06/02/2020
🔘KEMALANGAN MAUT🔘
Dua minggu kebelakangan ini saya banyak berurusan dengan klien yang berkaitan dengan kemalangan maut. Apabila kemalangan berlaku menyebabkan kematian, waris kepada si mati berhak menerima pampasan dari Insuran kenderaan yang terlibat dengan beberapa syarat. (Akan saya terangkan dalam posting berikutnya)
Contoh (Klien 1)
Encik Rozuan (Suami) merupakan sumber utama pendapatan keluarga, manakala isteri suri rumah sepenuh masa. Suami bijak mencari rezeki dengan kerja pelbagai, isteri diberikan warng belanja setiap bulan. Isteri terima dgn hati yang gembira, cuma tidak pernah ambil tahu soal bisnes atau kerja suami.. tambahan p**a suami perahsia orang nya (biasa dengar kan...)🤔
Yang penting setiap bulan perbelanjaan rumah settle dan suami pun siap bagi duit poket utk isteri shopping atau tujuan lain.
Berapa duit simpanan suami? Apa pelaburan yang suami ada? Berapa hutang bulanan yang suami tanggung (kereta, rumah, loan dll)? Apa nombor PIN kad ATM suami? Semua nya isteri tak tahu..
Suatu hari, isteri dikejutkan dgn berita suami terkorban dalam satu kemalangan maut...
Sedih tak usah dikata.. lebih mengeruhkan keadaan, isteri seolah olah ditinggalkan sehelai sepinggang, sbb;
- Nak keluarkan duit dari saving akaun suami tak boleh (tak tahu PIN). Akaun kena beku.
- Mungkin suami ada beli insuran dan dapat kepada isteri... tapi sementara dah tunggu insuran nyawa lulus, perbelanjaan harian dgn anak2 yg masih kecil macam mana?
- Liabiliti bulanan : ansuran kereta, rumah (kalau ada mrta selamat), personal loan dll masih perlu dilangsaikan seperti biasa.
- Sekiranya wasiat, hibah atau penama kepada harta tidak pernah dibuat, pembahagian akan melalui faraid / pesaka kecil / amanah raya.
- Proses tuntutan insuran juga akan memakan masa dan melalui prosedur tertentu.
Berdasarkan pengalaman saya menguruskan kes tuntutan insurans akibat kemalangan jalan raya, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian;
FAKTA;
▪️Kematian tidak mengenal usia
▪️Kematian tidak menunggu kita bersedia
▪️Ramai yang tidak membuat persediaan / menguruskan soal warisan harta.
JOM KITA UBAH;
▪️Suami isteri tidak perlu berahsia tentang kewangan isi rumah. Sekiranya kita tiada, sudah pasti kita mahukan harta sepencarian akan diwarisi kepada pasangan kita dengan mudah tanpa melalui pelbagai kerenah pentadbiran institusi tertentu
▪️Bagi Isteri yang bergelar suri rumah, didik lah diri agar lebih berdikari seperti ; belajar memandu, mahirkan diri dengan urusan perbankan, ambil tahu butiran pendapatan, liabilit yang ditanggung suami.
▪️Insuran peribadi : cuba ingat polisi yang dibeli dan “keep in touch” dengan agent.
▪️Jaga hubungan dengan jiran-jiran serta kariah masjid. Mana tahu suatu hari merekalah yang akan menguruskan jenazah kita.
Apa Kelebihan Berurusan Dengan Kami?
▪️Berurusan secara terus dengan Peguam tanpa melalui Orang Tengah/Runner Accident/Agent/Ulat
▪️Konsultasi serta penerangan yang jelas dan telus akan diberikan secara PERCUMA.
▪️Tidak perlu membayar wang pendahuluan / “fee open file” serta tiada bayaran kepada Agent / orang tengah.
▪️Diwakili Peguam yang pakar dalam tuntutan kemalangan dan berpengalaman selama 10 tahun dalam bidang ini.
☎☎☎ Terus hubungi kami untuk konsultasi secara PERCUMA
👉 MOHD ARFIF YUSOFF
0⃣1⃣9️⃣7️⃣6️⃣4️⃣9️⃣7️⃣7️⃣5️⃣
MANAGER
KONSULTANT PAMPASAN GANTI RUGI MANGSA KEMALANGAN
https://www.wasap.my/60197649775/claimaccident
https://www.wasap.my/60197649775/claimaccident
https://www.wasap.my/60197649775/claimaccident