MH PropertyXpert

MH PropertyXpert MEMBELI,MENJUAL DAN MENYEWA HARTANAH.. JIKA TUAN ADA UNIT UNTUK DIJUAL DAN DISEWA ATAU SEDANG MENCARI BOLEH CONTACT SAYA HAFIQ 014-8140232

24/07/2022
Selamat Bercuti Semua..Hati Hati Memandu dan Stay Safe..😊
09/07/2022

Selamat Bercuti Semua..Hati Hati Memandu dan Stay Safe..😊

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK TUAN DAN PUAN😁😁
28/06/2022

SEDIA BERKHIDMAT UNTUK TUAN DAN PUAN😁😁

BEZA ANTARA MASTER TITLE, INDIVIDUAL TITLE & STRATA TITLEBEZA ANTARA MASTER TITLE, INDIVIDUAL TITLE & STRATA TITLEAda ya...
25/06/2022

BEZA ANTARA MASTER TITLE, INDIVIDUAL TITLE & STRATA TITLE
BEZA ANTARA MASTER TITLE, INDIVIDUAL TITLE & STRATA TITLE

Ada yang minta saya tulis tentang perbezaan antara Master Title (Hakmilik Induk), Individual Title (Hakmilik Indivudu) dan Strata Title (Hakmilik Strata).
Untuk tidak menghampakan permintaan tersebut, berikut adalah perbezaan antara ketiga-tiga tersebut.
1. Master Title (Hakmilik Induk)

– merujuk kepada satu hakmilik besar yang mengandungi lot-lot bangunan/ lot-lot parcel yang belum dipecah sempadan dan belum dikeluarkan satu hakmilik individu yang berasingan terhadap setiap lot bangunan/ lot parcel tersebut.
– Master Title ini hanya mengandungi satu nombor hakmilik sahaja yang merangkumi keseluruhan bangunan/parcel atas tanah tersebut.
– di dalam Master Title ini semua pemilik setiap lot bangunan/ lot parcel akan berkongsi hak dan kepentingan yang sama di atas tanah tersebut.
– apabila lot-lot bangunan/ lot parcel tadi telah dipecah sempadan dan dikeluarkan hakmilik individu yang berasingan untuk setiap lot, maka Master Title tadi akan dibatalkan oleh pejabat tanah.

2. Individual Title (Hakmilik Individu)

– merujuk kepada satu hakmilik individu bagi setiap lot bangunan yang dibina di atas sesuatu tanah (landed property).
– untuk satu hakmilik individu ini hanya terdapat satu lot bangunan sahaja di atasnya.
– apabila ianya di pindah milk kepada pemilik/pembeli maka pemilik tersebut dianggap memiliki satu lot hartanah atas namanya sendiri tanpa berkongsi dengan pihak lain.
3. Strata Title (Hakmilik Strata)

– merujuk kepada satu hakmilik individu bagi setiap lot parcel di atas satu bangunan yang dibina di atas sesuatu tanah (strata property).
– untuk satu hakmilik strata ini hanya terdapat satu lot parcel di atasnya
– apabila ianya di pindah milik kepada pemilik/pembeli maka pemilik tersebut dianggap memiliki satu lot parcel atas namanya sendiri tanpa berkongsi dengan pihak-pihak lain.
– walau bagaimanapun pemilik-pemilik lot parcel tadi akan berkongsi common area (eg: lif, tangga, kolam renang dll) sesama mereka bagi setiap bangunan tersebut.
Harap tulisan ini dapat difahami dengan jelas. Moga bermanfaat.
Terima kasih.

“UNTUK JIMAT, korang jangan deal dengan ejen hartanah.”Mungkin anda biasa dengar ayat ini apabila berborak bersama rakan...
22/06/2022

“UNTUK JIMAT, korang jangan deal dengan ejen hartanah.”
Mungkin anda biasa dengar ayat ini apabila berborak bersama rakan sekerja mahupun keluarga. Sebenarnya itu hanyalah persepsi masyarakat sahaja dan bukannya fakta.

Berikut adalah kenapa pentingnya dan kelebihan apabila anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar:

1.0 Supaya Tidak Ditipu

Ejen hartanah berdaftar merupakan badan professional yang terlatih, diberi tauliah dan dipantau oleh Lembaga Penilaian Pentaksiran Ejen Harta Tanah (LPPEH). Manakala, LPPEH ini merupakan badan yang diletakkan dibawah Kementrian Kewangan Malaysia (M*F).

Segala tata kerja / prosedur / etika mahupun fee yang dikenakan telah pun ditetapkan oleh kerajaan. Oleh itu kebarangkalian untuk anda ditipu amatlah tipis.

Bukankah berbeza apabila mendapatkan perubatan daripada bomoh dan doktor yang bertauliah?

