Daftar Trademark

Daftar Trademark Lindungi hak anda sebagai pemonopoli jenama/produk/design anda! Perunding Harta Intelek anda

Our Clients
27/07/2025

Our Clients

11/06/2025

Perlindungan Cap Dagang selari dengan kewajipan Pendaftaran SSM.

Langkah pertama yang diambil selepas anda memilih untuk membangunkan satu entiti perniagaan adalah dengan membuat pendaftaran di SSM.

Langkah kedua?
Pastinya idea branding, jenis perniagaan dan lain-lain telah diperihalkan dengan terperinci. Langkah kedua yang penting adalah melindungi cap dagang/brand tersebut.

AWAS!

Jangan sesekali cuba “free ride” mana-mana brand terkemuka. Tiada short cut untuk membangunkan suatu brand. Bermula dari bawah, lindungi cap dagang/brand anda!

Ciptakan satu nama unique yang tidak pernah didengar, tetapi catchy dan mudah diingat.

Jika kita dengar MILO, apa yang kita bayangkan?

MILO adalah satu perkataan yang dicipta tanpa ada bunyi yang berkait dgn minuman coklat dan akhirnya ia satu penanda kepada satu minuman coklat yang disukai ramai.

Ini adalah antara contoh trademark yg baik.

Jangan abaikan langkah kedua ini! 🙃

Herni
Trademark Consultant since 2015.

Memahami Cap Dagang sebagai  satu imej dan reputasi.Social media telah menjadi salah satu platform untuk mempromosikan p...
03/06/2025

Memahami Cap Dagang sebagai satu imej dan reputasi.

Social media telah menjadi salah satu platform untuk mempromosikan produk secara tidak langsung. Melalui siri "live" yang dilakukan, dengan beg kuning dan lain-lain lagi, perlindungan terhadap cap dagang bukanlah sesuatu yang wajar diambil mudah.

Lambakan produk bersama-sama brand yang berbunyi seakan sama, baik dari segi visual ataupun sebutan tanpa sedar telah menyebabkan kekeliruan kepada pengguna. Persamaan ini adakalanya sengaja dibuat untuk " free ride" kepada brand yang lebih dikenali.

Imej dan reputasi sesuatu brand itu boleh terganggu atau tercalar disebabkan oleh pihak ketiga yang semudahnya "free ride" tadi.

Sebagai contoh, pada satu situasi di mana pihak ketiga yang dengan sengaja cuba mencipta kekeliruan dengan brand yang telah pun mempunyai imej dan reputasi yang baik, dan berakhir dengan situasi pihak ketiga adalah scammer secara tidak langsung menjadikan imej dan reputasi brand asal tercalar.

Perlindungan terhadap cap dagang dari awal, dapat mengelakkan hal seperti ini dari berlaku dengan menghantar satu notis kepada pihak tersebut supaya menghentikan penggunaan brand yang mengelirukan pengguna.

LINDUNG CAP DAGANG, BENDUNG PENIRUAN.

Herni
Your Trademark Consultant.

20/05/2025

Memahami Cap Dagang/Trademark.

Banyak case yg dtg di sekeliling saya kebelakangan ini meminta advice berkenaan reputasi yang tercalar kerana penggunaan cap dagang oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

Biasanya, saya selalu pesan kepada client yang dari awal lagi bersama-sama saya membuat pendaftaran trademark supaya memastikan trademark mereka dilindungi terlebih dahulu sebelum expand their business.

When you are opening your next branch, next outlet and next to the next of the next with whatever next you want to call it, semestinya dgn perancangan untuk membesarkan perniagaan.

Besarkanlah perniagaan, tapi jangan cuai dgn perlindungan trademark.

Salah siapa kalau dh expand sampai 10 branch tiba-tiba nak complaint reputation terjejas disebabkan imitator/competitor yg free ride brand anda? Belum masuk pasal saman, bergaduh, berebut yada yada.

SALAH SENDIRi.

Keras kan ayat ni, tapi benar.

Herni.
Trademark Consultant since 2015.

25/08/2024

Sehari dua ni ramai share berkenaan hal Geologi kan.

So today, I will share tentang Trademark. Lari sikit dari current topic, tapi tetaplah my fav topic since forever.

