Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA

Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA Untuk semua ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA sahaja

19/12/2024

UCAPAN TERIMA KASIH

Dengan penuh rasa rendah hati dan syukur, saya ingin mengambil peluang ini untuk menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua Pegawai tertinggi, Jawatankuasa Tertinggi dan Ahli Kongres CUEPACS yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi sepanjang perjalanan perjuangan tuntutan gaji ini. Sokongan yang telah diberikan bukan sahaja menjadi dorongan yang besar, malah turut memberikan semangat kepada saya dan pasukan untuk terus melangkah dengan lebih yakin dan berdedikasi.

Sepanjang perjalanan ini, saya menyedari bahawa kejayaan bukanlah hasil usaha individu semata-mata. Ia adalah buah daripada kerja keras, kerjasama, dan komitmen pelbagai pihak yang berdiri teguh di belakang nama CUEPACS itu sendiri. Dalam setiap langkah, kehadiran anda semua sebagai penyokong, rakan, dan penasihat telah membawa makna yang amat mendalam. Oleh itu, izinkan saya untuk mengungkapkan rasa penghargaan ini dengan lebih mendalam.

Hari ini, semua penjawat awam Malaysia telah menikmati kadar kenaikan gaji fasa pertama yang mana 8% daripada gaji sebelum ini telah dinaikkan. Perkara ini bukan lah bermakna pengakhiran perjuangan kita, masih banyak lagi onak duri tuan/puan perlu bersama dengan saya untuk merealisasikan segala impian penjawat awam dalam mendapatkan kelebihan dan keselesaan dalam konteks pekerjaan yang selesa dan kebahagian dalam kehidupan.

Dalam setiap cabaran yang mendatang, anda semua amat diperlukan dalam kekuatan saya dan CUEPACS.Semangat, doa, dan dorongan untuk terus mara ke hadapan serta sokongan yang tidak pernah luntur ini menjadi asas kepada segala pencapaian yang telah kita kecapi.

Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah memberikan sokongan yang begitu bermakna. Saya amat menghargai segala usaha, kepercayaan, dan kerjasama yang telah diberikan. Semoga kita semua terus diberikan kekuatan untuk melangkah maju dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Dr. Hj Adnan bin Mat
Presiden Cuepacs Malaysia

19/12/2024

Makluman

Page ini bukan lagi Laman Rasmi bagi Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA. Bagi mengikuti segala perkembangan,pemakluman dan aktiviti-aktiviti rasmi berkenaan KPPFELDA boleh follow atau menambah https://www.facebook.com/kesatuanpekerjapekerja.felda?mibextid=ZbWKwL sebagai rakan muka buku anda..

Terima kasih di atas sokongan anda semua selama kewujudan Page ini.

Segala posting-posting selepas ini tidak lagi mewakili KPPFELDA sebelum page ini ditutup sepenuhnya..

- BERSATU TEGUH -


βœ…π—¦π—œπ—¦π—§π—˜π—  𝗦𝗔π—₯𝗔𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—žπ—›π—œπ——π— π—”π—§π—”π—‘ 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 (𝗦𝗦𝗣𝗔)πŸ”·Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Dato' Dr Haji Adnan bin...
19/12/2024

βœ…π—¦π—œπ—¦π—§π—˜π—  𝗦𝗔π—₯𝗔𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯π—žπ—›π—œπ——π— π—”π—§π—”π—‘ 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 (𝗦𝗦𝗣𝗔)

πŸ”·Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg Dato' Dr Haji Adnan bin Mat, Presiden Cuepacs - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam , Jawatankuasa-Jawatankuasa Gred-Gred CUEPACS dan semua Kesatuan Gabungan di atas perjuangan yang berterusan untuk menjayakan pelarasan baru gaji penjawat awam yang lebih baik menerusi Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).

Daripada

KESATUAN PEKERJA-PEKERJA FELDA




Penjelasan JPA
19/12/2024

Penjelasan JPA

11/10/2024

Highlights

Selamat Menyambuat Hari Kemerdekaan Ke-67 Malaysia. MALAYSIA MADANI - JIWA MERDEKADaripada :Kesatuan Pekerja-Pekerja FEL...
31/08/2024

Selamat Menyambuat Hari Kemerdekaan Ke-67 Malaysia.

MALAYSIA MADANI - JIWA MERDEKA

Daripada :
Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA (KPPF)

Assalamualaikum,Salam Perjuangan kepada ahli-ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Jo...
16/07/2024

Assalamualaikum,Salam Perjuangan kepada ahli-ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan

Jom kita sama-sama sertai Larian MAPPA 2024! πŸƒβ€β™‚πŸƒβ€β™€
πŸ“… 3 Ogos 2024 πŸ“ Putrajaya
Bukan calang-calang larian ni!

Rebut peluang keemasan untuk menjadi sebahagian daripada program larian MAPPA sempena MAPPA 2024 dan cabar diri sendiri dalam acara 10KM! Kalau nak lari santai pun boleh dalam acara 5KM

Bayaran? Sangat berbaloi! Dapat pengalaman yang tidak terhingga, medal eksklusif dan berpeluang berlari bersama pelari-pelari hebat di kalangan penjawat awam, pempengaruh dari seluruh Malaysia.