2.0 Potensi Hartanah

Anda akan memperolehi maklumat berkenaan potensi hartanah tersebut untuk masa hadapan. Adakah hartanah tersebut sesuai untuk pelaburan jenis cash flow ataupun capital gain.

Ejen hartanah merupakan kumpulan frontliner yang terawal memperoleh maklumat berkenaan pembangunan di masa hadapan.

Ejen hartanah juga dapat memberikan gambaran keadaan pasaran semasa sebagai contoh harga sewaan terkini, harga transaksi transaksi dan sebagainya.

Untung bukan?

3.0 Nasihat Berkaitan Pinjaman/Pembiayaan Bank

Ejen hartanah dapat membantu dan memudahkan anda untuk mendapatkan pinjaman/pembiayaan bank untuk membeli hartanah tersebut.

Selain itu, khidmat nasihat berkenaan apa jenis hartanah yang bersesuai dengan pendapatan anda juga akan diberikan kepada anda secara percuma.

Jimat masa dan tenaga bukan?

4.0 Nasihat Berkaitan Proses & Kos Pembelian

Proses pembelian ataupun penjualan hartanah merupakan proses yang mengambil akan masa yang lama. Sekurang-kurangnya ia akan melibatkan 3 pihak iaitu penjual, pembeli dan pejabat tanah. Anggaran masa adalah di antara 3 bulan hingga bertahun-tahun untuk selesai.

Ejen hartanah akan berkongsi pandangan dan pengalaman serta memberi nasihat proses yang akan terlibat apabila transaksi hartanah tersebut berlaku.

Ejen hartanah juga memberi konsultasi berkenaan dengan kos-kos yang akan terlibat semasa proses pembelian mahupun penjualan hartanah tersebut. Sebagai contoh, apa yang anda boleh lakukan jika anda tidak mempunyai hard cash yang cukup untuk membeli hartanah idaman anda.

Wow!

5.0 Hak Anda Dapat Dilindungi

LPPEH yang ditugaskan untuk mengawal selia ejen hartanah ini akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak anda sebagai pelanggan terjamin.

Selamat bukan?

Jangan kerana anda hendak berjimat ribuan ringgit, tetapi hangus puluhan ribu ringgit.

Mohamad Hafiq
Chester Property
014-8140232

Anda Sedang Mencari Rumah untuk di SEWA??? Sy ada 1unit Conda Mewah yang Facilities yang sangat menarik dan tetarik..😁😁 ...
19/06/2022

Anda Sedang Mencari Rumah untuk di SEWA???
Sy ada 1unit Conda Mewah yang Facilities yang sangat menarik dan tetarik..😁😁

✅Area yang sangat strategic
✅Environment yang Tenang
✅Senang untuk Ke mana mana area

Villa Lagenda Condo, Kuala Lumpur
(Berhampiran Pasar Borong Selayang)

🔴Rm1400/monthly
🔴Furnished
🔴5 - 10 min ke Hospital Selayang

Untuk Lagi Details Meh Roger😁😁

Hafiq
Wa.me/60148140232
Chester Property

Done Rapport ✅2 Client yang ingin menjual Kediaman nya Area Bukit Sentosa Rawang..Stay tune ya..In sha Allah Harga Mampu...
18/06/2022

Done Rapport ✅
2 Client yang ingin menjual Kediaman nya Area Bukit Sentosa Rawang..Stay tune ya..In sha Allah Harga Mampu milik..Fully Renovate dan Extend..😍😍

Nanti sy Up dia punya harga dan Details ya😄😄

Hafiq Property
MH PropertyXpert

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI PENYEWA PEMBELI UNTUK KEDIAMAN ANDA??? Boleh Contact Sy,Kami ada lebih dari 100 Agent untuk m...
17/06/2022

ADAKAH ANDA SEDANG MENCARI PENYEWA PEMBELI UNTUK KEDIAMAN ANDA???

Boleh Contact Sy,Kami ada lebih dari 100 Agent untuk mengiklankan Property anda..

KENAPA PILIH KAMI..
✅Agent Perumahan yang Berdaftar bukan Broker
✅Kami akan dapatkan Potential buyer
✅Tiada Ketidaktelusan dalam urusan
✅SEGALA YANG BAIK BAIK SAJA,Kerana sy ada Under Authorize company..
✅SEMUA SOALAN DIA MINDA ANDA BOLEH PM SY UNTUK MENJAWABNYA😁😁

Semoga Kita Semua Dipermudahkan Segala Urusan olehNYA

https://wa.me/message/GIVJVDCB2RYEF1

15/06/2022

Sambil Deliver Kereta To Customer Kita Riki Area ni..😁

Address

Bukit Sentosa Rawang
Rawang

Telephone

+60148140232

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MH PropertyXpert posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to MH PropertyXpert:

Share

Category