Dato' Zainul Rijal Abu Bakar

Dato' Zainul Rijal Abu Bakar Lawyer

19/04/2026

Sejak malam tadi ramai yang bertanya saya mengenai pemecatan DYMM Yam Tuan Negeri Sembilan. Malam tadi rata-ratanya saya menjawab tidak tahu kerana saya belum membaca Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan. Awal pagi ini saya membacanya secara keseluruhan tetapi saya rasa eloklah saya tidak menzahirkan pandangan saya dahulu. Saya bukan rakyat Negeri Sembilan, saya hanya membuat pendirian berdasarkan pembacaan undang-undang saya sahaja bukannya dipalu adat. Biarlah pendirian itu saya pegang sendiri melainkan ada pihak yang memintanya.

Saya juga tidak mahu mendahului pihak berotoriti apatah lagi memburukkan keadaan. Membaca Perlembagaan dan Undang Undang Tubuh Negeri tidak sama seperti membaca Undang Undang biasa yang lain. Pelbagai kaedah tafsiran perlu disarung agar ianya tidak menanggalkan adat berkuatkuasa.

Walau bagaimanapun satu perkara yang saya pegang ialah isu ini adalah ‘non-justiciable’. Non justiciable bermakna tidak boleh diputuskan oleh mahkamah. Mahkamah tidak berbidang kuasa mendengar dan memutuskannya. Ada banyak kes yang diputuskan sedemikian.

p/s Selamat Tinggal Malaya untuk beberapa hari ini. Kena pergi menoreh di Bumi Kenyalang p**ak. Jangan panggil saya p**ang segera ya.

17/04/2026

PERPADUAN YANG SEMAKIN MERUNCING

Perpaduan merupakan asas utama kestabilan sesebuah negara majmuk seperti Malaysia. Namun sejak kebelakangan ini, terdapat tanda-tanda bahawa perpaduan nasional semakin meruncing akibat pelbagai faktor termasuk ketegangan antara kaum, isu agama, politik identiti, serta tindakan segelintir pihak yang mendakwa memperjuangkan perpaduan tetapi gagal mematuhi undang-undang. Artikel ini membincangkan punca-punca kemerosotan perpaduan, peranan undang-undang dalam mengekalkannya, serta cabaran yang timbul apabila terdapat kelompok minoriti yang menggunakan naratif perpaduan untuk menghalalkan tindakan yang bertentangan dengan peraturan.

Malaysia dibina atas asas kepelbagaian kaum, agama, dan budaya. Sejak merdeka, usaha untuk membina perpaduan telah menjadi agenda nasional melalui pelbagai dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Rukun Negara, dan pelbagai inisiatif integrasi sosial. Namun, realiti semasa menunjukkan bahawa perpaduan ini tidak statik, sebaliknya sentiasa diuji.

Dalam era globalisasi dan media sosial, isu-isu sensitif menjadi lebih mudah tersebar dan dimanip**asi. Perpaduan bukan sahaja dicabar oleh perbezaan, tetapi juga oleh tafsiran yang berbeza tentang hak, kebebasan, dan undang-undang. Lebih membimbangkan apabila terdapat segelintir pihak yang mengangkat slogan perpaduan, tetapi dalam masa yang sama mengabaikan keperluan mematuhi undang-undang negara.

Antara indikator jelas bahawa perpaduan semakin terjejas termasuk:

i) Polarisasi Kaum dan Agama
Perbincangan awam semakin menunjukkan garis pemisah yang jelas antara kaum dan agama. Isu-isu seperti pembinaan rumah ibadat, penggunaan kalimah tertentu, dan hak pendidikan sering mencetuskan perdebatan yang bersifat emosional dan kadangkala ekstrem.

ii) Penyalahgunaan Media Sosial
Media sosial menjadi platform utama penyebaran sentimen perkauman dan keagamaan. Maklumat yang tidak sahih atau bersifat provokatif mudah tersebar tanpa kawalan, sekali gus memburukkan keadaan.

iii) Politik Identiti
Pendekatan politik yang berasaskan kaum atau agama menyumbang kepada ketegangan. Apabila isu perpaduan dipolitikkan, ia bukan lagi menjadi agenda nasional tetapi alat untuk meraih sokongan.

Peranan Undang-Undang dalam Menjamin Perpaduan

Undang-undang berfungsi sebagai mekanisme utama untuk mengekalkan keharmonian dalam masyarakat majmuk. Antara prinsip penting termasuk:

Kedaulatan Undang-Undang

Setiap individu dan kump**an mesti tertakluk kepada undang-undang yang sama. Tiada pihak boleh bertindak di luar kerangka undang-undang atas alasan kebebasan atau perpaduan.

Perlindungan Hak Asasi

Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan beragama dan hak-hak tertentu, tetapi kebebasan ini tidak mutlak. Ia tertakluk kepada sekatan demi keselamatan, ketenteraman awam, dan moral.

Penguatkuasaan yang Konsisten

Tanpa penguatkuasaan yang tegas dan adil, undang-undang akan hilang wibawa. Ini boleh menggalakkan pihak tertentu mengambil kesempatan.



Dalam konteks ini, penting untuk membezakan antara perjuangan sah untuk perpaduan dan tindakan yang menyalahgunakan konsep tersebut.

