18/06/2023
إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
Menerima perkhabaran duka Prof Emeritus Dato Dr Mahmood Zuhdi telah dijemput menemui penciptaNya malam tadi.
Pernah diberi peluang menimba ilmu dalam kelas al-Marhum semasa menyambung pengajian Master Syariah di UM dan yang paling saya hargai, apabila turut diberi penghormatan untuk menerima bimbingan akademik secara lebih dekat dan terus dari al-Marhum yg dilantik sebagai Penyelia Disertasi saya pada ketika itu. Alhamdulillah setelah beberapa kali ‘bertapa’, akhirnya siap juga pada tahun 2008.
Saya bukanlah pelajar yang cemerlang, namun sikap tenang dan kesabaran al-Marhum yang tidak jemu-jemu membimbing sepanjang kajian dilakukan, merupakan satu pengalaman yang cukup berharga dan akan sentiasa segar dlm ingatan sepanjang hayat saya.
Banyak penulisannya yang sempat dibaca dan saya sangat yakin setiap butir bicara dan buah fikirannya sangat bernilai utk difahami dan diwacanakan demi kebaikan ummah. Terima kasih atas segalanya dan mohon dihalalkan segala ilmu. Semoga ruhnya ditempatkan di kalangan para syuhada dan solihiin.
*Gambar kenangan bersama al-Marhum Prof di Majlis Perkahwinan Nur Raihan Nordin & Solehein pada Disember 2018.