Ramai yang meng-isukan tentang trademark kena tiru, trademark kena ciplak, orang nak free ride. Tapi most yang bercerita tentang kerisauan kena tiru ni, tak daftar pun trademark. Sembang-sembang kosong sahaja sambil merasakan trademark itu terpaling mereka punya. Walhal, daftar pun tidak!

Ini belum lagi yang bercerita tentang beribu ringgit habis untuk ambil sekian pempengaruh, bayar billboard dan mcm-mcm lagi kaedah marketing dan advertising. Sana sini langgar berdentum dentam untuk menaikkan brand masing-masing. Buat website, buat telegram, cari agent untuk besarkan lagi bisnes etc.

Tapi perlindungan terhadap brand/trademark dorg?

TIADA.

Jadi janganlah buka isu tentang tiru atau ciplak atau free ride sebab at the first place, your trademark is not yours at all sebb register pun tidak.

You can spend and all out utk bayar marketing, advertising, keluarkan produk demi produk, idea mencurah ke ladang gandum tapi yang you sendiri tak appreciate BRAND/ TRADEMARK you.

Sekian. Sembang panjang-panjang pun letih tapi action should come from you as the owner of the brand.

02/08/2024

Memahami trademark ini, ia tentang jangka masa panjang anda melindungi brand anda. Bukan utk hit & run, bukan untuk “tiru sedikit” dan kemudiannya bila dapat LOD, stop guna.

Ingat, as a Muslim. Dalam business pun ada keberkatan yang perlu diambil kira. Bukan sekadar bersuka-suka, guna dan biarkan sampai LOD/ Warning Letter datang kepada anda. Free ride di atas kesusahan orang lain menaikkan brand name mereka, bukanlah suatu sikap yang baik dalam berbusiness.

10/11/2023

Invest untuk trademark. Jangan tangguh-tangguh. Semua orang tahu brand name mempengaruhi sales tau! Tapi brand pun tak nak protect, macam mana?

23/10/2023




So harini nak share pasal penggunaan nama sendiri.

Apa brand yg biasa anda dengar tapi menggunakan nama?

Ramly Burger antara yg paling famous. Kan kan kan.

So kalau ada lain-lain abam Ramly nak daftar trademark dah tak boleh ke?

Anda rasa boleh ke tak abam Ramly yang lain nak daftar trademark juga? Dia plan nak buat burger juga.... ( entahlah kenapa dia nak buat burger juga, sebab rasa keje senang kan follow je apa ada 🤨)

Apasal saya takleh daftar Ramly juga puan, itu nama saya jugak! Tak aci lah camni....

01/08/2023

Kena creative dalam mencipta brand sendiri.

Cuba imagine klu MILO tu sebelum ni mmg tak wujud sebagai minuman coklat, mesti tak pernah dengar kan perkataan MILO tu.

Contoh lain, buat YIHO brand utk ubat gigi ke. Barulah rare dan dianggap as distintive!

Kalau asyik ikut orang, sebab orang punya brand dah established nak senang keje punya pasal, memang jenuh la nak ke depan. Tahu-tahu kena saman je sebab infringement 😌😉

O-M-E-G-AKalau disebut Omega kepada fans jam, akan teringat lah kepada sebuah jenama jam mewah.Kalau disebut Omega kepad...
31/07/2023

O-M-E-G-A

Kalau disebut Omega kepada fans jam, akan teringat lah kepada sebuah jenama jam mewah.

Kalau disebut Omega kepada pengguna susu Omega, akan terbayanglah secawan susu suam-suam yg diminum untuk mengurangkan paras kolesterol dan kesihatan jantung.

Next, kalau sebut Omega kepada saya dlm liputan rutin harian, saya pengguna tegar Omega Guard supplement dari Shaklee. dan dlm ruang lingkup yg lain bila membeli groceries p**a - telur yg mempunyai nutrition omega plus.

Bagaimana branding boleh dibawa dalam satu perkataan ini iaitu OMEGA?

Kedua-dua brand ini dilindungi di bawah undang-undang cap dagang di bawah specification yg berbeza meskipun namanya sama.

Penting untuk anda tahu specification apa yg perlu untuk brand/services anda. Tak boleh main letak sahaja 😁

18/07/2023

Address

Shah Alam
43200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Daftar Trademark posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Daftar Trademark:

Share