Hisham Nazir & Cronies

Hisham Nazir & Cronies A group of legal practitioners & academician in civil and criminal law practice, whose is writing their experiences . Interested to be part of our cronies?

"The best criminal lawyer in Malaysia & some says in Bangkok also 🤣"

Whatsapp: 60139307961 | Web: www.hishamnazir.com | Blog: www.criminallawyermalaysia.com | X: hishamnazirco | TikTok: .lawyer.malaysia

"Anda tanya, saya cuba-cuba jawab nanti' Be our writer in this page and in www.criminallawyermalaysia.com ? Please send your request to our inbox. For other matters & questions, please whats-app us at:
www.wasap.my/60139307961
www.wasap.my/60169647961

SUAMI DITANGKAP KALI KETIGA DI BAWAH SEKSYEN 39A(1) — MASIH ADA JALAN UNTUK BERUBAH?“Suami saya kena tangkap bawah Seksy...
25/08/2026

SUAMI DITANGKAP KALI KETIGA DI BAWAH SEKSYEN 39A(1) — MASIH ADA JALAN UNTUK BERUBAH?

“Suami saya kena tangkap bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ini kali ketiga dia kena tangkap dan tukar gari. Kami bukan hanya fikir tentang kes mahkamah. Kami nak cari penyelesaian yang terbaik supaya dia benar-benar berubah dan tidak terlibat lagi dengan dadah. Apa yang patut kami buat?”

Ini antara persoalan yang sering menyebabkan keluarga pesalah dadah berada dalam keadaan sangat tertekan.

Isteri takut kehilangan suami.
Ibu bapa takut anak mereka masuk penjara. Anak-anak p**a mungkin tidak memahami apa yang sedang berlaku.

Dalam keadaan seperti ini, keluarga biasanya hanya bertanya:

“Boleh tak dia dibantu?”

Jawapannya: jangan terus menganggap bahawa apabila seseorang itu sudah ditangkap untuk kali ketiga, tiada lagi jalan untuk memperbaiki kehidupannya.

Tetapi pada masa yang sama, kes kali ketiga juga bukan perkara kecil dan perlu ditangani secara serius dari sudut undang-undang serta masalah kebergantungan dadah.

APA ITU SEKSYEN 39A(1)?

Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan melibatkan kuantiti tertentu dadah yang ditetapkan oleh undang-undang.

Antara kategori yang disenaraikan termasuk heroin/morphine, o***m, cannabis, co***ne dan amphetamine pada julat kuantiti tertentu. Bagi kesalahan di bawah Seksyen 39A(1), hukuman yang dinyatakan termasuk penjara tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak lebih daripada 5 tahun serta sebatan mandatori antara 3 hingga 9 sebatan, tertakluk kepada pertuduhan dan fakta kes sebenar.

Oleh itu, keluarga tidak sepatutnya melihat perkara ini sebagai:

“Kali ketiga pun nanti boleh selesai macam kes pertama.”

Sebaliknya, setiap kes perlu diperiksa berdasarkan fakta dan bukti kes tersebut.

TETAPI KALAU SUDAH KALI KETIGA?

Di sinilah keluarga perlu melihat masalah tersebut dari dua sudut.

1. Pertahankan haknya dalam kes mahkamah

Peguam perlu meneliti keseluruhan kes, bukan sekadar melihat bahawa ini ialah “kes dadah kali ketiga”.

Setiap dokumen, prosedur, keterangan saksi, barang kes, analisis kimia dan keadaan tangkapan perlu diperiksa.

2. Pada masa yang sama, selesaikan masalah sebenar

Kalau seseorang berulang kali ditangkap kerana dadah, persoalan yang lebih besar ialah:

Mengapa dia masih kembali kepada dadah?

Kalau hanya melihat kepada hukuman tanpa menangani masalah kebergantungan, seseorang mungkin keluar daripada hukuman tetapi kembali kepada kehidupan lama.

Sebab itu keluarga perlu mempertimbangkan aspek rawatan, pemulihan dan perubahan gaya hidup.

