Tetuan Afiqah Atikah & Co

  • Home
  • Tetuan Afiqah Atikah & Co

Tetuan Afiqah Atikah & Co Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tetuan Afiqah Atikah & Co, Criminal lawyer, Lot 1546 Tingkat 2 Wisma Yusmah Taman Sri Tanjung, .

Kelebihan berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:“...
09/07/2022

Kelebihan berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis Riwayat Muslim).

Sepertimana sabda Rasulullah SAW: “Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Dzulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami warga Afiqah Atikah & Co
Siti Atikah Abd Halim

Mencuri waima nilai barang RM2 tetap juga menjadi suatu kesalahan. Apatah lagi mencuri dengan nilai kerugian yang berleb...
08/07/2022

Mencuri waima nilai barang RM2 tetap juga menjadi suatu kesalahan.

Apatah lagi mencuri dengan nilai kerugian yang berlebih-lebihan.

Berbaloikah hanya kerana nilai barang yang sedikit, kita dihumban ke dalam penjara?

Sudahlah rekod sebagai penjenayah dicatat, ditambah p**a dengan rekod sebagai seorang bekas banduan.

Mencuri di dalam bangunan terutamanya, merupakan suatu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara mandatori sehingga 10 tahun jika disabitkan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Bersempena musim perayaan yang hampir tiba, kami di Afiqah Atikah & Co menyeru kepada semua untuk tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah yang pada penghujungnya akan menyusahkan diri sendiri dan keluarga.

Beringat dan bersederhanalah dalam tindakan.

[Gambar sekadar hiasan]

Alhamdulillah hari ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk Bicara Rayuan bagi pihak anakguam. Setelah mendengar hujah ke...
21/06/2022

Alhamdulillah hari ini di Mahkamah Tinggi Kota Bharu untuk Bicara Rayuan bagi pihak anakguam.

Setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, Mahkamah menolak rayuan Perayu, dan mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen untuk hukuman berbentuk bon berkelakuan baik di bawah seksyen 294 KTJ selama 3 tahun dengan cagaran sebanyak RM10,000.

Rezeki anakguam diberikan peluang kedua, smg mampu dijadikan pengajaran kepda diri sendiri dan masyarakat sekeliling.

Alhamdulillah anakguam dan ibu boleh berhari raya dengan lega dan gembira nanti. Anakguam lepas dan bebas bagi dua pertu...
28/04/2022

Alhamdulillah anakguam dan ibu boleh berhari raya dengan lega dan gembira nanti.

Anakguam lepas dan bebas bagi dua pertuduhan di bawah Seksyen 9(1) dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.


Siti Atikah Abd Halim
Amran

16/04/2022

Dah menjadi kebiasaan menjelang aidilfitri, mesti lebih meriah sekirang diserikan dengan permainan bunga api dan mercun.

S**a untuk kami ingatkan kepada semua bahawa menjual atau memiliki mercun tanpa kebenaran yang sah adalah salah di sisi undang-undang.

Atas kesalahan itu shj, anda boleh dihukum bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Denda pun kalau gagal dibayar maka melingkuplah anda di dalam penjara.

Silap haribulan, beraya dalam penjara. Nak ke?

01/04/2022

Kami di Afiqah Atikah & Co mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut ramadhan, semoga ramadhan kali ini diserikan dengan kesihatan yang baik agar kita sama - sama berpeluang menambah amal kebajikan!

Juga semoga kita sama-sama mengamalkan pendekatan yang selamat dalam beraktiviti.

Kekal selamat dan istiqamah!

Selamat ulangtahun yang ke 5 buat Afiqah Atikah & Co.!

27/03/2022

GURU DAN MEDIA SOSIAL

Memandangkan musim persekolahan yang bermula, media sosial rancak dengan perkongsian pengalaman ibu bapa baru atau lama berkongsi pengalaman menyediakan anak-anak ke sekolah, dan sewaktu mengambil anak-anak p**ang dari sekolah. Harus diakui, perkongsian tersebut kebanyakannya menghiburkan.

Tidak kurang juga dengan perkongsian daripada kaum guru yang turut sama tidak mahu ketinggalan daripada hype ini, apabila ramai guru-guru bertindak berkongsi gambar-gambar dan rakaman video ragam anak-anak murid di sekolah.

Harus diakui, bidang pendidikan zaman ini memerlukan seorang guru merakam video pembelajaran. Ini kerana, perbincangan dua hala dan refleksi di antara guru dan murid sewaktu pembelajaran dapat diwujudkan.

Namun begitu, terdapat segelintir guru yang terlalu alpa menggunakan media sosial meskipun pada waktu akademik. Contohnya, membuat live di media-media seperti Tiktok, Facebook dan sebagainya. Malah ada juga yang membuat posting bertujuan utk meluah perasaan tentang tugas harian sehinggakan tidak sedar ianya boleh menjatuhkan maruah guru sendiri serta maruah anak murid yang dirakam.

Pesanan kepada semua guru-guru dan masyarakat di luar sana agar memeriksa semula kandungan butirtan video yang dirakam sebelum memuat naik di media sosial. Khuatir sekiranya rakaman yang dimuat naik boleh mendatangkan fitnah atau menyebabkan maruah dan hati seseorang terguris. Apatah lagi membuka ruang kepada diri sendiri untuk diambil tindakan undang-undang.

Jadilah pengguna media sosial yang bijak!

25/03/2022

Kami di Afiqah Atikah & Co mengucapkan Selamat Hari Polis kepada semua anggota polis yang berkhidmat tanpa mengira masa dan tenaga untuk kesejahteraan kita semua. Meskipun tuntutan tugas kadang kala menyebatkan berlakunya perdebatan antara kami, namun ianya tudak menghalang kami untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti anggota polis dalam menjalankan tugas.

