Panduan Membeli Rumah Dari Peguam

  • Home
  • Panduan Membeli Rumah Dari Peguam

Panduan Membeli Rumah Dari Peguam Page ini dikendalikan oleh seorang peguam hartanah. diwujudkan untuk memberi panduan kepada orang ram

05/01/2026

PROSEDUR MEMBELI RUMAH DARI AGEN.....

Assalamualaikum...ada beberapa orang sahabat saya bertanyakan kepada saya mengenai pembelian rumah..mungkin ada yang risaukan mengenai penipuan dan sebagainya..yalah..saya faham..bagi individu yang membeli rumah..terutamanya rumah pertama, pasti khuatir..risau dan takut..maklumlah..jumlah yang dilaburkan bukan sedikit..jadi di sini..biar saya terangkan secara ringkas mengenai pembelian rumah ini.
pada hari ini saya akan terangkan mengenai pembelian rumah secara subsale (maksudnya beli rumah dari orang..bukan dari developer). saya akan fokuskan mengenai pembelian menggunakan agen ya..

prosedur-prosedur

1. sekiranya anda membeli rumah menggunakan agen..yang pertama anda perlu melawat dahulu rumah yang ingin anda beli tersebut. sekiranya agen tersebut dikenali melalui mudah(laman iklan online), aturkan waktu yang sesuai untuk memeriksa rumah tersebut. Pastikan rumah tersebut berkeadaan baik..tiada kebocoran dan kerosakan-kerosakan lain. sekiranya ada kerosakan, dapatkan penjelasan dari agen tersebut samada adakah penjual akan memperbaiki kerosakan rumah tersebut
2. Setelah memeriksa rumah dan anda masih berminat dengan rumah tersebut, agen akan meminta anda untuk membayar 3 % deposit dari harga rumah tersebut sebagai earnest deposit. pada waktu ini, anda akan menandatangani satu dokumen yang dipanggil surat tawaran membeli. di dalam surat ini kebiasaannya akan dinyatakan bahawa pembeli dan penjual perlu untuk memasuki perjanjian jual beli dalam masa 14 hari dari tarikh surat tawaran membeli tersebut ditandatangani. jika tidak wang earnest deposit anda akan dirampas. Pada peringkat ini, anda perlu bertegas dengan agen untuk juga memasukkan syarat bahawa wang earnest deposit anda perlu dikembalikan jika loan anda tidak lulus. perlu diingat bahawa anda boleh menggunakan "surat Tawaran Membeli" ini untuk memohon pinjaman. jadi pinjaman biasanya hanya akan dipohon setelah wang 3.24% % ini dibayar dan surat tawaran membeli ini ditandatangani. pastikan anda pinta kepada agen tersebut untuk memasukkan syarat tambahan yang saya nyatakan itu, jika tidak..anda berisiko untuk kehilangan wang earnest deposit 3.24 % tersebut sekiranya secara tiba-tiba pinjaman yang anda pohon tidak lulus. Kebiasaannya agen akan membantu anda untuk memohon pinjaman dari bank kerana agen tersebut akan mendapat sedikit komisen dari situ..anda sebenarnya boleh untuk memohon sendiri pinjaman dari bank.jangan tertipu dengan agen bahawa hanya mereka yang boleh menguruskan pinjaman anda. saya ada ramai kawan rapat yang bekerja sebagai pegawai bank termasuk MAYBANK, BIMB, AFFIN,CIMB DLL untuk pinjaman perumahan.anda boleh berhubung dengan saya sekiranya ingin saya membantu untuk memohon loan. saya tidak akan mengenakan sebarang bayaran terhadap anda (Tolong orang kan dapat pahala..untung-untung..nanti pembeli akan lantik saya p**a untuk jadi peguam bagi penyediaan S&P..hehehe..owh bagi yang tak tahu..saya sendiri adalah seorang peguambela & Peguamcara yang beramal di Kuala Lumpur). jadi Bolehla kita keluar minum-minum kat area wangsamaju@ taman Melati bila tuan-tuan free..waktu malam pun takpe kalau saya ada kelapangan (untuk area KL, Negeri Sembilan dan Selangor je la..kalau jauh..xdapek Den nak nolong...maklumlah..tolong free je kan..hehehe)