UNDANG-UNDANG JUGA MENGIKTIRAF ASPEK RAWATAN DAN PEMULIHAN

Akta Dadah Berbahaya 1952 sendiri mempunyai peruntukan berkaitan individu yang merupakan penagih/bergantung kepada dadah.

Dalam keadaan tertentu, apabila mahkamah berpuas hati bahawa seseorang itu ialah drug dependant berdasarkan pengesahan perubatan yang diperlukan dan hukuman biasa adalah tidak sesuai dalam keadaan tersebut, terdapat mekanisme untuk mahkamah berurusan dengan orang tersebut di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

Namun, ini bukan bermaksud setiap orang yang dituduh di bawah Seksyen 39A(1) secara automatik boleh dihantar ke pusat pemulihan atau dilepaskan daripada hukuman

Kelayakan, fakta kes dan kehendak undang-undang perlu diteliti satu persatu.

JANGAN TUNGGU SEHINGGA SUAMI KELUAR PENJARA UNTUK BARU FIKIR TENTANG PEMULIHAN

Kalau keluarga benar-benar mahu membantu, perubahan perlu dimulakan sekarang

Keluarga boleh berbincang dengan pihak profesional yang berkaitan untuk mengetahui pilihan rawatan dan pemulihan yang sesuai.

Matlamatnya bukan sekadar:

“Bagaimana nak elakkan dia masuk penjara?”

Tetapi:

“Bagaimana kita pastikan selepas masalah undang-undang ini selesai, dia tidak kembali kepada dadah?”

Itulah soalan yang lebih penting.

KELUARGA JANGAN HANYA MENYALAHKAN

Ada keluarga yang marah:

> “Dah dua kali kena tangkap, kenapa buat lagi?”

Soalan itu memang munasabah.

Tetapi apabila seseorang sudah mempunyai masalah kebergantungan, pendekatan keluarga yang hanya terdiri daripada kemarahan dan hukuman mungkin tidak mencukupi.

Suami tersebut mungkin memerlukan:

nasihat undang-undang + penilaian profesional + rawatan/pemulihan + sokongan keluarga + perubahan persekitaran dan kawan-kawan.

Kesemua perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh.

APA YANG PATUT KELUARGA BUAT SEKARANG?

Jika suami baru ditangkap, jangan tunggu sehingga pertuduhan berjalan terlalu jauh sebelum mendapatkan nasihat guaman.

Kemudian minta peguam menilai kedudukan undang-undang sebenar bukan sekadar memberikan harapan bahawa “kes boleh selesai”.

Keluarga juga perlu berani bertanya kepada peguam:

“Selain mempertahankan kes ini, apakah langkah yang boleh kami ambil supaya suami kami benar-benar berubah?”

Itulah soalan yang menunjukkan keluarga bukan sekadar mahu menyelesaikan satu kes.

Mereka mahu menyelamatkan masa depan seorang manusia dan sebuah keluarga.

Mohd Hisham
Hisham Nazir & Cronies

www.wasap.my/60139307961/fbhnc

SEMAKAN HUKUMAN MATI LAWAN PERINTAN BADAN PENGAMPUNAN NEGERI PENDAKWA RAYA lwn. PHRUEKSA TAEMCHIM & RAYUAN YANG LAIN [20...
12/08/2026

SEMAKAN HUKUMAN MATI LAWAN PERINTAN BADAN PENGAMPUNAN NEGERI

PENDAKWA RAYA lwn. PHRUEKSA TAEMCHIM & RAYUAN YANG LAIN [2026] 2 MLRA 337 - MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Latar Belakang Kes
Sabitan Asal: Responden-responden (Phrueksa Taemchim, Mailesi Phiri, dan Jiva a/l Gopal Krishnan) telah disabitkan atas kesalahan mengedar dadah di bawah s 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dijatuhi hukuman mati mandatori.

Pengampunan Diraja:
Sebelum penguatkuasaan Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 ("Akta 847"), kesemua responden telah memohon dan menerima pengampunan diraja daripada Lembaga Pengampunan. Hukuman mati mereka telah digantikan kepada hukuman pemenjaraan selama 30 tahun bermula dari tarikh keputusan Lembaga Pengampunan masing-masing.

