Amir & Elly

Amir & Elly A Law Firm based in Shah Alam Selangor. Advocates and Solicitors.

19/02/2026
First Keto Pound Cake by Elly/Alyaa/Amir - Almond flour, monk fruit sweetener, butter, eggs, baking soda and vanilla ess...
28/12/2025

First Keto Pound Cake by Elly/Alyaa/Amir - Almond flour, monk fruit sweetener, butter, eggs, baking soda and vanilla essence.

Happy Deepavali everyone! Wishing you calm, clarity, and golden beginnings.Warm wishes from Amir & Elly
20/10/2025

Happy Deepavali everyone!
Wishing you calm, clarity, and golden beginnings.
Warm wishes from Amir & Elly

Lafaz Cerai Melalui Aplikasi "Whatsapp" dalam Perspektif SyariahPerceraian dalam Islam adalah satu perkara yang serius d...
07/11/2024

Lafaz Cerai Melalui Aplikasi "Whatsapp" dalam Perspektif Syariah

Perceraian dalam Islam adalah satu perkara yang serius dan perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab mengikut garis panduan syariah. Firman Allah SWT dalam al-Quran:

"Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik." (Surah al-Baqarah: 229)

Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA p**a menguatkan lagi kepentingan urusan talak, nikah, dan rujuk:

"Tiga perkara yang dilakukan secara serius atau main-main memberi kesan; nikah, talak, dan rujuk." (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi, dan Ibnu Majah)

Rukun Talaq dalam Islam
Lima rukun talak yang perlu dipenuhi bagi menjadikan perceraian sah ialah:
1. Suami yang mempunyai kuasa menceraikan,
2. Isteri yang boleh diceraikan,
3. Sighah (Lafaz talak yang digunakan),
4. Qasad (niat) yang ikhlas dari suami untuk menceraikan, dan
5. Wilayah (kuasa) suami dalam perceraian tersebut.

Setiap rukun ini penting untuk memastikan lafaz talak memenuhi hukum syarak dan sah. Dalam isu lafaz cerai melalui aplikasi “WhatsApp”, fokus utama adalah pada rukun sighah (lafaz talak) yang digunakan. Timbul persoalan dalam isu ini adalah samada lafaz cerai melalui aplikasi “Whatsapp” ini adalah lafaz yang soreh atau lafaz kinayah?


Lafaz Cerai Melalui Aplikasi "Whatsapp" – Soreh atau Kinayah?
Dengan perkembangan teknologi, pelbagai medium komunikasi seperti SMS, e-mel, dan aplikasi mesej seperti WhatsApp kini menjadi cara untuk menyampaikan hasrat, termasuk talak. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 27 Ogos 2003 memutuskan bahawa lafaz talak melalui tulisan yang jelas seperti WhatsApp adalah lafaz kinayah. Dalam kes kinayah ini, talak hanya sah jika suami mempunyai niat yang nyata untuk menceraikan isterinya sewaktu menghantar mesej tersebut.

Muzakarah juga menegaskan bahawa setiap perceraian yang berlaku perlu dikemukakan kepada mahkamah syariah untuk pengesahan dan penthabitan. Lafaz talak melalui alat komunikasi moden dianggap kurang beradab kerana perceraian dalam Islam dianjurkan dilakukan secara bersemuka dengan hikmah.

Kesimp**an
Lafaz talak melalui aplikasi WhatsApp adalah dibenarkan dan sah jika syarat-syarat tertentu dipenuhi, termasuk adanya niat yang jelas dari suami. Namun, lafaz ini dianggap sebagai kinayah, bukan soreh, kerana ia memerlukan pengesahan niat. Walaupun sah, penggunaan tulisan dalam lafaz talak sebaiknya dielakkan demi menjaga adab dalam proses perceraian, memberikan peluang untuk perbincangan secara tertib.