3. Setelah pinjaman anda telah diluluskan, anda perlu melantik peguam untuk menyediakan Perjanjian Jual Beli (S&P). Pada peringkat ini, sekali lagi agen akan mengesyorkan anda untuk melantik peguam yang mereka s**ai. pelbagai alasan akan diberikan..mudah untuk berkomunikasilah...saya dah biasa dengan mereka lah..dll...hehe..kebiasaannya agen tersebut akan mendapat sedikit komisen sekiranya memperkenalkan anda dengan peguam tersebut. ingin saya ingatkan bahawa anda sebenarnya ada hak untuk memilih peguam anda sendiri. daripada bagi komisen kepada agen..lebih baik anda cari sendiri peguam anda kan..cakap je dengan agen tu "saya dah ada peguam sendiri..untuk peguam saya akan uruskan sendiri" dalam hal ini anda perlu bertegas sebab kalau tidak..agen akan memujuk anda sekeras-kerasnya untuk pergi kepada peguam mereka.maklumlah..dapat komisen.kadang-kadang peguam yang dilantik oleh agen ni..kenal dengan agen tu sendiri,,jadi kepentingan tuan-tuan agak susah untuk dijaga..jadi sebenarnya lebih baik kalau tuan-tuan cari peguam sendiri sebab peguam tersebut akan berkecuali dalam menjaga kepentingan anda sekiranya berlaku sesuatu penipuan dalam urusan tersebut.Ingin saya ingatkan bahawa..yuran guaman bagi pembelian rumah ini adalah sama bagi setiap peguam kerana skala bagi yuran guaman ini dikawal oleh Majlis Peguam. Maknanya peguam tersebut tak boleh caj mahal @ murah dari skala yang ditetapkan..kalau dorang caj mahal sepatutnya..tuan-tuan boleh laporkan kepada Majlis Peguam. jadi pada peringkat ini sebenarnya sekali lagi tuan-tuan boleh hubungi saya dan sekiranya berminat boleh melantik saya untuk menjadi peguam tuan-tuan. boleh hubungi saya juga untuk dapatkan quotation harga.Insyaallah saya akan berikan harga yang berpatutan untuk anda.tapi kenala sediakan beberapa maklumat yang diperlukan seperti:
1) alamat hartanah yang ingin dibeli
2) harga jualan
3) jika ada salinan geran..boleh juga kemukakan kepada saya.
daripada situ saya boleh membuat anggaran kasar mengenai kos guaman yang akan terlibat. kalau nak senang..kita boleh aturkan satu appoinment untuk berjumpa..nak datang ofis saya pun boleh..tapi kalau ada masalah dengan masa..kita boleh aturkan appointment di luar (mamak..kedai makan dll) di luar waktu pejabat. saya selalu berjumpa dengan anakguam saya di kawasan Wangsa maju & Taman Melati pada waktu malam..kadang-kadang hari cuti. maklumlah..anakguam bekerja..susah dapat cuti..jadi jalan terbaik adalah jumpa di luar waktu pejabat sambil ngeteh..saya lagi s**a camnie sebab lebih santai..hehehe..Tu kalau belum dilantikla..kalau dah confirm dilantik untuk uruskan penyediaan S&P nie..saya xde masalah untuk pergi berjumpa anda di tempat anda dan kita boleh berurusan di luar waktu pejabat di mana-mana sahaja. saya akan berjumpa tuan-tuan di tempat tuan-tuan sekiranya tuan-tuan memang tak sudi berkunjung ke pejabat buruk saya,.( dengan syarat kawasan Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sahaja ye) sebab kan dah dapat yuran guaman...kalau xde yuran guaman dan sekadar nak jumpa sembang-sembang..kita jumpa di kawasan Wangsamaju @ Taman Melati sahajalah:).

4. ok..sambung balik..setelah S&P telah siap disediakan oleh peguam yang dilantik, penjual dan pembeli akan menandatangani S&P ini. pada waktu ini, anda sebagai pembeli perlu untuk membayar baki 7% sebagai baki deposit kepada penjual..maka selesailah kerja anda..setelah itu semua kerja akan dilakukan oleh peguam anda..anda hanya tunggu masa untuk menerima kunci rumah..masa yang diambil p**a akan bergantung kepada rumah yang dibeli..kalau rumah tu leasehold..kos rendah dll biasanya akan mengambil masa yang lebih lama sebab perlu dapatkan kebenaran dari pihak berkuasa dll untuk jual rumah tersebut. namun anda xperlu risau sebab kesemua urusan ini akan dikendalikan oleh peguam yang dilantik.

5. setelah selesai kesemuanya..peguam akan menyerahkan baki wang jualan lagi 90% kepada penjual dan dalam masa yang sama, penjual perlu menyerahkan kunci kepada peguam. setelah itu,,kunci p**a akan diserahkan kepada pembeli dan maka dengan ini,,secara rasminya anda telah pun memiliki sebuah rumah..tahniah:)..
Mmudah kan? jadi begitulah serba sedikit mengenai prosedur untuk membeli rumah dari agen..tapi pastikan anda ikut nasihat-nasihat yang telah saya berikan di atas.walaupun nampak mudah, namun anda perlu berhati-hati bagi mengelakkan sebarang penipuan..dapatkan nasihat undang-undang jika ada sebarang keraguan..kalau xpasti..contact saya dan tanya..insyaallah kalau ada kelapangan saya akan membantu..kalau telefon xberjawab..boleh tinggalkan sms..saya boleh dihubungi di

telefon: 018-2345277 (Rizuan) http://www.wasap.my/60182345277

terima kasih..semoga Allah mempermudahkan urusan tuan-tuan membeli rumah..