Semakan Akta 847 (27 Ogos 2024):
Walaupun telah diampunkan, responden memohon semakan hukuman di bawah Akta 847. Keputusan majoriti Mahkamah Persekutuan pada 27 Ogos 2024 telah membenarkan permohonan tersebut dan memerintahkan hukuman pemenjaraan 30 tahun bermula dari tarikh tangkap mereka.

Permohonan Kajian Semula:
Pendakwa Raya mengemukakan permohonan di bawah k 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 untuk mengkaji semula dan mengetepikan keputusan 27 Ogos 2024 atas alasan Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa di bawah Akta 847.

Persoalan Pokok Undang-Undang
Adakah seseorang yang telah dihukum mati tetapi kemudiannya telah mendapat pengampunan diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan berhak memohon semakan semula hukuman mati di bawah s 2 dan s 3 Akta 847, dan adakah Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa untuk mendengarnya?

Keputusan Mahkamah
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Pendakwa Raya:

-Keputusan majoriti bertarikh 27 Ogos 2024 diketepikan.
-Semua perintah yang dibuat susulan keputusan 27 Ogos 2024 dibatalkan.

Alasan Utama Penghakiman

Perubahan Status Banduan:
Ekoran pengampunan diraja yang diberikan sebelum penguatkuasaan Akta 847 (pada 12 September 2023), responden tidak lagi berstatus sebagai "banduan akhir" yang menunggu hukuman mati. Status mereka telah berubah kepada banduan yang sedang menjalani hukuman pemenjaraan bertempoh. Oleh itu, mereka tidak tergolong dalam kategori "mana-mana orang yang telah dihukum mati" di bawah s 3(1) Akta 847.

Tiada Bidang Kuasa di Bawah Akta 847:
Bidang kuasa sementara Mahkamah Persekutuan di bawah s 2(1) Akta 847 hanya terpakai jika hukuman mati dikekalkan/dijatuhkan oleh Mahkamah Persekutuan dan permohonan pengampunan ditolak. Disebabkan pengampunan telah pun dibenarkan oleh Lembaga Pengampunan, Mahkamah Persekutuan tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengkaji semula hukuman tersebut di bawah Akta 847.

Keputusan Lembaga Pengampunan Tidak Boleh Diadili (Non-Justiciable):
Kuasa pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan adalah kuasa prerogatif diraja yang bersifat mutlak, tidak boleh dicabar, dan tidak tertakluk kepada semakan kehakiman. Permohonan semakan di bawah Akta 847 oleh responden adalah seumpama mencabar keputusan Lembaga Pengampunan.

Saluran Alternatif:
Responden tidak dihalang daripada mengemukakan petisyen baharu di bawah Peraturan 54 dan 113 Peraturan-Peraturan Penjara 2000 kepada Lembaga Pengampunan untuk memohon pertimbangan semula tarikh permulaan hukuman pemenjaraan mereka.

MOhd Hisham
Hisham Nazir & Co
www.wasap.my/60139307961

RAMACHANDRAN VERASAMY & ANOR v. PP & ANOTHER APPEAL[2026] 4 MLRA 567 - FEDERAL COURTCopy and paste from Judgement;[58] W...
12/08/2026

RAMACHANDRAN VERASAMY & ANOR v. PP & ANOTHER APPEAL
[2026] 4 MLRA 567 - FEDERAL COURT

Copy and paste from Judgement;

[58] We find that the mere failure of previous counsel to cross-examine the prosecution’s witnesses or to put the defence case during the prosecution’s stage does not, without more, constitute flagrant incompetency so as to occasion a miscarriage of justice. The threshold for establishing counsel incompetency as a ground of appeal is an extremely high one, and it is trite that not every
omission or tactical decision made by counsel during the conduct of a trial will satisfy that threshold.

[59] Different counsel adopts different styles and approaches in the conduct of criminal trials. Some counsel prefer to reserve their challenge to the prosecution’s evidence for the defence stage, particularly where the defence case has not yet fully crystallised, or where cross-examination at that stage may risk fortifying the prosecution’s witnesses rather than undermining them.

Such an approach, however unconventional it may appear, does not in itself constitute incompetency, let alone flagrant incompetency.

