Olive House Sihat

Olive House Sihat Menjadi peneraju dalam memasarkan rangkaian produk yang semulajadi, organik dan berkualiti tinggi.

TIBA-tiba sahaja anda berasa tidak selesa apabila jantung anda asyik berdenyut dengan laju. Anda risau jika itu merupaka...
26/09/2024

TIBA-tiba sahaja anda berasa tidak selesa apabila jantung anda asyik berdenyut dengan laju. Anda risau jika itu merupakan tanda serangan jantung akan berlaku.
Usah bimbang ia hanyalah keadaan jantung berdebar di mana anda mampu merasakan denyutan jantung anda.Pada keadaan biasa, anda tidak sedar bahawa jantung sedang berdenyut.
Ketika jantung berdebar, anda akan rasa seolah-olah jantung sedang berdenyut dengan kuatnya, laju dan berdetak-detak di dada.
Kebanyakan jantung berdebar adalah sesuatu yang tidak merisaukan dan tidak memerlukan rawatan. Akan tetapi jika ia terlalu teruk ketika serangan itu berlaku ataupun kerap berlaku, pesakit perlulah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca kepada masalah tersebut.
Beberapa punca kepada masalah ini adalah:
- Senaman yang berat
- Pengambilan kopi
- Tekanan
- Risau, takut dan panik
- Kekurangan air dalam badan
- Hormon tiroid yang berlebihan
- Kekurangan sel darah merah atau anemia
- Demam dan serangan sakit jantung
- Kekurangan oksigen dalam darah yang mungkin disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru, paru-paru berair dan sebagainya.
Anda perlu berjumpa dengan doktor jika sebelum ini anda memang mempunyai masalah jantung, kerap mengalami masalah jantung berdebar dan mempunyai simptom seperti pening kepala, lemah badan, pengsan, sesak nafas, berpeluh dengan banyak, sakit dada, sakit bahagian leher, rahang serta tangan sebelah kiri.
p/s: kalau anda tiba-tiba berdebar mungkin jodoh ada berhampiran anda tu, cuba check

'When Fishermen Cannot Go To Sea, They Repair Nets'Dalam kehidupan kita, bukan setiap hari adalah hari yang baik untuk k...
02/09/2024

'When Fishermen Cannot Go To Sea, They Repair Nets'
Dalam kehidupan kita, bukan setiap hari adalah hari yang baik untuk kita pergi berlayar. Ada hari yang anginnya kuat, ada hari yang hujan dan ribut, ada hari lautnya bergelora.
Akan tetapi ianya tidak bermakna kita berhenti dan tidak berbuat apa-apa dengan memberikan alasan yang bermacam-macam. Proses mesti perlu diteruskan walau apa jua keadaan.
Ini nak menunjukkan yang momentum kita tengah ada sekarang perlu diteruskan dan bersiap sedia untuk apa jua yang datang. Kita kena sentiasa lihat jalan atau alternatif yang lain untuk kekalkan produktif dan mencipta peluang baru.
Ingat, bila sampai masa kita perlu berlayar kembali, kita akan lebihh bersedia dan akan berjaya.
Keep up the momentum !

Bulan Merdeka Olive House tak buat promosi ka ? Haa, ramai juga yang tanya min tak buat promo ka. Mana boleh tak buat, m...
27/08/2024

Bulan Merdeka Olive House tak buat promosi ka ?
Haa, ramai juga yang tanya min tak buat promo ka. Mana boleh tak buat, mestilah Olive House akan bagi promosi sempena bulan Kemerdekaan ni untuk meriahkan lagi bulan Kemerdekaan kita. Min bagitahu awal-awal dekat anda semua untuk standby.
Promosi Merdeka sempena bulan kemerdekaan akan datang 4 hari lagi. Jangan lupa sama-sama kita nantikan.
p/s : Agak-agak produk apa yang anda semua nak untuk promosi kali ini. Cuba komen...

Khas Untuk Pelanggan Setia Olive House !Min nak bagitau yang setiap pembelian produk Olive House melebihi RM 30, korang ...
01/08/2024

Khas Untuk Pelanggan Setia Olive House !
Min nak bagitau yang setiap pembelian produk Olive House melebihi RM 30, korang akan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM 30,000.

Nak tahu apa promosi yang ditawarkan? Jom Whatsapp kami di https://wa.me/c/60135002095 sekarang!

Jangan lupa hantar nama di link ini https://olivehouse.my/beli-menang-2024/
P/s : Jangan lupa share dekat orang lain juga ya guys

30 minit pun dah cukup kalau korang jenis yang terpaling busy.Bersenam sedikit itu lebih baik daripada tidak bersenam la...
31/07/2024

30 minit pun dah cukup kalau korang jenis yang terpaling busy.
Bersenam sedikit itu lebih baik daripada tidak bersenam langsung. Jom sama-sama kita bersenam petang ini keluarkan peluh.