15/06/2025

RASA MACAM YURAN GUAMAN BELI RUMAH MAHAL SANGAT? MEH SAYA TOLONG KIRA SECARA PERCUMA.

1. Kalau kita beli rumah guna pinjaman bank. kita akan perlu lantik lawyer SPA selepas pinjaman kita lulus.

2. Tapi..Kalau beli rumah guna pinjaman bank, Jangan lantik lawyer selagi pinjaman anda belum lulus..Rugi!!!..karang pinjaman tak lulus, rumah tak jadi beli...dah tu..kena p**a bayar duit lawyer!!!

3. Kalau nk guna loan LPPSA p**a (UTK PENJAWAT AWAM) ..prosedur terbalik sikit. memang prosedurnya nak kena lantik lawyer dulu.. kalau Nak jaga kepentingan kita, kita perlu lantik lawyer sebelum buat apa2 bayaran booking pada agen sebab prosedur nak mohon pinjaman berbeza. jadi ada syarat tambahan yang nak kena isi sebelum boleh bayar booking..kalau tidak..pembeli mungkin boleh dikenakan penalti kelewatan dll. .kena juga pastikan lawyer yang dilantik ada panel dengan LPPSA.

Ingat ya..jangan bayar apa2 pada agen selagi belum lantik lawyer (kalau guna loan LPPSA)..

4. Kalau kita guna agen, agen biasanya akan rekemen lawyer dia untuk jadi lawyer SPA kita. Jadi, sebelum anda buat keputusan nak guna lawyer mana... minta agen untuk dapatkan dulu quotation dari lawyer yang dia nak rekemen tu dan bagi pada anda.

5. saya cadangkan dapatkan juga beberapa quotation dari lawyer lain untuk tujuan perbandingan harga. Kalau nak saya bantu untuk kirakan quotation, boleh juga whassap saya untuk tujuan kira quotation secara percuma.

6. lepas dah bandingkan harga, baru lantik lawyer SPA ni. Hak untuk lantik lawyer SPA ni adalah pada pembeli bukan pada penjual atau agen...so tak perlu risau.. kalau tanya saya..saya nasihatkan pembeli untuk lantik lawyer SPA sendiri untuk pastikan kepentingan kita terjaga. kalau boleh..elak dari guna lawyer yang dicadangkan oleh mana-mana pihak yang ada kepentingan dalam urusan jual beli ni..lantik lawyer anda sendiri yang berkecuali untuk pastikan kepentingan anda terjaga.


7. Nak tau berapa kos guaman rumah anda?Whassap saya harga rumah dan lokasi rumah.. nanti saya tolong anda kirakan kos guaman SPA anda
https://wa.me/60182345277?text=quo%20SPA

8. kalau anda baru nak beli rumah..@ baru nak tengok rumah dengan agen @ nak saya bantu juga untuk bagi nasihat secara percuma cara pembelian rumah ni..boleh whassap saya juga,,saya bantu terangkan perkara penting yang patut korang tau sebelum beli rumah. https://wa.me/60182345277?text=terang%20prosedur%20belirumah

9. Kalau ada apa-apa soalan nak tanya, boleh je whassap 018-234 5277

Penulis adalah merupakan Peguam Hartanah & Peguam Panel LPPSA yang berpengalaman mengendalikan jual beli hartanah di Semenanjung Malaysia.

04/01/2025

PROSEDUR HIBAH RUMAH KEPADA ISTERI,SUAMI ,ANAK ATAU INDIVIDU YANG TERSAYANG.

1. Tahukah anda yang selepas anda beli rumah, anda juga boleh hibahkan rumah tersebut kepada Isteri , anak anda atau sesiapa yang anda ingin hibahkan? Hibah Bersyarat juga boleh dilakukan dan ia memberikan hak pemilikan kepada individu yang anda ingin hibahkan rumah tersebut setelah berlaku kematian anda.

2. Proses hibah ini penting untuk elakkan dari berlaku pertikaian terhadap rumah yang anda beli setelah ketiadaan anda nanti.

3. Umum sedia maklum bahawa di dalam keluarga Islam, sekiranya berlaku kematian, hukum faraid adalah terpakai bagi pembahagian harta yang ditinggalkan oleh simati. Namun oleh kerana berlaku ketidaksepakatan,kadang-kadang berlaku perbalahan di kalangan waris dan sebab itulah adalah penting untuk pengurusan harta @ Hibah dilakukan lebih awal.