Conclusion
[60] For the reasons aforesaid, our conclusion is as follows:

(a) Although the courts below inadvertently omitted reference to
s 34 of the Penal Code in the respective grounds of judgment, we
find that the impugned section was properly incorporated in the
charges at the trial. The charges against the Appellants therefore
remain valid and are neither flawed nor defective.

(b) The issue of the existence of the common intention was properly addressed by the learned trial Judge in her grounds of judgment. It was clearly established that the 1st Appellant had consciously and deliberately participated in the commission of the crime. There was therefore a meeting of minds between the Appellants at that point of time that showed the existence of common intention to commit the crime. It was inevitable that the crime was indeed committed in furtherance of common intention of both of them.

(c) As to the presumption of adverse inference, since SP1 personally
managed the tenancy negotiations with the 2nd Appellant, his
direct and uncontroverted evidence confirms that his wife and son
were not involved in the transaction. Consequently, the failure to
call them as witnesses does not attract an adverse inference under
[2026] 4 MLRA 579 Ramachandran Verasamy & Anor
v. PP & Another Appeal s 114(g) of the Evidence Act 1950, as they were not material witnesses to the facts in issue.

(d) There was no evidence that the prosecution purposely withheld
evidence which it possessed and which was always available or
that the prosecution had an ulterior motive to frustrate the defence
to trigger the application of s 114(g) of the Evidence Act.

(e) The previous counsel’s failure to cross-examine witnesses or
present the defence case does not, by itself, meet the exceptionally
high threshold required to prove flagrant incompetency or a
miscarriage of justice. This is because strategic trial decisions
or omissions by counsel rarely justify overturning a conviction,
unless it impacted on the fairness of the trial which is not the case
here.

[61] The appeal is therefore dismissed and the concurrent decisions of the courts below are hereby affirmed.

MOHD HELMI ANUAR MOHD KASSIM v. PP & OTHER APPEALS[2026] 4 MLRA 764 - MAHKAMAH PERSEKUTUAN Fakta Kes Pemohon dalam kes i...
12/08/2026

MOHD HELMI ANUAR MOHD KASSIM v. PP & OTHER APPEALS
[2026] 4 MLRA 764 - MAHKAMAH PERSEKUTUAN

Fakta Kes
Pemohon dalam kes ini telah disabitkan dengan kesalahan pengedaran dadah dan pembunuhan, di mana mereka dijatuhi hukuman penjara dan sebatan. Pemohon memfailkan semakan terhadap hukuman sebatan tersebut susulan timbulnya bukti baharu mengenai kematian seorang banduan lain ketika itu selepas menjalani hukuman sebat. Mereka berhujah bahawa hukuman tersebut adalah tidak berperlembagaan.

Isu Undang-undang Utama
1. Adakah hukuman sebat melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan (Hak terhadap nyawa dan kebebasan diri)?

2. Adakah pengecualian hukuman sebat terhadap banduan wanita merupakan satu diskriminasi yang melanggar Perkara 8 (Kesamarataan di sisi undang-undang)?

3. Adakah hukuman sebat merupakan satu bentuk hukuman yang zalim, tidak berperikemanusiaan, atau merendahkan maruah manusia?

Keputusan Mahkamah Mahkamah Persekutuan (Majoriti) menolak permohonan tersebut berdasarkan alasan berikut:

• Keabsahan Hukuman: Pemohon gagal membuktikan bahawa sebatan secara intrinsik adalah tidak berperlembagaan. Mahkamah berpendapat sebatan adalah hukuman yang sah di bawah undang-undang bertulis sedia ada.

• Isu Kesamarataan: Pengecualian wanita daripada hukuman sebat dianggap sebagai diskriminasi positif yang dibenarkan dan tidak melanggar prinsip kesamarataan dalam Perlembagaan.

• Standard Antarabangsa: Mahkamah memutuskan bahawa norma hak asasi manusia antarabangsa tidak mengatasi undang-undang domestik Malaysia kecuali jika ia telah digubal menjadi undang-undang tempatan oleh Parlimen.