"Ibu.. Kenapa Beli Minyak Zaitun Olive House?" itulah soalan yang di acukan oleh seorang anak kepada ibunya. Budak-budak...
12/07/2024

"Ibu.. Kenapa Beli Minyak Zaitun Olive House?" itulah soalan yang di acukan oleh seorang anak kepada ibunya.
Budak-budak mesti akan banyak persoalan yang muncul di minda mereka kan ? Jadi, kalau nak tahu apa jawapan seorang ibu kepada soalan anaknya.
Kenalah lihat gambar di bawah.

Isu Covid-19 dah mula kita dengar kembali dan mungkin ada orang terdekat antara kita yang sedang dihidapi masalah ini. J...
11/07/2024

Isu Covid-19 dah mula kita dengar kembali dan mungkin ada orang terdekat antara kita yang sedang dihidapi masalah ini.
Jadi, sebagai langkah pencegahan kita boleh tingkatkan tahap imuniti kita dan buat mereka yang sudah mula ada simptom-simptom Covid-19 seperti demam, batuk, sakit tekak dan sebagainya.
Ada cara 'Home Remedies' untuk Covid-19. Mudah saja, jom amalkan step dibawah :
Bahan-Bahan :
1. Segelas Air Suam atau kosong
2. Perahan Lemon.
3. Minyak Habbatus Sauda.
Cara Penggunaan :
1. Bancuhkan perahan lemon dengan segelas air suam.
2. Masukkan lebih kurang 7-8 titis Minyak Habbatus Sauda bersama.
3. Kacau bersama dan minum 2 kali sehari.
Sama-sama kita tingkatkan tahap imuniti tubuh badan kita dan kita Realisasikan Gaya Hidup Aafiyat.

Mana peminat EURO guys ?! Kita dah masuk ke fasa Semi Final dan mesti ada antara kita yang sanggup berjaga sampai pagi u...
10/07/2024

Mana peminat EURO guys ?!
Kita dah masuk ke fasa Semi Final dan mesti ada antara kita yang sanggup berjaga sampai pagi untuk tonton perlawanan bola.
Ada yang baru ja perlawanan bermula dah menguap. Macam mana nak bertahan hingga 90 minit perlawanan. Aduh lemah la korang.
Tips berjaga sampai cerah sudah semestinya minyak zaitun Olivie Plus 30x untuk kekal bertenaga dan segar sepanjang perlawanan.
P/s : Share sikit dengan min, team korang ada tak dekat semi final malam ni. Kaa dah balik awal

AYUH SERTAI SANG KENARI FIGHTERS RUN 1.0KDA FC mengambil inisiatif dan langkah awal dengan mewujudkan aktiviti kecergasa...
03/07/2024

AYUH SERTAI SANG KENARI FIGHTERS RUN 1.0
KDA FC mengambil inisiatif dan langkah awal dengan mewujudkan aktiviti kecergasan melalui penganjuran larian bertujuan menjana pendapatan kelab melalui yuran penyertaan untuk 3 kategori ditawarkan.
Dengan hasrat 'SAVE OUR CLUB', kami menyeru semua penyokong Sang Kenari dan Penang FC untuk turut serta dalam larian ini dengan membawa mesej, anda boleh menyumbang kepada aliran tunai kelab melalui penyertaan aktivtii SANG KENARI FIGHTERS RUN 1.0.
More Coco akan menyediakan minuman coklat kepada semua peserta disamping makanan ringan disediakan oleh KDA FC.
🔛 Kategori Larian:
1️⃣ 1.0 KM
2️⃣ 3.0 KM
3️⃣ 5.0 KM
*Stesen minuman disediakan di laluan larian mengelilingi Stadium Darul Aman
🏃 Laluan Larian:
Mengelilingi Stadium Darul Aman & Taman Merdeka
✅ 1 pusingan 1 kilometer
✅ Untuk kategori lebih dari 1km, larian secara 'loop run'
📝Pendaftaran:
✅ RM50
🌐 https://forms.gle/eURMt3dpkAauP1jz5
Sila buat pendaftaran di pautan google form disediakan
Tarikh tutup pendaftaran 4 Julai, 12.00 tengah hari.
Kutipan Race Kit, Jumaat pagi di Astaka Utama
Cenderahati;
✅ Jersi 2022 + lanyard/keychain/mafla (selagi stok masih ada)
✅ Cabutan Bertuah
✅ Makanan Ringan
Sebarang pertanyaan, whatsapp En. Eddy wasap.my/60105521243
-----------------------
Olive House merupakan rakan rasmi kepada Kedah Darul Aman FC . Jom sertai aktiviti SAVE OUR CLUB V1.0, sambil riadah dan menyumbang kepada projek perekonomian KDA FC!

04/06/2024

Alif Satar x Promosi Salam Baitullah
Psst! Salam Baitullah dah start ni! Korang dah dapatkan ke Promosi Salam Baitullah? Haa kalau belum, jom dapatkan sekarang dan anda akan berpeluang menikmati hadiah-hadiah eksklusif secara PERCUMA tau!
Nak tahu apa promosi yang ditawarkan? Jom Whatsapp kami di https://wa.me/c/60135002095 sekarang!
Jangan lepaskan peluang ini untuk meraih tawaran menarik yang tidak boleh dilepaskan!

