06/09/2022
1) Semak Kelayakan Pinjaman Perumahan
Samada loan kerajaan atau bank, semak dahulu berapa kelayakan pinjaman perumahan anda supaya boleh survey rumah mengikut berapa yang kita layak.
2) Tentukan Kemampuan Pinjaman
Layak tak semestinya mampu. Sebagai contoh anda layak untuk pinjaman 2K sebulan namun mungkin kemampuan anda membayar pinjaman cuma 1500 sahaja. Pepatah menyebut ukurlah baju di badan sendiri.
3) Pilih Rumah Yang Anda Mahu
Survey rumah mengikut kelayakan pinjaman anda dan buat pilihan yang terbaik. Faktor yang perlu difikirkan adalah lokasi, harga, bayaran bulanan, kredibiliti pemaju perumahan & beberapa lagi faktor lain.
4) Semak Kredibiliti Pemaju
Untuk yang memilih untuk membeli rumah undercons (under construction - dalam pembinaan), faktor ini adalah sangat penting untuk mengelakkan kes penipuan. Anda boleh menyemak senarai pemaju yang telah diblacklist di portal rasmi Jabatan Perumahan Negara ( https://ehome.kpkt.gov.my/index.php/pages/view/43 )
5) Fahami Dokumen Jual Beli Rumah
Dokumen yang perlu disediakan adalah seperti salinan kad pengenalan, penyata gaji 6 bulan, surat pengesahan kerja, dan lain-lain dokumen income anda. Senarai dokumen untuk penjawat awam & swasta adalah sedikit berbeza.
6) Permohonan Pinjaman Perumahan
Untuk penjawat awam, kerajaan menyediakan LPPSA (Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam) untuk memohon pinjaman. Manakala bagi yang bekerja di sektor swasta, boleh memohon pinjaman di mana-mana bank di Malaysia.
7) Tandatangan SPA (Sales & Purchase Agreement)
Dokumen yang perlu ditandantangani untuk proses jual beli rumah agak banyak dan mungkin bagi sesetengah orang akan rasa โoverwhelmedโ dan mengambil keputusan untuk sign sahaja tanpa menyemak dahulu. Pastikan anda bertanya dahulu apa isi kandungan untuk mengelakkan kekeliruan di masa akan datang.
8 ) Pemindahan Hak Milik Rumah
Urusan ini selalunya diuruskan oleh peguam bahagian pinjaman perumahan anda. Peguam yang menguruskan SPA & Pinjaman boleh jadi sama atau berbeza. Jika anda membeli rumah secara pinjaman, di dalam geran hak milik akan dinyatakan nama anda dan dicagarkan di atas nama LPPSA atau BANK.
9) Serahan Kunci
Tempoh serahan kunci ada dinyatakan di dalam SPA dan kebiasaannya untuk rumah landed di Malaysia, tempoh maksima adalah 2-3 tahun. Tempoh ini adalah yang ditetapkan dan dipantau oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
๐TAKE NOTE
โซ๏ธSemua langkah yang dinyatakan di atas adalah penting & agak rumit bagi anda yang tak pernah ada pengalaman membeli rumah. Namun jangan risau, pihak pemaju perumahan Lagenda Darulaman Sg. Petani menyediakan pembantu jualan yang bertanggungjawab untuk membantu proses pembelian rumah anda menjadi lebih mudah!
Bermula daripada pengiraan kelayakan anda, segala urusan permohonan pinjaman perumahan anda akan dibantu dari A to Z, tanpa bayaran.
Untuk kira kelayakan anda sekarang, tekan link di bawah ๐ฝ
www.wasap.my/60139819106/kirakelayakandarulaman
www.wasap.my/60139819106/kirakelayakandarulaman
www.wasap.my/60139819106/kirakelayakandarulaman