4. Kita perlu jelas bahawa walaupun, kita beli rumah ini untuk didiami oleh isteri kita, suami kita ataupun anak-anak kita, tetapi sekiranya berlaku kematian pemilik rumah , waris-waris simati yang lain juga boleh menuntut hak pemilikan terhadap rumah yang kita beli tersebut dan bukannya rumah tersebut akan menjadi hakmilik mutlak Isteri/ suami/ anak kita Sahaja. (Pembahagian adalah mengikut Faraid).

5. Ramai yang salah faham, mereka ingat:

a) Jika suami beli rumah, suami meninggal, rumah tersebut akan jadi milik isteri dan anak. INI TIDAK BENAR!!!; atau

b) jika isteri beli rumah, isteri meninggal, rumah tersebut akan jadi milik suami dan anak. INI JUGA TIDAK BENAR!!!

6. Keadaan sebenar jika mengikut faraid bukan seperti itu . Isteri, suami, atau anak anda mungkin akan dapat bahagian, tapi bukan sepenuhnya kerana ramai lagi waris-waris simati yang layak untuk menuntut bahagian terhadap rumah tersebut seperti Ayah, Ibu, adik beradik, Datuk dll jika pengurusan harta/ wasiat / hibah tidak dibuat (Cara pembahagian ini sedikit rumit untuk saya terangkan di sini. Tapi cukup untuk anda faham bahawa Waris-waris lain berhak terhadap harta ini jika pengurusan harta/ wasiat / hibah tidak dibuat dan jika rumah ini dijual.wang tersebut perlu dibahagi mengikut hak-hak faraid masing-masing).

7. Saya juga ada pengalaman berhadapan kes di mana setelah berlaku kematian suami, waris-waris minta supaya Isteri simati dan anak simati mengosongkan rumah yang dibeli oleh suami supaya rumah tersebut boleh dijual dan dibahagikan wang jualan mengikut bahagian masing-masing. (harap-harap tidak berlaku dikalangan kita.Perlu juga ada sedikit Ehsan. Kasihan kepada anak-anak simati dan isteri simati mana nak cari tempat berteduh).

8. Jadi atas sebab itulah perancangan pengurusan harta adalah penting untuk dilakukan. Jika wasiat adalah merupakan pemberian setelah kematian, Hibah p**a adalah merupakan pemberian/ hadiah yang diberikan sewaktu kita hidup.

9. Dengan perkembangan yang berlaku dewasa ini di Mahkamah Syariah, sekarang Hibah bersyarat juga boleh dilakukan bagi rumah yang kita beli menggunakan pinjaman bank untuk dihibahkan kepada yang tersayang setelah berlaku kematian kita nanti. Sekarang ini, Masyarakat makin Celik tentang kepentingan membuat perancangan pengurusan harta dan banyak anakguam saya apabila mereka beli rumah, terus mereka minta untuk saya menguruskan urusan Hibah samada kepada isteri, anak, mahupun suami mereka.

10. Nak buat proses hibah ini, anda boleh cari peguam yang mengendalikan dokumentasi hibah dan minta peguam tu supaya bantu anda sediakan dokumen hibah ini. Kos untuk hibah ini pun tidaklah terlalu tinggi dan kalau nak saya bantu kirakan kos untuk buat Hibah ini pun boleh whassap pada saya untuk saya terangkan juga https://wa.me/60182345277?text=hibah

11. Begitulah serba sedikit tentang Hibah. Insyallah semoga sedikit perkongsian saya ini memberi manfaat kepada anda semua dan sekiranya ada sebarang persoalan atau perkara yang anda ingin saya bantu jelaskan, boleh juga whassap saya di talian https://wa.me/60182345277?text=hibah

12. Itu sahaja dari saya..jadi kalau nak saya terangkan atau bantu kirakan kos Hibah tu..boleh je whassap saya di:

018-2345277 (Wan)

PENULIS ADALAH MERUPAKAN PEGUAM HARTANAH BERPENGALAMAN YANG MENGENDALIKAN DOKUMENTASI-DOKUMENTASI HIBAH DI MALAYSIA.

12/12/2024

PROSEDUR URUSKAN HARTA SIMATI SELEPAS KEMATIAN? PROSEDUR MENDAPATKAN SURAT KUASA MENTADBIR?

1) Apa yang akan berlaku pada harta milik simati?Bagaimana cara untuk uruskan?mengapa perlu dapatkan Surat Kuasa Mentadbir?

2) Selepas berlaku kematian, kita boleh katakan bahawa harta si mati akan dibekukan. Jadi Rumah simati tak boleh nk jual, duit si mati di dalam akaun tertentu tak boleh bawa keluar .bila tanya bank @ bila kita nk jual rumah tu, orang cakap kena dapatkan Surat Kuasa Mentadbir. Apa tu Surat Kuasa Mentadbir?