Perjuangan Sah

Tidak dinafikan terdapat golongan minoriti yang benar-benar memperjuangkan perpaduan melalui dialog, pendidikan, dan pemahaman antara budaya. Usaha ini perlu disokong dan dihargai.

Penyalahgunaan Naratif Perpaduan

Namun, terdapat juga kelompok yang menggunakan slogan perpaduan untuk menghalalkan tindakan yang melanggar undang-undang, menuntut hak secara tidak seimbang tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat dan menolak peraturan dengan alasan kebebasan atau hak minoriti

Atas nama perpaduan tidak bermakna kita boleh sewenang-wenangnya membelakangkan atau tidak mematuhi undang-undang. Malah lebih teruk lagi kita mendesak pihak berkuasa untuk membetulkan tidakan kita yang melanggar undang-undang kerana sensitiviti masyarakat. Malah ada yang menuntut pampasan jika perlanggaran undang-undang itu hendak diperbaiki. Jangan berselindung di sebalik nama perpaduan, menuntut orang lain mematuhi undang-undang tetapi sendiri melanggarnya.

Jika parameter undang-undang tidak digunakan untuk membentuk perpaduan parameter apakah lagi yang hendak digunakan? Perpaduan mesti diuli dengan kebijaksanaan dan kebijaksanaan itu hendaklah digaul mengikut sukatan undang-undang.

25/02/2026

Hari ini 33 tahun yang lalu, juga di bulan suci Ramadan, aku mencapai cita-citaku apabila diterima dan didaftarai sebagai Peguam Bela dan Peguam Cara Mahkamah Tinggi Malaya. Saya merupakan peguam pertama diterima masuk di Mahkamah Tinggi Shah Alam kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam baru diwujudkan dan menumpang di Menara Perangsang ketika itu.

Ingat lagi mak dan abah hadir ketika itu dan berlinang air mata mereka kerana tak ramai anak Melayu yang jadi peguam ketika itu. Terima kasih kepada Mr K Manoharan yang menjadi master saya ketika itu. Mrs Kandiah mewakili Majlis Peguam dan Jawatan kuasa Peguam Kuala Lumpur/Selangor dan Dato Setia Salehuddin Saidin mewakili Peguam Negara. Prosiding di hadapan YA Dato Azmel Maamor yang kini telah bersara sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.

Rasa baru lagi dan banyak lagi perlu dipelajari. Telah merasai jatuh bangun dalam profession ini ia banyak mengajar erti kesungguhan, amanah, dedikasi dan perjuangan.

24/02/2026

Alhamdulillah awal pagi tadi kita telah berjaya meruntuhkan rumah anutan haram di atas tanah milik Yayasan Kubra tanpa apa-apa rusuhan dan berjalan dengan lancar. Pihak polispun ada memantau keadaan walaupun pada mulanya kita agak skeptikal dengan pihak polis. Terima kasih kepada PDRM.

Ada tiga perkara yang saya nak katakan:

1. Gerakan ini melibatkan ramai orang Islam dan juga bukan Islam. Ia hasil dari pelbagai mesyuarat dan cadangan pelbagai pihak. Tak sia-sia mesyuarat sampai jam 12 malam tadi. Para peguam mengatur strategi perundangan, activist p**a merangka aktiviti, NGO Islam melaksanakan prancangan yang diketuai oleh Tok Cindai, Panglima Aduka dan Ustaz Masrizi. Gabungan ini sangat berperanan dan saling lengkap melengkapi.
2. Semasa meruntuhkan rumah anutan haram tersebut, kita masih menghormati agama lain. Buktinya kita tidak memecahkan patung-patung sembahan mereka. Kita Cuma alihkan sahaja kedudukan mereka dan kemudiannya mereka membawa patung-patung tersebut ke tempat lain. Jadi ini bukan isu agama. Pihak yang membangkitkan isu agama dan perkauman itulah yang sebenarnya rasis. Rumah anutan yang mengikut undang-undang kita tak pertikaipun malah Islam melindungi kebebasan beragama.
3. Ada yang kata kami sangka akan robohkan rumah anutan jam 5 petang kenapa roboh awal pagi? Saya cuma boleh kata jemputan jam 5 petang itu untuk gotong royong membersihkan tanah Yayasan Kubra (termasuk membersihkan saki baki rumah struktur rumah anutan haram) kita tak kata pukul 5 untuk robohkan rumah anutan haram. Lagipun kalau ramai sangat datang nanti kita tak boleh kawal. Biarlah strategi dirancang oleh kump**an yang kecil kerana kami juga mengambil kira beberapa kemungkinan termasuk isu perundangan.

Saya tiada malam tadi kerana pagi ini saya ada perbicaraan. Pada yang komplen kenapa saya takde, saya katakan tak semua tempat saya kena ada. Saya dan beberapa peguam lain cuma pantau dari segi perundangan sahaja.

Alhamdulillah alaa kulli hal. Tidak lupa juga terima kasih kepada semua yang mendoakan perjuangan ini termasuklah para asatizah dan ilmuan. Paling tak lupa pencetus isu ini Tamim Dahri. Kita boleh bersatu.

Kepada semua umat Islam
18/02/2026

Kepada semua umat Islam

Address

Subang Jaya
47620

Telephone

+60380819551

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dato' Zainul Rijal Abu Bakar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dato' Zainul Rijal Abu Bakar:

Share