Peguam Syarie: Mohamad Azman Bin Karim

Peguam Syarie: Mohamad Azman Bin Karim Peguam Syarie

22/04/2022

*ANAK ANGKAT: ADAKAH MEWARISI HARTA PUSAKA?*

Anak angkat bermaksud anak orang lain yang dijaga dan dipelihara seperti anak sendiri. Anak angkat kebiasaannya diambil oleh pasangan yang tidak mempunyai anak bagi memenuhi dan menambah kebahagiaan didalam sesebuah kekeluargaan.

Ibubapa angkat menjaga anak angkat sejak dari kecil hingga dewasa seperti anak kandung sendiri dengan penuh kasih sayang tanpa berbelah bagi. Begitu juga dengan anak angkat akan sentiasa berbakti dan mengasihi ibu bapa angkat hingga ke akhir hayat mereka.

Namun begitu, anak angkat dan ibubapa angkat masih tetap tiada hubungan pertalian darah antara satu sama lain dan tidak boleh dinasabkan (bin/binti) kepada bapa angkat. Maka disebabkan perkara tersebut, anak angkat adalah tidak berhak atau tidak boleh mewarisi harta pusaka ibubapa angkat.

Bagi sesetengah kes terdahulu walaupun ada anak angkat yang di bin/binti dengan bapa angkatnya didalam sijil lahirnya, harta pusaka tetap tidak boleh mewarisi.

Ibubapa angkat seharusnya menerangkan mengenai status perkara tersebut kepada anak angkatnya bagi mengelakkan kekeliruan serta permasalahan di masa akan datang.

Walaupun anak angkat tidak berhak mewarisi harta pusaka, bukanlah ini bermakna ibubapa angkat langsung tidak boleh memberikan sebarang harta milik mereka. Ibubapa angkat yang sangat menyayangi anak angkat yang dipelihara mereka sejak dari kecil sepert anak kandung sendiri pasti tidak akan membiarkan nasib mereka begitu sahaja jikalau mereka pergi terlebih dahulu.

*Cara Memberikan Harta Kepada Anak Angkat*

Secara ringkasnya, terdapat beberapa cara untuk ibubapa angkat memberikan harta milik mereka kepada anak angkat, antaranya ialah melalui hibah.

Hibah atau hadiah boleh diberikan oleh ibubapa angkat kepada anak angkat semasa mereka masih hidup. Waris – waris lain tidak boleh menyangkal pemberian tersebut kerana anak angkat telah menerima pemberian daripada ibubapa angkat semasa hayat mereka terlebih dahulu.

Langkah atau inisiatif lain yang boleh diambil ibubapa angkat ialah melalui wasiat.

Pemberian harta melalui wasiat kepada anak angkat adalah dilaksanakan selepas mati, dan maksimum yang dibenarkan ialah 1/3 bahagian daripada harta pusaka ibu bapa angkat.

Ibubapa angkat yang prihatin dan mengasihani anak angkat mereka pasti akan mengambil langkah awal supaya dapat menerima sebahagian daripada harta mereka.

Namun begitu, masih terdapat sebahagian masyarakat masih memegang fahaman bahawa anak angkat langsung tidak layak dan tidak berhak, maka mereka langsung membiarkan anak angkat daripada menerima apa – apa bahagian daripada ibu bapa angkat.

Jika ibubapa angkat tidak memberikan sebarang sebahagian harta mereka semasa hidup samada melalui hibah ataupun wasiat, maka ianya bergantung kepada belas ihsan waris – waris sendiri samada ingin memberikan atau tidak bahagian harta pusaka yang mereka perolehi kepada anak angkat.

*KLIK UNTUK INFO LANJUT:*

wasap.my/60192359687/Anak+Angkat

*APA ITU WASIAT DAH HIBAH SEBENARNYA? RAMAI YG MASIH KURANG FAHAM* πŸ˜‡πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”ŠInfo ringkas.....Sabda Rasulullah S.A.W, β€œOrang Y...
30/12/2021

*APA ITU WASIAT DAH HIBAH SEBENARNYA? RAMAI YG MASIH KURANG FAHAM* πŸ˜‡

πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”ŠInfo ringkas.....