3) Nak faham secara mudah, Pemilik harta ada kuasa untuk menguruskan harta seperti nk jual rumah dll..hanya pemilik harta yang boleh sign Agreement nk jual rumah dll..tapi bila pemilik harta dah meninggal,, macam mana pemilik harta tu nak sign agreement utk jual harta dia kan?? Jadi sebab itu lah kita perlu dapatkan SURAT KUASA MENTADBIR untuk melantik salah waris lain supaya diberi kuasa untuk menguruskan harta si mati.

4) Selepas pentadbir dilantik, barulah kita boleh jual rumah si mati dan buat urusan-urusan lain yang berkaitan.

5) Anda boleh melantik peguam untuk bantu dapatkan surat kuasa Mentadbir ni. Setelah anda melantik peguam, Peguam anda akan menerangkan kepada anda beberapa cara dan pilihan yang boleh anda pilih utk urusan mendapatkan surat kuasa mentadbir ni.. Ada cara yang mengambil masa Panjang..dan ada cara yang mengambil masa lebih pendek. Pilihan di tangan anda.

6) Jadi, Bila perlu lantik lawyer untuk dapatkan surat kuasa mentadbir ni? Sebenarnya urusan surat kuasa mentadbir ni perlu dilakukan secepat mungkin kerana kalau berlaku kematian berlapis..proses akan menjadi lebih renyah, rumit dan Panjang.

7) Perlu diingat ya..selagi kita tak selesaikan urusan pusaka dan surat kuasa mentadbir tu.. harta @ rumah kita milik simati tak boleh dijual ya..jadi sebab itulah penting utk kita dapatkan surat kuasa mentadbir tu. Proses juga akan mengambil sedikit masa..sebab itu lah kita kena buat proses ni awal dan bukan tunggu waktu nak jual rumah baru nak mohon dapatkan surat kuasa mentadbir ni.

8) Proses Nampak mudah sebab saya cuba sampaikan dalam Bahasa yang mudah untuk difahami..tapi sebenarnya banyak juga dokumen yang terlibat dan proses-proses yang peguam anda akan kendalikan termasuklah untuk menghadiri bicara permohonan dan lain-lain. Setelah Selesai bicara permohonan selesai, barulah Mahkamah akan mengeluarkan surat kuasa Mentadbir dan Pentadbir baru boleh menguruskan harta simati.

9) Jadi begitulah serba sedikit tentang surat kuasa mentadbir. Sekiranya ada sebarang soalan berkaitan surat kuasa mentadbir ini, boleh whassap Sahaja saya terus di https://wa.me/60182345277?text=Surat%20Kuasa%20Mentadbir

Rizuan,
018-234 5277

PENULIS ADALAH MERUPAKAN SEORANG PEGUAMBELA DAN PEGUAMCARA YANG MENGENDALIKAN URUSAN UNTUK MEMOHON SURAT KUASA METADBIR, PROBATE, PUSAKA, HIBAH DLL.

23/04/2024

PROSES REFINANCE/ PEMBIAYAAN SEMULA PINJAMAN RUMAH UNTUK DAPATKAN CASHBACK/ TUTUP HUTANG-HUTANG LAIN

1. Proses refinance ni biasa orang buat sebab mereka nak dapatkan cash back daripada kenaikan harga rumah yang telah dibeli. Contohnya kita beli rumah pada tahun 2012 pada harga RM150K, tapi pada tahun 2024, mungkin rumah tu dah pun berharga RM250K, jadi ada cash back yang kita boleh dapat dari bank jika kita buat proses refinance ni.

2. Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kita juga boleh gunakan pinjaman perumahan kita untuk tutup hutang-hutang peribadi kita yang lain atau untuk KURANGKAN KOMITMEN BAYARAN BULANAN HUTANG-HUTANG kita.

3. Contohnya kita ada hutang:

a) Hutang rumah berharga RM150,000.00 [ anggaran bayaran bulanan = RM680]

b) Hutang kereta loan RM60,000.00 [ anggaran bayaran bulanan = RM600]

c) Pinjaman peribadi RM20,000.00 untuk 2 tahun [ anggaran bayaran bulanan RM885]

4. Katakan setelah 10 tahun, harga rumah yang kita beli itu telah naik harga pasarannya kepada RM300K, maka kita boleh memohon untuk proses refinance sebanyak RM270K di mana wang tersebut boleh dibelanjakan seperti berikut:

+ RM270,000.00 [ Jumlah yang kita DAPAT dari REFINANCE rumah]

- RM150,000.00 [ tolak untuk bayar hutang rumah. Hutang rumah lama selesai]