Rujukan:
1. Maktabahalbakri. (2022, January 20). #336 Talak melalui WhatsApp – Maktabah Al-Bakri. https://maktabahalbakri.com/336-talak-melalui-whatsapp/
2. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-59 (Penceraian Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) (2003)

05/11/2024

Tempoh Penafian Nasab Anak Menurut Syarak

Isu penafian nasab merupakan perbincangan penting dalam perundangan Islam, terutamanya apabila terdapat keraguan terhadap keturunan atau hubungan seorang anak dengan bapanya. Dalam hal ini, para ulama’ fiqh telah menetapkan syarat dan tempoh tertentu untuk membolehkan seorang suami menafikan nasab anak, berdasarkan dalil-dalil dan pandangan yang dihormati dalam kitab-kitab fiqh serta fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama.

1. Tempoh Penafian Nasab Menurut Kitab-Kitab Fiqh

Pandangan mengenai tempoh penafian nasab ini berbeza mengikut mazhab:

• Mazhab Hanafi
Dalam Al Ahkam As Syar’iyyah Lil Ahwal Asy Syaksiah oleh Zakiuddin Syu’ban, Imam Abu Hanifah berpendapat seorang suami boleh menafikan anak pada saat kelahiran atau ketika menerima ucapan tahniah atas kelahiran bayi. Tempoh ini tidak mempunyai ketetapan yang khusus, tetapi boleh ditentukan oleh hakim. Mengikut adat kebiasaan, tempoh yang diiktiraf adalah selama 7 hari.
Pandangan lain dari Imam Abu Yusuf dan Muhammad menetapkan tempoh penafian nasab ialah selepas berakhirnya tempoh nifas, iaitu selama 40 hari.

• Mazhab Maliki
Mazhab Maliki p**a menetapkan bahawa penafian mesti dibuat dalam 3 hari selepas kelahiran atau, jika suami sudah mengetahui status anak sebelum kelahiran, penafian harus dilakukan segera sebelum bayi dilahirkan.

• Mazhab Syafi’ie dan Hanbali
Mengikut Al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh oleh Wahbah al-Zuhaili, penafian dilakukan sewaktu bayi masih dalam kandungan ibu atau sejurus selepas kelahiran anak.

2. Tempoh Penafian Nasab Menurut Fatwa Selangor

Di Malaysia, negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa mengenai tempoh penafian nasab. Fatwa ini menetapkan bahawa tempoh untuk seorang suami menafikan nasab anak melalui li’an adalah dari tarikh disahkan kehamilan sehingga tiga hari selepas kelahiran. Jika penafian dibuat selepas tempoh ini, ia dianggap tertolak dan anak tersebut akan dianggap sebagai anak sah.

3. Pengakuan Bapa Terhadap Nasab Anak

Menurut Al Ahkam As Syar’iyyah Lil Ahwal Asy Syaksiah, pengakuan seorang bapa bahawa anak tersebut adalah anaknya boleh berlaku dalam tiga bentuk, yang mana akan menutup hak bapa untuk menafikan nasab pada masa hadapan:
• Secara Jelas: Pengakuan langsung tanpa sebarang keraguan.
• Secara Petunjuk: Pengakuan melalui isyarat atau tindakan tertentu.
• Secara Diam: Tiada sebarang bantahan atau penafian dari pihak bapa.

4. Kes Rujukan

Dalam kes Eddyham bin Zainuddin lwn Rahimah binti Muhamad yang dibicarakan di Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan, mahkamah merujuk kepada kitab Mughni al-Muhtaj yang menyatakan bahawa penafian nasab hendaklah dilakukan dengan kadar segera. Mahkamah turut mengambil kira keadaan bapa yang berkeuzuran, seperti sekiranya penafian tidak dapat dibuat segera disebabkan halangan seperti berada di penjara atau keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Kesimp**an

Secara umumnya, terdapat perbezaan pandangan mengenai tempoh dan kaedah penafian nasab. Namun, para ulama' sepakat bahawa tindakan ini perlu dilakukan segera bagi menjaga ketulenan nasab dan keadilan bagi semua pihak. Fatwa negeri Selangor memberikan garis panduan yang jelas bahawa tempoh penafian adalah dari saat kehamilan sehingga tiga hari selepas kelahiran, agar suami mempunyai ruang untuk membuat keputusan yang sahih dan tepat, mengelakkan sebarang kekeliruan pada masa hadapan.