Kenapa anda WAJIB untuk sertai?
Selfie di Putrajaya? βœ…! πŸ“Έ
Bakar kalori sambil bersuka ria ? βœ…βœ…! πŸ”₯
Flex medal eksklusif di IG? Triple check! βœ…βœ…βœ…πŸ…

Apa tunggu lagi? Komen πŸƒβ€β™‚ dan kongsikan post ni!

Jangan lupa tag 3 rakan anda untuk bersama-sama sertai larian ini πŸ˜‰

Jom bersama-sama memeriahkan Larian MAPPA 2024!

Daftar segera dengan mengimbas Kod QR atau tekan link
https://myfitx.my/events/LARIAN%20MAPPA%20XIX%202024
untuk mendaftar dan menjadikan Larian MAPPA 2024 acara ikonik perkhidmatan awam bersukan bersama semua!

Mohd Faiezal Abdul Hamid
Setiausaha Agung
KPPF



Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Cuepacs Negeri Sembilan atas kesudian menghadiri jemputan sambutan Hari Raya dar...
08/05/2024

Terima kasih diucapkan kepada Pengerusi Cuepacs Negeri Sembilan atas kesudian menghadiri jemputan sambutan Hari Raya dari Cawangan NS Barat dan NS Timur KPPFELDA di jamuan Riang Ria Hari Raya di Kampung FELDA Wilayah Raja Alias

Ini adalah pertemuan pertama antara pemimpin kedua-dua cawangan bersama Pengerusi Cuepacs Negeri Sembilan En Abd Ghani Zainuddin dalam usaha menjalin hubungan di bawah gabungan kesatuan CUEPACS Negeri Sembilan. Usaha ini di atas inisiatif Setiausaha Agung KPPFELDA saudara Mohd Faiezal Abdul Hamid.


Hari ini 64 tahun yang lalu, "Buku Merah" dilancarkan.Selepas mencapai kemerdekaan & membentuk pentadbiran sendiri pada ...
06/05/2024

Hari ini 64 tahun yang lalu, "Buku Merah" dilancarkan.

Selepas mencapai kemerdekaan & membentuk pentadbiran sendiri pada 1957, Persekutuan Tanah Melayu giat menggerakkan usaha membangunkan segenap aspek di negara ini. Gerakan pembangunan luar bandar dipelopori Tun Abdul Razak.

Selaku Timbalan Perdana Menteri & juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tun Razak mengilhamkan pelan pembangunan dengan cara membimbing & memantau kemajuan di kawasan kampung yang digelar sebagai "Buku Merah."

Buku Merah tersebut mengandungi arahan-arahan yang digariskan oleh Tun Razak termasuk peta, laporan mengenai rancangan umum, kemajuan kaum & dasar kewangan dalam merealisasikan rancangan-rancangan di bawah dasar pembangunan.

Dilancarkan pada 6 Mei 1960, Buku Merah menjadikan atur cara pembangunan selari di setiap kawasan luar bandar dengan pelaksanaan melalui 3 peringkat bermula di peringkat Daerah, kemudian Negeri & seterusnya ke peringkat Pusat.

Sebelum sesuatu pembangunan dilaksanakan, keterangan mengenainya terlebih dahulu digariskan dengan jelas. Perancangan ini dijalankan oleh J/K Daerah Pembangunan Luar Bandar yang dibentuk di seluruh negeri mengambil kira cadangan rakyat.

2 hari selepas dilancarkan, Buku Merah diedarkan ke seluruh negara. Program ini menjadi pencetus kepada pelbagai agensi kerajaan untuk mencapai matlamat dasar pembangunan negara ketika itu, antaranya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Program Buku Merah ini juga menjadikan Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara contoh dalam usaha pembangunan luar bandar dengan pendekatan yang menyeluruh & tersusun.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, UMNO Online, Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, YBhg. Dato’ Seri/ Dato'/ Datuk/ Tuan/ Puan, Jabatan Pengurusan Risiko (JPRi)  sedan...
03/05/2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



YBhg. Dato’ Seri/ Dato'/ Datuk/ Tuan/ Puan,



Jabatan Pengurusan Risiko (JPRi) sedang melaksanakan kajiselidik berkenaan kefahaman petugas-petugas FELDA terhadap perlaksanaan Pengurusan Risiko dalam organisasi bagi menilai tahap pembudayaan amalan mengurus risiko dalam urusan kerja serta keperluan latihan yang berkaitan. Kajiselidik ini telah diedarkan pada 26 Mac 2024 sehingga 7 April 2024. Walau bagaimanapun bilangan respondan yang diterima adalah agak terhad iaitu seramai 283 orang petugas seperti pecahan di lampiran gambar.

Bagi mendapatkan penilaian yang lebih holistik, JPRi akan melanjutkan kajiselidik ini sehingga 19 Mei 2024.

Sehubungan itu, sukacita sekiranya Tuan/Puan dapat memberi kerjasama dengan melengkapkan borang soal selidik ini https://forms.gle/XrG1veWtLrVu65Pm6.


Kaji selidik ini di akan dilanjutkan bermula 3 Mei 2024 sehingga 19 Mei 2024.

PAUTAN SOAL KAJI SELIDIK :

https://forms.gle/XrG1veWtLrVu65Pm6

Address

Thongwa

Telephone

+60326929972

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Kesatuan Pekerja-Pekerja FELDA:

Share