- RM60,000.00 [ tolak untuk bayar hutang kereta. Hutang kereta selesai]

- RM20,000.00 [Tolak untuk bayar pinjaman peribadi. PInjaman Pribadi selesai]

= kita bayar habis hutang kereta dan pinjaman peribadi, tapi di tangan ada wang lebihan sebanyak RM40,000.00

Jika dikira, sebelum kita buat proses refinance, kita ada 3 bayaran bulanan (pinjaman rumah, jereta dan pinjaman peribadi) yang perlu dibuat setiap bulan. jumlah bayaran bulanan yang perlu dibuat untuk 3 pinjaman ini adalah= RM2,165.00 [ Rujuk pengiraan di nombor 3].

5. Tetapi setelah kita buat proses refinance, daripada kita ada TIGA (3) PINJAMAN, kita dah tinggal 1 pinjaman kerana 2 lagi pinjaman sebelum ini kita dah bayar hutangnya. namun bayaran bulanan p**a dah dikurangkan kepada= RM1,320.00 berbanding RM2,165.0 yang perlu dibayar sewaktu kita ada 3 pinjaman tadi.

6. Pengiraan di atas adalah contoh ilustrasi bagaimana hutang-hutang yang banyak tersebut dibayar dan disatukan. Sebenarnya pembeli rumah membuat proses refinance ni atas pelbagai sebab tersendiri.

7. Bagi yang tidak tahu, Proses refinance ni boleh dibuat daripada bank ke LPPSA, dari LPPSA ke Bank @ dari Bank kepada bank yang lain.

8. Untuk makluman juga, bagi tujuan refinance ni, sekiranya kita layak, kita tidak perlu bayar apa-apa kos kerana kos tersebut kita oleh finance dan bank yg akan bayar kos tersebut kepada peguam.jadi kita tak perlu keluarkan wang kita sendiri untuk buat proses refinance ini.

9. Cuma kalau nk buat proses refinance ni….kita kena pastikan harga rumah kita dah naik harga pasarannya..jadi seeloknya kita buat refianance ni paling cepat pun dalam tempoh 5 tahun dari Tarikh kita beli rumah tu..

10. Haa…gitulah serba sedikit tentang proses refinance ni..Jadi kalau ada sebarang soalan atau ada rancangan untuk buat urusan Refinance ni, boleh whassap je saya..nanti saya bantu terangkan pada tuan step-step yg nk kena buat utk refinance ni dan kalau nak saya bantu saya juga boleh rujuk tuan-tuan pada banker kenalan saya yang kendalikan urusan refinance ni..xde masalah. whassap je no dekat bawah:

https://wa.me/60182345277?text=refinance%20bank
Wan 018-234 5277

PENULIS ADALAH MERUPAKAN PEGUAM HARTANAH YANG MENGENDALIKAN URUSAN HARTANAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA

23/11/2023

KIRA KOS GUAMAN BELI RUMAH (SPA & LPPSA)

1. Bila beli rumah, Tak kisah samada kita beli rumah direct owner ataupun melalui agen, proses yang wajib dibuat adalah proses melantik lawyer SPA.

2. Ada kos yang perlu dibayar oleh pembeli untuk lantik lawyer SPA ni. Jadi dapatkan quotation lawyer dulu sebelum tuan lantik mana-mana lawyer. boleh hubungi saya untuk saya kirakan kos quotation yuran guaman SPA anda.

3. Kalau beli rumah guna pinjaman bank. kita kena lantik lawyer untuk uruskan urusan SPA selepas loan dah lulus. nak saya bantu untuk mohon pinjaman bank..boleh whassap juga.

4. Kalau nk guna loan LPPSA, kena pastikan lawyer yang dilantik ada panel dengan LPPSA dan perlantikan lawyer dibuat sebelum tuan buat apa2 bayaran pembelian rumah kepada agen @ kepada owner.

5. Nasihat saya kepada pembeli, untuk lawyer SPA ni, kalau boleh, elakkan dari guna lawyer penjual atau lawyer yang pihak ketiga lantik. Dapatkan quotation SPA dari peguam anda, dan lantik lawyer setelah anda dah banding dapat quotation itu.

6. Nak tau berapa kos guaman rumah anda?Whassap saya harga rumah dan lokasi rumah.. nanti saya tolong anda kirakan kos guaman SPA

https://wa.me/60182345277?text=quo%20SPA

Penulis adalah merupakan Peguam Hartanah yang mengendalikan jual beli hartanah di Semenanjung Malaysia.

14/11/2023

PROSEDUR MEMBELI RUMAH DARI AGEN.....