Rujukan:
Jurnal Hukum Rabiulakhir 1444 H / Oktober 2022 M MSABA lwn ZBG

KADAR PENENTUAN NAFKAH ISTERI PADA ASPEK PERUNDANGAN SYARIAHNafkah isteri merupakan hak yang wajib diberikan oleh suami ...
30/10/2024

KADAR PENENTUAN NAFKAH ISTERI PADA ASPEK PERUNDANGAN SYARIAH

Nafkah isteri merupakan hak yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri, sebagaimana yang ditetapkan oleh syarak. Dalil yang mendasari kewajipan ini boleh ditemui dalam firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 233, yang bermaksud:

"Dan kewajipan ayah ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya."

Ayat ini menunjukkan tanggungjawab suami untuk menanggung nafkah isteri mengikut kemampuan, yang merangkumi makanan, pakaian, dan keperluan hidup lain.

Merujuk kepada kes RRBM lwn MAZBAR, isu penentuan kadar nafkah isteri dibincangkan dengan teliti berasaskan dalil-dalil fiqh. Dalam kitab Kifayah Al-Akhyar, Juzuk 2, hlm. 89, dinyatakan bahawa pemberian nafkah kepada isteri yang taat adalah wajib, dan kadarnya bergantung kepada status ekonomi suami:

Maksudnya: “Memberi belanja nafkah kepada isteri yang taat (yang menyerahkan dirinya kepada suaminya) adalah wajib, dan ianya mengikut kadar nilaian berikut: apabila si suami kaya diberikan sebanyak dua mud makanan yang biasa di makan dan lauk pauk serta pakaian menurut kebiasaan. Dan kalau suami miskin, nafkah isteri ialah satu mud makanan dan lauk yang biasa dimakan serta pakaian yang biasa mereka pakai. Jika suami dari golongan menengah, kadar nafkah isteri ialah satu setengah mud makanan dan lauk pauk serta pakaian juga menurut kebiasaan golongan menengah.”

• Suami kaya: Nafkahnya sebanyak dua mud makanan yang biasa dimakan, bersama lauk-pauk serta pakaian menurut kebiasaan.
• Suami miskin: Nafkahnya ialah satu mud makanan dan lauk yang biasa dimakan serta pakaian biasa.
• Suami golongan pertengahan: Nafkah ialah satu setengah mud makanan, lauk pauk, serta pakaian menurut kebiasaan.

Prinsip ini menegaskan bahawa nafkah isteri tidak ditetapkan secara mutlak, tetapi berdasarkan kemampuan suami dan keperluan isteri.

Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji, Jilid 4, hlm. 941;
“Nafkah yang mesti diberikan kepada isteri mempunyai kadar tertentu. Walau bagaimanapun, jumlah dan jenisnya berbeza berdasarkan kemampuan suami.”

Ia turut mengukuhkan pandangan dari Kitab Kifayah Al-Akhyar, bahawa nafkah yang wajib diberikan kepada isteri mempunyai kadar tertentu, namun jumlahnya berbeza mengikut kemampuan suami. Ini bermaksud, syarak mengambil kira keadaan ekonomi suami, tanpa menafikan keperluan isteri.

Dari segi undang-undang, seksyen 62 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 (EUUKIS 2003) menetapkan bahawa dalam menentukan kadar nafkah, mahkamah harus menilai kemampuan suami serta keperluan isteri. Kadar nafkah yang ditetapkan haruslah seimbang dengan pendapatan suami, memastikan ia sesuai dengan kemampuannya sebagai pemberi nafkah.

