UFM Uitm Radio

Call Website

UFM Uitm Radio Radio UFM merupakan radio universiti yang pertama di Malaysia di bawah kelolaan FKPM UiTM Shah Alam twitter.com/ufm936official

10/11/2026

"Disebalik Asap Realiti Dadah dan V**e Dalam Kalangan Generasi Muda

05/11/2026

Temubual radio secara langsung di UFM Radio bersama Puan Azlina Aripin, Ketua AADK Daerah Sabak Bernam dengan topik perkongsian :-
"Disebalik Asap Realiti Dadah dan V**e Dalam Kalangan Generasi Muda"
🎙️TikTok Live (radioufm)
📱Online Radio UFM : http://radiouitm.uitm.edu.my/ufmlive
📱 Facebook rasmi Radio UFM : https://www.facebook.com/radioufm

UFM - Info Muzik & Terkini

Ikuti temubual radio secara langsung di UFM Radio bersama Puan Azlina Aripin, Ketua AADK Daerah Sabak Bernam dengan topi...
04/11/2026

Ikuti temubual radio secara langsung di UFM Radio bersama Puan Azlina Aripin, Ketua AADK Daerah Sabak Bernam dengan topik perkongsian :-

"Disebalik Asap Realiti Dadah dan V**e Dalam Kalangan Generasi Muda"
10.00 pagi | 05 November 2026 | hanya di UFM - Info Muzik & Terkini

📻🎙️TikTok Live (radioufm)
📱Online Radio UFM : http://radiouitm.uitm.edu.my/ufmlive
📱 Facebook rasmi Radio UFM : https://www.facebook.com/radioufm

04/11/2026

Siaran langsung di UFM Radio dalam slot "Tetamu Hari Ini" dengan tetamu jemputan Profesor Madya Ts. Dr. Norhaslinda Kamaruddin, Pengarah Pusat Pengurusan Risiko Universiti Teknologi MARA (UiTM). dengan topik perbincangan "Celik Risiko, Kualiti Terpelihara".

03/11/2026

𝟳 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨, 𝟳 𝗗𝗘𝗞𝗔𝗗 𝗨𝗶𝗧𝗠. 𝗦𝗔𝗧𝗨 𝗟𝗘𝗚𝗔𝗦𝗜 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗠𝗘𝗞𝗔𝗥.

Daripada Tan Sri Dato’ Academician Ir. Dr. Ahmad Zaideen Laidin hinggalah Profesor Datuk Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc, tujuh tokoh telah mencurahkan kepimpinan, pengalaman dan visi dalam menerajui Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Setiap era hadir dengan cabaran tersendiri. Setiap kepimpinan p**a meninggalkan sejarah dan legasi yang menjadi sebahagian daripada perjalanan UiTM.

Masih ingat, siapakah yang menerajui UiTM ketika anda dalam pengajian?

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

03/11/2026

𝗦𝗘𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜-𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗬𝗕𝗛𝗚. 𝗣𝗥𝗢𝗙𝗘𝗦𝗢𝗥 𝗗𝗔𝗧𝗨𝗞 𝗧𝗦. 𝗗𝗥. 𝗦𝗛𝗔𝗛𝗥𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗕 @ 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗕𝗨𝗗𝗗𝗜𝗡, 𝗙𝗔𝗦𝗰

Seluruh warga Universiti Teknologi MARA (UiTM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, FASc atas segala jasa, kepimpinan berwawasan, dan khidmat bakti yang dicurahkan sepanjang berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA.

𝑻𝒂𝒂𝒘𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒌𝒆𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒎𝒂𝒂𝒏,
𝑻𝒂𝒃𝒂𝒚𝒚𝒖𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒃𝒊𝒄𝒂𝒓𝒂,
𝑯𝒖𝒔𝒏𝒖𝒛𝒐𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏
𝑰𝒉𝒔𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒂𝒎𝒂𝒍𝒂𝒏.

Semoga segala nasihat, gagasan, dan ilmu yang dititipkan terus menjadi panduan buat seluruh warga UiTM untuk melangkah dengan lebih baik, bekerja dengan penuh keikhlasan, serta sentiasa meletakkan reda Allah SWT sebagai tujuan.

Semoga YBhg. Datuk sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, perlindungan, serta keberkatan dalam setiap lapangan yang diceburi kelak!

Tulus ikhlas daripada Seluruh Warga UiTM.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

03/11/2026

𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜: 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗞𝗔𝗡 𝗙𝗨𝗡𝗚𝗦𝗜 𝗡𝗔𝗜𝗕 𝗖𝗔𝗡𝗦𝗘𝗟𝗢𝗥 𝗨𝗶𝗧𝗠

​Sukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), YBrs. Profesor Dr. Yamin Yasin, menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

​Penugasan ini berkuat kuasa mulai 2 November 2026 (22 Jamadilawal 1448H).

Selamat menjalankan tugas dan amanah dalam menerajui kecemerlangan institusi keramat ini!

Daripada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Pengurusan Eksekutif, serta Seluruh Warga UiTM.

𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗨𝗻𝗴𝗴𝘂𝗹 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗕𝘂𝗺𝗶𝗽𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮 𝗣𝗿𝗼𝗳𝗲𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹
اوسها تقوى موليا

Ikuti siaran langsung di UFM dalam slot "Tetamu Hari Ini" dengan tetamu jemputan Profesor Madya Ts. Dr. Norhaslinda Kama...
03/11/2026

Ikuti siaran langsung di UFM dalam slot "Tetamu Hari Ini" dengan tetamu jemputan Profesor Madya Ts. Dr. Norhaslinda Kamaruddin, Pengarah Pusat Pengurusan Risiko Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Topik : "Celik Risiko, Kualiti Terpelihara"
Tarikh: 4 November 2026 (Rabu)
Masa: 10:00 pagi - 11:00 pagi
Audio Streaming : http://radiouitm.uitm.edu.my/ufmlive
Facebook rasmi Radio UFM : https://www.facebook.com/radioufm
Atas talian: TikTok Live (radioufm)

UFM, Info & Muzik Terkini

JUAL BUNGA KONVOKESYEN; PELAJAR RAIH PENGALAMAN BEKERJA SAMBILANOleh: Fatin Najiha, Akmal HaziqPEMBERIAN BUNGA KEPADA GR...
03/11/2026

JUAL BUNGA KONVOKESYEN; PELAJAR RAIH PENGALAMAN BEKERJA SAMBILAN
Oleh: Fatin Najiha, Akmal Haziq

PEMBERIAN BUNGA KEPADA GRADUAN BUKAN SEKADAR TRADISI KETIKA ISTIADAT KONVOKESYEN, SEBALIKNYA MENJADI SIMBOL KASIH SAYANG DAN PENGHARGAAN KELUARGA DALAM MERAIKAN KEJAYAAN INSAN TERSAYANG.
PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER, PENGKOMPUTERAN NETCENTRIC,NUR ALEYAH MARDHIYAH ZAKI, 21, MENGAMBIL PELUANG MENYERTAI PERNIAGAAN BUNGA KONVOKESYEN SEBAGAI PEKERJA SAMBILAN SEMPENA ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) KE-105.

MENURUTNYA, PENGLIBATAN PERTAMA KALI DALAM BIDANG TERSEBUT MEMBERIKAN PENGALAMAN BAHARU, SELAIN PELUANG BERINTERAKSI DENGAN IBU BAPA DAN AHLI KELUARGA YANG HADIR UNTUK MERAIKAN GRADUAN.

DIA BERKATA, GERAI BERKENAAN MENAWARKAN PELBAGAI PILIHAN BUNGA TERMASUK BUNGA SEGAR, BUNGA SABUN DAN BUNGA TIRUAN YANG DIIMPORT BAGI MEMASTIKAN KETAHANAN LEBIH LAMA.
PENGALAMAN TERSEBUT BUKAN SAHAJA MEMBERINYA PENDEDAHAN DALAM BIDANG PERNIAGAAN, MALAH MEMBOLEHKANNYA MENYAKSIKAN SENDIRI NILAI KASIH SAYANG DAN PENGHARGAAN KELUARGA YANG DIZAHIRKAN MELALUI PEMBERIAN BUNGA SEBAGAI KENANGAN SEMPENA HARI BERSEJARAH GRADUAN. -TAMAT-

UFM, Info & Muzik Terkini

KARNIVAL ULANG TAHUN KE-52 PUSAT KESIHATAN UITM GALAK KESEDARAN KESIHATAN DAN KESUKARELAWANANOLEH: AKMAL HAZIQ DAN FATIN...
03/11/2026

KARNIVAL ULANG TAHUN KE-52 PUSAT KESIHATAN UITM GALAK KESEDARAN KESIHATAN DAN KESUKARELAWANAN

OLEH: AKMAL HAZIQ DAN FATIN NAJIHA

SHAH ALAM – PENGANJURAN KARNIVAL ULANG TAHUN KE-52 PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM) SHAH ALAM MENJADI PLATFORM UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI KEPENTINGAN PENJAGAAN KESIHATAN DALAM KALANGAN WARGA UNIVERSITI, SELAIN MENYEMARAKKAN BUDAYA KESUKARELAWANAN MENERUSI KEMPEN DERMA DARAH.

KETUA JURURAWAT PUSAT KESIHATAN MERANGKAP KETUA PENGANJUR KARNIVAL, MAZNAH ABDUL JALIL BERKATA, PROGRAM YANG BERLANGSUNG DARI 28 HINGGA 30 NOVEMBER 2026 ITU BERTUJUAN MENGUBAH PERSEPSI MAHASISWA TERHADAP FUNGSI PUSAT KESIHATAN YANG BUKAN SEKADAR MENJADI TEMPAT MENDAPATKAN RAWATAN KETIKA SAKIT, MALAH TURUT MENYEDIAKAN PELBAGAI KEMUDAHAN KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN.

