27/01/2019
🔴🔴“3 JAM SECARA PERCUMA UNTUK 12 HARI 10 MALAM”🔴🔴
Assalamualaikum wbt kepada semua sahabat yang dihormati lagi dikasihi Allah swt.
Antara perkara yang paling penting dalam ibadat, adalah dengan kita mengetahui tentang hukum-hakam yang disyariatkan di dalamnya.
Orang yang laksanakan ibadat walau hebat macam mana sekalipun, tetapi tanpa ilmu, umpama orang yang isi angin ke dalam tayar pecah yang rosak. Walau lama mana pun diisi, ia tetap tak boleh diguna.
Namun, orang yang laksanakan ibadat walau biasa macam mana sekalipun, tetapi berserta dengan ilmu, umpama minum air kosong. Walaupun tidak rasa apa-apa, manis tidak, pahit tidak, tawar pon tidak, tetapi ia boleh hilangkan dahaga.
Ilmu itu penting! Kita sangat berhajat pada ilmu!
Kerana itu di dalam al-Quran, pada surah az-Zumar ayat 9, Allah swt berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
Maksudnya: Katakan lah kepadanya: “Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?”
Dengan ilmu, kita dapat beribadat dengan tenang.
Dengan ilmu, kita dapat kurangkan kesalahan.
Alhamdulillah, Mutawwif Dhuyuful Rahman menyediakan KURSUS UMRAH PERCUMA di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada:
👉16 Februari 2019 - Masjid Batu Kg Pertama, Permatang Pauh (Jam 9 pagi hingga 12 tengah hari)
👉23 Februari 2019 - Masjid Abdullah Fahim, Bertam, dan Masjid Padang Menora, Tasek Gelugor (Jam 9 pagi hingga 12 tengah hari)
👉24 Februari 2019 - Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh (Jam 9 pagi hingga 12 tengah hari)
🕋 KURSUS UMRAH PERCUMA ini ditawarkan secara TERBUKA kepada SEMUA yang berminat serta mempunyai keinginan yang tinggi untuk jejakkan kaki ke kota suci Mekah al-Mukarramah wa Madinah al-Munawwarah 🕋
Untuk memudahkan bakal-bakal tetamu Allah semua, kami menjemput tuan/puan untuk terus ke group whatsapp kami untuk sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan kursus umrah pada tarikh-tarikh berkenaan. Sila click link di bawah untuk kami santuni anda ☺️
https://chat.whatsapp.com/JtyF99NJtuR8363PC1SR3u