Pendapat Menentang (Dissenting Opinion) Terdapat hakim yang tidak bersetuju dengan menyatakan bahawa sebatan memberikan kesan buruk terhadap maruah manusia dan mempunyai risiko sistemik yang boleh membawa kepada kematian, sekali gus melanggar perlindungan perlembagaan terhadap hak untuk hidup.

Kes Mohd Helmi Anuar Mohd Kassim v. Pendakwa Raya merupakan satu mercu tanda dalam perundangan negara kerana ia memaksa institusi kehakiman untuk menilai semula keseimbangan antara kuasa menghukum negara dan perlindungan hak asasi individu di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Cabaran Terhadap Perlembagaan Inti pati pertikaian ini terletak pada Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin bahawa "tiada seorang pun boleh dilucutkan nyawanya atau kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang."

Pihak pemohon menghujahkan bahawa sekiranya sesuatu hukuman itu membawa risiko kematian yang nyata (seperti yang didakwa berlaku dalam kes kematian banduan lain), maka hukuman tersebut secara automatik menjadi tidak sah.

Walau bagaimanapun, majoriti hakim Mahkamah Persekutuan mengambil pendekatan "positivisme undang-undang." Mereka menegaskan bahawa selagi prosedur hukuman tersebut ditetapkan oleh undang-undang yang sah di Parlimen, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk memansuhkannya hanya berdasarkan dakwaan risiko atau ketidakselesaan moral.

Diskriminasi Jantina atau Perlindungan? Satu lagi aspek menarik dalam kes ini adalah perbincangan mengenai Perkara 8. Pemohon mendakwa bahawa memandangkan lelaki dikenakan sebat tetapi wanita dikecualikan, wujud ketidaksamarataan jantina. Mahkamah menolak hujah ini dengan menyatakan bahawa perbezaan layanan berdasarkan jantina dalam konteks ini adalah berasaskan perbezaan biologi dan polisi awam yang bertujuan melindungi, bukannya mendiskriminasi secara melulu.

Kedudukan Norma Antarabangsa Kes ini juga memperkukuhkan doktrin kedaulatan parlimen di Malaysia. Walaupun terdapat trend global yang menganggap hukuman korporal (fizikal) sebagai kejam dan tidak berperikemanusiaan mengikut piawaian hak asasi manusia antarabangsa, mahkamah menegaskan bahawa undang-undang Malaysia adalah tertinggi di dalam negara. Tanpa tindakan legislatif untuk memansuhkan sebatan, mahkamah akan terus menguatkuasakan hukuman tersebut.

Kesimp**an
Keputusan ini menunjukkan bahawa dalam sistem perundangan Malaysia, hak asasi ditafsirkan dalam kerangka undang-undang bertulis sedia ada. Walaupun terdapat kebimbangan mengenai maruah manusia dan keselamatan banduan, perubahan besar terhadap bentuk hukuman seperti sebatan nampaknya terletak di tangan badan perundangan (Parlimen) dan bukannya badan kehakiman.

MOhd Hisham
Hisham Nazir & Co, Alor Setar
www.wasap.my/60139307961/fbhnc

RAMPASAN WANG ATAS PENGUBAHAN WANG HARAMAntara elemen yang perlu dibuktikan oleh pendakwaraya untuk membuat rampasan sim...
12/08/2026

RAMPASAN WANG ATAS PENGUBAHAN WANG HARAM

Antara elemen yang perlu dibuktikan oleh pendakwaraya untuk membuat rampasan simpanan dan harta pesalah dan/atau tertuduh Pengubahan Wang Haram antara lain ialah membuktikan pada satu tahap imbangan kebarangkalian bahawa wang dan harta yang ingin dirampas adalah bersumberkan pendapatan daripada sumber berkaitan dengan pertuduhan pengubahan wang haram berkenaan. [ Seksyen 56(1) dan seksyen 4(1) Akta 613]

Beban pembuktian adalah atas Pendakwaraya untuk membuktikan sedemikian. Kegagalan untuk membuktikan sumbernya berteraskan pendapatan haram dan berkaitan dengan pertuduhan, rampasan tidak dibenarkan walaupun sebelum permohonan dibuat, akaun dan sumber tersebut telah dibekukan.