MENURUTNYA, ANTARA KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN TERMASUK KLINIK OBESITI, KLINIK KAUNSELING DAN GIMNASIUM YANG BOLEH DIMANFAATKAN OLEH WARGA UNIVERSITI BAGI MENJAGA KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL.

BELIAU BERKATA, PELBAGAI PENGISIAN TURUT DISEDIAKAN SEPANJANG KARNIVAL, ANTARANYA PAMERAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PELAJAR, PAMERAN PERALATAN FARMASI, JUALAN MADANI, PROGRAM FUN WALK SERTA KEMPEN DERMA DARAH DENGAN KERJASAMA BEBERAPA AGENSI LUAR DAN BADAN BERUNIFORM TERMASUK BULAN SABIT MERAH DAN HEAL X.

MENGULAS SAMBUTAN TERHADAP PROGRAM BERKENAAN, MAZNAH BERKATA, PIHAK PENGANJUR PADA AWALNYA BIMBANG JUMLAH KEHADIRAN PENGUNJUNG AKAN TERJEJAS BERIKUTAN KEADAAN JEREBU YANG MENYEBABKAN SEBAHAGIAN PELAJAR MENGIKUTI PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN, MANAKALA KAKITANGAN UNIVERSITI MELAKSANAKAN PENGATURAN KERJA SECARA HIBRID PADA HARI TERTENTU.

BAGAIMANAPUN, KEMPEN DERMA DARAH MENUNJUKKAN PERKEMBANGAN POSITIF APABILA JUMLAH PENDERMA HAMPIR MENCAPAI SASARAN YANG DITETAPKAN.

SEHUBUNGAN ITU, BELIAU MENGALU-ALUKAN PENYERTAAN MAHASISWA, KAKITANGAN DAN PESARA UITM DALAM PROGRAM BERKENAAN, SELAIN BERHARAP WARGA UNIVERSITI LEBIH PEKA TERHADAP HEBAHAN AKTIVITI YANG DIANJURKAN.

MENURUT MAZNAH, KIRA-KIRA 70 PERATUS KUMPULAN SASARAN KARNIVAL TERDIRI DARIPADA GOLONGAN PELAJAR. JUSTERU, BELIAU BERHARAP LEBIH RAMAI MAHASISWA TAMPIL MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KESUKARELAWANAN KERANA SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT TIDAK SEMESTINYA BERBENTUK WANG RINGGIT, SEBALIKNYA BOLEH DISALURKAN MELALUI TENAGA DAN MASA.

SEMENTARA ITU, PELAJAR FAKULTI SAINS GUNAAN UITM SHAH ALAM, SITI NUR JARA ZULKIFLI BERKATA, PENGALAMAN MENYERTAI KEMPEN DERMA DARAH BUAT KALI KEDUA BERJALAN LANCAR HASIL PENGURUSAN PETUGAS YANG CEKAP DAN MESRA, BERMULA DARIPADA PROSES PENDAFTARAN SEHINGGA SELESAI PENDERMAAN.

DIA BERKATA, PENGALAMAN PERTAMA MENDERMA DARAH DI UITM SEBELUM INI MENINGKATKAN KEYAKINANNYA UNTUK MENGULANGI AMALAN TERSEBUT TANPA RASA TAKUT, MALAH BERASA TERUJA KERANA BERPELUANG MENERUSKAN SUMBANGAN KEPADA MASYARAKAT.

“JANGAN MALU KERANA PETUGAS DI SINI PERAMAH DAN BANYAK MEMBANTU. INI MERUPAKAN KERJA AMAL YANG BOLEH DILAKUKAN DAN SEBAGAI INDIVIDU YANG SIHAT SERTA LAYAK MENDERMA, KITA BOLEH MEMAINKAN PERANAN UNTUK MEMBANTU MASYARAKAT,” KATANYA.

DIA TURUT MENYIFATKAN PUSAT KESIHATAN UITM SEBAGAI LOKASI STRATEGIK UNTUK PENGANJURAN PROGRAM SEUMPAMA ITU KERANA MUDAH DIAKSES OLEH MAHASISWA.

PENGANJURAN KARNIVAL BERKENAAN DIHARAP DAPAT MEMPERKUKUH HUBUNGAN ANTARA PUSAT KESIHATAN DENGAN WARGA UNIVERSITI, SELAIN MENINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI KEPENTINGAN PENJAGAAN KESIHATAN SERTA MEMUPUK NILAI KESUKARELAWANAN DALAM KALANGAN MAHASISWA DAN KOMUNITI KAMPUS.

UFM, Info & Muzik Terkini

Address

UFM, TINGKAT 13 MENARA SULTAN ABDUL AZIZ SHAH, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA SHAH ALAM
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 07:00 - 22:00
Tuesday 07:00 - 22:00
Wednesday 07:00 - 22:00
Thursday 07:00 - 22:00
Friday 07:00 - 22:00
Saturday 07:00 - 19:00
Sunday 07:00 - 19:00

Telephone

+60355443683

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UFM Uitm Radio posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share