Sarah Zaharah Wasiyyah

Sarah Zaharah Wasiyyah Dream home starts here

14/08/2025

Client : Berapa kos nak buat hibah ni?

Sarah : RM2100 untuk rumah tiada loan, boleh bayar ansuran sehingga 3 tahun. 3 geran, 1 harga.

Client : saya nak ambil, anak lelaki tunggal saya baru meninggal, saya ada anak perempuan, adik beradik kandung saya semua dah tak ada. Susah suami saya nak uruskan dengan waris yang ramai nanti.

Sarah : Boleh, saya sediakan quotation untuk rujukan.

Begitulah, setiap orang berbeza situasi pewarisan. Masing-masing ada cerita sendiri.

Dengan HIBAH boleh menjadi alat untuk memudahkan pembahagian harta pusaka anda.



SELESAI LAGI KES PUSAKA DI TENGAH KOTARAYA Kuala Lumpur. Tarikh mati : 16/8/2014Tarikh bicara : 13 Ogos 2025Jumlah waris...
14/08/2025

SELESAI LAGI KES PUSAKA DI TENGAH KOTARAYA Kuala Lumpur.

Tarikh mati : 16/8/2014
Tarikh bicara : 13 Ogos 2025
Jumlah waris : 3 orang

Selesai lagi kes pusaka pagi semalam di Kuala Lumpur, yang melibatkan rumah dan tanah. Waris yang duduk jauh pun tak perlu hadir bicara, hanya sertakan borang persetujuan saja.
Bicara pun sekejap sahaja tak ambil masa yang lama.

Ada masalah pusaka yang baru nak mohon, atau tak selesai lagi? Mai kita sembang pusaka kasi setel segera.

Siapa Akan Jaga Kita Bila Tua Nanti?Semalam kami buka booth di LHDN Jalan Duta. Macam biasa, macam-macam orang datang si...
04/07/2025

Siapa Akan Jaga Kita Bila Tua Nanti?

Semalam kami buka booth di LHDN Jalan Duta. Macam biasa, macam-macam orang datang singgah. Tapi ada satu perbualan yang buat saya termenung sekejap…

Saya jumpa seorang wanita bujang. Tak ada mak ayah. Adik-beradik pun semua perempuan, dua orang. Bila kita sembang tentang waris faraid, saya tanya satu soalan:

“Siapa akan uruskan harta awak bila dah tak ada nanti? Siapa yang akan bayar hutang? Siapa yang akan jaga proses tuntutan pusaka?”

Jawapannya sangat ringkas:
“Saya tak pernah fikir sampai macam tu.”

Hakikatnya, bila seseorang bujang-tidak berkahwin meninggal dunia, dan waris faraid yang tinggal cuma adik-beradik perempuan dan pak cik, akan timbul isu besar bila pembahagian pusaka masuk bab "assobah" – pak cik akan jadi waris utama lelaki sebagai penghabis harta.

Adik-beradik perempuan mungkin tak puas hati. Pak cik p**a mungkin tak tahu nak urus.
Dan siapa akan menjaga beliau bila tua nanti?

💡 Inilah pentingnya buat perancangan awal. Supaya harta yang kita kumpul bertahun-tahun, jatuh ke tangan orang yang kita percaya dan akan jaga kita di hujung usia nanti.

Saya harap beliau akan hubungi saya semula, sebab saya betul-betul nak bantu beliau buat perancangan pewarisan dia dengan tenang dan teratur.

📌 Kalau anda pun bujang, atau kenal sesiapa yang masih belum buat perancangan pusaka — jangan tunggu nanti. Nanti itu selalunya... dah terlambat.






"Puan, saya masih tak kuat.." ini luahan seorang balu."Bila suami meninggal, isteri bukan hanya kehilangan pasangan… tet...
30/06/2025

"Puan, saya masih tak kuat.." ini luahan seorang balu.

"Bila suami meninggal, isteri bukan hanya kehilangan pasangan… tetapi juga perlu mengurus emosi dan harta yang ditinggalkan."

Ramai isteri yang masih terkejut, sedih, dan buntu. Emosi terganggu, hidup rasa kosong… dalam masa sama perlu berhadapan urusan pusaka yang rumit.

Wahai suami, persiapkanlah…
Sediakan Khairat Pusaka.
Serahkan pada pihak ketiga yang amanah untuk uruskan harta dan pembahagian. Buatlah perancangan harta semasa hidup, hibahkan harta untuk isteri dan anak-anak demi kebajikan mereka. Perkara penting yang sering diremehkan, yang boleh mengakibatkan tekanan emosi.

Ringankan beban isteri.
Itu juga tanda cinta hingga ke hujung nyawa.

Andai dapat dikembalikan waktu💔
15/10/2024

Andai dapat dikembalikan waktu💔

*🍀 KEMBARA SEMBANG PUSAKA KINI DI KUBANG KERIAN, KELANTAN! 🍀* _🔍 Anda ada masalah untuk merancang harta? Ingin tahu hak ...
06/09/2024

*🍀 KEMBARA SEMBANG PUSAKA KINI DI KUBANG KERIAN, KELANTAN! 🍀*

_🔍 Anda ada masalah untuk merancang harta? Ingin tahu hak wanita dalam pusaka?_ Jom sertai kami!

📚 Marilah kita bersama-sama mendalami dan mempelajari ilmu pewarisan harta Islam mengikut undang-undang di Malaysia.

*🕌 'Harta Anda : Pusaka atau Puaka?'*

🗓️ Tarikh: *07 September 2024 (Sabtu)*
🕤 Masa: *9.30 pagi*
🏛️ Tempat: *Masjid Jamek Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, Kelantan*

_*PENYERTAAN PERCUMA & SARAPAN PAGI DISEDIAKAN‼️*_

💻 Daftar Sekarang‼️
https://bit.ly/kspk0709
_(Pautan pendaftaran ini akan ditutup sekiranya telah mencapai terhad peserta)_🙏🏻

🎁 Tawaran istimewa menanti anda!!

Jangan lepaskan peluang untuk hadirkan diri anda ke program ini!! 🚀

Khas buat bakal-bakal jemaah hajiDigalakkan untuk buat perancangan harta sebelum berangkat ke tanah suci. Sebarang perta...
06/05/2023

Khas buat bakal-bakal jemaah haji
Digalakkan untuk buat perancangan harta sebelum berangkat ke tanah suci.

Sebarang pertanyaan berkaitan hibah harta boleh rujuk di link profil.

06/05/2023

Promosi Hibah untuk bakal jemaah haji 1444H

Slot untuk temujanji urusan pusaka di BUKA.
04/05/2023

Slot untuk temujanji urusan pusaka di BUKA.

Slide ringkas persediaan bagi jemaah Haji
04/05/2023

Slide ringkas persediaan bagi jemaah Haji

Boleh click pada profil untuk sesi konsultasi percuma.
10/01/2023

Boleh click pada profil untuk sesi konsultasi percuma.

Welcome  #2023 Thank you  #2022
01/01/2023

Welcome #2023
Thank you #2022

Address

Puchong
47130

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sarah Zaharah Wasiyyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Sarah Zaharah Wasiyyah:

Share

Category