Assalamualaikum...ada beberapa orang sahabat saya bertanyakan kepada saya mengenai pembelian rumah..mungkin ada yang risaukan mengenai penipuan dan sebagainya..yalah..saya faham..bagi individu yang membeli rumah..terutamanya rumah pertama, pasti khuatir..risau dan takut..maklumlah..jumlah yang dilaburkan bukan sedikit..jadi di sini..biar saya terangkan secara ringkas mengenai pembelian rumah ini.
pada hari ini saya akan terangkan mengenai pembelian rumah secara subsale (maksudnya beli rumah dari orang..bukan dari developer). saya akan fokuskan mengenai pembelian menggunakan agen ya..

prosedur-prosedur:

1. sekiranya anda membeli rumah menggunakan agen..yang pertama anda perlu melawat dahulu rumah yang ingin anda beli tersebut. sekiranya agen tersebut dikenali melalui mudah(laman iklan online), aturkan waktu yang sesuai untuk memeriksa rumah tersebut. Pastikan rumah tersebut berkeadaan baik..tiada kebocoran dan kerosakan-kerosakan lain. sekiranya ada kerosakan, dapatkan penjelasan dari agen tersebut samada adakah penjual akan memperbaiki kerosakan rumah tersebut
2. Setelah memeriksa rumah dan anda masih berminat dengan rumah tersebut, agen akan meminta anda untuk membayar 3 % deposit dari harga rumah tersebut sebagai earnest deposit. pada waktu ini, anda akan menandatangani satu dokumen yang dipanggil surat tawaran membeli. di dalam surat ini kebiasaannya akan dinyatakan bahawa pembeli dan penjual perlu untuk memasuki perjanjian jual beli dalam masa 14 hari dari tarikh surat tawaran membeli tersebut ditandatangani. jika tidak wang earnest deposit anda akan dirampas. Pada peringkat ini, anda perlu bertegas dengan agen untuk juga memasukkan syarat bahawa wang earnest deposit anda perlu dikembalikan jika loan anda tidak lulus. perlu diingat bahawa anda boleh menggunakan "surat Tawaran Membeli" ini untuk memohon pinjaman. jadi pinjaman biasanya hanya akan dipohon setelah wang 3% ini dibayar dan surat tawaran membeli ini ditandatangani. pastikan anda pinta kepada agen tersebut untuk memasukkan syarat tambahan yang saya nyatakan itu, jika tidak..anda berisiko untuk kehilangan wang earnest deposit 3% tersebut sekiranya secara tiba-tiba pinjaman yang anda pohon tidak lulus. Kebiasaannya agen akan membantu anda untuk memohon pinjaman dari bank kerana agen tersebut akan mendapat sedikit komisen dari situ..anda sebenarnya boleh untuk memohon sendiri pinjaman dari bank.jangan tertipu dengan agen bahawa hanya mereka yang boleh menguruskan pinjaman anda. saya ada ramai kawan rapat yang bekerja sebagai pegawai bank termasuk MAYBANK,AFFIN,CIMB DLL untuk pinjaman perumahan.anda boleh berhubung dengan saya sekiranya ingin saya membantu untuk memohon loan. saya tidak akan mengenakan sebarang bayaran terhadap anda (Tolong orang kan dapat pahala..untung-untung..nanti pembeli akan lantik saya p**a untuk jadi peguam bagi penyediaan S&P..hehehe..owh bagi yang tak tahu..saya sendiri adalah seorang peguambela & Peguamcara yang beramal di Kuala Lumpur). jadi Bolehla kita keluar minum-minum kat area wangsamaju@ taman Melati bila tuan-tuan free..waktu malam pun takpe kalau saya ada kelapangan (untuk area KL, Negeri Sembilan dan Selangor je la..kalau jauh..xdapek Den nak nolong...maklumlah..tolong free je kan..hehehe)

