23/02/2021
Assalamualaikum w.b.t.
Selamat pagi sahabat-sahabat sekalian.
semoga apa jua urusan kalian pada pagi ini di permudahkan dan diberkati oleh-Nya.
Sedikit perkongsian pada pagi ni.
Alkisahnya dalam dua minggu lepas, saya menerima panggilan telefon drpd sahabat saya,agak lewat malam pada masa tu, katanya urgent 😮.terkejut jugaklah saya, apa yang urgent tu.
Maka dia pun berceritalah, katanya patient kepada suaminya telah melafazkan lafaz cerai secara takliq dalam nada marah berbunyi seperti berikut:
" Doktor saya nak balik malam ni jugak, kalau Dr. tak bg saya balik malam ni, saya cerai isteri saya"
Maka si isteri yang setia menjaga suami yang sakit siang dan malam, pd ketika itu ada disisi suami terus menangis teresak2 mendengarkan lafaz cerai tersebut kerana mengenangkan nasibnya sekiranya Dr. tidak membenarkan suaminya pulang pada malam tu juga. Nak jd cerita, Dr. tidak membenarkan suami tersebut pulang atas faktor kesihatan suami tersebut yang masih lagi memerlukan perhatian dan rawatan lanjut hospital.
🔺Dalam hal ini, lafaz cerai bukanlah lafaz yang boleh dilafazkan mengikut s**a hati oleh insan yang bernama suami walau dalam apa jua keadaa sekali pun. Perkata "cerai" adalah perkataan yang sangat sensitif dan sangat serius kesannya jika ia dilafazkan.
Sekiranya ianya sabit setelah mendapat pengesahan dari hakim mahkamah syariah, ia akan mengurangkan jumlah talak bergantung kepada bilangan talak yang dilafazkan ketika itu.
Hal ini ditegaskan oleh Nabi SAW di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
ثَلاَثٌ جِدُّهُنَّ جِدٌّ وَهَزْلُهُنَّ جِدٌّ النِّكَاحُ وَالطَّلاَقُ وَالرَّجْعَةُ
Maksudnya: Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu, nikah, cerai, rujuk semula (selepas talak).
Riwayat Abu Daud (2194)
Hadith di atas jelas menunjukkan larangan untuk bermain-main dalam tiga perkara di atas.
👨⚖️ Maka dalam hal yang sebeginu rupa, sekiranya berlaku lafaz cerai dari pihak suami, samada jelas atau pun tidak, hendaklah suami atau isteri tersebut mendapatkan pengesahan dari mahkamah syariah untuk menentukan samada lafaz cerai yang dilafazkan oleh suami itu sah jatuh talak atau pun tidak.
❌ Jangan dibiarkan terlalu lama kerana ianya adalah satu bentuk keraguan yang perlu dipastikan kesahihannya dan orang yang layak dan berhak menentukan sabitnya atau sahnya sesuatu bentuk lafaz cerai adalah HAKIM SYARIE DI MAHKAMAH SYARIAH SAHAJA, dan bukannya ustaz-ustaz atau pun siapa-siapa yang difikirkan layak oleh pihak-pihak.❗️
👉 Sekiranya ianya dirujuk kepada pejabat agama, pejabat agama akan meminta pasangan yang terlibat untuk membuat pengesahan lafaz cerai di mahkamah syariah. Jangan sesekali tunjuk pandai, bila dah lafaz cerai, rujuk sendiri. Ini kerana, sekiranya berlaku perceraian atau ingin bercerai di masa akan datang, lafaz cerai yang dilafazkan sebelum ini, akan turut di ambil kira dan memberi kesan dan penangguhan kes cerai yang sedia ada. Kan dah buang masa.
*Pandangan ini adalah pendapat peribadi penulis dan sekadar pengisian serta perkongsian.Harap bermanfaat.😎✌️.
http://www.wassap.my/60126967914/naknasihat