Sabda Rasulullah S.A.W, β€œOrang Yg Malang adalah Orang Yg Tidak Sempat Berwasiat”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah r.h)

*WASIAT* adalah terdiri dari 3 perkara

1⃣ Melantik WASI (pentadbir utk menguruskan Pembahagian harta-pusaka anda)

2⃣ Mewakafkan 1/3 harta kepada bukan waris sebagai sedekah jariah

3⃣ Membuat pesanan akhir Kpd Waris

*HIBAH* adalah suatu pemberian kasih sayang yang diberikan sewaktu hidup tetapi terlaksana apabila kita meninggal dunia. (turun milik)

Di mana kita berikan harta kita kepada seseorang waktu hidup dan orang yang kita berikan itu masih hidup.

Tanpa ada pembayaran yang perlu penerima itu lakukan kerana ianya adalah 100% pemberian kasih sayang.

Sebagai contoh kita hibahkan sebuah rumah kepada isteri kita sebagai tanda terima kasih kerana bersama-sama ketika susah dan senang dan juga kerana mengurniakan anak. 😊

*KLIK UNTUK TINDAKAN SEGERA:* πŸ‘πŸ˜Š

Peguam Syarie Azman....

wasap.my/60192359687/hibahwasiat
wasap.my/60192359687/hibahwasiat
wasap.my/60192359687/hibahwasiat

Jom Kita baca...
16/06/2021

Jom Kita baca...

Semoga dapat beri manfaat..
16/06/2021

Semoga dapat beri manfaat..

APA BEZA KE HAKMILIK SEMENTARA DENGAN HAKMILIK KEKAL?

Saya terpaksa jelaskan semula tentang perkara ini sebab ramai yang masih keliru tentang status Tanah Hakmilik Sementara ini.

Antara kekeliruan tersebut adalah seperti berikut:

1. Sama ke Hakmilik Sementara ni dengan Leasehold (Pegangan Pajakan)?

Leasehold dan hakmilik sementara adalah 2 PERKARA YANG BERBEZA.

Formula nya begini:

- Hakmilik sementara (qualified title) lawannya Hakmilik akhir (final title)

- Pegangan bebas (freehold) lawannya Pegangan pajakan (leasehold)

Sesuatu hartanah mungkin berstatus pegangan bebas (freehold), tetapi ianya masih hakmilik sementara (qualified title).

Tetapi sesuatu hartanah juga boleh jadi berstatus pegangan pajakan (leasehold) tetapi ianya telah ada hakmilik akhir (final title).

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut telah adalah hakmilik akhir atau masih hak milik sementara?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

Jika Hakmilik Sementara : Nombor geran bermula dengan HS (M) atau HS (D)

Jika Hakmilik Akhir : Nombor geran bermula dengan PM atau GM atau PN atau GRN

Macam mana nak kenal sama ada hartanah tersebut berstatus pegangan bebas (freehold) atau pegangan pajakan (leasehold)?

Lakukan Carian di Pejabat Tanah.

Jika Pegangan Bebas : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan "Selama-lamanya"

Jika Pegangan Pajakan : Dalam carian ditulis Taraf Pegangan "Pajakan 99 Tahun"

Jadi, jangan keliru tentang kedua-dua perkara tersebut.

2. Adakah tanah hakmilik sementara ni boleh dibeli? Kalau beli akan ada masalah tak dikemudian hari?

Sebenarnya, hakmilik sementara bukan bermaksud tidak boleh jual/ beli hartanah tersebut.

Ia hanya bermaksud tanah itu belum melalui proses ukuran akhir atau ukuran muktamad daripada Jabatan Ukur.

Jadi tiada masalah beli hartanah yang masih berstatus hakmilik sementara.

Cuma tanah Hakmilik Sementara ini anda tidak boleh buat pecah bahagian atau pecah sempadan. Kalau nak buat kena tunggu dapat hakmilik akhir (final title) terlebih dahulu.

