02/01/2024
Hidup ini tentang pilihan, jadi pilihlah yang baik-baik, TINGGALKAN semua yang ToKSIk.
Ini 5 jenis toksik yang kita kena buang untuk berjaya pada tahun 2024 ini:
1. Toksik makanan, ya kita s**a makan yang sedap-sedap. Tapi tahun ni dan seterusnya kita ubah, kita pilih makanan yang sihat (dan kalau boleh yang sedap jugak tapi MESTI sihat).
2. Toksik dalam membaca. Pilih benda positif sahaja untuk dibaca. Jika tak elok, tak bagus, penuh kebencian, kutok-mengutok, tak beri semangat, abaikan, terus baca yang lain. Baca yang baik-baik je. Okey
3. Toksik dalam hubungan. Tinggalkan terus kawan-kawan yang tak habis perli, s**a sindir, menekan kita, gunakan kita habis-habisan, tak percayakan kita dan sebagainya. Kita cari dan bina kawan dan hubungan yang baru dan yang baik sahaja.
4. Toksik dalam perangai dan rutin kehidupan. Buang semua perkara yang tak elok yang kita selalu buat. Contoh, sebelum ini bangun tidur, golek-golek atas katil sambil tengok handphone. Lepas ni kita ubah, bangun tidur terus kemas katil dan mandi.
5. Toksik dalam perbelanjaan. Belanja apa yang perlu dan penting sahaja dan banyakkan sedekah. Duit lebih, kita settle hutang dan simpan juga untuk masa kecemasan.
Nak berjaya dan tenang dalam hidup, kita kena hadap dan buang 5 benda toksik ni. Memang bukan senang tapi kalau kita nak sukses, kena paksa dan cuba sebaiknya.
Selamat Menyambut Tahun 2024.
Semuga Allah permudahkan segala urusan dan perbaiki serta berkati kehidupan kita tahun 2024 ni dan seterusnya. Aamiin Ya Rabb