Ramai Jemaah Haji bakal menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Namun, zaman sekarang sudah menjadi 'trend' iaitu m...
31/05/2024

Ramai Jemaah Haji bakal menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Namun, zaman sekarang sudah menjadi 'trend' iaitu menjadikan hukum cium Hajarul Aswad sebagai wajib. Mesti ramai yang akan cuba untuk mencium Hajarul Aswad.
"Dari ‘Abis bin Robi’ah, ia berkata, “Aku pernah melihat ‘Umar (bin Al Khottob) mencium hajar Aswad. Lantas ‘Umar berkata, “Sesungguhnya aku menciummu dan aku tahu bahwa engkau hanyalah batu. Seandainya aku tidak melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menciummu, maka tentu aku tidak akan menciummu.” (HR. Bukhari no. 1597, 1605 dan Muslim no. 1270).
Dengan sebab itulah, hikmah yang sebenarnya daripada mencium Hajar al-Aswad adalah semata-mata mengikut perbuatan Rasulullah SAW di samping menzahirkan ubudiyyah kepada Allah SWT iaitu dengan cara mentakzimkan syiar-Nya sebagai mana yang ditunjukkan oleh sunnah.
Namun,jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram.
Semoga bermanfaat!

Oil Pulling 🫒🫒🫒Jom sama-sama kita ketahui manfaatnya untuk kesihatan
16/05/2024

Oil Pulling 🫒🫒🫒
Jom sama-sama kita ketahui manfaatnya untuk kesihatan

Anda mesti tertanya-tanya kan, apakah itu ‘Oil Pulling’? ‘Oil Pulling’ adalah berkumur dengan minyak untuk menjaga kesihatan mulut. Sebagai contoh Minyak Kelapa Dara Kalau ikutkan banyak ja cara kita nak jaga kesihatan gigi sebagai contohnya adalah berus gigi dua kali sehari. Namun, tak ramai orang tahu yang ada satu lagi cara iaitu ‘Oil Pulling’.

Untuk pengetahuan semua, tujuan utama melakukan ‘Oil Pulling’ adalah untuk mengurangi jumlah bakteria berbahaya di dalam mulut. Di dalam mulut kita terdapat ratusan jenis bakteria dalam mulut dan ia akan menyebabkan timbulnya masalah kesihatan gigi seperti bau mulut, radang gusi, sakit gigi dan sebagainya.

Jom sama-sama kita ketahu manfaat ‘Oil Pulling’.

Membunuh bakteria merbahaya dalam mulut.
Salah satu bakteria dalam mulut yang menyebabkan terjadinya plak dan kerusakan gigi adalah ‘Streptoccus Mutans’. Satu kajian yang dilakukan terhadap 60 orang dewasa yang berkumur dengan minyak kelapa selama 10 minit menunjukkan penurunan jumlah bakteria ‘Streptoccus Mutans’ secara signifikan dalam air liur mereka.

Mengurangkan bau mulut.
Ada banyak sebab kenapa mulut berbau ini, namun salah satu sebab nya adalah tidak menjaga kebersihan gigi dengan dengan betul sehingga munculnya lapisan pada lidah yang membuat bakteria terperangkap.

Menariknya, sebuah penelitian menemukan bahawa oil pulling sama efektifnya dengan chlorhexidine dalam mengatasi bau mulut, namun lebih natural. Dalam penelitian tersebut, 20 orang kanak-kanak diminta berkumur menggunakan chlorhexidine. Hasilnya, ia menunjukkan penurunan signifikan jumlah bakteria penyebab bau mulut.

Namun, ia masih memerlukan penelitian lebih lanjut untuk mengkonfirmasikan penemuan ini. Oleh itu, ‘Oil Pulling’ dapat menjadi alternatif saat anda belum sempat membeli ubat kumur lagi seperti Listerine.

Mencegah gigi berlubang.
Gigi berlubang biasanya disebabkan oleh terlalu banyak bakteria dan banyak makan benda yang manis. Selain itu, juga gigi berlubang juga dapat disebabkan oleh tumpukan plak akibat lapisan bakteria, air liur, dan sisa makanan yang akhirnya merosakkan enamel gigi.

Selain rutin menggosok gigi, anda juga boleh menggunakan dental floss untuk membersihkan sisa-sisa makanan yang terkadang masih tersangkut di celah-celah gigi. Cara lain adalah dengan melakukan oil pulling yang akan membersihkan bakteria mahupun sisa-sisa makanan sehingga kebersihan mulut semakin optimal.

Meskipun banyak manfaat yang kita ketahui daripada ‘Oil Pulling’ namun masih lagi diperlukan untuk merujuk perkara ini daripada orang yang lebih pakar dan boleh juga tanyakan terus kepada doktor tentang kesihatan gigi dan mulut.



Address

Level 5 & 6 Kompleks Perniagaan Ampang, Lebuhraya Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05050

Telephone

+60135002095

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Olive House Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share