Harap tiada lagi yang keliru selepas ini.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI

14/03/2021

*BOLEH TAK NAK HIBAHKAN HARTANAH BERCAGAR?*

Persoalan tentang hibah hartanah bercagar atau hibah hartanah yang masih ada hutang bank ini adalah persoalan yang sering ditanya oleh orang ramai.

Saya nak explain panjang-panjang bimbang orang susah nak faham.

Cuma secara ringkasnya, saya nak katakan begini..

Hibah hartanah bercagar ini adalah hibah yang dikategorikan sebagai hibah yang tidak cukup syarat pemilikan sempurna.

Ini kerana, hartanah bercagar ini masih bukan milik sempurna tuannya. Ada pihak ketiga yang berkepentingan terhadapnya iaitu penerima cagaran (bank/ institusi kewangan).

Mazhab Syafie, dan Hambali berpandangan ianya TIDAK SAH kerana:

1. Tiada elemen penerimaan harta hibah (qabd) daripada pemberi hibah kepada penerima hibah.

Sebab, hartanah tersebut masih dianggap tidak dimiliki secara sempurna oleh pemberi hibah kerana ia masih digadai kepada bank.

2. Kebebasan melakukan transaksi (tasarruf) gagal dipenuhi dalam syarat ijab dan kabul.

Maknanya, disebabkan hartanah itu masih digadaikan kepada bank, maka pemberi hibah dianggap tidak bebas untuk melakukan sebarang urusniaga berkaitan hartanah tersebut.

3. Harta yang dihibah adalah dianggap sebagai harta jaminan (wathiqah) yang masih di bawah kuasa pemegang gadaian, iaitu bank/ institusi kewangan, disebabkan hartanah itu telah dicagar kepada bank sebagai jaminan pembayaran balik pinjaman.

Oleh sebab diatas, hibah sedemikian di anggap tidak memenuhi pra-syarat pembentukan akad yang sebenar.

Namun ada juga ulama’ yang membenarkan hibah hartanah bercagar ini asalkan ia mendapat kebenaran daripada pemilik hartanah tersebut sama ada semasa akad hibah atau selepas ijab dan kabul itu berlaku.

Namun begitu, dari segi amalan guamannya, hibah sedemikian MASIH SAH, jika pemegang gadaian iaitu pihak bank/ institusi kewangan memberi kebenaran walaupun selepas akad hibah dibuat.

Kebenaran akan diberikan oleh pihak bank/institusi kewangan sekiranya hutang tersebut dilindungi oleh takaful/insuran (MRTT/MRTA).

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR





Peguam Hartanah

27/02/2021



30/11/2020

KAT MANA NAK BUAT PUSAKA?

Ramai orang ingat pusaka ini buat kat mahkamah syariah saja, itu pun untuk pohon peraid (Faraid).

Sebenarnya ada beberapa tempat yang tuan puan boleh pergi (bahkan wajib pohon di situ saja).

AMANAH RAYA.
Sekiranya harta si mati hanya harta alih (tiada rumah/tanah) dan bernilai kurang daripada RM600 ribu.

MAHKAMAH SYARIAH.
Sekiranya mahu mendapatkan sijil faraid, pengesahan harta sepencarian, pengesahan nasab, pengesahan wasiat, pengesahan Hibah dan lain lain.

PUSAKA KECIL.
Sekiranya harta si mati bernilai tidak lebih daripada RM2 juta dan WAJIB mempunyai HARTA TAK ALIH.

MAHKAMAH TINGGI.
Sekiranya si mati meninggalkan wasiat,
Atau sekiranya tiada wasiat tapi harta Alih saja bernilai lebih daripada RM600k Atau sekiranya nilai nilai keseluruhan harta si mati melebihi RM2 juta.

