuk bina rumah bergantung kepada keadaan tanah yang dimiliki.

Memahami jenis pembiayaan yang betul adalah langkah pertama sebelum membuat permohonan. Jangan tersalah pilih kerana setiap jenis mempunyai syarat dan proses yang berbeza.

Address

No. 8B, Tingkat 1, Rumah Kedai Peremba, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+60143440612

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Law Chambers of PuteriBalqis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Law Chambers of PuteriBalqis:

Shortcuts

Share