Rujuk:
FRANCIS ANTONYSAMY V. PP [2005], Mahkamah Persekutuan
PP V. KUALA DIMENSI SDN BHD &ORS [2019] , Mahkamah Rayuan
PP V. BILLION NOVA SDN BHD &ORS [2016] , Mahkamah Rayuan

Mohd Hisham
Hisham Nazir & Co
www.wasap.my/60139307961/fbhnc

KETERANGAN PAKARKeterangan pakar adalah satu keterangan khusus tentang sesuatu perkara dan kepakaran ini diiktiraf oleh ...
12/08/2026

KETERANGAN PAKAR

Keterangan pakar adalah satu keterangan khusus tentang sesuatu perkara dan kepakaran ini diiktiraf oleh kerajaan dan/atau badan yang berkaitan serta atas nama baik dan prestasinya atas sesuatu perkara (yang ini bukan termasuk dalam istilah pakar menurut undang-undang).

Laporan yang disediakan oleh Pakar boleh diberikan melalui keterangan di mahkamah. Laporan Pakar harus mengandungi kalayakan pakar yang diiktiraf, dokumen dan intrumen yang pakar bergantung untuk pemeriksaan, hasil pemeriksaan atau pernyataan yang mengandungi perara yang diminta untuk pemeriksaan atau analisa dan nama serta kelayakan pihak yang terlibat dalam pemeriksaan pakar. [Aturan 40A Kaedah 3 KKM 2012] Malah laporan dan maklumat awal tentang perkara yang akan menjadi keterangan ini harus difailkan terlebih dahulu melalui Afidavit Pakar [Aturan 43A]

Pakar perkhidmatannya dibayar oleh pihak yang mendapatkan perkhidmatannya. Menjadi tanggungjawab mahkamah untuk menilai keterangan pakar sekiranya terdapat 2 laporan dan keterangan pakar dalam sesuatu kes. Namun adalah menjadi tugas mahkamah untuk di pandu oleh keterangan pakar berkaitan isu yang menjadi kepakarannya.

Rujuk –
TEOH KIANG HONG VS. THEOW SAY KOW @ TEOH KIANG SENG, HENRY & OTHER APPEALS [2025]

BADAN PENGURUSAN BERSAMA SUBANG PARKHOMES V. ZEN ESTATES SDN BHD; FADHLULLAH & ASSOCIATES CONSULTING ENGINEERS SDN BHD (THIRD PARTY) [2024]

MOhd Hisham
www.wasap.my/60139307961/kesjenayah

FAMILY LAW TALK Before You Burn Out: How to Survive and Thrive in Family LawThe above matter refers.Kindly be informed t...
12/08/2026

FAMILY LAW TALK
Before You Burn Out: How to Survive and Thrive in Family Law

The above matter refers.

Kindly be informed that The Professional Standards and Development Subcommittee (PSDC) will be organising a talk and the details of the program are as follows:-

Topic:
BEFORE YOU BURN OUT: HOW TO SURVIVE AND THRIVE IN FAMILY LAW

Date:
20 AUGUST 2026 (THURSDAY)

Time:
2 PM TO 530 PM (registration begins at 2pm)

Speaker:
DATO' LALITHA MENON, D.S.P.N.
(MESSRS LALITHA MENON & ASSOC.)

Venue
Dewan Seminar Az Zehra
c/o Messrs Mohd Anuar & Co.
No. 18, Tingkat 1, Lengkok Cempaka 1, Persiaran Cempaka, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Google_Map:
https://maps.app.goo.gl/xwvR2kWsj4dTLui6

Registration Fees:
RM 30 : MEMBERS OF THE BAR
RM 15 : PUPILS IN CHAMBERS/STUDENTS
RM 50 : NON MEMBERS

Registration Link:
https://forms.gle/4yfoF9wvAFhcEFxh6

SEMINAR BERKENAAN KUASA DAN PERANAN AMANAH RAYA BERHAD DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DI SEMENANJUNG MALAYSIA (POWERS & ...
12/08/2026

SEMINAR BERKENAAN KUASA DAN PERANAN AMANAH RAYA BERHAD DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DI SEMENANJUNG MALAYSIA (POWERS & FUNCTIONS OF AMANAH RAYA BERHAD IN ADMINISTRATION OF ESTATE IN PENINSULAR MALAYSIA).