Polis dan rakyat berpisah tiada!

20/03/2022

Dalam kehidupan seharian, kita tak lari dengan peraturan-peraturan, undang-undang dan adab.

Waima dalam sekecil-kecil perkara yang kita buat, ada adab dan tertib yang kita kena ambil peduli.

Contohnya ADAB kalau ada kes di Mahkamah.
Terutamanya untuk orang awam, tak kiralah anda memakai khidmat peguam percuma atau peguam berbayar. Ada adab-adab yang kena diambil peduli.

Antaranya:

1. Hadir awal ke Mahkamah. Mahkamah mula bersidang jam 9pg selalunya, hadirlah 30 minit lebih awal, untuk mudahkan urusan court officer dan kelancaran kes.

2. Sekiranya ada diwakili peguam, maklumkan awal-awal pada peguam asbab kelewatan. Cirit birit ke, senggugut ke, patah hati ke atau kereta rosak ke. Kalau sakit dan tidak dapat hadir, lebih elok sekiranya dapat disertakan MC daripada klinik atau hospital. Kena ingat, peguam bukan ada kes anda sahaja utk dihadiri.

3. Dahulukan kes anda daripada urusan lain. Kalau boleh, berilah keutamaan pada kes mahkamah. Khuatir sekiranya bagi penama yang dibebaskan dgn ikat jamin, sekiranya gagal hadir atau gagal tunjuk sebab yang baik kerana tidak dpt hadir, mahkamah akan ramps duit jamin dan keluarkan waran tangkap.

4. Bagi individu yang jadi penjamin, harus faham tugas dan tanggungjawab memastikan kehadiran Orang Kena Tuduh. Jika tidak, rujuk perenggan 3 di atas.

5. Padamkan atau tetapkan mode telefon pada mode senyap. Khuatir akan mengacau ganggu mahkamah lebih-lebih lagi kalau kantoi anda tengah browse Tiktok video promo drama tv seksi lakonan artis sasa malaysia.

6. Jangan sesekali ambil gambar atau rekod mana-mana bahagian dalam persidangan Mahkamah. Telefon anda boleh dirampas dan boleh dikenakan tindakan.

7. Jaga adab dan kelakuan di dalam Mahkamah, baik cara bercakap, cara duduk dan cara menyapa mahkamah. Jangan tidur berdengkur dalam mahkamah. Kalau nak tidur, balik tidur di rumah.

8. Jangan menangis dalam mahkamah. Lebih-lebih lagi bila tengok ahli keluarga digari , dibawa masuk ke kandang saksi dan dibawa masuk ke dalam lokap. Ini bukan sinetron. Ini mahkamah. Kalau tak nak menangis, awal-awal lagi jangan buat kesalahan apa-apa.

9. Hormati satu sama lain. Hormati Tuan Majistret, Pendakwa Raya, Jurubahasa, Polis Mahkamah, Peguam dan orang awam yang lain.

Adab dijunjung, budaya disanjung, tak gitu?

18/02/2022

Acap kali kita dikejutkan dengan berita jenayah membabitkan individu yang berada di bawah pengaruh dadah.

Anak kelar ibu,
Anak tendang bapa,
Suami pukul isteri

Asbab utamanya adalah kerana keengganan mangsa memberikan wang kepada pelaku untuk membeli bekalan najis dadah tersebut.

Masalah penyalahgunaan dadah boleh berpunca daripada banyak sebab, antaranya:
1. Pengaruh sekeliling
2. Curiosity
3. Sejarah keluarga
4. Masalah kesihatan
5. Kesunyian

Dan banyak lagi.

Namun begitu, adalah dinasihatkan, sekiranya ada ahli keluarga atau individu terdekat yang mula terjebak dgn perkara ini, laporkan kepada pihak-pihak yang sepatutnya, supaya tindakan awal dapat di ambil.

16/02/2022

Rentetan kenaikan kes Covid-19 yang semakin berterusan khususnya di negeri Kelantan, kami di Tetuan Afiqah Atikah & Co menyeru kepada semua lapisan masyarakat agar lebih berwaspada dan mengamalkan SOP yang selamat bagi membendung perkara ini daripada berterusan. Kami percaya kita bukan hanya jaga kita tetapi kita juga bertanggungjawab menjaga orang lain terutamanya mereka yg berisiko.

Kekal selamat!

09/02/2022

Permulaan tahun 2022 menyaksikan ahli keluarga Afiqah Atikah & Co ditimpa kehilangan demi kehilangan. Kami menyaksikan kedua-dua Rakan Kongsi Tetuan Afiqah Atikah & Co kehilangan seorang bapa saudara dan kakak ipar. Kami turut menyaksikan staff kami Puan Hasni, kehilangan ayahanda tercinta.

Kehilangan demi kehilangan ini juga pada masa yang sama membawa kesedaran kepada kami untuk lebih bijak dalam menangani urusan harta pusaka.

Kerana kebanyakan masyarakat hari ini menganggap topik harta pusaka seperti satu taboo yang tidak wajar untuk dibincangkan lebih-lebih lagi sebelum kematian.

Namun, jika dilihat pada satu sudut, adalah memudahkan sekiranya, pengurusan harta pusaka ini dirancang seawal mungkin bagi mengelakkan isu-isu perebutan-perebutan dan tentangan-tentangan yang boleh menyebabkan terputusnya ikatan kekeluargaan.

Jadilah individu yang bijak. Rancanglah harta pusaka anda sebaiknya.

Address

Lot 1546 Tingkat 2 Wisma Yusmah Taman Sri Tanjung

15200

Telephone

+6097384342

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tetuan Afiqah Atikah & Co posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tetuan Afiqah Atikah & Co:

  • Want your practice to be the top-listed Law Practice?

Share