Sila ambil perhatian....πŸ‘‡πŸ‘‡
11/11/2020

Sila ambil perhatian....πŸ‘‡πŸ‘‡

04/11/2020




CERAI FASAKH : ALASAN-ALASAN YANG DIPERUNTUKKAN OLEH UNDANG-UNDANG



Cerai fasakh bermaksud membatalkan atau memutuskan ikatan yang wujud antara suami isteri, atau membatalkan akad perkahwinan dengan sebab kerosakan yang berlaku semasa akad perkahwinan itu atau dengan sebab-sebab mendatang yang menghalang perkahwinan itu daripada berkekalan.

Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor, memperuntukkan bahawa seorang perempuan berhak mendapat perintah untuk membubarkan perkahwinan (fasakh) atas satu alasan atau lebih daripada alasan berikut:

1. Tempat di mana suami berada telah tidak diketahui selama tempoh lebih daripada SATU TAHUN.

2. Suami telah cuai atau telah tidak memberi nafkah selama tempoh TIGA BULAN.

3. Suami telah dihukum penjara selama tempoh TIGA TAHUN ATAU LEBIH.

4. Suami tidak memberikan nafkah batin (tanpa alasan yang munasabah) selama tempoh SATU TAHUN.

5. Suami telah MATI PUCUK pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri tidak tahu pada masa perkahwinan bahawa suami telah mati pucuk.

6. Suami telah gila selama tempoh 2 TAHUN atau sedang menghidap penyakit kusta atau vitiligo atau penyakit kelamin dalam keadaan boleh berjangkit.

7. Isteri, setelah dikahwinkan oleh bapa atau datuknya sebelum mencapai umur 16 tahun, menolak pwrkahwinan itu sebelum mencapai umur 18 tahun, dan ia belum disetubuhi oleh suaminya.

8. Suami MENGANIAYA ISTERI. Contohnya dalam keadaan berikut;

a) Lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan kelakuan aniaya tersebut.

b) Berkawan dengan perempuan2 jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan syarak.

c) Cuba memaksa isteri hidup secara lucah.

d) Melupuskan harta isteri atau melarang isteri daripada meggunakan hak-haknya di sisi undang2 terhadap harta tersebut.

e) Menghalang isteri daripada menunaikan atau menjalankan kewajipan atau amalan agama.

f) Jika dia mempunyai isteri lebih daripada seorang, dia tidak melayani isteri yang berkenaan secara adil mengikut kehendak hukum syarak.

9. Walaupun empat bulan telah berlalu tetapi isteri masih belum disetubuhi atau oleh sebab suami sengaja enggan menyetubuhinya.

10. Isteri tidak mengizinkan perkahwinan itu atau izinnya tidak sah sama ada kerana paksaan, kesilapan, ketidaksempurnaan akal atau lain2 hal yang diakui oleh hukun syarak.

11. Pada masa perkahwinan iti walaupun isteri berkebolehan memberi izin yang sah tetapi dia seorang yang sakit otak sama ada sekali-sekala atau berterusan dan sakit otaknya itu menjadikannya tidak layak untuk berkahwin.

12. Apa2 alasan lain yang diiktiraf sebagai sah bagi membubarkan perkahwinan atau fasakh di bawah hukum syarak.

Sebarkan untuk pengetahuan bersama..

08/10/2020
Pengetahuan utk semua...
27/09/2020

Pengetahuan utk semua...

Setiap alasan yang dikemukakan untuk menuntut cerai fasakh mestilah disokong dengan pembuktian yang kukuh....
22/09/2020

Setiap alasan yang dikemukakan untuk menuntut cerai fasakh mestilah disokong dengan pembuktian yang kukuh....

Address

No. 91, Tingkat Atas, Jalan Seri Serdang 3, Taman Seri Serdang, Kepala Batas
Pulau Pinang
13200

Opening Hours

Monday 09:00 - 05:30
Tuesday 09:00 - 05:30
Wednesday 09:00 - 05:30
Thursday 09:00 - 05:30
Friday 09:00 - 05:30
Sunday 09:00 - 05:30

Telephone

+60192359687

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Peguam Syarie: Mohamad Azman Bin Karim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share