Dengan segala hormatnya kami merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Pembelajaran Berterusan dan Pembangunan Profesional, Badan Peguam Kedah akan menganjurkan satu seminar pada ketetapan berikut:-

Tarikh : 03hb September 2026 (Khamis)

Masa : 2.30 Petang - 4.30 Petang
(Pendaftaran: 2.00 petang)

Tempat : Kedah Bar Committee
No. 54, Jalan Utama 3/1, Kompleks Perniagaan Utama,
Jalan Sultanah Sambungan,
05350 Alor Setar, Kedah.
Google Map : https://maps.app.goo.gl/zkCUhXsTfL2rmWMV9

Penceramah : Tuan Mohd Razi Bin Mohamad Yunus
(Ketua Jabatan Perundangan, Amanah Raya)

Bayaran : RM30.00 - Ahli Majlis Peguam Malaysia
RM15.00 - Pelatih dalam Kamar / Pelajar
RM50.00 - Bukan Ahli

Pautan Pendaftaran : https://forms.gle/9nzf79GaJTjtzwct8

Kod CPD : T3/03092026/KDB/KDB261131/2 (2 CPD)

Oleh yang demikian, pihak kami amat berbesar hati menjemput semua peguam-peguam, pelatih dalam kamar dan bukan ahli untuk menghadiri seminar ini.

Bagi melancarkan seminar ini diharap pihak tuan/puan dapat membuat pendaftaran menerusi pautan pendaftaran di atas selewat-lewatnya pada/sebelum 02.09.2026 (Rabu) jam 3.00 petang dan untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Ida/Ain di talian (04-730 8305 / 04-733 3467).

Mata untuk Skim CPD tidak akan diberikan kepada Ahli Majlis Peguam dan Pelatih dalam Kamar yang log masuk lewat daripada 15 minit atau log keluar sebelum tamat masa yang dijadualkan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar.

HASNIFALINA BINTI HASANUDIN
REVATHI PATCHAIPPAN
Pengerusi Bersama
Jawatankuasa Pembelajaran Berterusan dan Pembangunan Profesional

MENYEBARKAN BERITA PALSU: APABILA TANGAN LEBIH LAJU DARIPADA OTAKDalam era media sosial yang berkembang pesat, penyebara...
27/07/2026

MENYEBARKAN BERITA PALSU: APABILA TANGAN LEBIH LAJU DARIPADA OTAK

Dalam era media sosial yang berkembang pesat, penyebaran maklumat berlaku hanya dalam beberapa saat. Setiap individu mempunyai kuasa untuk berkongsi berita kepada ratusan atau ribuan orang hanya dengan satu klik. Namun, kuasa Dan hak tersebut turut membawa tanggungjawab yang besar.

Malangnya, terdapat ramai individu yang gemar menyebarkan berita yang belum disahkan kesahihannya. Ada yang berkongsi kerana ingin menjadi orang pertama menyampaikan berita, ada yang mempercayai khabar angin tanpa membuat semakan, dan ada juga yang sengaja menyebarkan maklumat palsu bagi memburukkan individu atau organisasi tertentu.

Kesan Terhadap Mangsa

Berita palsu bukan sekadar maklumat yang tidak tepat. Ia boleh memberi kesan yang sangat serius kepada mangsa, antaranya:

📌 Menjatuhkan maruah dan nama baik seseorang.

📌 Merosakkan reputasi profesional atau perniagaan.

📌 Menjejaskan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

📌 Menyebabkan tekanan emosi, kebimbangan dan kehilangan keyakinan diri.

📌 kerugian kewangan akibat kehilangan pelanggan atau peluang pekerjaan.

📌 Reputasi yang dibina selama bertahun-tahun boleh musnah hanya kerana satu hantaran yang tidak benar.

Tanggungjawab Sebelum Berkongsi

Setiap pengguna media sosial sepatutnya mengamalkan prinsip mudah:

"Semak dahulu, kongsi kemudian."