3. Setelah pinjaman anda telah diluluskan, anda perlu melantik peguam untuk menyediakan Perjanjian Jual Beli (S&P). Pada peringkat ini, sekali lagi agen akan mengesyorkan anda untuk melantik peguam yang mereka s**ai. pelbagai alasan akan diberikan..mudah untuk berkomunikasilah...saya dah biasa dengan mereka lah..dll...hehe..kebiasaannya agen tersebut akan mendapat sedikit komisen sekiranya memperkenalkan anda dengan peguam tersebut. ingin saya ingatkan bahawa anda sebenarnya ada hak untuk memilih peguam anda sendiri. daripada bagi komisen kepada agen..lebih baik anda cari sendiri peguam anda kan..cakap je dengan agen tu "saya dah ada peguam sendiri..untuk peguam saya akan uruskan sendiri" dalam hal ini anda perlu bertegas sebab kalau tidak..agen akan memujuk anda sekeras-kerasnya untuk pergi kepada peguam mereka.maklumlah..dapat komisen.kadang-kadang peguam yang dilantik oleh agen ni..kenal dengan agen tu sendiri,,jadi kepentingan tuan-tuan agak susah untuk dijaga..jadi sebenarnya lebih baik kalau tuan-tuan cari peguam sendiri sebab peguam tersebut akan berkecuali dalam menjaga kepentingan anda sekiranya berlaku sesuatu penipuan dalam urusan tersebut.Ingin saya ingatkan bahawa..yuran guaman bagi pembelian rumah ini adalah sama bagi setiap peguam kerana skala bagi yuran guaman ini dikawal oleh Majlis Peguam. Maknanya peguam tersebut tak boleh caj mahal @ murah dari skala yang ditetapkan..kalau dorang caj mahal sepatutnya..tuan-tuan boleh laporkan kepada Majlis Peguam. jadi pada peringkat ini sebenarnya sekali lagi tuan-tuan boleh hubungi saya dan sekiranya berminat boleh melantik saya untuk menjadi peguam tuan-tuan. boleh hubungi saya juga untuk dapatkan quotation harga.Insyaallah saya akan berikan harga yang berpatutan untuk anda.tapi kenala sediakan beberapa maklumat yang diperlukan seperti:
1) alamat hartanah yang ingin dibeli
2) harga jualan
3) jika ada salinan geran..boleh juga kemukakan kepada saya.
daripada situ saya boleh membuat anggaran kasar mengenai kos guaman yang akan terlibat. kalau nak senang..kita boleh aturkan satu appoinment untuk berjumpa..nak datang ofis saya pun boleh..tapi kalau ada masalah dengan masa..kita boleh aturkan appointment di luar (mamak..kedai makan dll) di luar waktu pejabat. saya selalu berjumpa dengan anakguam saya di kawasan Wangsa maju & Taman Melati pada waktu malam..kadang-kadang hari cuti. maklumlah..anakguam bekerja..susah dapat cuti..jadi jalan terbaik adalah jumpa di luar waktu pejabat sambil ngeteh..saya lagi s**a camnie sebab lebih santai..hehehe..Tu kalau belum dilantikla..kalau dah confirm dilantik untuk uruskan penyediaan S&P nie..saya xde masalah untuk pergi berjumpa anda di tempat anda dan kita boleh berurusan di luar waktu pejabat di mana-mana sahaja. saya akan berjumpa tuan-tuan di tempat tuan-tuan sekiranya tuan-tuan memang tak sudi berkunjung ke pejabat buruk saya,.( dengan syarat kawasan Selangor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur sahaja ye) sebab kan dah dapat yuran guaman...kalau xde yuran guaman dan sekadar nak jumpa sembang-sembang..kita jumpa di kawasan Wangsamaju @ Taman Melati sahajalah:).

4. ok..sambung balik..setelah S&P telah siap disediakan oleh peguam yang dilantik, penjual dan pembeli akan menandatangani S&P ini. pada waktu ini, anda sebagai pembeli perlu untuk membayar baki 7% sebagai baki deposit kepada penjual..maka selesailah kerja anda..setelah itu semua kerja akan dilakukan oleh peguam anda..anda hanya tunggu masa untuk menerima kunci rumah..masa yang diambil p**a akan bergantung kepada rumah yang dibeli..kalau rumah tu leasehold..kos rendah dll biasanya akan mengambil masa yang lebih lama sebab perlu dapatkan kebenaran dari pihak berkuasa dll untuk jual rumah tersebut. namun anda xperlu risau sebab kesemua urusan ini akan dikendalikan oleh peguam yang dilantik.

5. setelah selesai kesemuanya..peguam akan menyerahkan baki wang jualan lagi 90% kepada penjual dan dalam masa yang sama, penjual perlu menyerahkan kunci kepada peguam. setelah itu,,kunci p**a akan diserahkan kepada pembeli dan maka dengan ini,,secara rasminya anda telah pun memiliki sebuah rumah..tahniah:)..
Mmudah kan? jadi begitulah serba sedikit mengenai prosedur untuk membeli rumah dari agen..tapi pastikan anda ikut nasihat-nasihat yang telah saya berikan di atas.walaupun nampak mudah, namun anda perlu berhati-hati bagi mengelakkan sebarang penipuan..dapatkan nasihat undang-undang jika ada sebarang keraguan..kalau xpasti..contact saya dan tanya..insyaallah kalau ada kelapangan saya akan membantu..kalau telefon xberjawab..boleh tinggalkan whassap.saya boleh dihubungi di

email: [email protected]
telefon: 018-2345277 (Rizuan) http://www.wasap.my/60182345277

terima kasih..semoga Allah mempermudahkan urusan tuan-tuan membeli rumah..

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panduan Membeli Rumah Dari Peguam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your practice to be the top-listed Law Practice?

Share