Kesimp**an: Berdasarkan dalil syarak dan undang-undang, jelas bahawa penentuan kadar nafkah isteri bergantung kepada dua faktor utama—kemampuan suami dan keperluan isteri. Syariah memberikan panduan yang jelas dalam soal ini, iaitu nafkah mestilah memenuhi keperluan hidup isteri namun dalam batas kemampuan kewangan suami. Pandangan ini tidak hanya bersifat adil tetapi juga menjaga keseimbangan antara kedua-dua pihak dalam sebuah rumahtangga.

Apakah kebebasan beragama membenarkan murtad? Mari kita fikirkan bersama tentang hak dan tanggungjawab dalam isu ini.   ...
17/10/2024

Apakah kebebasan beragama membenarkan murtad? Mari kita fikirkan bersama tentang hak dan tanggungjawab dalam isu ini.

HARTA SEPENCARIAN: PEMILIKAN HARTA SEBELUM PERKAHWINANHarta sepencarian merupakan perkara penting dalam undang-undang ke...
16/10/2024

HARTA SEPENCARIAN: PEMILIKAN HARTA SEBELUM PERKAHWINAN

Harta sepencarian merupakan perkara penting dalam undang-undang keluarga Islam di Malaysia. Ia merujuk kepada harta yang diperoleh secara bersama oleh suami isteri sepanjang tempoh perkahwinan. Namun, ramai yang tertanya-tanya, bagaimana p**a dengan harta yang dimiliki sebelum perkahwinan—adakah ia masih dianggap sebagai harta sepencarian?

Dalam satu kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, rumah yang dibeli suami sebelum berkahwin turut dianggap sebagai harta sepencarian. Ini kerana bayaran balik pinjaman rumah tersebut dibuat semasa perkahwinan, jadi usaha kewangan itu dilihat sebagai sumbangan bersama.

Kenapa Rumah Itu Dikira Sebagai Harta Sepencarian?

Mahkamah menekankan satu elemen penting, iaitu harta yang "dimajukan" dalam tempoh perkahwinan. Maksudnya, walaupun rumah itu dibeli sebelum berkahwin, sebarang pembayaran atau penambahbaikan yang dilakukan semasa perkahwinan boleh memberi hak kepada pasangan untuk menuntut bahagiannya. Dalam hal ini, walaupun asalnya rumah itu milik suami, bayaran yang dibuat semasa perkahwinan menunjukkan adanya usaha bersama.

Apa Makna Prinsip Ini Dalam Perkahwinan?

Prinsip ini penting kerana ia mengiktiraf sumbangan kedua-dua pihak dalam perkahwinan. Bukan sekadar sumbangan kewangan, tetapi juga sumbangan tidak langsung seperti menguruskan rumah tangga, membesarkan anak-anak, atau menyokong pasangan dari segi emosi dan moral. Undang-undang Syariah di Malaysia amat menekankan aspek keadilan dalam pembahagian harta, mengambil kira semua usaha yang dilakukan dalam tempoh perkahwinan.

Keputusan ini mengajar kita bahawa dalam perkahwinan, apa sahaja yang diusahakan bersama boleh memberi hak kepada pasangan ke atas harta, walaupun harta itu asalnya milik peribadi. Usaha bersama tak kira besar atau kecil adalah faktor utama dalam menentukan hak ke atas harta. Ini menunjukkan bahawa keadilan dalam pembahagian harta sangat penting untuk melindungi hak kedua-dua pihak dalam perkahwinan.

Defamation in Malaysia 🇲🇾: Know your rights when it comes to protecting your reputation. Whether it’s online or offline,...
15/10/2024

Defamation in Malaysia 🇲🇾: Know your rights when it comes to protecting your reputation. Whether it’s online or offline, the law provides avenues for addressing false statements that can harm your image. Stay informed!

Address

11B, Tingkat 2, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, F9/F, Seksyen 9, 40100, Shah Alam
Selangor

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amir & Elly posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category