Sebelum berkongsi sesuatu berita, tanyakan kepada diri sendiri:

✅ Adakah sumber berita itu boleh dipercayai?

✅ Adakah maklumat tersebut telah disahkan?

✅ Adakah saya mempunyai bukti bahawa dakwaan itu benar?

✅ Jika berita itu mengenai saya atau keluarga saya, adakah saya mahu orang lain menyebarkannya tanpa kepastian?

Jika jawapannya tidak pasti, tindakan terbaik ialah tidak berkongsi.

Implikasi Undang-undang

Di Malaysia, penyebaran kenyataan palsu yang menjejaskan reputasi seseorang boleh mengundang tindakan undang-undang bergantung kepada fakta sesuatu kes.

Antara tindakan yang mungkin diambil termasuk:

📌 Tuntutan fitnah sekiranya kenyataan tersebut mencemarkan nama baik seseorang.

📌 Tindakan berkaitan penyalahgunaan rangkaian komunikasi sekiranya penyebaran dibuat melalui platform elektronik dan memenuhi unsur-unsur yang ditetapkan oleh undang-undang.

📌 Tuntutan bagi mendapatkan ganti rugi jika mangsa mengalami kerugian akibat penyebaran maklumat tersebut.

Setiap kes bergantung kepada fakta, bukti dan kandungan kenyataan yang disebarkan. Tidak semua kenyataan negatif merupakan fitnah, namun penyebaran maklumat yang tidak benar boleh membawa akibat undang-undang yang serius.

Etika Dalam Bermedia Sosial

Media sosial sepatutnya menjadi medium untuk berkongsi ilmu, membina masyarakat dan menyampaikan maklumat yang bermanfaat, bukannya menjadi tempat menyebarkan khabar angin atau mencetuskan kebencian.

Masyarakat yang bertanggungjawab ialah masyarakat yang mengutamakan kebenaran, menghormati maruah orang lain dan tidak menjadikan media sosial sebagai "mahkamah" untuk menghukum seseorang tanpa bukti.

Bak kata sahabat saya seorang Pegawai polis kanan, "Hakim di bayar gaji RM40k sebulan. Netizen suka-suka judge orang percuma di media sosial"

Penutup

Kebebasan bersuara bukanlah kebebasan untuk menyebarkan berita yang tidak benar. Setiap perkongsian membawa tanggungjawab. Sebelum menekan butang "Share", pastikan maklumat itu telah disahkan dan tidak akan menzalimi pihak lain.

Ingatlah bahawa memadam sesuatu hantaran tidak semestinya memadam kesan yang telah ditinggalkan. Reputasi seseorang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dibina, tetapi hanya beberapa minit untuk dimusnahkan oleh berita palsu yang anda cipta atau anda kongsikan tanpa semak.

Sebarkan kebenaran, bukan khabar angin. Fikir sebelum berkongsi. Semak sebelum mempercayai. Tangan anda mungkin akan merosakkan banyak kehidupan, keselamatan negara mahupun keamanan sejagat.

Nota: Antara 36 orang hero talian yang bakal di Saman Malu kerana meninggalkan komen jahat dan tanpa semakan fakta sebenar.

KETERANGAN ATAU PENGAKUAN?Bicara kes bunuh di dalam Mahkamah. Salah satu OKT maklumkan Mahkamah:DPP: Saya katakan pada a...
24/07/2026

KETERANGAN ATAU PENGAKUAN?

Bicara kes bunuh di dalam Mahkamah. Salah satu OKT maklumkan Mahkamah:

DPP: Saya katakan pada awak, awak yang bunuh si mati.

OKT6: Saya tak bunuh dia. Bukan saya. Saya cuma tikam dia dekat perut, pinggang dan kaki dia.

Semua terdiam.
Saya agak mesti lawyer dia cakap "damn!!"

NOTA: Bukan kes kendalian saya 😆

Address

Suite 2B, 115, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Jalan Pegawai
Alor Setar
05050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hisham Nazir & Cronies posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hisham Nazir & Cronies:

Shortcuts

Share